Anda di halaman 1dari 10

Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009

PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM PRASARJANA MUDA PENGAJARAN ( KDP 14 MINGGU)

____________________________________________________________________________________

HBEF 2203

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEMESTER : FEBUARI 2009

Soalan tugasan 1
Sal merupakan pelajar tahun tiga di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Beliau tinggal bersama dengan lima orang rakannya di
sebuah flat yang berhampiran dengan unuversiti. Kelima-lima teman serumahnya mengambil program pengajian yang sama
hanya beliau seorang sahaja dari program pengajian yang lain. Keadaan ini menjadikan Sal tidak selesa tinggal di rumah
berkenaan kerana beliau tidak dapat berbincang mengenainya pelajarannya. Pada masa yang sama keputusan peperiksaan Sal
menurun, dia memerlukan rakan sekelas untuk mengadakan perbincangan. Matlamatnya adalah untuk meningkat keputusan
peperiksaannya. Kebanyakan rakan sekelasnya tinggal jauh dari universiti. Mereka boleh membantu Sal kalau beliau bersedia
berpindah ke rumah mereka. Sal tidak pasti cara untuk menyatakan hasratnya untuk berpindah rumah kepada rakan serumahnya.
Baginya rakan serumahnya yang bekerjasama adalah perkara yang amat dihargainya, tambahan pula Sal telah tinggal setahun
bersama mereka. Anggapan Sal , rakan serumahnya adalah keluarganya di Kuala Lumpur.

1. Apakah matlamat kaunselor di dalam sesi kaunseling yang dikendalikan bersama Sal?

Soalan tugasan 2
2. Bincangkan sikap kaunselor yang disenaraikan berikut:
a) Kongruen
b) Penerimaan Tanpa Syarat
c) Empati

Soalan tugasan 3
Sesi kaunseling melibatkan lima thap penting, dan salah satu tahap berkenaan adalah Tahap Mmbina Hubungan.
a) Nyatakan EMPAT tugas utama kaunselor di tahap ini.
b) Tuliskan SATU dialog yang dilakukan oleh kaunselor di tahap ini.

Soalan tugasan 4
Sesi kaunseling melibatkan pelbagai kemahiran termasuklah tingkahlaku verbal
a) Tuliskan SATU dialog minta penjelasan lanjut yang digunakan dalam sesi di atas.
b) Tuliskan SATU dialog menyemak persepsi yang digunakan dalam sesi di atas

NAME : NORLIZA BT MOHAMAD

NRIC : 720309-06-5132

TELEPHONE NUMBERS : 019-3920547

E-MAIL ADDRESS : norliemd@gmail.com

TUTOR’S NAME :
DR RAJA GOPAL A/L PONNUSAMY

LEARNING CENTRE :
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR

FEBUARI 2009 SEMESTER

1
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

1.0 Pengenalan
Apa itu kaunseling?

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.
Ia dijalankan oleh kaunselor yang profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian
peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan
sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun ada unsur nasihat yang diberikan. Malah kaunselor
tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persolan klien, kerana apa yang baik
untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan kaunseling ialah ia
membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.
Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.
Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang
baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil
tindakan menguruskan masalah. Proses aksi dan reaksi klien dan kaunselor turut membantu klien
mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan
masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus
mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna,
dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George dan Kristianni, 1990) menyatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti


yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri
dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kaunseling yang telah dibuat oleh tiga
tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinisikan
kaunseling sebagai satu proses untuk menolong individu supaya menjadi lebih sedar tentang
dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977)

2
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

seperti Blocher menekankan tentang proses dimana seorang klien diberi peluang untuk
menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbilkan masalah dapa dirinya. Akhir sekali
James (1982) pula mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses pembelajaran yang lebih
menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya , membimbing dan
menilai potensi yang ada pada diri individu.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertologan yang profesional yang bertujuan
membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

3
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

2.0 Penyelesaian Masalah

Dalam menangani kes Sal , matlamat kaunseling sebegini ialah kaunselor boleh membantu Sal
untuk membuat satu perubahan tingkahlaku yang membolehkan Sal menjalankan kehidupan
dengan lebih produktif. Sal mungkin rungsing sekiranya beliau berpindah ke rumah lain , rakan
serumah yang lama akan berkecil hati atas tindakan beliau. Kaunselor boleh membimbing Sal
dengan memberi pandangan cara-cara berinteraksi dengan orang lain dan ini menggalakkan dan
memudahkan Sal boleh menyelesaikan masalahnya.

Selain dari mengubah tingkah laku , cara interaksi adalah salah satu perkara besar dalam
kehidupan seharian manusia. Dalam masalah Sal , kaunselor boleh membantu beliau dengan
mencari jalan dalam mewujudkan interaksi dengan rakan serumahnya dengan cara yang sesuai
atau betul. Kaunselor boleh meningkatkan kualiti diri Sal cara berhubung atau berinteraksi
dengan orang lain.

Kaunselor juga boleh membantu Sal dalam menguruskan dirinya sendiri sekiranya beliau
menghadapi kesulitan dalam menjalani kehidupan seharian. Sal menghadapi masalah dalam
pembelajarannya dan memerlukan seseorang untuk membantu beliau dalam meningkatkan
prestasi akademiknya. Kaunselor boleh berbincang dengan Sal dengan mencadandkan beberapa
cara yang betul dalam menguruskan diri contohnya meminta Sal membuat jadual harian atau
jadual belajar yang bersesuaian dengan masa atau sebagainya.

Matlamat yang seterusnya bagi kaunselor untuk menyelesaikan masalah Sal ialah menggalakkan
beliau membuat keputusan yang tepat. Dalam keadaan Sal , beliau menghadapi masalah dalam
membuat kputusan yang sukar kerana beliau menganggap rakan serumahnya adalah keluarganya.
Kaunselor boleh membantunya untuk membuat keputusan penting dalam hidupnya namun begitu
diingatkan bahawa, bukan tugas kaunselor memberi kata akhir dan mengarahkan klien membuat
keputusan. Kaunselor perlu membuat penerokaan kehidupan seharian klien(Sal) tentang nilai
hidupnya yang berkaitan dengan situasi yang dihadapi oleh Sal. Setelah menjalani proses
bimbingan Sal boleh membuat keputusan muktamad dan tahu mengapa beliau berbuat demikian.

Langkah yang terakhir yang perlu kaunselor lakukan ialah melihat perkembangan dan
pencapaian Sal setelah menjalani proses kaunseling. Tujuan penilaian ini dibuat adalah untuk
memastikan klien(Sal) diberi peluang mempelajari cara-cara kebolehan dalam berinteraksi
4
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

dengan orang lain dan membuat keputusan yang lain sekaligus meningkatkan keberkesanaan ke
tahap yang maksimum.

3.0 Sikap Yang Perlu Ada Pada Kaunselor

3.1 Sikap Kongruen

Sikap yang perlu ada dalam setiap kaunselor ialah perkembangan teraputik seperti kongruen,
keikhlasan ataupun kesepaduan. Dalam perhubungannya dengan klien, kaunselor sentiasa bebas
dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar dan bukannya
bertopeng sama ada secara sedar atau pun tidak untuk menggambarkan dirinya. Kaunselor perlu
mengingatkan dirinya bahawa adalah mustahil bersikap sedemikian didalam semua aspek
kehidupannya. Kaunselor harus bersikap jujur, ikhlas dan telus.

3.2 Penerimaan Tanpa Syarat.

Seorang kaunselor perlu berkebolehanuntuk merasai atau mengalami satu perasaan kemesraan
menerima setiap aspek pengalaman kliensebagai sebahagian kehidupan klien. Perasaan ini
menunjukkan yang klien sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. Penerimaan ini
melibatkan semua pengalaman klien yang berbentuk negatif seperti “jahat” , sedih, takut,
mengalah dan pengalam ganjil. Bagi penerimaan pengalaman yang berbentuk positif seperti
“baik”, matang, yakin dan perasaan bersosial. Semua perasaan ini yang ada pada kaunselor dan
juga klien sama ada konsisten atau tidak , di terima sepenuhnya denga mesra dan bukan secara
menguasai atau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. Penerimaan ini bermakna klien
diterima sebagai insan yang tersendir dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan
pengalamannya sepenuh hati.

3.3 Empati

Empati merupakan syarat ketiga yang perlu ada pada kaunselor dan ia bermaksud satu
kefahaman yang tepat dan empatik akan keadaan klien terhadap penglamannya. Dalam

5
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

menyelesaikan masalah klien, kaunselor cuba menyelami dunia klien seperti dunianya sendiri
tetapi tidak melupakan perkataan « macamlah» ( as if ). Kaunselor cuba mengalami perasaan
yang dihadapi oleh klien seperti marah , takut atau serba salah, sebagaimana ksunselor sendiri
yang mempunyainya walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalami marah, takut atau serba
salah. Apabila kaunselor begitu jelas dengan apa yang dihadapi oleh klien dan kaunselor bebas
bergerak dalam dunia klien, kaunselor boleh memulakan komunikasi bagi mendapatkan
kefahaman terhadap apa yang dilalui oleh klien. Komunikasi dua hala ini dapat menyediakan
klien untuk menyuarakan makna terhadap pengalaman yang klien tidak sedar.

Selain itu kaunselor perlu bersikap empatik supaya dia dapat memahami perasaan klien.
Kaunselor juga mestilah tidak sangsi dengan apa yang dimaksudkan oleh klien supaya apa yang
disuarakan tidak bermaksud yang lain. Pendapat yang disuarakan oleh seorang kaunselor
mestilah sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien supaya ada kesinambunga dalam
menyelesaikan masalah klien. Dalam menjalankan aktiviti komunikasi antara dua hala, nada
suara memainkan peranan penting bagi seorang kaunselor kerana nada suara kaunselor
menunjukkan kewibawaan untuk berkongsi pengalaman bersama klien.

4.0 Tahap Membina Hubungan

Sebelum memulakan proses kauneling , kaunselor belum lagi mengenali klien. Bagi
mendapatkan kerjasama daripada klien, perlu dibentuk satu hubungan yang baik antara klien dan
kaunselor supaya masing-masing mempunyai kepercayaan antara satu sama lain. Tugas
membina hubungan yang istimewa ia merupakan tema tahap pertama dan menjadi tumpuan
perbincangan. Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan tahap ini apabila dapat melaksanakan
empat tugas yang berkaitan iaitu:

i) Mewujudkan Suasana yang menggalakkan Interaksi

Dalam memulakan proses kaunseling, selaunya klien kurang yakin dengan dirinya, kaunselor
dan proses kaunseling. Lebih menyukarkan lagi klien tidak begitu pasti akan permasalahan

6
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

dirinya. Sebagai kaunselor , anda bertanggungjawab mewujudkan suasana yang kondusif agar
perjalanan sesi berjalan lancar tanpa gangguan.

ii) Menentukan Matlamat Awal Kaunseling

Klien berjumpa kaunselor atas pelbagai sebab terutamanya untuk menyelesaikan masalah atau
meminta pertolongan untuk mendapatkan cara-cara menjadi seorang yang boleh berfungsi
dengan lebih afektif. Kaunselor perlu mengambil kira jarak atau ruang diantara klien agar
menimbulkan rasa selesa dan klien akan berasa mendapat perhatian.

iii) Menstruktur Hubungan

Dalam menstruktur hubungan kaunselor perlu memberi pendedahan kepada klien ke arah mana
yang hendak dituju dan memahami proses kaunseling. Sebagai kaunselor, anda dan klien mesti
saling bersetuju tentang beberapa perkara sebelum menjalani proses kaunseling. Tiga perkara
utama dalam menstruktur hubungan ialah kefahaman tentang proses kaunseling, penjelasan
tentang perkara yang terlibat dan aspek kerahsiaan klien. Untuk meyakinkan klien untuk
meluahkan masalah, kaunselor perlu menunjukkan ekpresi muka atau wajah seolah mendengar
dengan penuh perhatian.

iv) Membina Kepercayaan

Tingkah laku kaunselor yang beretika juga memainkan peranan penting sepanjang sesi proses
kaunseling dijalankan. Kaunselor perlu menjelaskan tentang tuntutan kerahsiaan dan taraf
kemahiran yang ada pada kaunselor. Kaunselor mesti memikirkan soal tingkah laku beretika
sepanjang proses sesi kaunseling dan sepanjang perjumpaan dengan klien dalam sesi-sesi yang
lain. Contoh soal tingkah laku beretika ialah cara duduk kaunselor yang sedikit condong ke arah
orang yang bercakap menunjukkan kaunselor bersifat terbuka dan mesra.

7
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

b) Dailog kaunselor di tahap ini semasa sesi kaunseling dengan klien

Kaunselor :“ Terima kasih Sal kerana sudi datang jumpa saya hari ini. Sila duduk. Sal
sihat? Apa yang boleh saya bantu Sal hari ni?

Kaunselor : “ Apa khabar Sal? Saya harap Sal sihat. Bagaimana dengan kawan serumah
Sal?

a) Dailog meminta penjelasan lanjut yang digunakan dalam sesi di atas.

i) Kaunselor : “ Maafkan saya....boleh Sal jelaskan dengan lebih lanjut kenapa Sal
tidak boleh membuat keputusan berpindah dari rumah tersebut?”

ii) Kaunselor : “ Eemmm... Sal ada masalah lagi untuk membuat keputusan untuk
berpindah rumah? Saya faham dengan situasi keadaan Sal. Susah kita nak cari
kawan yang sebaik seperti yang Sal ada sekarang.” Apa yang boleh saya bantu Sal
hari ini?

b) Dailog menyemak persepsi yang digunakan dalam sesi di atas.

i) Kaunselor : “ Jadi sekarang ni Sal berasa serba salah untuk berpindah dari rumah
ini kerana Sal sudah menganggap semua rakan serumah seperti keluarga Sal
sendiri..betul ? ”

8
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

ii) Kaunselor : “ Sekarang macam mana dengan keputusan tentang untuk berpindah
rumah? Sal masih serba salah lagi ke? Kawan serumah Sal ada bagi pandangan
untuk Sal? Atau Sal masih mahu saya bantu untuk berbicang hal ini?S

5.0 Kesimpulan

Dalam manjalankan sesi kaunseling tiga peranan asas utama kaunselor dan
bagaimana kemahiran memainkan peranan. Kaunselor perlu menerepkan tumpuan
sepenuh perhatian kepada klien dengan tujuan dengan memahami apa yang telah
dibincangkan tanpa menaruh prasangka terhadapnya. Kaunselor perlu membuat
penjelasan lanjut daripada klien. Peranan ini memerlukan seorang kaunselor yang
peka terhadap isu-isu yang kabur atau apabila klien membuat pernyataan yang
tidak konsisten dan sukar difahami. Kaunselor juga memainkan peranan sebagai
penyokong kepada klien. Kaunselor perlu merujuk apa yang telah dilakukan bagi
memupuk asas hubungan yang baik antara klien dan kaunselor. Kaunselor perlu
memahami bagaimana kliennya mempersepsikan masalahnya sendiri.

9
Norliza bt Mohamad (KUMPULAN 3) FEB 2009
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (KDP 14 MINGGU)

Rujukan

Mizan Adibah Ahmad Ibrahim, Halimatun Halaliah Mokhtar, (2006) . (Edisi 2 )


Kaunseling Individu: Apa dan Bagaimana.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications &
Distrubutors Sdn. Bhd.

Zuraidah Abd Rahman, Pembimbing Rakan Sebaya, Langkah Seterusnya.

10

Anda mungkin juga menyukai