Anda di halaman 1dari 2

TEKNOLOGI PEMBUATAN

MRP (Material Requirements Planing)

MRP (Material Requirements Planing) adalah satu Sistem pengawalan Rancangan

Pengeluaran dan Inventory. MRP digunakan untuk menguruskan proses-proses yang

melibatkan pengeluaran, pembelian dan penghantaran. Kebanyakkan Sistem MRP

adalah berasaskan perisian komputer. Walaubagaimanapun ianya juga boleh

dikendalikan secara manual.

MRP direkabentuk bagi memenuhi 3 keperluan utama.

1. Memastikan bahan dan produk siap sedia untuk pengeluaran dan

penghantaran kepada pelanggan apabila diperlukan.

2. Mengekalkan bahan-bahan mentah dan produk berada pada tahap yang

sepautnya dalam inventory.

3. Merancang aktiviti pengeluaran, jadual penghantaran dan aktiviti pembelian.

MRP Controller bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang berkaitan dengan

penetapan jenis, kuantiti dan masa yang diperlukan di samping mengira bilakah dan

berapakah kuantiti bahan yang diperlukan agar satu pelan tindakan dan perancangan

rapi dapat disiapkan bagi memenuhi keperluan pengeluaran itu.

MRP Controller juga memerlukan semua maklumat tentang stok, simpanan stok dan

tempahan stok untuk mengira kuantiti diperlukan. Maklumat tentang bilakah stok

diperlukan juga penting untuk mengira masa dan tarikh ianya dapat dipenuhi.
TEKNOLOGI PEMBUATAN

Secara umumnya MRP adalah satu perisian untuk merancang pengeluaran sesuatu

produk. Kegagalan merancang dan membuat keputusan tepat akan menjejaskan

pendapatan syarikat.

Disediakan Oleh :

KHAIRUL AMRAN B MARHABAN

SPONSOR

http://www.digitalstore.co.tv/pasonubi

http://www.usahawanebook.com/produk

Anda mungkin juga menyukai