Anda di halaman 1dari 16

UKK 1091

SILAT SERIMAU HITAM SATU

TAJUK :
KERJA KURSUS BERKUMPULAN

KUMPULAN KULIAH : A

SEMESTER : 3

NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMMAD ZOLKEFLI BIN AHMAD TAHIR

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK KOD DAN NAMA PROGRAM

SITI HAJAR BINTI YUSOH D20091035623 GEOGRAFI (AT33)

TUTI ILIANA BINTI SHUKRI D20091035657 GEOGRAFI (AT33)

SITI ZUBAIDAH BINTI D20091035632 GEOGRAFI (AT33)


IBRAHIM
RUZAINI BINTI ABD KADIR D20091035658 GEOGRAFI (AT33)

ROHANI BINTI ABDUL D20091035594 GEOGRAFI (AT33)


WAHAB
Isi kandungan

BIL ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1 SOALAN 1 : Silat adalah ilmu persilatan yang boleh
1-2
membentuk insan yang taat kepada ibubapa dan perintah
tuhan serta berdisiplin. Jelaskan pendapat anda.

2 SOALAN 2 : Masalah sosial dalam masyarakat seperti


3-8
peras ugut, ponteng dan buli di sekolah kini semakin
berlarutan. Sebagai seorang pesilat dan bakal guru, apakah
pendekatan yang boleh dilakukan dalam menangani
permasalah tersebut.

3 SOALAN 3 : Seni silat serimau hitam adalah merupakan


9 - 14
salah satu pengurusan silat yang tertua di Malaysia.
Bincangkan penyataan tersebut. Dari sudut sejarah
perguruan, asas gabungan silat dan falsafahnya.
Soalan satu : Silat adalah ilmu persilatan yang boleh membentuk insan yang taat kepada
ibubapa dan perintah tuhan serta berdisiplin. Jelaskan pendapat anda.

Silat adalah suatu nama kepada suatu kaedah kesenian yang di dalamnya merangkumi
semua jenis langkah rohani jasmani yang berhadap semula kepada Allah yang menggesakan sifat
Allah dan zat Allah, serentak melalui hati, lidah, anggota di semua tempat, di semua masa dan di
semua waktu berdasarkan kefahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sejati.

Seni Silat telah menerapkan tiga daripada pantang larangnya agar penuntut tidak boleh
menderhaka kepada guru, ibu dan bapa. Apabila seseorang itu sudah melatih dirinya mentaati
guru dan ibu bapanya, maka peribadi dan jiwanya akan baik dan bersih. Apabila rohnya bersih
maka senanglah ia menghadapi Tuhan yang Satu dan dengan sendirinya dapat menjauhkan
dirinya daripada melakukan perbuatan-perbuatan maksiat. Ilmu silat tidak mengamalkan adat-
adat istiadat yang berunsur tahyul dan khurafat, ilmu silat telah melatih serta mendidik ahli-
ahlinya dengan keberanian bukan untuk mengganas atau menceroboh. Selain itu, ilmu silat juga
mengamalkan ilmu kebatinan yang sebenarnya. Silat merupakan salah satu seni mempertahankan
diri Melayu yang asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri. Adat-adat istiadat
yang digunakan dalam silat ini adalah bersih dan jauh dari unsur-unsur tahyul dan khurafat.

Dari segi pelajaran, silat mempunyai kaedah pelajaran yang tetap dengan buah-buah
pukulan yang cukup lagi kemas serta kunci-kunci tangkapan yang lengkap. Pergerakannya pula
sesuai benar dengan gerak-geri semula jadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa
yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama. Ia lebih menitik beratkan kepada
mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh.
sebagai contoh, Silat Serimau Hitam hanya menyerang apabila terpaksa, demi menjaga
keselamatan diri.

Sistem pelajaran sedemikian itu secocok dengan ajaran al-Quran yang menganjur supaya
tidak menceroboh kecuali diceroboh terlebih dahulu. Pelajaran silat yang menumpukan kepada
kaedah menyerang semata-mata dipercayai bukan sahaja akan membangkitkan semangat angkuh
dan bogkak di kalangan ahli-ahli silat akan tetapi mendorong mereka berlaku kasar dan ganas. 
Di samping itu, Silat Serimau Hitam ini melatih sifat keberanian yang merupakan sifat
lelaki (rijal) ia juga mendidik ahlinya berperangai baik, hidup bersaudara dan menganjur mereka
patuh kepada guru dan tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa. Islam menyuruh patuh kepada
guru dan kedua ibu bapa dan melarang keras perbuatan menderhaka kepada mereka. ilmu
kebatinan yang sebenar itu ialah ilmu untuk mengingati Allah dengan sebenar-benarnya sehingga
hati sentiasa terjaga walaupun mata kasarnya lena. Tujuan mengingati Allah itu ialah untuk
membersihkan hati dari penyakitnya seperti megah, riya' dan dengki dan supaya hati sentiasa
ikhlas terhadap Allah. Setelah hati bersih dan ikhlas barulah Allah membuka dan mengurniakan
kepada kita rahsia-rahsia hakikat dan makrifatnya. Pada ketika itu tercapailah tujuan hidup kita
iaitu untuk menjadi hamba Allah semata-mata. 

Golongan yang menjalani ilmu kebatinan seumpama ini adalah mereka yang berpegang
teguh dengan ilmu hakikat dan menganut sepenuhnya ilmu syariat yang kedua-keduanya dari
syariat nabi besar Muhammad S.A.W. Ilmu ini jika diperolehi, bermacam-macam kelebihan
yang Allah kurniakan. Jika seorang pendekar, maka sangat pantas kaki tangannya. Tatkala
berdepan dengan musuh mendapat maunah Allah, dan ketika berhujah dapat mematahkan hujah
lawan dengan mudahnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran buah-buah silat, jurulatih
dimestikan menyampaikan pelajaran kepada setiap penuntut, bukan hanya menunjuk dan
penuntut meniru perbuatannya. Prinsip menyampai dan bukan sekadar menunjuk ini sebenarnya
mempunyai makna yang mendalam khususnya dalam menanamkan sifat amanah dan
persaudaraan.

Kesimpulannya, Seni Silat menganjurkan semangat sama rata dan persaudaraan tanpa
mengira darjat dan pangkat tetapi tetap mengekalkan perasaan hormat menghormati menerusi
sistem pelajaran dan pendidikan yang dianjurkannya.
Soalan 2 : Masalah sosial dalam masyarakat seperti peras ugut, ponteng dan buli di
sekolah kini semakin berlarutan. Sebagai seorang pesilat dan bakal guru, apakah
pendekatan yang boleh dilakukan dalam menangani permasalah tersebut.

Sejak kebelakangan ini, masalah sosial seperti buli, ponteng dan peras ugut sering
berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Masalah ini paling ketara berlaku dalam
kalangan pelajar di institusi sekolah. Kegiatan tersebut seolah-olah dianggap sebagai masalah
remeh. Namun, tanpa disedari masalah tersebut boleh mendatangkan pelbagai kesan termasuk
boleh membawa maut kepada individu yang terlibat dalam masalah tersebut. Buli merujuk
kepada tingkah laku individu yang kuat mengasari individu yang lemah. Definisi ponteng pula
ialah kegagalan individu atau pelajar untuk menghadiri sesuatu kelas tanpa alasan yang
munasabah atau dengan sengaja (Wikipedia, 2010). Bagi peras ugut pula, hal ini merujuk
kepada ancaman individu atau sesuatu kumpulan yang dilakukan terhadap individu lain dengan
sesuatu motif tertentu. Ketiga-tiga masalah ini mampu memberikan impak yang berterusan
sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera.

Sebagai seorang pesilat dan guru, pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan untuk
menangani masalah seperti buli, peras ugut dan ponteng. Antaranya adalah seperti menubuhkan
kelab atau persatuan yang bertujuan untuk pertahanan diri, contohnya seperti silat. Persatuan
yang ditubuhkan ini mampu membantu pelajar mempelajari teknik-teknik untuk
mempertahankan diri daripada serangan musuh. Secara langsung, hal ini dapat membolehkan
mereka lebih berani dan yakin untuk berdepan dengan musuh mereka kelak, khususnya bagi
pelajar yang lemah dalam mempertahankan diri mereka. Pelbagai teknik-teknik yang akan
didedahkan kepada pelajar, misalnya seperti gaya melawan musuh, teknik menggunakan senjata,
teknik mengelak serangan musuh dan sebagainya. Bukan itu sahaja, persatuan ini juga
mempunyai tujuan penting lain seperti mendidik pelajar taat kepada Allah dan menghormati ibu
bapa. Secara tidak langsung, hal ini akan menyebabkan pelajar takut untuk melakukan kegiatan
seperti buli, ponteng dan peras ugut apabila mereka tahu membezakan perkara yang baik dan
buruk.
Selain itu, semua pihak-pihak yang terlibat seperti pelajar, guru dan pihak sekolah perlu
bekerjasama untuk menangani masalah sosial seperti buli, peras ugut dan ponteng dalam
kalangan pelajar di sekolah. Setiap pihak mempunyai peranan mereka yang tersendiri, misalnya
pelajar perlu mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk
mengelakkan masalah sosial tersebut berlaku di sekolah. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu
mengamalkan sikap saling hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk
mengelakkan berlakunya sebarang pergaduhan sehingga menimbulkan dendam dalam kalangan
pelajar. Guru pula perlu peka dengan persekitaran sekolah untuk mengelakkan masalah ini
berlaku. Sekiranya mereka terserempak dengan pelajar yang sedang melakukan kegiatan
tersebut, mereka perlu cuba untuk menasihati pelajar tersebut untuk menghalang mereka
daripada terus melakukannya. Hal ini perlu untuk mengelakkan pelajar yang lemah terus
ditindas dan menyedarkan pelajar tentang tindakan mereka untuk ponteng kelas adalah perkara
yang sia-sia kerana hal ini membolehkan mereka sering ketinggalan dalam pelajaran. Guru
merupakan individu yang lebih rapat dengan pelajar berbanding pihak sekolah. Oleh sebab itu,
mereka merupakan golongan yang paling sesuai untuk membimbing pelajar ke arah yang lebih
baik supaya mereka mampu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Pihak sekolah pula
berperanan dalam menguatkuasakan peraturan sekolah dan mengambil tindakan sewajarnya
terhadap pelajar yang melakukan kegiatan buli, peras ugut dan ponteng di sekolah.

Pendekatan seterusnya yang boleh digunakan untuk menangani masalah buli, ponteng
dan peras ugut dalam kalangan pelajar adalah melalui kempen kesedaran. Sebagai guru atau
pesilat, kempen kesedaran tentang kepentingan mempelajari pertahanan diri boleh dilaksanakan
terhadap pelajar untuk membolehkan mereka mempertahankan diri kelak daripada ancaman
musuh. Mereka harus mempunyai keyakinan untuk melawan musuh supaya musuh tidak berani
menindas mereka lagi. Oleh sebab itu, kempen untuk menarik minat pelajar terhadap ilmu
persilatan perlu bagi membantu pelajar-pelajar yang tidak mempunyai sebarang kemahiran
mengenai ilmu mempertahankan diri. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan diri mereka
pada masa akan datang kerana malang tidak berbau. Bagi pelajar yang suka ponteng pula, guru
perlu menyarankan mereka mengikuti kempen kesedaran mengenai keburukan kegiatan ponteng.
Kempen ini penting untuk membolehkan pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba untuk
berubah ke arah yang lebih baik demi mencapai kejayaan dalam hidup. Tambahan lagi, pelajar-
pelajar lain juga boleh mengikuti kempen tersebut untuk menyedarkan mereka tentang kesan
ponteng supaya mereka tidak terlibat dalam kegiatan buruk tersebut. Hal ini perlu untuk
mengelakkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya dapat membanggakan ibu bapa
dan guru dengan pencapaian mereka yang cemerlang dalam peperiksaan. Antara sebab pelajar
suka ponteng adalah seperti pengaruh persekitaran, rakan sebaya, budaya lepak dan sebagainya.
Selain guru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dalam mengawasi tindak-tanduk
anak-anak mereka untuk mengelakkan anak-anak terlibat dalam kegiatan ponteng. Hal ini
penting untuk membolehkan langkah yang dilaksanakan lebih berkesan kerana anak-anak banyak
menghabiskan masa di rumah betbanding sekolah.

Di samping itu, sebagai guru dan pesilat, pendekatan lain yang boleh digunakan untuk
mengatasi masalah seperti buli, peras ugut dan ponteng adalah melalui sesi kaunseling atau
motivasi untuk pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah tersebut. Hal ini perlu untuk
memberikan sedikit nasihat kepada pelajar. Misalnya, pelajar-pelajar yang melakukan buli,
peras ugut dan ponteng di sekolah perlu didekati supaya perasaan mereka dapat diselami. Hal ini
penting untuk mengenalpasti sebab mereka melakukan kegiatan tersebut kerana kebanyakan
mereka mempunyai sebab yang tersendiri. Oleh sebab itu, sesi kaunseling atau motivasi perlu
dilaksanakan untuk membantu guru cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat dan seterusnya
cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pendekatan ini lebih berkesan dalam
menangani masalah tersebut kerana pelajar lebih mudah untuk meluahkan tentang isi hati yang
telah dipendam oleh mereka kerana kadangkala terdapat ibu bapa yang terlalu sibuk untuk
meluangkan masa dengan anak-anak. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan seseorang bagi
dijadikan tempat untuk berkongsi masalah selain ibu bapa mereka. Justeru, guru perlu
memanfaatkan hal ini untuk membolehkan mereka membantu pelajar mereka yang mengalami
masalah peribadi sehingga menyebabkan mereka terjebak dengan masalah seperti buli, peras
ugut dan ponteng. Tambahan lagi, sesi kaunseling atau motivasi ini juga dapat memberikan
semangat baru untuk pelajar berubah dan seterusnya menjadi lebih bermotivasi dalam mencapai
kejayaan dalam pelajaran mereka.

Selain daripada itu juga, pendekatan melalui penekanan dalam aspek agama semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran serta sesi latihan dalam silat juga mampu menanggani masalah
salah laku pelajar. Hal ini adalah kerana penekanan aspek agama amat penting dalam diri pelajar
bagi menggelakkan mereka akan melakukan perkara di luar batasan agama. Kekuatan
penghayatan nilai agama dalam diri pelajar seharuslah sejajar dengan perubahan kehidupan
mereka agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif. Melalui sesi
persilatan yang dijalani oleh para pelajar membolehkan mereka menghayati nilai-nilai agama dan
diselaraskan dalam bentuk latihan fizikal. Setiap latihan persilatan yang dijalankan akan
didahului oleh bacaan doa dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.W.A bagi
memohon perlindungan dan rahmat-Nya semasa sesi latihan. Secara tidak langsung akan
mendekatkan para pelajar berkenaan kepada unsur-unsur agama sebelum melakukan sesuatu.
Malahan melalui sesi latihan yang dijalankan dapat memperteguhkan nilai-nilai murni dalam diri
para pelajar agar menjalani kehidupan yang lebih bermakna berbanding melakukan aktiviti salah
laku di sekolah.

Tindakan yang tegas juga seharusnya dilakukan bagi mengatasi masalah salah laku
pelajar. Hal ini adalah kerana melalui tindakan yang tegas akan dapat member pengajaran dan
peringatan kepada pelajar agar mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang mereka lakukan.
Tanpa tindakan yang tegas mereka akan berasa bebas untuk melakukan pelbagai kegiatan yang
tidak bermoral tanpa rasa takut akan sesiapa lagi. Sebagai bekas seorang pesilat yang memiliki
ilmu pertahanan diri, guru-guru seharusnya tidak mudah betah dengan perangai pelajar yang
bermasalah. Guru-guru seharusnya menunjukkan sikap yang tegas agar ditakuti oleh setiap
pelajar bukannya menjadi ejekan para pelajar. Namun demikian, terdapat juga segelintir guru
yang takut akan pelajar mereka. Guru berkenaan tidak berupaya untuk menghalang dan
mencegah segala salah-laku yang dilakukan oleh pelajarnya sendiri kerana takutkan mereka.
Perkara ini amat memalukan dan menjatuhkan imej seorang guru di mata masyarakat dan
pelajar-pelajar juga akan hilang hormat kepada guru lagi. Oleh sebab itu, melalui seni silat yang
diperkenalkan diharapkan agar para guru lebih berani untuk membimbing anak didik mereka ke
jalan yang betul. Tanpa asas seni mempertahankan diri yang kukuh, keyakinan untuk mencegah
segala masalah disiplin ini tidak akan terlaksana seterusnya wujudlah generasi pelapis yang rosak
moral mereka.

Masalah tingkah laku pelajar juga turut mempunyai hubungkait dengan faktor guru dari
segi sikap dan keprihatianan guru, gaya kepimpinan dan kaedah serta bahan pengajaran guru. Ini
disebabkan guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sesebuah
pengajaran dan pembelajaran serta memastikan kelicinannya sekaligus mempunyai autoriti
dalam mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Oleh yang demikian, mengurus pelajar
yang bermasalah memerlukan komitmen yang tinggi dan berterusan. Sabagai bakal guru
seharusnya kita menguasi pelbagai ilmu untuk mendekatkan diri kepada pelajar yang
bermasalah. Kita tidak seharusnya menunding jari kepada mereka tanpa mengetahui punca
mereka berkelakuan demikian. Pada kebiasaanya mereka yang berkelakuan tidak bermoral ini
mengalami masalah tekanan dalam keluarga mereka. Oleh sebab itu, guru saharusnya peka
dengan perubahan yang berlaku dalam diri pelajar mereka. Mereka yang bermasalah ini tidak
seharusnya dibiakan terpinggir tanpa perhatian yang dapat membimbing mereka. Pemerhatian
daripada guru dapat merubah pelajar yang bermasalah kepada pelajar yang lebih baik.

Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru kita seharusnya peka dengan setiap
perubahan yang berlaku terhadap pelajar kita.  Guru bertanggungjawab untuk menyelia dan
mengarahsemua aktiviti dalam kelas termasuk disiplin pelajar. Pelajar berdisiplin dapat
menjaminketenteraman dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat
berjalandengan licin dan berkesan. Sebarang masalah yang wujud semasa mengawal
kelashendaklah diselesaikan dengan cara mengenal pasti punca masalah di sampingmengenali
latar belakang pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan yangdiambil akan memberi
kesan yang positif terhadap diri pelajar.
Bibliografi

Wikipedia (2010). Buli. Diperoleh daripada laman web dunia:


http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli pada September 20, 2010.

Wikipedia (2010). Ponteng. Diperoleh daripada laman web dunia:


http://ms.wikipedia.org/wiki/Ponteng pada September 20, 2010.

Tautan minda (2008). Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Diperoleh daripada laman
web dunia: http://mazlan99.blogspot.com/2008/06/buli-semakin-berleluasa-di-
sekolah-kita.html pada September 20, 2010.

Scribd (2008). Tangani disiplin di sekolah. Diperoleh daripada laman web dunia:
http://www.scribd.com/doc/6517173/Tangani-Disiplin-Di-Sekolah pada
September 20, 2010.

Martial Art (2007). Pencak silat bentuk disiplin remaja. Diperoleh daripada laman web dunia
:http://martialarts.com.my/community/modules/news/article.php?storyid=438
pada September 26, 2010.
Soalan 3 : Seni silat serimau hitam adalah merupakan salah satu pengurusan silat yang
tertua di Malaysia. Bincangkan penyataan tersebut. Dari sudut sejarah perguruan, asas
gabungan silat dan falsafahnya.

Penubuhan Persatuan Seni Silat Serimau Hitam (PSSSHP) terjadi apabila satu peristiwa
yang terjadi kepada keluarga Allahyarham Pak Baharum ketika beliau berumur dalam
lingkungan 13 tahun. Peristiwa tersebut terjadi pada zaman penjajahan Jepun dahulu. Pihak
Bintang Tiga telah menangkap ayah Pak Baharum iaitu Allahyarham En. Hathir b. Haji Kecil
kerana arwah ayah beliau telah dituduh sebagai tali barut Jepun (Jitsu). Pada ketika itu
Allahyarham Pak Baharum hanya mampu menangis dan ketika itu jugalah tersimpan atau
tersemat perasaan dendam yang membara terhadap Bintang Tiga yang telah menculik dan akan
menjalankan hukuman pancung kepada ayahnya. Beliau telah menyelamatkan ayahnya bersama-
sama dengan abangnya dengan berbekalkan ilmu persilatan yang dipelajari dengan datuknya.
Bermula dari situlah allahyarham Pak Baharum mulai sedar bahawa ilmu persilatan begitu
penting sebenarnya. Sejak itulah beliau mula menjelajah di seluruh semenanjung Malaysia iaitu
di Johor dan Melaka melalui datuknya, di Kedah dengan datuk saudaranya dan di Kelantan
dengan bapa saudaranya termasuk di Singapura dalam mendalami dan mempelajari ilmu
persilatan sehingga beliau telah dianugerahkan dengan taraf sebagai guru dalam ilmu persilatan.

Pada awal tahun 1971, Persatuan Seni Silat Serimau Hitam (PSSSHP) telah ditubuhkan
oleh ketua guru utama persatuan ini iaitu Tuan Haji Baharum bin Haji Hathir atau lebih dikenali
sebagai Bapak Baharum atau Pak Baharum. PSSSHP merupakan Seni Silat tertua jika
dibandingkan dengan Seni silat yang lain. Sebelum diberi nama PSSSHP persatuan ini dikenali
sebagai Persatuan Seni Silat Selima Hitam. Nama ini wujud disebabkan beliau telah mempelajari
lima jenis ilmu persilatan iaitu Seni Silat Cekak, Seni Silat Jawa, Seni Silat Gayong, Seni Silat
Sambarani dan juga Seni Silat Wali Suci. Oleh kerana nama Selima tidak begitu popular pada
masa itu, maka penghujung tahun 1971 kepada Serimau. Pertukaran nama Selima kepada
Serimau disebabkan silat ini perlu bergerak secara agresif, kasar, keras, lincah, serta pantas. Jenis
permainan ini di ibaratkan sebagai gerakan harimau yang tangkas dan ia menjadi lambing
semangat kepada persatuan ini. Ini boleh dilihat dalam logo persatuan PSSSHP dibawah:
Logo PSSSHP

Pada tahun 1986, atas kesedaran dalam memelihara, mengembangkan dan


memartabatkan lagi Seni Silat Melayu sebagai warisan budaya tradisi, persatuan ini telah di
daftarkan secara rasmi di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Nombor pendaftarannya
ialah 2526/ 86. Sebagai lambang semangat persatuan ini iaitu Harimau dan Hitam, ia telah
mewajibkan kepada pelajar memakai pakaian berwarna hitam sebagai tradisi pesilat. Selain itu,
pada ekitar tahun 1980-an, persatuan ini hanya bergerak secara kecil- kecilan iaitu dari sekitar
Kampar dan Malim Nawar, Perak. Namun begitu, pada akhir tahun 80-an silat PSSSHP mula
berkembang di daerah- daerah lain termasuk sekolah dan pusat pengajian tinggi termasuk
universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sehingga sekarang, persatuan ini telah mempunyai
seramai kira- kira 10, 000 orang ahli yang berdaftar secara rasmi dengan persatuan.

Setiap persatuan mempunyai motonya yang tersendiri. Antara moto persatuan ini adalah
Berilmu, Beriman dan Beramal. Hal ini bermaksud Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak
merupakan gedung atau tumpuan kepada ahlinya dalam menimba atau mempelajari ilmu jasmani
dan rohani supaya dapat melahirkan ahli yang beriman kepada Allah S. W. T. serta ajaran- Nya.
Ini dapat mendidik ahli persatuan ini supaya sentiasa beramal atau bertanggungjawab terhadap
diri, agama, bangsa dan negaranya.

Pada tarikh 8 Ogos 2006, pengasas persatuan ini iaitu Pak Baharum telah meninggal
dunia. Walaupun Pak Baharum telah meninggal dunia, namun perastuan ini tidak terkubur begitu
sahaja. Persatuan ini telah diambil alih oleh anak- anak beliau. Pengganti tempat beliau sebagai
Ketua Guru telah disandang oleh En. Mohd Said b. Haji baharum dan dibantu oleh En. Aslan b.
Haji Baharum sebagai Guru Utama serta En. Mohd Salleh b. Haji Baharum sebagai pengerusi
persatuan.

Sejarah asas gabungan lima jenis silat

Gabungan lima jenis ilmu persilatan iaitu Seni Silat Cekak, Seni Silat Jawa, Seni Silat
Gayong, Seni Silat Sambarani serta Seni Silat Wali Suci wujud selepas peristiwa Bintang tiga
yang telah menangkap allahyarham ayah beliau. Sejak itulah beliau telah mendalami ilmu
persilatan dengan lebih serius dan bersungguh- sungguh. Ketika beliau berusia 13 tahun belaiu
telah mempelajari seni silat dengan datuknya. Namun begitu, selepas perisriwa Bintang Tiga
tersebut beliau telah belajar ilmu persilatan di seluruh semenanjung Malaysia termasuk
Singapura.

Ilmu persilatan yang pertama yang beliau pelajari ialah dengan Pak lek Juwono b. Rawi
Klang di negeri Johor. Beliau menuntut ilmu persilatan ini melalui datuknya. Beliau telah
mendalami dan mempelajari ilmu Seni Silat Jawa sehinggalah beliau diijazahkan sebagai guru.

Oleh kerana beliau merasakan dirinya tidak cukup berilmu lagi, maka beliau telah
menuntut dengan guru yang lain pula. Selepas itu beliau telah mempelajari ilmu Seni Silat Cekak
dan berguru dengan Tuan Haji Yahya iaitu datuk saudaranya sendiri. Menurut cerita Seni Silat
Cekak ini berasal dari negeri Kedah ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Pada
ketika itu, Seni Silat Cekak ini hanya dipelajari oleh kaum kerabat diraja sahaja. Namun begitu,
disebabkan tiada waris yang noleh diperturunkan ilmu ini maka barulah ilmu tersebut diajar
kepada rakyat jelata.

Selepas beliau berguru dengan Tn. Haji Yahya dan mendalami ilmu Silat Cekak, beliau
telah mempelajari Seni Silat Gayong pula. Beliau telah berguru dengan Mahaguru asal Seni Silat
Gayong iaitu Tuan Syed Al- Atass di Pulau Selulung, Singapura. Beliau Berguru sehingglah
beliau diiktiraf sebagai guru kanan serta diiktiraf sebagai khalifah tertinggi dalam persilatan Seni
Silat Gayong. Pada ketika inilah ilmu kebatinan seperti mandi tapak, potong tangan, mandi
minyak, mandi hujung pedang dan sebagainya telah diperoleh dari Tuan Syed Al- Atass. Namun
pun begitu beliau merasakan ilmu yang dituntut masih belum cukup lagi.
Beliau telah memperhambakan diriya dengan Pendekar Amin yang berasal dari negeri
Perak untuk mempelajari Seni Silat Sambarani atau Helang. Corak latihan dan pengajaran yang
dipelajari dengan Pendekar Amin sangat lasak dan tangkas. Hal ini secara langsung memerlukan
kekuatan fizikal untuk bersilat kerana Seni Silat Sambarani harus bersilat secara laying dan
terbang serta bermain dengan bawahan kekuda rendah.

Setelah beliau khatam berguru dengan Pendekar Amin, beliau turut mendalami ilmu Seni
Silat Wali Suci di negeri Kedah dengan seorang guru yang bernama Pak Bidin. pada ketika inilah
beliau elah mendalami ilmu agama dan pelbagai ilmu seperti ilmu perubatan, ilmu kebatinan,
dan ilmu tradisional serta lain- lain lagi. Disebabkan Pak Bidin semakin uzur, maka beliau telah
dilantik dan diijazahkan sebagai guru sekali lagi. Selepas itu, beliau turut mendalami ilmu Seni
Silat Wali Suci dengan Pak Karim di Perak.

Beliau telah mendalami dan mempelajari ilmu persilatan selama 15 tahun. Dalam setiap
ilmu perguruan yang beliau pelajari beliau telah dianugerahkan sebagai guru. Beliau mempunyai
azam, matlamat dan daya usaha yang gigih dalam mencapai cita- citanya. Oleh itu, maka
wujudlah Persatuan Seni silat Serimau Hitam Perak berikutan gabungan lima jenis ilmu
persilatan yang telah dipelajari oleh beliau.

Falsafah PSSSHP

Falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu Philos dan Sophia. Philos
membawa maksud cinta sementara atau mencintai, manakala Sophia bermaksud kearifan atau
kebijaksanaan. Daripada dua perkataan tersebut,dapatlah didefinisikan falsafah sebagai
mencintai kebijaksanaan. Selain itu, falsafah juga menunjukkan cara pemikiran atau pandangan
seseorang terhadap sesuatu perkara. Lazimnya, falsafah digunakan untuk penentuan sesuatu
matlamat. Penggunaan falsafah dalam kehidupan telah lama berlaku, misalnya pada zaman
Yunani yang telah melahirkan ramai ahli falsafah seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Ahli-ahli
falsafah ini telah cuba menilai kehidupan manusia untuk mencari kebenaran dan nilai hidup yang
sempurna.
Antara falsafah Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak (PSSSHP) ialah untuk
membentuk generasi muda yang bersahsiah mulia, moral yang tinggi dan berperibadi luhur.
Falsafah dalam PSSSHP ini mula dibentuk pada tahun 1986 ketika PSSSHP ini mula
berkembang. Hal ini demikian kerana, ianya amat sesuai dengan moto bagi PSSSHP iaitu
Berilmu, Beriman dan Beramal. Di sini dapat kita lihat bahawa PSSSHP ini ingin melahirkan
ahli yang beriman kepada Allah S. W. T serta ajaran- Nya dan serta beramal atau melakukan
sesuatu kerja atau sikap bertanggungjawab terhadap diri, agama dan negara.

Dalam melaksanakan falsafah ini, PSSSHP telah membuka gelanggang- gelanggang baru
secara aktif meliputi peringkat kampung dan sekolah. Untuk menyesuaikan keadaan dengan
sistem persekolahan dan waktu pembelajaran, Rancangan Pendidikan PSSSHP telah
diperkenalkan untuk menepati sistem persekolahan yang memerlukan silibus pelajaran serta
waktu untuk kegiatan Ko- Kurikulum yang sesuai agar tidak mengganggu tumpuan pelajar pada
pelajaran. Pada masa kini, PSSSHP telah mengembangkan lagi di peringkat Universiti. Terdapat
11 gelanggang yang aktif di sekitar negeri perak iaitu gelanggang SMK Sultan Yussuf, SMK St.
Bernadette’s Convent, SMK Tapah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan lain- lain.

Pada masa kini, persatuan telah mengorak langkah dengan mengambil sikap terbuka
dalam meluaskan cawangan di seluruh negara. Pembukaan cawangan dan gelanggang baru ini
sedang giat di jalankan dan matlamat utama PSSSHP adalah untuk memartabatkan Seni Silat
Melayu khasnya dan persatuan ini amnya. Disamping itu, persatuan ini dalam proses untuk
menubuhkan Pertubuhan Seni Silat Serimau Malaysia. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut,
perancangan rapi dan sistematik harus dilakukan supaya ia berjaya dan seperti bak kata pepatah
“tidak melepaskan batuk di tangga”.
Bibliografi

Seni Bela Diri, ( 1999, Mei). Majalah, 35.

Silat Serimau Hitam (2010). Diperoleh pada Ogos 6, 2010 daripada


http://www.serimauhitam.com.

Anda mungkin juga menyukai