Anda di halaman 1dari 14

Hikayat Raja-raja Pasaihttp://ms.wikipedia.

org/wiki/Hikayat_Raja-raja_Pasai
Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negara
Islam pertama di Asia Tenggara kini yang bernama Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap
hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa
Melayu (tulisan Jawi). Tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu
tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku
dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikan Hikayat Raja
Pasai yang berikut ini:

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk


agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang
yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini,
Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan
Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya
Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun
yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu
hendak berbuat negeri di Samarlanga.

Artifak seperti makam Sultan Malik al Salih menunjukkan Pasai


terletak di Kampung Geudong, Lhokseumawe, utara Aceh,
pulau Sumatera, Indonesia.

Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan


tangan huruf jawi pada lembaran - lembaran berbentuk buku.
Penyelidik menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 m kerana
sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum
karya Maulana Abu Ishak.

Isi kandungan
 [sorok]

1 Genre
2 Pembukaan dan PengIslaman Pasai
3 Pasai di bawah Sultan Ahmad Perumudal
Perumal
4 Perluasan Kuasa Majapahit
5 Komentar / Catatan tambahan
6 Rujukan

[sunting]Genre

Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera


sejarah juga disebut sekarang sebagai karya agong. Karya
sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak
organisasi pentadbiran , keadaan sosial budaya dan corak
politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri,
perkembangannya, zaman keemasan , zaman kekalahan dan
keruntuhan.

Jadi Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah buku teks sejarah


yang murni. Sebaliknya telah dibumbui dengan unsur-unsur
sejarah. Unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan
sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk
mengetahui objektif dan tujuan pengarang istana ini.

[sunting]Pembukaan dan PengIslaman Pasai

 Pasai merupakan negeri pertama memerima agama Islam.


Raja Ahmad dan Raja Muhammad hendak membuka
negeri Samarlanga. Raja Muhamad mendapat Puteri
Betung daripada perdu rebung buluh. Raja Ahmad bernegeri
di Balik Rimba . Dia pergi memburu dan berjumpa dengan
seorang tua di dalam sebuah surau . Daripada nasihat orang
tua di surau itu, Raja Ahmad mendapat anak lelaki yang dibela
oleh seekor gajah. Anak itu dinamakan Merah Gajah .
Akhirnya Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.

 Merah Gajah dan Puteri Betung mendapat anak lelaki iaitu


Merah Silau dan Merah Hasun. Merah Gajah mencabut
rambut emas Puteri Betung lalu keluar darah pelik berwarna
putih. Puteri Betung akhirnya hilang. Raja Muhamad marah
lalu membunuh Merah Gajah . Maka Raja Ahmad melanggar
negeri Raja Muhamad dan peperangan terjadi. Kedua-dua raja
adik beradik ini terbunuh dalam peperangan.
 Merah Silau dan Merah Hasun tinggal di Biruan. Merah Silau
menahan bubu dan mendapat cacing gelang-gelang yang
bertukar menjadi emas dan perak. Merah Silau berkuasa
menjinakkan kerbau liar di kawasan tersebut. Merah Hasun
marah kerana menyangka abangnya makan cacing gelang-
gelang dan bermain dengan kerbau, satu perbuatan yang
memalukan maruah raja. Baginda menghalau Merah Silau dari
tempatnya.

 Merah Silau dengan pengikutnya berpindah ke Sungai


Pasangan dan ke Hulu Kalang. Di sana dia bertemu dengan
Megat Iskandar dan merestui dia tinggal di Buluh Telang.
Malangnya Merah Silau suka sangat bersabung ayam.

 Megat Sekandar dan Megat Kedah ialah kekanda kepada


Sultan Malikul Nasir di Rimba Jerana. Megat Sekandar
hendak mengangkat Merah Silau menjadi raja tetapi dibantah
oleh Tun Harid Benung. Apabila Merah Silau menjadi raja,
Sultan Malikul Nasir menyerangnya dan berlaku peperangan
yang panjang. Akhirnya sultan Malikul Nasir melarikan diri ke
Kumat. Tetapi di Kumat, Sultan Malikul Nasir diserang oleh
Megat Sekandar dan Sultan Malikul Nasir tewas.
Hulubalangnya bernama Tun Harid Benung lari ke
negeri Barus tetapi ditangkap oleh Raja Barus. Merah Silau
menjadi raja di Rimba Jerana.

 Nabi Muhammad berwasiat kepada para sahabat supaya


berdakwah di negeri Samudera setelah baginda wafat. Bawa
sebuah kapal dan alat kelengkapan dan ambil seorang fakir di
negeri Mengiri untuk mengislamkan seluruh negeri Samudera.

 Semasa berburu di hutan, anjing Merah Silau yang bernama


Si Pasai telah menyalak kuat dan berdakap 7 kali
dengan pelanduk . Di atas sebuah bukit ada
seekor semut sebesarkucing. Merah Silau makan semut
tersebut dan tempat itu dijadikan negeri bernama Semudera.
 Nabi Muhamad wafat. Syarif yang mentadbir Kota Mekah telah
menunaikan wasiat Nabi Muhamad. Syeikh Ismail ditugaskan
ke Semudera . Dia singgal di negeri Mengiri . Raja Mengiri
bernama Sultan Muhamad seorang keturunan Saidina Abu
Bakar . anaknya yang muda menyamar sebagai fakir
menumpang kapal tersebut. Kapal itu belayar ke Semudera.

 Merah Silau bermimpi bertemu dengan Nabi Muhamad . Nabi


menumpang dagunya dan menutup mata dengan empat jam.
Nabi mengajar mengucap dua kalimah syahadah. Nabi
meludah ke dalam mulutnya. Nabi menamakannya Sultan
Malikul Saleh , makan hanya binatang halal yang telah
disembelih. Dalam masa 40 hari, akan datang sebuah kapal
dari Mekah dan hendaklah menerima ajaran Islam yang
dibawa. Apabila Merah Silau terjaga dari tidur , Merah Silau
mendapati kemaluannya telah bersunat dan mulutnya lancar
membaca al Quran 30 juz.

 Sebuah kapal dari Mekah telah berlabuh di pelabuhan


Samudera di Teluk Terli. Syeikh Ismail mengadap Sultan
Malikul Saleh dan memintanya mengucap dua kalimah
syahadah . Fakir memberi senaskah al Quran dan Sultan
Malikul Saleh dapat membaca dengan lancar. Syeikh Ismnail
berjaya mengislamkan seluruh rakyat Semudera. Syeikh
Ismail menabal Sultan Malikul Saleh menjadi Raja Semudera
Darul Salam. Menteri yang bernama Tun seri Kaya diberi
nama Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya dengan nama baru
Sayid Semayamuddin. Selepas habis tugasan, Syeikh Ismail
kembali belayar ke Mekah . Sultan menghadiahkan
fidyah ambar, kapur
barus,gaharu, cendana, kemenyan, khelembak,cengkeh dan
pala]] kira-kira 100 bahara. Fakil Mohamad tinggal di
Samudera dengan mengajar agama Islam.
 Satu kaum di Samudera enggan memeluk agama Islam .
Mereka lari ke hulu Pasangan yang kini dikenali sebagai orang
Gaya.

 Sultan Malikul Saleh berkahwin dengan Puteri Ganggang,


anak gundik Raja Perlak.

 Seorang Keling dari Benua Keling telah mengerjakan


lombong emas di Samudera.

 Sultan Malikul Saleh mendapat seorang anak lelaki dan


dinamakan Sultan Malikul tahir . Negeri Pasai dibuka dan
Sultan Malikul Tahir menjadi raja di sana.

 Sultan Malikul Tahir mendapat dua putera iaitu Sultan Malikul


Mahmud dan Sultan Malikul Mansur. Sultan Malikul Tahir
mangkat. Sultan Malikul Saleh telah menyerahkan cucunya
Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin
dan Sultan Malikul Mansur dijaga oleh Sayid Semyamuddin.

 Sultan Malikul Saleh merajakan Sultan Malikul Mahmud di


Pasai dan Sultan Malikul Mansur di Samudera Darul Salam.
Sebelum Sultan Malikul Saleh mangkat, baginda telah
berwasiat supaya kedua-dua Perdana Menteri dan kedua-dua
cucunya menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama
sebagaimana syariat Islam.

 Kerajaan Pasai enggan membayar ufti kepada


Raja Siam sebagaimana dipinta. Panglima perang Siam
bernama Talak Sejang telah menyerang Pasai. Siam tewas
dan Talak Sejang terbunuh. Sultan Malikul Mahmud mendapat
dua putera dan dua puteri . Puteranya bernama Sultan Ahmad
Perumudal Perumal.

 Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang berburu, Sultan


Malikul Mansur datang ke Pasai dan mengambil seorang
perempuan dari istana Pasai. Sultan Maikul Mahmud
memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin kerana
menyangka tidak menahan perbuatan sumbang adindanya itu.
Perdana Menteri Pasai telah meninggal dunia dan diganti oleh
Tun Perpatih Tulus Tukang Segara dan mereka merancang
membunuh Sayid Semayamuddin.

 Sultan Malikul Mahmud mengadakan majlis berkhatan


anaknya Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan menjemput
Sultan Malikul Mansur dan Perdana Menteri Samudera Sayid
Semayamuddin. Sebaliknya , Sultan Malikul Mansur ditangkap
dan dibuang ke negeri Temiang. Sementara Sayid
Semayamuddin dibunuh, kepalanya dibuang ke laut,
badannya disula di Kuala Pasai. TetapiAnehnya kepala itu
mengikut-ikut perahu Sultan Malikul Mansur.

 Oleh itu , Sultan Malikul Mansur meminta tubuh Sayid


Semayamuddin yang disula itu daripada Sultan Malikul
Mahmud untuk dikebumikan di Padang Maya. Setelah insaf,
Sultan Mlikul Mahmud menjemput Sultan Malikul Mansur ke
Pasai semula. Tetapi dalam perjalanan ke Pasai, Sultan
Malikul Mansut telah meninggal dunia di atas makam Sayid
Semayamuddin. Sultan Malikul Mahmud semakin hiba dan
jatuh sakit. Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad
Perumudal Perumal menjadi raja Pasai.

[sunting]Pasai
di bawah Sultan Ahmad
Perumudal Perumal

 Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai telah


kematian Sultan Malikul Mahmud. Seorang jogi dari Benua
Keling mengadap baginda dan menggelar Sultan Ahmad itu
Perumudal Perumal dan gelaran itu kekal .

 Sultan Ahmad mendapat 30 orang anak tetapi yang seibu


sebapa 5 orang iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun
Abdul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Sultan
Ahmad mempunyai 4 orang menteri kanan iaitu Tulus Agung
Tukang Sekara, Baba Mentuha, Sulaiman Dendang Air dan
Tun Syah Ala Kota.

 Sultan Ahmad Perumudal Perumal mempunyai nafsu


terlampau kerana berahi akan anak daranya sendiri iaitu Tun
Takiah Dara dan Tun Medan Peria. Bagi mengelakkan
kejadian buruk berlaku, Tun Beraim Bapa membawa dua adik
perempuannya itu ke Tukas untuk tinggal bersamanya. Ini
menyebabkan Sultan Ahmad semakin marah dan mahu
merealisasikan nafsu serakahnya.

 Empat pendekar Keling datang beradu kekuatan ( gusti )


di Pasai dan berkelakuan samseng. Tun Beraim Bapa yang
gagah perkasa , berlatih bersama guru -gurunya di
Tukas.Gendang perang dari Tukas mengganggu tidur Sultan
Ahmad Perumudal Perumal di Pasai. Baginda marah dan
memberitahu Dara Zulaikha Tingkap tentang niatnya mahu
membunuh Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa berjaya
menewaskan pendekar Keling dan mereka pulang semula ke
Benua Keling.

 Tun Beraim Bapa telah bergurau sakan dengan Tun Fatimah


Lempau semasa berada di istana ayahnya di Pasai hingga
istana Pasai bergoncang . Sultan Ahmad Perumudal Perumal
tersedar dari tidur dan mengatur strategi agar Tun Beraim
Bspa dibunuh.

 Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam


di Sungai Pasai dan menyuruh hulubalang menetak sekiranya
timbul. Tetapi Tun Beraim Bapa selama kerana timbul serantai
jauhnya dari tempat itu.

 Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa membuang batang


yang melekat pada perahu Sultan Ahmad. Tun Beraim Bapa
berjaya melepaskan perahu yang tersangkut dan tidak mati
lemas.
 Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa makan cucur
peniaram (beracun) yang dibuat oleh orang Seri. Anjing da
ayam yang makan cucur peniaram itu mati keracunan. Dua
adiknya Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara yang juga
mati keracunan kerana makan cucur peniaram. Mereka
dikebumikan di Bukit Fudul Allah.

 Tun Beraim Bapa yang tidak mahu derhaka , telah makan


cucur peniaram yang beracun itu lalu jatuh sakit. Tun Beraim
Bapa yang kepanasan telah menyelam di Lubuk Turai.
Seekorular lembu telah dapat ditangkap dan dimakan tetapi
sakitnya tidak juga sembuh. Lalu Tun Beraim Bapa
melontar lembing dan lembing itu tercacak di antara kubur dua
adiknya. Tun Beraim Bapa akhirnya mati dan dikebumikan di
mana lembing itu tercacak. Sultan Ahmad amat gembira
dengan kematian anaknya itu.

 Semasa Sultan Ahmad Perumudal Perumal tidak ada, Tun


Abdul Jalil memerintah kerajaan Pasai.
[sunting]Perluasan Kuasa Majapahit

 Tuan Puteri Gemerencang anak Ratu Majapahit telah


menyuruh Tun perpatih melukis potret anak-anak raja ,
termasuk Tun Abdul Jalil. Melihat potret itu, tuan puteri rasa
berahi amat dan mahu menemuinya. Ayahnya menghantar
Tuan Puteri Gemerencang ke Pasai untuk menemui Tun
Abdul Jalil. Tetapi Sultan Ahmad cemburu mendengar hal itu
lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Tuan Puteri Gemerencang
mendapat malumat Sultan Ahmad telah membunuh Tun
Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Dia meomohon pada allah
agar karamkan ghurabnya di Jambu air supaya dia dapat
bertemu dengan Tun Abdul Jalil. Doanya dimakmulkan Allah.

 Ratu Majapahit marah tidak terkira apabila mendapat tahu


puterinya Puteri Gemerencang mati lemas di Jambu Air,
negara Pasai. Ratu Majapahit mengerah pendekar-pendekar
menyerang Pasai dan Pasai alah. Sultan ahmad Perumudal
Perumal lari ke Menduga, 15 hari perjalanan di hujung Pasai.
Dalam perjalanan balik ke Majapahit, askar Majapahit
menawan Jambi dan Palembang serta membawa balik ramai
tawanan perang dan para ulama.

 Ratu Majapahit mengerah Perdana Menteri , Patih Gajah


Mada menakluk semua negara jiran , tunduk dan
membayar ufti ke Majapahit. Kerajaan Periaman enggan
berbuat demikian Ratu Majapahit mahu berlaga
kerbau dengan kerbau Periaman dengan pertaruhan ' Jika
kerbau Majapahit kalah orang Jawa akan memakai kain cara
perempuan. Sebaliknya jika kerbau Periaman kalah , kerajaan
Periaman takluk di bawah Majapahit'.

 Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan


menggunakan taktik kotor bagi menewaskan Majapahit dalam
laga kerbau itu. Mereka mempertaruhkan anak kerbau kecil
yang lapar susu berhari-hari lamanya. Semasa hari laga
kerbau, kerbau Periaman menghisap pelir kerbau Majapahit
kerana ia lapar susu. Majapahit diisytiharkan kalah dan dijamu
dengan air buluh rencong. Semasa pesta jamuan perpisahan
itu, ramai askar Majapahit telah ditikam dengan buluh rencong
.

 Kerajaan Periaman ditukar nama menjadi Minangkabau yang


bermaksud 'menang laga kerbau'.

[sunting]Komentar / Catatan tambahan

 Zaman gemilang kerajaan Pasai semasa Tun Beraim Bapa


menjadi pahlawan. Keruntuhan Pasai kerana faktor peribadi
Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang bernafsu serakah
hingga sanggup menodai anaknya sendiri.
 Kematian Tun Abdul Jalil membuat tunangnya Puteri
Gemerencang membunuh diri di Jambu Air, Pasai. Ratu
Majapahit menyerang dan menewaskan Pasai kerana
menuntut bela. Jika Tun Beraim Bapa masih ada, tentu Pasai
dapat dipertahankan. Kehebatan Tun Beraim Bapa disebut
dalam ungkapan:
Wah anakku Beraim Bapa, jikalau ada ia, jika Jawa se
Jawanya, jika Cina se Cinanya, jika Keling se Kelingnya , tiada
mau melawan si Beraim Bapa.

 Dalam Seminar Sejarah masuknya Islam ke Indonesia,


pada 17-20 Mac 1963 A Hashmy mencatatkan ketetapan
telah dibuat bahawa Islam masuk ke Indonesia oleh
pedagang/ pendakwah dari Arab sekitar 7-8 masehi .
Negara pertama memeluk Islam ialah Pasai / Pase / Aceh
Utara kerana persamaan mazhab shafie.
 Hikayat Raja-Raja Pasai terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu : Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai
dibawah pemerintahan Sultan ahmad Perumudal perumal
dan Peluasan Kekuasaan Majapahit.
 Negeri Pasai / Samudera dan Perlak yang terletak di
Sumatera Utara ( Acheh) digelar Serambi Mekah kerana
orang yang hendak mengerjakan haji terlebih dahulu
singgah di Acheh dan belajar di madrasah dan masjid di
Acheh.
 Sultan Malikul Salih memerintah Samudera-Pasai mulai
1267 . Nama lainya ialah Malik al Salih , Merah Silu ,
Merah Silau , Mara Silu, Muerah Silu .
 Kerajaan Samudera Pasai dikenali juga sebagai
Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau
Sumatera. Lokasi kerajaan ini ialah di sekitar Kampung
Geudong, Lhokseumawe,Aceh.
 Ahli Pelayaran Maghribi bernama Ibnu Batutah sempat
mengunjungi Pasai pada 1346 masehi. Ketika di China,
Ibnu Batuta mendapati kapal Pasai berlabuh di China
untuk membayar ufti.
 Inskripsi Cina mencatatkan kerajaan Pasai menghantar
ufti ke China setiap tahun.
 Sultan Pasai pernah mengirim utusan ke Quilon , benua
kecil India ( Keling) pada 1282 kerana urusan diplomasi
dan perdagangan.

R.O. Winstedt menjangka Hikayat Raja Pasai selesai ditulis


pada abad ke-15, Amin Sweeney berpendapat abad ke-14,
dan A.H. Hill mengatakan di antara tahun 1383 M hingga
1390 M manakala Hooykaas mendakwa bahawa Hikayat ini
seawal-awalnya dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada
bahagian akhir Hikayat Raja Pasai yang diusahakan oleh R.
Jones (1987) tercatat:

Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca


dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang
menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala
apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat
Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.
Tamat hari Isnin, kepada hari
dua puluh sa, kepada bulan
Muharam, sanat za
Hijratul Nabi
1230
Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapu (pu) nagari Demak
nagari Bagor, warsa 1742.

Tarikh yang tercatat pada


bahagian akhir Hikayat
Raja Pasai ini bukanlah
bermakna penulisan
pertama cerita tersebut,
melainkan merupakan
salinan daripada beberapa
salinan cerita yang
terdahulu. Penyalinan ini
juga memperlihatkan
bahawa ketika itu
kesusasteraan Melayu
tersebar luas di seluruh
Nusantara.

[sunting]Rujukan

 Mustafa Mohd Isa ,


'Kajian Teks Melayu
Klasik Terpilih'
JMK312, PJJ
PPLK USM , 1994
 Hikayat Raja-Raja
Pasai, Kuala Lumpur,
Fajar Bakti, 1987
 Raffles Malay No.67,
Royal Asiatic Society,
London
 Perlawanan atas
Hegemoni
Jawa Rencana
mengenai hubungan
Jawa-Luar Jawa
menggunakan sumber-
sumber hikayat lama,
salah satunya Hikayat
Raja-raja Pasai.
Awalnya dimuat di
harian Republika.
 (Inggeris)Dispersing
God's shadows:
Reflections on the
translation of Arabic
political concepts into
Malay and Indonesian
 (Inggeris)Bibliografi di
Malay Concordance
Project

Senarai Kesusasteraan Melayu


A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Kategori: Kesusasteraan
Melayu
 New features
 Log masuk / buka akaun
 Rencana
 Perbincangan
 Baca
 Sunting
 Lihat sejarah
 
 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak

Perhubungan
 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi

Cetak/eksport

Alatan

Bahasa lain
 Bahasa Indonesia
 English
 Magyar

 Laman ini diubah buat kali


terakhir pada 11:40, 14 Mei
2010.
 Teks boleh didapati di
bawah Creative Commons
Attribution/Share-Alike
License; 

Anda mungkin juga menyukai