Anda di halaman 1dari 6

Draft

Teks pengacara majlis


Muktamar Sanawi 2007/2008

MC : Mengumumkan ketibaan
Tan Sri Hamdan Syeikh Tahir, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia
diiringi oleh Saudara Fairul Nafazli,Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional
(pembina)Shah alam Klang
MC : Para hadirin diminta berdiri
MC : Yng Berbahagia...... Tan Sri Hamdan Syeikh Tahir, Timbalan Pengarah Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
Saudara Fairul Nafazli,Pengerusi PEMBINA Shah alam Klang
Dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera diucapkan.
MC : Ahlan Wasahlan dan Selamat datang ke..... Pementasan Sirah Muzikal.. 2010
MC : Pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada wakil Jabatan kemajuan Islam Malaysia, dan juga para hadirin
sekalian kerana hadir ke program ini.
MC : Hadirin hadirat sekalian
MC : Penampilan Islam sebagai sebuah agama yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan

latar belakang manusia.. cukup untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam itu sendiri.

Sebagai sebuah agama yang fleksibel perlaksanaanya, mengikut aturan dan dasar yeng

telah sedia ada, Islam tidak sekali-kali menyekat umatnya untuk berhibur,atas kesedaran

ini Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam Klang

menganjurkan Sirah Muzikal 2010 sebagai alternatif hiburan santai yang menjaga

batasan syariat, serta digabungkan dengan elemen pendidikan iaitu penyampaian sejarah

perkembangan tamadun Islam yang pernah menguasai dunia sehinggalah empayar

kerajaan Islam terakhir jatuh pada tahun 1924M. Ungkapan cendekiawan ada berbunyi

‘Satu bangsa yang lupa akan sejarahnya bukanlah satu bangsa yang berjaya’.
Selain itu,program ini juga merupakan salah satu projek untuk mengumpul dana bagi

pembinaan Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon,Ranau,Sabah di bawah

kelolalaan Saudara Nazrey Johani,yang juga merupakan penggiat seni nasyid

tanahair.Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM15 juta dan tempoh kutipan dana

adalah bermula 2 Julai 2010 sehingga 2 Julai 2012 dengan perakuan dan sokongan dari

Jabatan Agama Islam Negeri Sabah.Seperti yang kita maklum,keperluan sekolah agama

di Sabah amatlah meruncing dan jumlah yang sedia ada masih amat kecil jika

dibandingkan dengan keperluan ummat Islam di sana.Justeru,saya menyeru semua pihak

untuk sama-sama menggembleng tenaga menjayakan usaha murni ini dan memberi

sokongan penuh terhadap segala usaha untuk mengumpulkan dana bagi sekolah tahfiz

tersebut.

MC : Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, majlis menjemput kumpulan
robithoh untuk menyampaikan nasyid asmaul husna,/ semua hadirin /diminta ikut
bersama.
MC : Majlis mempersilakan.
MC : Kini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Tan Sri Hamdan Syeikh Tahir, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia diiringi oleh Saudara Fairul Nafazli,Pengerusi Persatuan Belia Islam
Nasional (pembina)Shah alam Klang untuk menyempurnakan simbolik perasmian
program dan pelancaran kutipan dana Sekolah Tahfiz Bayu syahadah pada malam
ini.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
MC : Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri
Sebagai tanda penghargaan kami, diatas kesudian Tan sri menyempurnakan
perasmian program dan pelancaran tabung sekolah tahfiz bayu syahadah,
pihak kami ingin menjemputPresiden PEMBINA diiringi pengerusi PEMBINA
Shah alam klang untuk menyampaikan cenderahati kepad Yang berbahagia Tan
Sri.

MC : Kini..... tibalah masanya,persembahan pertama pada malam ini, diteruskan


dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan..Sohwah
Diharap semua hadirin akan terhibur.
MC : Terima kasih diucapkan kepada (kumpulan nasyid Sohwah
MC : Para hadirin yang dihormati sekalian.
MC : Dengan berakhirnya persembahan kumpulan sohwah sebentar tadi ,menandakan
permulaan kepada saat2 yang kita nantikan,pementasan Sirah Muzikal
2010.Dengan rasminya,majlis diserahkan kepada pengerusi majlis
pementasan,Saudara Faiz Dowomo.
Terima kasih
*********************
(Ambil masa utk VVIP keluar dr dewan)
MC : Majlis kini diteruskan dengan agenda utama pada malam ini iaitu pembentangan
laporan Institusi Usrah sesi 2007/2008.
Dengan itu, saya menyerahkan majlis pada malam ini kepada pengerusi tetap
Muktamar Sanawi 2007/2008 untuk sesi seterusnya.

------------------------------------ pengerusi tetap ambil alih------------------------------

MC : Terima kasih diucapkan kepada ( nama pengerusi tetap).


MC : Tahniah kepada Barisan Tanzim Baru Institusi Usrah bagi sesi akademik
2008/2009, Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Barisan Tanzim Lama
Institusi Usrah bagi sesi akademik 2007/2008 atas jasa dan pengorbanan kalian,
Jazakkallahukhair
Baiklah, majlis akan diteruskan dengan persembahan montaj logo IU dan montaj
dari IUFC,
*******************
MC : *tambahan utk penjelasan bagi montaj.(jika perlu)
Persembahan Montaj tadi mengenai ....(IUFC dibawah resolusi, ditubuhkan,
kapten.... etc)

MC : Seperti yang dijanjikan, Majlis akan diteruskan dengan persembahan Nasyid dari
kumpulan afwan yang akan mendendangkan lagu keduanya (nama
Lagu,album,etc)
Majlis mempersilakan,
************
MC : Baiklah tanpa menlengahkan masa, tibalah masa yang dinantikan oleh semua
iaitu sesi cabutan bertuah. Kepada semua hadirin, diharap dapat melihat nombor
cabutan bertuah masing- masing pada buku program yang telah diberikan pada
awal Muktamar berlangsung.
Kepada pemilik nombor bertuah yang dipanggil, sila datang kehadapan untuk
mengambil hadiah anda.
MC : Majlis menjemput (Timbalan Amir 07/08,Nama) untuk memulakan sesi cabutan.
(teruskan yg sama untuk 5 cabutan.)
MC : (Timbalan Amir akan menyerahkan kepada MC, 5 nombor cabutan bertuah)

*boleh diubah cth : Nombor yg bertuah ialah terus sebut nombor/bermula dgn nombor
dan etc. Untuk perhatian MC : Ulang panggilan nombor sebanyak tiga kali, kemudian
teruskan kepada nombor yang lain. Dan minta membuat cabutan sekali lagi.)

MC : Untuk meneruskan 5 cabutan bertuah lagi, Majlis menjemput (Amir


08/09,Nama) untuk membuat 5 cabutan nombor bertuah.
MC : (Umumkan nombor cabutan bertuah)

MC : Untuk sesi berikutnya, majlis akan diteruskan lagi dengan sesi penyampaian
hadiah kepada pemenang-pemenang bagi program Ice Breaking yang diadakan
pada hari Ahad yang lalu,13 Julai 2008.
MC : (Umumkan pemenang)
MC : Tahniah kepada penerima hadiah
MC : Muktamar Sanawi Institusi Usrah 07/08 akan melabuhkan tirainya
Sebelum bersurai, majlis menjemput saudara Ahmad
Fakhrurazi untuk membacakan doa penutup.
MC : Terima kasih saudara Ahmad Fakhrurazi
MC : Bacaan doa sebentar tadi menandakan berakhirnya majlis Muktamar Sanawi sesi
2007/2008.
Pihak majlis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi
meluangkan masa dan hadir pada majlis malam ini.
Dijemput semua untuk menghadiri jamuan ringan yang telah kami sediakan
diluar dewan ini.
MC : Sekian saja daripada kami,
*segala kekurangan hrp dpt dimaafkan/pantun
Assalamua’laikum warahmatullahi wabarokatuh
MC : Sebarang Pengumuman
Sekadar utk Take note :
1. sama ada mahu seragamkan penggunaan tahun ( 07/08 atau 2007/2008)
2. Majlis mempersilakan, (bukan saya mempersilakan)
3. MC perlu pastikan jika ada apa-apa anouncment/pengumuman perlu dibuat sprt
cth: Borang Saps Point, T-shirt IU, Booth IU, etc.

Tulisan berwarna biru : boleh ditiadakan/ditambah/perlu diedit jika ingin digunakan.


*Pengerusi Majlis perlu bersedia sekali dengan Tentatif Muktamar, Senarai Nama
VVIP,Pembaca Al-Quran,Doa,Amir 07/08,Amir 08/09,Timbalan Amir08/09,Nama
pengerusi Tetap, Pemenang Ice Breaking,(ketua kumpulan)

Anda mungkin juga menyukai