Anda di halaman 1dari 8

ELEMEN TONGGAK DUA BELAS

(i) Menghargai Masa

(ii) Ketekunan Membawa Kejayaan

(iii) Keseronokan Bekerja

(iv) Kemuliaan Kesederhanaan

(v) Ketinggian Peribadi

(vi) Kekuatan Sifat Baik Hati

(vii) Pengaruh Teladan

(viii) Kewajipan Menjalankan Tugas

(ix) Kebijaksanaan Berhemat

(x) Keutamaan Kesabaran

(xi) Peningkatan Bakat

(xii) Nikmat Mencipta

ANALISIS DAN TAFSIRAN

1 MENGHARGAI MASA

Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup.

Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masa

yang berIalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap.

Banyak petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. al-Quran

(al-Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya juga

terdapat kata-kata hikmah yang menyentuh keperihalan mahalnya masa,


contohnya 'time and tide wail for no man ". Peribahasa kita sendiri mengatakan

“masa itu emas"!

Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa.

Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supaya tidak

perlu diulang sekali lagi. Perbincangan kerja yang teliti juga akan menjamin kerja

berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yang

diutamakan dalam menghargai masa ialah:

· Segerakan tindakan;

· Tepati masa;

· Rancang masa dan tugas; dan

· Menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan).

Amalan-amalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnya

mencuri tulang semasa bertugas atau berbual-bual kosong.

2 KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang tekun

tidak menerima kekalahan. Genggam bara api biar jadi arang, kata orang tua-tua.

Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa bersama dengan mereka

yang sabar (al-Baqarah 2:153).

Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang berdisiplin,

bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pula

tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja. Ketabahan
diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil. Setiap halangan

adalah cabaran dan bukannya pematah semangat.

Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap

hangal-hangat tahi ayam " tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohi

semangat "kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan dan

berkesinambungan),seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun. Secara

ringkasnya, nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranya

ialah:(i)Bersemangat gigih dan tekun;(ii)Berdisiplin,(iii)Dedikasi,(iv)Cekal,

(v)Berpandangan jauh,(vi)Inovatif dan kreatif.

3 KESERONOKAN BEKERJA

Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban dan

membosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja, dan

semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja

bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44).

Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan kepada

usaha-usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai yang perlu

dititik beratkan dalam. mewujudkan keseronokan bekerja ialah:

(i) Kerja adalah ibadah(i i) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah;(iii) Komitmen

terhadap kerja(iv)Sedia bekerjasama.

4 KEMULIAAN KESEDERHANAAN

Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan,

memilih jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah diperingatkan

bahawa sebaik-baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan akan menjamin


tidak berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah:

(i)Sederhana dalam semua aspek kehidupan;(ii)Tidak membazir,(iii)Adil dalam

tindakan;(iv) Bersikap terbuka(v) Berjimat cermat.

Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuk-

nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik yang suka

berpura-pura.

5 KETINGGIAN PERIBADI

Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk adalah

tutur-kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang.

Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia menduduki tempat

sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh; boleh menegur dan

ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifat

ketinggian peribadi seseorang ialah:

(i)Bersopan santun(ii)Amanah(iii) Saling hormat-menghormati(iv)Sedia

membantu.sebaliknya, kerendahan peribadi dapat diukur, antara lainnya, daripada

perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah, menyalahgunakan

kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindak-tanduknya.

6 KEKUATAN SIFAT BAIK HATI

Tersangat banyak sifat terpuji pada diri oang yang menghayati nilai ini. Sebagai

ketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka menolong orang

bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya. Salahuddin

AI-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan dikagumi oleh

musuh-musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebuah kubu orang


Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacara perkahwinannya

pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkan ialah:

(i) Adil(i i)Sedia menerima teguran(iii) Bertimbang rasa(iv) Prihatin terhadap

kebajikan.

7 PENGARUH TELADAN

Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata, "buat seperti

apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku buat". Ini sama saja seperli ketam

menyuruh anaknya berjalan betul. Dalam banyak kes pula, teladan buruk apabila

ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi!

Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan.

Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata-mata memberi

arahan. Oleh iti sifat-sifat yang perlu diamalkan ialah:(i) Berkelakuan

baik(ii)Amanah(iii) Telus dalam prosedur(iv)Bermoral tinggi.

8 KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS

Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya

menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat

ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggungjawab,bukan sekadar

memenuhi syarat saja.

Dalarm Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada

tanggungjawab. Hukumnya. berdosa. Ada orang yang "mencuri " waktu pejabat,

berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek dan

pinggan-mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan waklu

"curi" ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan ke
profesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikian

antara sifal yang perlu diamalkan ialah:

(i) Bertanggungjawab(ii) Tekun dan sabar(iii) Mengutamakan kerja(iv) Peningkatan

kualiti

9 KEBIJAKSANAAN BERHEMAT

Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalah

dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di Amerika tentang

mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faklor yang sentiasa terdapat

pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan mereka, yakni tidak

penah melebihi pendapatan.

Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi

Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada

sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air ditutup

selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Oleh

yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat

ialah:

(i) Tidak membazirkan harta kerajaan (ii) Bertanggungjawab terhadap harta

kerajaan(iii)Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan.

10 KEUTAMAAN KESABARAN

Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat

menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam,

kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada kemenangan

atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W.,


penentangan daripada pembesar-pembesar Quraisy tidak mematahkan semangat

perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam diterima dan berkembang.

Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Baird dan

lain-lain pereka cipta berjaya lantaran kesabaran.

Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan

dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif-altematif.

Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama dalam

menghadapi kerenah orang lain, Oleh itu kesabaran dalam mengusahakan sesuatu

pekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukankan sifat-sifat berikut:

i)Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang(ii)Tidak mudah putus asa(iii)Sedia

menyabut cabaran.

11 PENINGKATAN BAKAT

Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori muhiple

inleffigences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat

menghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar hingga ke

hari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya.

Bakat jika tidak dipupuk dan di pertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya, jika

dipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima.

faedahnya. Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turut

mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu-individu; kejayaan

sektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam.

Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta

menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea-idea baru janganlah disekat,

lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikembangkan. Dalam


ucapan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir sempena perasmian Kompleks Jabatan

Perkhidmatan Awam, beliau menegaskan tentang perlunya "menajarnkan bakat

yang sedia ada pada seseorang".

12 NIKMAT MENCIPTA

Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea-idea lateral

seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono, 1990

dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatan-jabatan kerajaan banyak

tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya, tradisi pegawai

atasan mengelak daripada berjumpa dengan pelanggan.

Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikan

urusan, misaInya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkan

pegawainya untuk mendapalkan tanda tangan peminjam yang sedang menunggu

penerbangan di lapangan terbang.

Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau "gila-gila", akhirnya diterima

dengan baik, misalnya konsep "sekolah dalam taman". Idea menerbitkan kereta

nasional kita pada masa mula-mula dicadangkan dahulu telah mentertawakan

sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat.