Anda di halaman 1dari 4

Bahagian B (40 markah)

4 Berikut ialah urusniaga Perniagaan Muslimah pada bulan April 2010.

2010 RM
April
1 Baki tunai di tangan 400
Baki tunai di bank 3 000
Baki perabot 1 000
Baki penghutang Samsiah 2 300
Baki pemiutang Rahman 1 500
2 Membeli barangniaga daripada Rahman 3 600
4 Membeli perabot dengan cek dari Kedai Perabot Mutiara 500
7 Menjual barang niaga secara kredit kepada Samsiah 4 200
10 Mengeluarkan tunai dari bank untuk kegunaan perniagaan 500
12 Menerima cek daripada Samsiah 2 230
diskaun tunai diberikan
70 14 Membawa masuk kenderaan dari rumah untuk kegunaan perniagaan 15 000
20 Membayar kadar bayaran dengan tunai 380
23 Menerima dividen dengan cek 1700
24 membayar cek kepada Rahman dan menerima diskaun RM100 3 700

Anda dikehendaki:

a) Menyediakan akaun-akaun dalam lejar mengikut sistem catatan bergu termasuk buku
tunai dan imbangkan. (10 markah)

b) Sediakan petikan Imbangan Duga pada 30 April 2010 (10markah)


5. ( a ) Berikut ialah maklumat dana tunai runcit bagi perniagaan Wilma Enterprise 2009
Dis 1 Menerima cek bernilai RM300 daripada ketua juruwang untuk
memulakan Buku Tunai Runcit

2 Membeli pen dan pensil sebanyak RM5

3 Membeli kertas warna dan kertas A4 RM18

5 Membeli setem bernilai RM3

6 Mengirim surat berdaftar RM6

7 Memberi derma kepada rumah anak yatim RM50

9 Membeli bunga untuk hiasan pejabat RM10

10 Membayar belanja tol pekerja sebayak RM2

11 Membayar perkhidmatan kurier RM25

12 Membayar belanja petrol RM20

13 Membeli komputer berharga RM1300

13 Membayar sewa pejabat RM450

14 Membayar upah penyelenggaraan mesin fotostat RM57

15 Memberi pinjaman kepada pekerja RM30

15 Bayaran balik oleh ketua juruwang

Anda dikehendaki menyediakan:

i) menyediakan Buku Tunai Runcit dengan lajur analisis yang sesuai.

ii) mengimbangkan Buku Tunai Runcit. ( 12 markah )


(b) Kerani akaun Syarikat ABC telah mengesan beberapa kesilapan di bawah pada bulan Ogos

2010.

(i) Ambilan barangniaga sebanyak RM300 telah terlupa direkod dalam mana-mana

buku.

(ii) Belian perabot bernilai RM750 secara kredit daripada Perniagaan Rohani telah

direkodkan ke dalam akaun Perniagaan Mahani.

(iii)Sewa diterima sebanyak RM650 telah direkodkan sebagai RM560 di dalam buku

tunai dan akaun sewa diterima.

(iv) Belanja gaji RM600 telah didebitkan ke dalam akaun tunai dan dikreditkan ke akaun

gaji.

Anda dikehendaki membetulkan kesilapan tersebut di dalam Jurnal Am.

(Keterangan di dalam Jurnal Am tidak diambilkira) (8 markah)

6. ( a ) Maklumat yang berikut menunjukkan petikan daripada Buku Tunai Kedai Thanosya

pada 31 Disember 2009.

Buku Tunai ( ruangan tunai )

RM RM

Sewa 7 700 Gaji 5 800

Maklumat Tambahan:

i. Sewa yang diterima adalah dari 1 Januari 2009 sehingga 28 Februari 2010.
ii. Gaji sebanyak RM800 masih belum dibayar.

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Akaun Sewa Diterima dan Akaun Gaji.
(b) Catatan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2009.
(c) Catatan dalam Kunci kira-kira pada 31 Disember 2009.

( b ) Syarikat Jim Berhad beroperasi di Limbang Sarawak. Petikan Imbangan Duga yang
berikut adalah berkaitan dengan mesin milik syarikat tersebut.
Imbangan Duga pada 30 Jun 2010

Debit (RM) Kredit(RM)


Mesin A(kos) 6 700
Susutnilai terkumpul mesin ( 1 Jun 2009) 670

Maklumat Tambahan:
i. Mesin disusutnilaikan sebanyak 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
ii. Pada 31 Disember 2010, syarikat telah membeli mesin B bernilai RM4 500
menggunakan cek.
iii. Pada 30 Jun 2011, mesin A dijual dengan harga RM3 500 dan menerima sekeping
cek.
iv. Tahun kewangan syarikat berakhir 30 Jun setiap tahun.

Anda dikehendaki menyediakan:


i. Akaun Mesin. (2 markah)
ii. Akaun Peruntukan Susutnilai Mesin. (6 markah)
iii. Akaun Pelupusan Mesin. (4 markah)

Anda mungkin juga menyukai