Anda di halaman 1dari 8

Peribahasa

PMR/ SPM/ UEC


Air pun ada pasang surut
keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala se
nang dan kadangkala susah
Air sama air kelak menjadi satu, sampah itu ke te
pi juga
tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami i
steri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka be
rbaik-baik, kita akan diketepikan
Air susu dibalas dengan air tuba
kebaikan dibalas dengan kejahatan
Air tenang jangan disangka tiada buaya
orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penak
ut
Air beriak tanda tak dalam
banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Air dicencang tiada putus
perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjanga
n.
Ada ubi ada batas, ada budi ada balas
sekiranya seseorang membuat kebaikan, tentu dia me
ndapat balasan yang baik juga
ada udang di sebalik batu
Ada sesuatu tujuan lain di sebalik apa-apa yang dilaku
kan.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
perbuatan jahat itu akan mendapat balasan juga
Ada nyawa, ada rezeki
asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki
Ada bukit, ada paya
ada yang senang; ada yang susah; ada yang kaya; ada yan
g miskin
Ada gula adalah semut
di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah ba
nyak orang berkumpul
Ada air adalah ikan.
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada angin, ada pokoknya.
Setiap apa yang berlaku mestilah ada sebabnya.

Anda mungkin juga menyukai