Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN NOVEL (MELUNAS RINDU)

Tugasan 1:

a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan maksud tema dan
huraikan tema novel tersebut. (7m)

Contoh jawapan:
Tema bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuau penceritaan.
Tema dianggap perkara idea pokok atau utama yang menjadi keutamaan kepada
persoalan-persoalan lain yang terdapat dalam mana-mana cerita.
Tema dalam novel tersebut ialah ketabahan hati seorang saudara baru mencari
asal usul dirinya. Fuad sanggup meninggalkan kehidupan lamanya dan berpisah
dengan keluarga demi menjalani kehidupan sebagai saudara baru. Rindunya
terhadap arwah ibunya menyebabkan dia mencari pusara ibunya untuk menjejaki
asal usulnya. Fuad sanggup pergi ke beberapa tempat dan akhirnya pencariannya
berakhir apabila mengetahui ibu Farhana, iaitu orang yangdicarinya adalah ibu
kandungnya.

b. Huraikan dua nilai pengorbanan watak berserta contoh dalam novel yang anda
telah kaji.

Contoh jawapan:
Nilai pengorbanan yang boleh kita perolehi dalam novel ini antaranya ialah Fuad
sanggup berkoran wang ringgit demi adik-adik sepupunya. Hal ini dapat
dibuktikan apabila dia sanggup menolong segala perbelanjaan Mei Lin dan Ah
Soh kerana memahami keperian hidup bapa saudaranya, Peter Lim dan Swee Lan.
Fuad juga berkorban dari segi masa dan tenaga semata-mata untuk melihat anak
bangsanya berjaya dalam pelajaran.Setiap hari dia pulang lewat, tidak kira terlibat
dalam kelas lanjutan ataupun tidak. Dia turut memberikan tunjuk ajar dan
membaiki kesilapan pelajarnya satu persatu.

Tugasan 2
a. Pengarang banyak menyelitkan unsure pengajaran untuk dijadikan panduan
kepada pembaca dalam sesebuah novel. Huraikan tiga pengajaran yang
terkandung dalam novel tersebut.
Kita hendaklah menghormati tetamu yang mengunjungi kita tanpa mengira
perbezaan warna kulit atau agama.
Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan. Kita
hendaklah menerima suratan takdir dengan hati yang tabah.

b.Nyatakan empat latar dan peristiwa yang berlaku dalam novel yang telah anda
pelajari.
Di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Ibu Farhana dan Fuad menerima
rawatan sakit lelahnya. Di Restoran Teraung di Taman Syahbandar. Fuad dan
Farhana minum petang selepas mereka mengelilingi pusat Bandar Terengganu. Di
rumah Cikgu Zamani. Majlis makan-makan antara guru bujang Sekolah
Menengah Seri Setia diadakan di sini, di Primua Beach Resort, Robert Limdan
Chin menginap untuk melepaskan penat sebelum ke rumah Pak Ismail.

Anda mungkin juga menyukai