Anda di halaman 1dari 11

HAYATILAH FIRMAN ALLAH - sumber rujukan sepanjang zaman

by Abuyusoff Qurratul A'yun on Sunday, 29 August 2010 at 17:55

Manusia sering mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan, kefakiran dan

sebagainya. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam

kehidupan, kemewahan dan seumpamanya. Itulah lumrah manusia…

saya, anda dan kita semua.

Berbahagialah manusia yang diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana

sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika,

menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Tetapi kita

hari ini di saat diuji. . .

 
Maka ketika hati kita tertanya-tanya “mengapakah Aku yang diuji?” maka ingatlah firman Allah: "Apakah manusia

itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan

sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui

orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: ayat 2-

3)

Tatkala diri berkata ”Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?”

Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu

menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-

Baqarah: ayat 216)

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi, maka renungilah ayat

Allah: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang

yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran: ayat 139)

Ketika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku depani segala ini”. Maka Allah telah berfirman untukmu: "Wahai

orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara

yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan

bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah

supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran: ayat 200).

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya

sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". (Surah Al-Baqarah: ayat 45)

Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung kepada seseorang untuk memperolehi kekuatan. . . Allah

telah sedia ada bersamamu. . . "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku

bertawakkal." (Surah At-Taubah: ayat 129)

Dan apabila kau merasakan “aku sudah tidak  mampu bertahan lagi !” Maka ingatlah firman Allah. . . "...dan

janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan

kaum yang kafir." (Surah Yusuf: ayat 12)

Sesungguhnya. . . " Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta dan masa mereka dengan

memberikan syurga untuk mereka. . .” (Surah At-Taubah: ayat 111)

Dan akhir sekali ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua.
“Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (Surah Al-Baqarah:

ayat 286)

“Ya Allah. . . jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian

ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.”

Percayalah sementara orang lain ragu-ragu,

Rancanglah sementara orang lain bermain-main,

Belajarlah sementara orang lain tidur,

Putuskanlah sementara orang lain teragak-agak,

Bersedialah sementara orang lain berangan-angan, dan

Bertahanlah sementara orang lain berundur.

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W (Isi Khutbah terakhir


Rasulullah s.a.w)
by Abuyusoff Qurratul A'yun on Sunday, 03 October 2010 at 12:29

Ketika Rasulullah S.A.W mengerjakan ibadah haji yang terakhir pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di

Lembah Uranah, Bukit Arafah. Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum

Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah S.A.W itu ialah: 

1. "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.  Aku tidak mengetahui apakah aku

dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku

ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini”.

2. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini adalah suci, maka anggaplah

jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan

kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak

menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia
pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba.

Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba diharamkan mulai sekarang”.

3. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk

menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak

mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

4. "Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga

mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka

mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-

wanita (isteri-isteri)kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana

sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas

mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke

dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina”.

5. "Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat

lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan

kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah

saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia

dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh”.

6. "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas

segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,awasilah agar  jangan sekali-kali kamu terkeluar

dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku”.

7. "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan

lahir agama baru. Oleh itu,  wahai manusia... nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang

telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang

sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat

selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku”.

8. "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu".

ALAM MAHSYAR
by Abuyusoff Qurratul A'yun on Sunday, 03 October 2010 at 12:35
 

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh

makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yg lain..  Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg

tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya. Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?  Tiada

siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan-Nya. Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi

Maha Perkasa. Ini menunjukkan kebesaran keagungan-Nya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal

Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh

makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak

berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang

belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada

ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke

tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan

kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan

anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam

kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah

Taala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari

berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik

dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit- bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai

kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka

bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya

dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.

Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.

Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,

warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari

syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.

Mereka ialah:

 Pemimpin yang adil. 

 Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

 Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

 Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

 Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. 

 Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

 Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan

mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka

pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha

mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Taala. Maka

kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.
(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah S.A.W. Jarak

masa antara satu nabi dengan nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W. ke hadrat Allah Taala. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka

sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar

(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu

tiba dibumi.

Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang

sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang

mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab

cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi

lebih kecil dari Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang

terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu

berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan

tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /

Raqib dan Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir dan munafik beratur

bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad S.A.W., dan amalan yang pertama kali dihisab

adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,

lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan

mukmin.

 
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar,

mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan

yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-

masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang

bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih

dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Taala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing

dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi

titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di akhirat :

 Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

 Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

 Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk

kepada keizinan Allah Taala.

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Allah untuk memberi syafaat kepada para

pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang

yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim

ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut

yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.

Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun

mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang

binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik

kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti

sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka

Nasional Singapura 2004. 


ANTARA BIDADARI DAN PENGHUNI SYURGA
by Abuyusoff Qurratul A'yun on Saturday, 28 August 2010 at 01:16

Tanya seorang adik kepada kakaknya: “kenapakah lemah sungguh kaum Hawa itu, asyik berteman tangis dan

sendu sahaja”

 
Wahai adikku: “bukan wanita itu lemah dek tangis dan sendunya…tetapi disitulah wahai adikku kekuatan bisa

meleburkan ego seorang lelaki. Menjadi izzah yang paling gah. Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki karana

sendu rayunya Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun”.

Wahai adikku: “lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata”

Namun wahai kakakku: “wanita itu fitnah dunia”

Wahai adik: “Pernahkah adikku dengar tentang pesanan ILAHI kepada hamba-Nya”?

“Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah uaratmu”

“Cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanan-Nya”? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal

kerana andai si lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada

dirinya.

“Dan tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya”.

“Bukan fitnah semata-mata jika kedua-dua Ar-Rijal dan An-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan ILAHI itu!”.

“sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu adalah lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh”.

Tapi kakakku: “kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka berasa malu?”

Duhai adikku sayang: “Al-Hayat (sifat malu) ada dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani dan

Al-Hayat itulah pakiaan iman. Pada diri wanita itu, indah Al-Hayat sebagai benteng diri. Namun, apabila Al-Hayat

itu lebur…imannya akan runtuh”.

Wahai kakak: “kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?”

“kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri belum cukup menarik. Sebenarnya mereka telah kalah dari

segi psikologi.

Namun adikku: “wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu”

 
Wahai adikku: “1001 keindahan penciptaan wanita. Pandai-paidailah dikau menilai! Antara permata dan debu-

debu kilauan pasir”

Wahai adik: “janganlah adik gusar, tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu dan jangan engkau sekali-kali

merendahkan dirimu…menggugurkan diri…menyembah tanah…sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH

jadikan begitu tinngi martabatmu.

Anda mungkin juga menyukai