Anda di halaman 1dari 8

NOTA TAMADUN DUNIA : TEMA 3

Tema 3 : Ketahanan dan Pertahanan

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China, Melayu


dan Barat
Aspek yang dikaji:

3.1 Konsep: Konsep Ketahanan Dan Konsep Pertahanan

Berdasarkan contoh amalan dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-


Roman, India, China, Melayu dan Barat tunjukkan bagaimana ketahanan diri dan
fizikal dicapai melalui latihan dan amalan menguatkan mental dan psikologi dan
fizikal serta peralatan senjata tentera (Tamadun Yunani – melalui sukan/olimpik,
Rom – gladiators, lumba kuda dll)

3.2 Organisasi

Tunjukkan jenis organisasi yang wujud di dalam satu-satu tamadun dalam aspek
pertahanan (Rom – ‘legions’, Viking – perahu, Norman – ‘knights’ dll , Srivijaya –
Orang Laut)
Tunjukkan taktik dan strategi pertahanan dan peperangan ( Rom – testudo (kura-
kura), China – (The Great Wall)Huraikan ciri-ciri tentera dalam satu-satu tamadun
(Rom –‘legions’, Norman –‘knights’, tentera bergajah dll)

3.1 Konsep

Ketahanan: Ketahanan ertinya ketabahan , kecekalan dan kesabaran dalam


menghadapi sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalam
perjuangan. Ketahanan terdiri daripada ketahanan rohani/spiritual dan ketahanan
fizikal. Ketahanan rohani/spiritual meliputi aspek-aspek agama dan moral.
Ketahanan fizikal merangkumi aspek-aspek lahiriah termasuk pembinaan jasmani
dan ketenteraan. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan pelaksanaan yang
betul merupakan asas-asas yang penting dalam pembinaan ketahanan fizikal dan
rohani bagi sesebuah masyarakat dan negara. Ketahanan rohani dan fizikal mestilah
dibina secara seimbang dan sepadu. Ketahanan diri, masyarakat dan negara
merupakan persediaan yang wajar dan perlu diambil perhatian yang serius bagi
melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan.

Pertahanan :Pertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan


negara daripada serangan musuh Membela golongan yang lemah, teraniaya dan
dizalimi juga termasuk dalam erti pertahanan Mempertahankan hak dan
tanggungjawab memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta,, masa, jiwa
dan nyawa.

3.2 Organisasi

Tamadun Mesopotamia
Orang Sumeria adalah orang yang pertama di kalangan manusia awal yang
mengetahui tentang taktik-taktik peperangan walaupun mereka bersifat.kemanusiaa,
bijak membuat ramalan berdasarkan agama dan tidak mempunyai cita-cita
berperang yang bersungguh-sungguh. Mereka berperang dengan cara berbaris-
baris dan berdiri rapat-rapat. Senjata mereka ialah tombak dan lembing dan
memakai topi kulit.Pemerintah membina tembok pertahanan untuk mencegah
pencerobohan musuh dan melindungi penduduknya. Dalam masa-masa mereka
berhenti bertelingkah sesama sendiri, orang Sumeria ini bersatu pula memerangi
puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran subur dan menjadi ancaman
besar kepada peradaban Sumeria. Mereka bukan sahaja diganggu oleh puak yang
berpindah randah bahkan juga oleh orang Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan
yang terletak di bahagian utara dataran Sinnar). Orang Semitik berperang dengan
cara terbuka, menggunakan panah dan buat beberapa abad tidak dapat ditandingi
oleh orang Sumeria.Permusuhan dan peperangan sering berlaku di antara negtara-
negara kota di Mesopotamia atas sebab tuntutan air dari sungai yang menjadi punca
kekayaan. Contohnya ialah peperangan yang berlaku antara negara kota Ur dan
Urech adalah kerana hendak menguasai hilir Sungai Euphrates. Akibat daripada
peperangan demi peperangan di antara negara-negara kota, maka berlakulah
pertukaran pemerintah, kemusnahan negara-negara kota dan keruntuhan tamadun
Mesopotamia. Pada tahun kira-kira 2750SM, Raja Sargon dari Akkadia telah
menguasai tamadun Mesopotamia. Beliau menguasai semua negara kota dan
meluaskan empayarnya dari Elam di Timur hingga ke Laut Mediterranean. Pada
kira-kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah menyerang
Mesopotamia dan berjaya menawan Babylon. Babylon telah berkembang menjadi
sebuah negara kota yang indah, kuat dan masyhur di bawah pemerintahan
Hammudrabi (1709SM – 1669SM). Hammurabi telah mendirikan kubu di setiap kota.
Kubu-kubu itu dikawal oleh angkatan tentera. Kubu Babylonlah yang paling terkenal
di antara kubu-kubu yang dibina.

Tamadun Mesir

Pada zaman empayar Mesir ( Zaman Pertengahan) kira pada tahun 1600 SM –
1000SM iaitu ketika diperintah oleh Amhose, tentera Mesir disusun rapi dan
menggunakan pedati kuda yang beroda besar dan bertayar mati yang dibuat dari
kulit. Tentera dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian tengah dan
bahagian tepi. Serangan menggunakan taktik gerak rusuk.Pada zaman
pemerintahan Tutmose, beliau sendiri mengetuai angkatan tentera. Serangan dibuat
pada setiap musim bunga menggunakan jalan darat dan laut. Dengan itu
menunjukkan Mesir telah mempunyai angkatan tentera darat dan laut. Peralatan
yang digunakan oleh Mesir ialah pedang, panah, baju besi dan kuda.

Tamadun Arab

Kegiatan ketenteraan dan peperangan pada zaman Arab pra-Islam merupakan satu
profesyen yang dnpandang mulia dan sangat diminati.Setiap kejayaan yang
diperoleh dalam satu-satu peperangan boleh membawa kemegahan dan
keuntungan yang besar kepada kabilah yang berjaya.Orang-orang Arab telah dilatih
dan diasuh berperang sejak kecil lagi kerana peperangan antara kabilah merupakan
satu daripada kehidupan mereka. Kaum lelaki memainkan perananyang besar
dalam peperangan jika dibandingkan dengan kaum wanita. Meeka dilatih bermain
senjata dan bermain kuda.Setiap peperangan biasanya melibatkan seluruh anggota
kabilah termasuk perempuan dan kanak-kanak. Seluuruh harta benda dibawa
bersama ke medan peperangan. Mereka juga membawa pakar bedah (untuk
memotong bahagian yang tercedera). Alat-alat bunyi- bunyian seperti gendang,
serunai serta lagu-lagu bersemangat dimainkan dalam perjalanan menuju medan
peperangan.Perempuan-perempuan yang ditawan dalampeperangan akan dijadikan
gundik atau harta milik sendiri yang boleh diperdagang sebagai hamba abdi. Pihak
lelaki bertanggungjawab mempertahankan kaum wanita. Jika mereka gagal, wanita
itu akan menjadi milik musuh. Biasanya mereka berusaha memiliki semula wanita
mereka dengan cara tebusan atau berperang.
Harta-harta rampasan perang diagih sama rata kepada tentera setelah ¼
daripadanya diperuntukkan kepada ketua kabilah. Ketua kabilah boleh memilih harta
rampasan perang yang disukainya, selepas itu barulah diagihkan kepada orang lain.
Alat-alat senjata yang digunakan ialah pedang, tombak ,panah dan baju besi. Dari
segi jenis tentera, tenteranya terdiri daripada tentera infantri (tentera berjalan kaki)
dan tentera berkuda/cavalry (sebahagian kecil sahaja). Tentera berkuda hanya
digunakan pada masa peperangan ‘serang lari’.Tentera bergajah juga digunakan
iaitu semasa Abrahah menyerang Mekah iaitu semasa Nabi dilahirkan.Dari segi
organisasi tentera, ada perbezaan antara tentera golongan Badawi (penduduk
padang pasir) dan Hadari (penduduk bandar). Organisasi tentera puak Badawi
kurang tersusun dan menggunakan taktik ‘serang lari’, sebaliknya kaum Hadari lebih
.tersusun dan lebih banyak dipengaruhi oleh Rom dan Parsi terutamanya bagi Arab
Hadari yang tinggal di bahagian utara dan selatan Arab.Contoh organisasi yang
tentera Rom dan Parsi yang mereka tiru ialah tentera dibahagikan kepada 5
bahagian iaitu depan, tengah, belakang, kiri dan kanan yang dikenali sebagai ‘al-
khamis’. Ketua kabilah diletakkan dibahagian tengah untuk menjaga
keselamatannya.Orang Arab juga mendirikan kota pertahanan. Contohnya, di
selatan Arab kota pertahanan dibina di Ghumdam (di Yaman),Hadramaut, Mahrah
dan Oman. Di utara Arab dibina beberapa buah benteng pertahanan di kota
Petra/Batra’, al-Khawarnaq (berhampiran al-Hirah) dan al-Sadir (di tengah kota al-
Hirah).Motif peperangan yang berdasarkan semangat asabiyah (kesukuan) adalah
bertujuan untuk mencari nama dan kemegahan. Peperangan boleh berlarutan
hingga berpuluh tahun seperti Peperangan al-Basus antara suku Taghlib dan suku
Bakr yang memakan maa selama 40 tahun.

Tamadun Greek

Sejarah awal Greek yang bermula d ibeberapa buah pulau termasuk Create ,
terletak di Laut Mediterranean menjadikan orang greek sebagai tentera laut yang
kuat. Malah tuan kapal pertama di Laut Aegean adalah orang Greek – terkenal
dengan kecekapan dalam pelayaran.Raja Mycenae (sebuah dari kota di Greek)
telah membina sistem berkubu untuk menahan serangan penyerang dari laut.
Bandar Troy yang merupakan sebuah daripada negara kora di Greek terkenal
sebagai kota berkubu. Istana di bandar Troy dikelilingi tembok setebal 15 kaki
dengan pintu pagar yang tinggi dan menara yang kukuh sebagai langkah berjaga-
jaga dari sebarang serangan.
Orang Achaean (satu dari kaum Greek) menggunakan senjata tombak untuk
mempertahankan diri. Mereka juga menggunakan topi besi yang berjambul bulu
kuda, memakai baju besi atau kulit, sarung kaki yang dibuat dari gangsa, perisai
besar yang dibuat dari kulit lembu dan gangsa. Ketua angkatan perang
menggunakan pedati kecil sebagai kenderaan. Cara berlawan ialah berlawan
seorang-seorang antara ketua dengan ketua. Orang biasa tidak mempunyai senjata
yang lengkap. Ketika tentera Greek dibawah General Pyrrhus, Greek mempunyai
angkatan tentera yang besar dan terlatih. Gajah digunakan sebagai alat kenderaan
perang yang disamakan dengan kereta kebal masa ini. Di tanah besar Greek, orang-
orang Greek membina benteng/kubu pertahanan bagi menghadapi serangan dari
utara.Ketahanan diri dan fizikal orang-orang Greek dicapai melalui latihan olahraga.
Latihan dalam olahraga menjadi sebahagian daripada pelajaran seseorang murid di
Athens. Berlari, bergusti, melontar lembing dan bertinju yang dipelajari oleh orang
Greek semasa di sekolah gusti, kekal menjadi hobi dalam hidupnya. Empat tahun
sekali pertandingan olahraga secara besar-besaran yang terbuka kepada semua
orang Greek diadakan di Olympia. Pemenang pertandingan disanjung oleh
warganegara lain sebagai seorang yang mengharumkan nama kota mereka. Di
setiap kota di Greek terdapat sekurang-kurangnya sebuah jimnasium umum untuk
aktiviti olahraga dan olahraga merupakan satu bentuk hiburan yang tetap bagi orang
lelaki. Athens memang terkenal dengan acara marathonnya. Sukan Olimpik pertama
diadakan sebagai menghormati dewa Zeus. Selain membantu melahirkan individu
yang cergas, kegiatan sukan ini juga secara tidak langsung menyatukan masyarakat
Greek empat tahun sekali dan melupakan perselisihan politik. Sewaktu sukan ini
diadakan, gencatan diisytiharkan oleh semua pihak.Di Greek, terdapat perbezaan
dari segi ketahanan dan pertahanan antara Sparta dengan Athens. Di Sparta, orang
lelaki diberi latihan tentera yang berterusan sejak dari kecil lagi. Bayi yang lemah
dibunuh. Kaum wanita diberi kesedaran bahawa tugas utama mereka ialah
melahirkan perajurit yang berdarah tulin Sparta. Kaum wanita diberi latihan jasmani
bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar menjadi ibu yang sihat (ini berbeza
dengan wanita Greek di tempat lain). Budak lelaki yang berumur 7 tahun ke atas
tinggal d iberek di bawah penyeliaan warganegara yang lebih tua dan juga di bawah
jagaan pemuda-pemuda Sparta yang bergelar ‘tukang sebat’. Di situlah mereka
diajar menanggung kesakitan tanpa rungutan, menguatkan badan dengan jimnastik
dan senaman, ditanam dengan semangat suka melawan melalui permainan ganas
yang disediakan. Ketika permainan ini dijalankan, banyak juga nyawa terkorban.
Bagi menambahkan daya usaha mereka, mereka digalakkan mencuri jiran mereka.
Bila mereka dewasa, mereka diwajibkan berkhidmat dalam polis rahsia. Bila mereka
berumur 30 tahun mereka mesti berkhidmat sebagai tentera dengan disiplin yang
lebih keras. Orang Sparta tidak dibenarkan berniaga atau bertani. Kerja begini
diserahkan kepada helot dan warganegara diharamkan memegang wang.
Keindahan dan sifat lemah lembut tidak terdapat di kalangan orang Sparta. Mereka
memang terkenal sebagai pejuang terbaik. Mereka ditanamkan dengan taat setia
yang tidak berbelah bahagi. Orang Sparta hanya bertuan kepada satu iaitu undang-
undang mereka. Kekuatan tentera darat mereka jelas apabila mereka berjaya
mengalahkan tentera Parsi yang menyerang Greek tahun 480SM.

Di Athens, berkhidmat di dalam tentera adalah satu perkara biasa dalam kehidupan
orang Athens. Daripada umur 18 tahun hingga 20 tahun mereka menerima latihan
tentera. Pada tahun kedua latihan, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan
sempadan di Attica. Daripada umur 20 hingga umur 60 tahun, mereka boleh dikerah
berkhidmat. Pada bila-bila masa sahaja, Dewan Perhimpunan akan membuat
keputusan melancarkan perang ke atas jiran yang tidak disukai mereka. Arahan
menjalankan kerahan akan dilekatkan di pasar-pasar dan orang-orang lelaki akan
segera menyediakan pedang dan perisai, mendapatkan catuan makanan dan
melaporkan diri dalam tentera warganegara. Semuanya akan bersedia bergerak
dengan segera. Semasa peperangan askar-askar yang terdiri daripada warganegara
itu dengan kelengkapan senjata yang berat akan berdiri rapat-rapat dalam satu
barisan, perisai bertemu perisai dan mereka akan mara menemui barisan musuh.
Cara mereka ialah dengan berdiri berselindung di belakang perisai, menghunusksn
tombak dan cuba mengundurkan tentera musuh. ‘Musim’ peperangan akan berakhir
dalam bulan April dan Mei kerana mereka perlu pulang untuk menuai hasil tanaman
mereka. Inilah bezanya dengan tentera Sparta yang mempunyai tentera tetap.
Berbanding dengan orang Sparta, orang Athens terkenal dengan kehandalannya di
laut. Kapal perangnya mencecah sebanyak 200 buah dan untuk menempatkannya
tidak menjadi masalah kerana Athens telah membina beberapa buah pelabauhan.

Tamadun Rom

Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom sentiasa
bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa sahaja
mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan disempadan
dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina dari Tyne ke Solway
sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini jelas apabila rom
melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan angkatan laut yang besar.
Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom juga menggunakan kapal
laut. Pada zaman pemerintahan Constantine, Rom telah menggunakan meriam
sebagai satu daripada alat perangnya. Alatan perang Rom terdiri daripada baju besi,
helmet, pedang, tombak, pisau belati, panah, lembing, dan artillery (senjata
pemusnah yg. dibuat dari batu dan kayu, seakan bom). Ketahanan diri dan fizikal
dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti, pertunjukkan gladiator (perlawanan
manusia), dan binatang buruan yang liar serta lumba kuda. Gimnasiun dan
gelanggang gusti dibina untuk tujuan tersebut. Orang tahanan dilawankan dengan
binatang liar seperti singa. Jika menang, akan dibebaskan.
Dalam usaha meluaskan empayarnya, Rom bergantung kepada bilangan dan
kekuatan tenteranya. Pada zaman pemerintahan Augustus, beribu-ribu orang
tentera diambil untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Tentera yang
jumlahnya hampir 400 ribu orang biasanya ditempatkan di sempadan yang terdedah
dengan serangan luar. Augustus menempatkan tentera pengawal di luar Itali dan
mengadakan pengawalan untuk dirinya sendiri di Rom . Tempoh perkhidmatan bagi
tentera Rom ialah antara 20-25 tahun. Bagi menambahkan bilangan tentera
warganegara, Augustus telah mewujudkan tentera bukan warganegara yang
diberikan taraf warganegara setelah 25 tahun berkhidmat. Tentera Rom juga berjasa
dalam mengembangkan budaya Rom di kawasan jajahan. Tentera Rom juga boleh
berfungsi sebagai jurutera, pembina jalan, jambatan, petani dan menjadi hakim di
daerah-daerah tertentu.
Taktik yang digunakan oleh Rom terutama di Arab Utara dan Selatan ialah dengan
membahagikan tenteranya kepada 5 bahagian iaiatu bahagian depan, belakang,
kanan, kiri dan tengah. Ketika melawan orang-orang Islam dalam Perang Yarmuk
tahun 635 M, Heraclus sebagai ketua tentera Rom telah mengikat tenteranya
dengan besi antara satu sama lain untuk mengelakkan mereka lari .Rom juga
menggunakan taktik dan strategi testudo (kura-kura). Jenis tentera Rom dikenali
sebagai ‘legions’ (unit/batalion yang mengandungi 3,000-6,000 askar berjalan
kaki/infantri dan 100-200 askar berkuda) dan ‘tentera bergajah’ (semasa menyerang
Mekah melalui panglimanya, Abrahah).

Tamadun India

Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja yang


mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan berkesan.
Plini menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai jumlah angkatan
tentera yang terdiri daripada 600,000 orang askar berjalan kaki, 30,000 orang
tentera berkuda dan 9,000 orang tentera bergajah di samping tentera-tentera
berkereta kuda. Raja merupakan pegawai tertinggi angkatan tentera. Untuk
mengendalikan tenteranya yang begitu ramai, beliau membahagikan kepada 30
badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga. Tiap-tiap lembaga mengandungi
5 orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi tentera laut, tentera berjalan kaki,
tentera berkuda, tentera bergajah, tentera berkereta kuda dan tentera berkenderaan
yang membekalkan alat-alat senjata. Tenteranya juga terdiri daripada berbagai kelas
masyarakat dan bertugas semasa berlaku peperangan sahaja. Tenteranya dibayar
gaji tetap. Arthasastra pula menggambarkan bahawa terdapat juga jururawat-
jururawat dan doktor-doktor yang ikut serta dalam peperangan untuk membantu
tentera yang tercedera. Di Mohenjo Daro dan Harappa dibina kubu dengan dinding
yang tingginya 400 meter panjang dari utara ke selatan dan lebarnya ½ km. Tembok
kubu Harappa dibuat daripada batu lumpur dengan batu terbakar yang tebalnya 18
meter. Sebenarnya di setiap bandar dalam Tamadun Indus dibina kubu yang kuat
untuk melindungi bandar daripada musuh.

Tamadun China

Pada dasarnya negeri China adalah sebuah negeri ketenteraan. Pada zaman awal,
Raja Shang sentiasa berperang kerana beliau beranggapan perang sebagai
kejadian yang menguntungkan raja dan negaranya. Kemenangan dalam
peperangan menjadikannya kaya dan berkuasa. Kadang kala Raja Shang menawan
musuhnya sebagai korban kepada dewanya. Tentera Shang terdiri daripad tentera
berjalan kaki dan berkereta kuda. Dinasti Shang kemudian digulingkan oleh Wu
Wang dari Dinasti Chou pada tahun 1027SM kerana kezaliman raja Shang terakhir
iaitu Shang Chau Hsin. Semasa pemerintahan kerajaan Chin, mereka berperang
menggunakan angkatan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki dan bukan kereta
kuda untuk berperang. Pada masa awal pemerintahan Shih Huang Ti, beliau telah
mengarahkan askar mencari alat-alat perang di dalam setiap rumah. Semua alat itu
dirampas dan dihantar ke ibu kota Siang Yang dan dileburkan menjadi loceng besar
dan patung besi. Melalui cara itu Shih Huang Ti berharap rakyatnya atau wakil
lindungan tidak akan melancarkan pemberontakan terhadap kerajaannya malah
kerajaan pusat cuba menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera.
Tenaga buruh bagi tentera diperolehi dari sistem kerahan dalam berbagai-bagai
daerah tentera yang dikatakan sebagai Chun. Apabila kerajaan Chin hendak
mengerahkan askarnya, beliau mengambil golongan pemimpin tentera dalam Chun
tersebut. Kerajaan pusat juga melantik pegawai sebagai pemimpin tentera bagi
kempen peperangan. Dari segi taktik peperangan, Shih Huang Ti berperang
menggunakan taktik orang Tartar (ganas),dan menggunakan tentera berkuda. Beliau
juga telah mengumpulkan penjahat dan dijadikan askar dan dihantar berperang ke
sempadan. Beliau juga telah membina rangkaian jalan tentera dan terusan untuk
memudahkan pergerakan/serangan.
Bagi mempertahankan negerinya dari ancaman luar terutamanya orang
tartar/Monggol, Shih Huang Ti telah membina tembok yang dikenali sebagai Tembok
Besar Negeri China. Tembok ini dibina dari tahun 228SM hingga 210SM yang
merentasi bukit bukau dan lembah. Panjang tembok ini ialah 2250 batu dengan
ketinggigan 15 kaki hingga 20 kaki. Tembok ini dibina lengkap dengan menara
pengawal. Terdapat sebanyak 20,000 menara pengawal. Setiap satunya di
tempatkan sepasukan tentera yang mengandungi 100 orang. Mereka mengawal
dengan menggunakan panah. Di samping menara pengawal yang besar tadi,
terdapat juga menara pengawal yang lebih kecil sebanyak 10,000 buah. Alat-alat
peperangan yang digunakan di China ialah panah, pedang, lembing dan perisai.
Pada zaman Monggol memerintah China, Marco Polo yang melawat China pada
abad ke-13 melaporkan bahawa China menggunakan serbuk letupan dalam
peperangan.Bagi menguatkan ketahanan fizikal, orang China menjalanii latihan
ketenteraan termasuk seni mempertahankan diri secara tradisional.

Tamadun Melayu

Kerajaan-kerajaan Melayu juga mempunyai angkatan tentera yang kuat terutama


kerajaan-kerajaan yang terkenal dengan perluasan empayarnya seperti Srivijaya,
Majapahit, Melaka Acheh dan Funan. Srivijaya mempunyai angkatan laut yang kuat.
Kerajaan ini menggunakan angkatan lautnya untuk memaksa kapal-kapal dagang
singgah di pelabuhannya. Dalam aspek pertahanan ini, organisasi tentera yang
ditubuhkan oleh Srivijaya dipanggil Orang Laut. Orang Laut melindungi pedagang
dari serangan lanun. Orang Laut inilah juga yang melindungi Parameswara ketika
menyelamatkan diri ke Tanah Melayu dari serangan Majapahit. Dengan angkatan
tentera yang ramai, Srivijaya telah menawan beberapa buah kerajaan di utara Tanah
Melayu dan Sumatera. Kerajaan Srivivjaya telah mewujudkan satu unit pentadbiran
ketenteraan yang diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava.
Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan
organisasi tentera yang dipanggil Orang Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi
pedagang dari lanun. Pada peringkat awal Melaka ditubuhkan, Melaka sering
diancam oleh Siam dan Majapahit. Bagi mempertahankan Melaka dari ancaman-
ancaman luar, Parameswara telah meminta perlindungan dari Negeri China.
Beberapa jawatan diwujudkan dalam pentadbiran Melaka untuk menjamin
keselamatan negeri Melaka. Jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka berfungsi
sebagai ketua angkatan tentera, sementara Laksamana pula merupakan ketua
angkatan laut. Temenggong dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan
keselamatan dalam negeri dengan bantuan pasukan keselamatan. Kekuatan tentera
Melaka terutama semasa di bawah Bendahara Tun Perak membolehkan Melaka
meluaskan empayarnya meliputi beberapa buah kawasan di Tanah Melayu dan
Sumatera.
Majapahit juga pernah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dirantau ini.
Dengan angkatan tentea yang besar dan kuat, kerajaan ini telah memperluaskan
empayarnya dengan menawan beberapa buah kerajaan di Tanah Melayu,
Kalimantan, Sumatera, Jawa dan Bali. Kerajaan Funan pula memperluaskan
empayarnya dengan menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara Tanah
Melayu. Alat-alat yang digunakan dalam pertahanan di Alam Melayu ialah keris,
tombak dan pedang. Perahu dan kapal turut membantu membawa angkatan
laut.Bagi menguatkan ketahanan mental dan fizikal, silat merupakan cara
mempertahankan diri secara tradisional.

Tamadun Barat

Di Barat, ketahanan diri dan fizikal diperolehi melalui latihan ketenteraan yang
berdisiplin. Latihan dalam tempoh tertentu diberi secukupnya sebelum diambil
bertugas sebagai tentera. Latihan yang diberi termasuklah latihan bermain pedang,
memanah dan menunggang kuda. Peralatan tentera yang digunakan lebih canggih
seperti meriam (seperti Portugis gunakan untuk menyerang Melaka), perisai,
pedang, senapang bersumbu, panah, pakaian seragam perang (termasuk baju besi,
topi, kasut). Pasukan tentera dibahagikan kepada batalion yang terdiri daripada
tentera darat dan laut. Alat yang digunakan semasa berperang ialah kuda (bagi
tentera berkuda) dan kapal laut (bagi angkatan laut). Kubu-kubu pertahanan banyak
didirikan. Dari segi organisasi, orang Norman terkenal dengan pasukan ‘knight’
(memakai baju besi seluruh tubuh termasuk muka). Pasukan knight juga teridiri
daripada kaum bangsawan. Orang Norman yang berasal dari Britain itu memang
terkenal dengan tentera berkudanya. Manakala orang Viking yang berasal dari
Norway, Sweden dan Denmark merupakan pelaut dan pahlawan yang terkenal.
Mereka mula belayar ke Barat pada abad ke-9 TM untuk mencari daerah baru.
Orang Viking selalunya dikaitkan dengan kapal dan laut. Kapal mereka dikenali
sebagai ‘knorr’ digunakan oleh orang Viking untuk ekspedisi perdagangan. Dengan
itu organisasi pertahanan orang Viking dikenali sebagai perahu atau kapal.
Satu lagi cara untuk menguatkan ketahanan mental dan psikologi orang Barat ialah
dengan bersumpah dan berjanji. Ini dapat dilihat dalam Perang Salib yang berlaku
antara orang Krisitian dengan orang Islam pada akhir abad ke-11 TM. Sebelum
melancarkan serangan, orang-orang Kristian telah bersumpah untuk merampas
kembali Makam Suci (Holy Sepulchre) untuk mendapatkan kembali Baitul Maqdis
yang ditawan oleh tentera Islam pada tahun 673 Masihi. Di atas alasan untuk
masuk/menziarahi Baitul Maqdis semakin sukar (menurut ajaran mereka, menziarahi
tanah suci adalah cara untuk mendapatkan keampunan dosa dan untuk masuk
syurga), telah menaikkan semangat untuk berjuang menentang orang Islam. Pihak
gereja telah berjanji akan membebaskan mereka dari membayar cukai, memberi
pengampunan dosa, dan akan dibebaskan dari penjara jika mereka pergi berjuang
menentang orang Islam