Anda di halaman 1dari 49

KERTAS KERJA

NUR NAIEMAH BINTI MOHD IBRAHIM


NUR AIN IZZATI BINTI MOHD NURUDDIN
KERTAS KERJA

 Kertas kerja bermaksud hasil tulisan untuk


dibentangkan kepada khalayak.
 Khalayak terdiri daripada kumpulan kecil
seperti jawatankuasa projek. Kumpulan besar
seperti peserta seminar dan persidangan.
 Kertas kerja disediakan secara terperinci
dengan tujuan memberi maklumat dan
penerangan ataupun mendapatkan kelulusan
menjalankan sesuatu projek.
 Kertas kerja perlu disediakan secara baik dan
rapi terutama yang memerlukan perbelanjaan
besar.
 Kertas kerja perlu diserahkan terlebih dahulu
untuk disemak dengan teliti supaya tidak
berlaku kesilapan dan cadangan yang
dikemukakan boleh diluluskan ataupun
sebaliknya.
 Perlu menitikberatkan siapa kertas kerja
ditujukan.
TUJUAN KERTAS KERJA:
 Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan

untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan

bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan

sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan

kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan

sesuatu projek dan sebagainya.


FORMAT KERTAS KERJA DASAR
Kertas kerja dasar yang lengkap mengandungi
maklumat berikut .
 Nama Persatuan/Kelab
 Tujuan – sila nyatakan dengan ringkas tujuan kertas

kerja ini dikemukakan seperti contoh untuk


mendapatkan pertimbangan Dekan HEP & Alumni
bagi kelulusan mengadakan kegiatan.
 Maklumat Aktiviti
a) Pengenalan – Latarbelakang program yang hendak dijalankan.
b) Objektif – Nyatakan dengan ringkas dan padat.
c) Justifikasi mengadakan aktiviti
d) Tarikh dan tempat – nyatakan dengan jelas dan spesifik
e) Senarai Tetamu Terhormat & Perasmi (jika ada)
f) Senarai penceramah (jika ada) – maklumat lengkap
g) Jenis-jenis program – Nyatan jenis-jenis program yang terlibat
dalam penganjuran aktiviti tersebut contohnya riadah, gotong-
royong, ceramah dan sebagainya.
h) Bilangan peserta – nyatakan dengan jelas termasuk Insitusi
yang
menyertai.
 Anggaran belanjawan – Nyatakan dengan jelas
dan terperinci sumber pendapatan dan
perbelanjaan dengan jumlah kos. Anggaran
belanjawan hendaklah munasabah.
 Ulasan Penasihat – yang ditandatangani sendiri
oleh Penasihat beserta cop jawatan.
 Surat sokongan agensi/korporat (jika ada)
 Penutup
FORMAT PENYEDIAAN & PENULISAN
KERTAS KERJA
1.Font jenis Arial, Tahoma atau 10. Muka depan tak perlu
Century Gothic “fancy”
2. Saiz 12
11. Hanya “simple binding”
3. Spacing 1.5
4. Margin 1” 12. Logo dibahagian kiri
5. Mempunyai nombor muka 13. Logo Persatuan bahagian
surat kanan (jika ada)
6. “Align Justify” 14.Setiap tajuk
7. Page set up : Bentuk Potrait dihitamkan“bold” dan ada
8. Maksimumkan muka surat
nombor
9. Kertas saiz A4 berwarna putih
dan hanya satu bahagian muka 15.Penggunaan perkataan
digunakan Inggeris perlu“Italic”
CARA PENYEDIAAN KERTAS KERJA
1.Ukuran kertas ialah saizA4 dan ditaip mengikut
jarak satu setengah (1.5). Saiz font yang seragam
iaitu Arial Saiz 12 hendaklah digunakan dalam
penyediaan kertas cadangan / kertas konsep ini.

2. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan dalam


semua Kertas kerja dan lampiran. Jika keadaan
memerlukan, perkataan Bahasa Inggeris boleh
digunakan tetapi perlu dicetak condong (Italic).
3. Istilah teknikal atau perkataan yang mungkin
menimbulkan kekeliruan hendakalh dijelaskan
sewajarnya. Istilah tersebut boleh dijelaskan :
i. Dengan memasukkan penjelasan
mengenainya dalam kurungan selepas istilah
digunakan ; atau
ii. Dengan menggunakan nota kaki; atau
iii. Dengan mewujudkan satu lampiran
mengenai penjelasan istilah; dan
iv. Perkataan dalam Bahasa Inggeris hendaklah
dicetak condong.
Maklumat Umum
Kertas kerja perlu mengandungi maklumat umum seperti berikut;

 Tajuk Kertas kerja


Tajuk kertas kerja di hadapan perlu mengandungi maklumat
disediakan oleh bahagian atau fakulti berkaitan.

  Status Kertas kerja


Dijelaskan samada untuk kelulusan atau makluman

 Penyedia kertas kerja


Kertas kerja perlu mengandungi maklumat penyedia kertas
kerja/disemak oleh dan diluluskan oleh.
CONTOH JENIS KERTAS KERJA

KERTAS KERJA
KERTAS KERJA
BAGI
PROJEK ATAU KERTAS KERJA
PEMBENTANGAN
KAJIAN PROGRAM
DI SEMINAR

KERTAS KERJA KERTAS KERJA


UNTUK MENGADAKAN
KELULUSAN SEMINAR
CIRI-CIRI UMUM KERTAS KERJA BAGI PEMBENTANGAN DI SEMINAR
 Tajuk
 Nama/ nama-nama pembentang kertas kerja
 Nama institusi
 Sinopsis atau ringkasan
 Pengenalan
 Kronologi kajian
 Metadologi
 Analisis data/Datapan
 Perbincangan
 Rujukan
 Lampiran
FORMAT PENYEDIAAN
KERTAS KERJA SEMINAR /
PERSIDANGAN
ANTARABANGSA
UNTUK KELULUSAN Y.B.
MENTERI
 Kertas kerja seminar / persidangan untuk
mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Y.B.
Menteri hendaklah dikemukakan selewat-
lewatnya 3 bulan sebelum seminar /
persidangan tersebut diadakan dan disediakan
di dalam Bahasa Melayu.Kertas kerja
seminar /persidangan tersebut hendaklan
mengandungi input-input seperti berikut:
(1) Tujuan Kertas : Untuk mendapatkan
pertimbangkan dan persetujuan Y.B. Menteri.
(2) Latarbelakang : Nyatakan secara ringkas
latarbelakang kepada penganjuran seminar /
persidangan berkenaan.
(3) Tujuan Persidangan : Nyatakan okbektif
yang ingin dicapai daripada seminar /
persidangan berkenaan.
(4) Asas Pertimbangan : Sila berikan rasional
kenapa pentingnya seminar /persidangan
tersebut diadakan dengan menjelaskan manfaat
/ faedah-faedah yang akan diperolehi oleh
peserta serta negara daripada penganjuran
seminar/ persidangan tersebut.
(5) Implikasi : Nyatakan jika terdapat sebarang
implikasi kewangan kepada kerajaan,implikasi
terhadap keselamatan negara,agama dan lain-
lain implikasi terhadap masyarakat dan negara.
(6) Penyertaan Seminar : Nyatakan bilangan
peserta dan dari negara mana.Di samping itu
nyatakan juga secara ringkas samada peserta
terdiri daripada ahli-ahli akadenik,pakar dalam
bidang-bidang tertentu,mewakili organisasi
atau lain-lain maklumat yang berkaitan.
(7) Kertas Kerja : Nyatakan bilangan kertas
kerja yang akan dibentangkan serta nama
pembentangnya dan negara asal mereka.
(Senaraikan kertas-kertas kerja yang akan
dibentangkan.Boleh juga disertakan sebagai
lampiran.)
(8) Pembiayaan : Nyatakan perbelanjaan yang
akan terlibat dengan seminar / persidangan ini
serta sumber-sumber kewangan yang akan
digunakan untuk membiayai perbelanjaan
tersebut.(Maklumat-maklumat lanjut bolehlah
disertakan sebagai lampiran.)
(9) Penutup
Lampiran
1. Senaraikan nama pembentang kertas kerja dan
tajuk-tajuk kertas kerja berkenaan.
2. Anggaran sumber kewangan dan perbelanjaan
terlibat.
3. Program seminar (Tentative Program).
4. Lain-lain lampiran yang berkaitan.
Format Kertas KerjaSeminar
CIRI-CIRI UMUM KERTAS KERJA
PROJEK ATAU KAJIAN
 Tajuk
 Latar belakang/ rasional
 Objektif/matlamat
 Jangka masa yang diperlukan
 Kumpulan sasaran
 Andaian-andaian halangan
 Anggaran belanjawan
 Penubuhan jawatankuasa
 Menentukan jadual tugas
 Perlaksanaannya
FORMAT KERTAS KERJA PROGRAM
1. Nama sekolah 9. Kumpulan Sasaran
2. Tajuk 10. Keterangan Program ( Jika
3. Pendahuluan / latar belakang ada )
4. Matlamat 11. Starategi Pelaksanaan
5. Objektif 12. Jadual Pelaksanaan
6. Rasional 13. Bahan / Sumber ( Jika ada )
7. Tarikh / Jangka masa 14. Anggaran Kos /
8. Jawatankuasa Pengelola perbelanjaan
a. Jawatankuasa Induk 15. Sumber Kewangan
b. Jawatankuasa 16. Penutup
kerja/pelaksana 17. Pengesahan Kertas Kerja
18. Lampiran
KERTAS CADANGAN

 APA KERTAS CADANGAN: kertas cadangan adalah penulisan lazim


ditulis oleh eksekutif.
 Dibuat bagi mencadangkan program atau projek yang ingin dijalankan
sekaligus memberikan maklumat perniagaan sebagai memenuhi arahan atau
permintaan daripada pelbagai pihak.
FORMAT KERTAS CADANGAN

KERTAS
CADANGAN KERTAS CADANGAN
KOS TEKNIKAL
PELAKSANAAN
FORMAT KERTAS CADANGAN
TEKNIKAL PELAKSANAAN
BAHAGIAN 1: bagi rujukan pentadbiran (satu
muka surat)
 Nombor rujukan:
 Bidang teknikal:
 Tajuk kertas cadangan:
 Hubungan syarikat anda:
-Nama syarikat:
-Nombor telefon:
-Alamat e-mel:
-Nombor faks:
-Alamat surat menyurat syarikat:
 Pengurus/eksekutif yang bertanggungjawab:
(nama penuh berserta jawatan)
 Ringkasan kos:
 Tarikh memulakan cadangan pelaksanaan:
 Bilangan kakitangan yang terlibat:
BAHAGIAN 2: isi kandungan cadangan/ penyelesaian masalah
 Keunikan kertas cadangan (satu muka surat)
 Isi kandungan teknikal (tidak melebihi 20 ms) iaitu:
-Menerangkan secara terperinci cara melaksanakan cadangan.
-Skema pelaksanaan.
-Perancangan (termasuk pemindahan teknologi yang terlibat dan
sebagainya).
-Perbandingan dengan kaedah yang sedia ada (lebih bertumpu kepada
cadangan anda).
-Kemudahan serta peralatan yang diperlukan.
 Hasil dan kesan yang dijangka (satu muka surat).
 Spefikasi tugasan secara teknikal (selari dengan kos
yang dicadangkan pada bahagian kertas cadangan
kos).
 Maklumat tambahan (hanya sebagai rujukan
tambahan bagi dinilai) seperti:
-Kertas cadangan yang berkaitan (tidak
melebihi 3 ms).
-Penyelidikan berkaitan cadangan/penyelesaian
masalah (tidak melebihi 3 ms).
-Alamat laman web/pautan (hyperlink).
CONTOH KERTAS KERJA TEK
NIKAL PELAKSANAAN
FORMAT KERTAS CADANGAN KOS
BAHAGIAN 1: maklumat umum bagi rujukan pentadbiran (satu
muka surat)
 Nombor rujukan:
 Tajuk kertas cadangan anda:
 Hubungan syarikat anda:
-Nama syarikat:
-Nombor telefon:
-Alamat e-mel:
-Nombor faks:
-Alamat surat menyurat syarikat:
 Eksekutif/pengurus syarikat yang terlibat:
(nama penuh beserta jawatan)
BAHAGIAN 2: pengiraan kos

 Boleh menggunakan Microsoft excel. Penerangan berkaitan kos yang


terlibat adalah digalakkan. Sertakan juga maklumat berikut:
-Kos penggajian.
-Kos sampingan.
-Perbelanjaan asas yang diperlukan bagi menjalankan cadangan.
-Kos pengangkutan.
-Senarai bahan guna terus.
-Kos peralatan.
-Subkontrak (sekiranya ada).
-Kos-kos lain.
-Perbelanjaan umum seperti bayaran-bayaran yang terlibat.
TIPS KERTAS KERJA/
CADANGAN YANG BAIK
KEJELASAN

 Sebelum mula menulis kertas cadangan, beri kesimpulan


konsep cadangan anda dalam dua hingga tiga potong ayat.
 Minta orang kedua membacanya bagi memeriksa tahap
pemahaman.
 Tulis semula apabila pembaca ketiga tidak memahami apa
yang anda tulis.
 Apabila idea tidak dapat dirumuskan dalam dua hingga tiga
potong ayat yang difahami, pembaca sasaran tidak tertarik bagi
membaca kertas cadangan anda.
KOMUNIKASI

 Komunikasi idea yang jelas dan berkesan adalah penting.


 Elakkan daripada menulis perkataan yang janggal, sukar
difahami serta mengelirukan pembaca sasaran.
TIADA KESILAPAN
 Perlu diingatkan, kertas kerja atau kertas
cadangan anda pasti bersaing dengan banyak
kertas kerja lain yang mungkin ditulis oleh
penulis profesional serta dibantu oleh pereka
grafik dan sebagainya.
 Semak dengan teliti kesalahan ejaan, kesilapan
tatabahasa, kesalahan menaip dan lain-lain.
CETAK DAN JILID
 Cetak kertas kerja atau kertas cadangan menggunakan kertas
yang berkualilti tinggi.
 Guna pencetak laser ataupun bubble jet yang berkualiti bagi
mencetak dokumen anda.
 Jilid kertas kerja anda melalui perkhidmatan penjilidan yang
baik. Walaupun ia mengeluarkan perbelanjaan, tetapi mutu
penghasilannya memuaskan serta profesional.
SUSUNAN
 Susun dokumen mengikut format yang piawai.
 Teks perlu memenuhi lebih kurang dua pertiga daripada muka
surat.
 Satu pertiga daripada muka surat itu perlu dibiarkan kosong
supaya pembaca sasaran dpt membuat catatan.
ELEMEN-ELEMEN VISUAL
 Masukkan elemen-elemen visual yang berguna dalam kertas
cadangan.
 Logo, klip, graf, jadual dan elemen grafik yang lain
menguatkan penampilan dokumen anda. Ia juga memudahkan
pembacaan dan meningkatkan pemahaman pembaca sasaran.
MUKA SURAT TAJUK
 Mulakan kertas cadangan dengan satu muka surat tajuk.
 Anda boleh memuatkan muka surat tajuk ini dengan nama
penerima dan nama projek kertas cadangan, tarikh serta simbol
hak cipta.
SENSITIVITI
 Pastikan kertas cadangan hanya memuatkan cadangan yang
mematuhi perundangan Negara.
 Elak daripada membuat kritikan-kritikan yang sensitive serta
menyentuh perasaan golongan minority.
 Guna kosa kata yang mempunyai konotasi positif.
PENULISAN YANG BERSIFAT GLOBAL
 Idea perlu bersifat global.
 Elak penggunaan kosa kata bersifat tempatan contohnya
bahasa kasar, bahasa pasar, dan bahasa tempatan.
 Guna bahasa piawai atau bahasa baku yang lebih bersifat
professional.
TIPS MENYEDIAKAN KERTAS
CADANGAN YANG MENINGKATKAN
IMEJ ANDA DAN SYARIKAT:
KESAN MENGIKUTI TIPS DI ATAS:
 Diterima pakai oleh syarikat, organisasi dan badan kerajaan
yang berkaitan.
 Diterima oleh pegawai-pegawai atasan.
 Diterima oleh pelanggan.
 Memperoleh kontrak atau tender.
 Tetapkan jangkaan dan tujuan penulisan kertas cadangan.
 Sediakan rangka kertas cadangan yang dinamik.
 Kenal pasti kategori maklumat yang perlu dimasukkan dalam
kertas cadangan. Maklumat yang tidak berguna perlu
diabaikan.
 Sediakan rujukan yang berguna bagi cadangan anda.
 Pastikan cadangan atau penyelesaian masalah betul berguna,
munasabah, praktikal dan meyakinkan. Sekurang-kurangnya
cadangan itu lebih baik dari sedia ada.
 Pastikan cadangan dapat memuaskan hati pembaca sasaran.
 Gunakan format kertas cadangan dengan betul.
RUJUKAN
 KEMAHIRAN MENULIS. Goh Ying Soon, Wan Mohd Nazif
Wan Mohd Nori. 2006. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
 KAEDAH PENYELIDIKAN DAN PANDUAN PENULISAN
(esei, proposal, tesis). Sulaiman Masri. 2003. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
 BAHASA MELAYU KOMUNIKASI. Abdull Sukor Shaari,
Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. 2003. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai