Anda di halaman 1dari 7

APABILA USTAZ DAN USTAZAH 

BERPOCO-
POCO…
Februari 24, 2009 oleh mashoori

 OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Pendidikan merupakan asas kejayaan dan tapak ketamudan sesebuah kaum, bangsa, dan
organisasi sosial. Ini lah hakikat yang tidak dapat dielakkan lagi oleh mana-mana
manusia yang berakal, pendidikan amat penting untuk setiap individu. Islam adalah
agama yang meletakkan pendidikan pada tempat yang sangat mulia serta menjadikan
amalan menuntut ilmu sebagai satu kewajipan agama dan ibadah yang penting
sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

‫طلب العلم فريضة على كل مسلم‬

Maksudnya: “Menuntut ilmu itu satu kewajipan atas setiap muslim”. [Ibn Majah,
disahihkan oleh al-Albani].

Islam juga mengangkat kedudukan Ahli Ilmu sebagaimana firman Allah s.w.t:

ٍ ‫يَ ْرفَ ِع هَّللا ُ الَّ ِذينَ آ َمنُوا ِم ْن ُك ْم َوالَّ ِذينَ أُوتُوا ا ْل ِع ْل َم َد َر َجا‬
‫ت‬

Maksudnya: “supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara


kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) –
beberapa darjat…” [al-Mujadilah: 11].

Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل هللا له به طريقا إلى الجنة‬

Maksudnya: “dan barangsiapa yang keluar berjalan mencari ilmu maka dimudahkan
Allah baginya jalan ke syurga..” [Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan
Ahmad].

Semulia-mulia ilmu dengan sepakat para ulama Islam pula adalah ilmu syariat yakni yang
berkaitan lansung dengan hukum-hakam syarak yang dengannya manusia mengetahui
bagaimana hendak mengatur hubungan antara mereka dengan Tuhan mereka dan antara
sesama mereka, mengenal apa yang dibenarkan Tuhan dan apa yang dilarangNya.

Pihak musuh Islam amat peka akan hal ini lalu mereka mula mengatur langkah untuk
meracun sistem pendidikan Islam dengan bermacam helah dan muslihat.
Bermula kurun ke-19 masehi, kita dapat melihat lahirnya kaum profesional dalam bidang
agama yang berhaluan kiri yakni melawan arus agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w
dan para Sahabat radiallahu’anhun ajmain seperti Rifaah Tahtawi, Taha Husein, dan
Jamaluddin al-Afghani.

Kesemua ini merupakan lanjutan terhadap usaha jahat Yahudi dan Nasrani yang bermula
semenjak kurun pertama hijrah Rasulullah s.a.w. Usaha pihak Orientalis sangat berjaya
dalam merosakkan sistem pendidikan Umat Islam.

Baru-baru ini seorang pelajar sebuah Universiti tempatan ada memberikan emel dan
memohon pandangan saya berkenaan gejala sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar
IPT. Gejala sosial yang dimaksudkan di sini bukanlah yang sedia kita maklum tetapi yang
lebih tersembunyi dan jika dipandang sekali kerdip seolah-olah tiada masalah.

Apa yang menjadi kebimbangan beliau adalah penuntut-penuntut yang bakal menjadi
guru dan pengajar terutama yang bakal bergelar ustaz dan ustazah. Selaku bakal guru,
para pelajar ini akan dilibatkan poleh pihak pentadbiran dengan bermacam aktiviti
kokurikulum yang disifatkan sebagai pembinaan jati diri dan motivasi.

Apa yang menjadi persoalan ialah, mereka ini diwajibkan juga terlibat dalam aktiviti
lasak tanpa menjaga batas pergaulan seperti antara aktiviti yang pada pandangan saya
paling tidak bermoral adalah menari tarian poco-poco iaitu sejenis tarian dalam barisan.
Batas antara wanita dan lelaki adalah terlau dekat sehingga pergeseran tidak dapat
dielakkan.

Hal ini bukan sahaja berlaku di peringkat IPT bahkan di sekolah rendah dan sekolah
menengah lagi. Sewaktu saya menuntut di sebuah SMKA (Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama) di negeri Mutiara, saya dipilih untuk menyertai satu program
kokurikulum semcam perkhemahan. Pelajar lelaki dan wanita disatukan dalam pecahan
kumpulan kemudian di waktu malam kami disuruh melakukan night tracking memanjat
bukit dan merentas hutan.

Bayangkanlah betapa pergaulan bebas yang boleh berlaku dalam keadaan ini yang pada
awalnya diwar-warkan sebagai program pembinaan diri dan menjurus kepada aspek
keagamaan.

Islam melarang pergaulan dan percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
dan bukan pula suami isteri. Antara yang jelas dalam perkara ini adalah Islam meletakkan
lelaki dan wanita di tempat berasingan dalam solat iaitu waktu di mana seorang insan
menghadapkan dirinya kepada Allah s.w.t dan waktu yang paling aman daripada berlaku
sebarang fitnah dan syahwat. Nabi s.a.w bersabda:

‫خير صفوف الرجال أولها وشرها آخرها وخير صفوف النساء آخرها وشرها أولها‬
Maksudnya: “Sebaik-baik saf lelaki adalah yang terhadapan dan yang paling buruk
adalah yang terkebelakang, dan sebaik-baik saf wanita adalah yang terkebelakang
dan yang terburuk bagi mereka yang terkedepan”. [Muslim dll].

Jikalau beginilah keadaannya Islam mengatur kedudukan dalam solat, mengasingkan


antara lelaki dan wanita, maka bagaimana pula dalam keadaan di luar solat yang tidak
aman daripada timbulnya perasaan syahwat? Amat pelik pada hari ini menjadi perkara
biasa lelaki dan wanita berkongsi tempat duduk dalam bas, LRT, kapal terbang, kereta
api dan lebih dahsyat dalam bilik darjah sekolah di mana pelajar lelaki dan wanita
dibiarkan duduk bersebelahan kemudian kita menjadi pelik dan hairan bagaimana
seorang kanak-kanak berusia 7 tahun merogol atau berzina? Jawapannya telah tampak
jelas pada sistem pendidikan yang kita sediakan semenjak sekolah rendah lagi.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda:

‫مروا أبناءكم بالصالة لسبع واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع‬

Maksudnya: “Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun dan pukul
mereka jika mereka meniunggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkan tempat
tidur mereka”. [Abu Daud, Ahmad].

Ini pula menjelaskan kedudukan  mahram dalam rumah, Allah s.w.t memerintahkan
supaya ibu bapa memisahkan tempat tidur antara anak-anak pada usia 10 tahun sama ada
sesama mereka atau pun daripada ibu bapa jika mereka tidur dengan ibu bapa. Maka
apakah dapat diterima di luar rumah kita membiarkan anak-anak kita bergaul dan
bercampur dengan bukan mahramnya sedangkan sesama mahram pun Allah s.w.t
asingkan tempat tidur?

Lihat dan fahamkan pula hadis Rasulullah s.a.w berikut:

‫ي‬ZZ‫د وال تفض‬ZZ‫وب واح‬ZZ‫ل في ث‬ZZ‫ال ينظر الرجل إلى عورة الرجل وال المرأة إلى عورة المرأة وال يفضي الرجل إلى الرج‬
‫المرأة إلى المرأة في الثوب الواحد‬

Maksudnya: “Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki lain dan tidak boleh
seorang wanita memandang aurat wanita yang lain, dan tidak boleh seorang lelaki
bergabung dengan lelaki lain dalam satu kain dan tidak boleh seorang perempuan
bergabung dengan wanita lain dalam satu kain”. [Muslim, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan
Ahmad].

Maka jika beginilah sekali Islam melarang sesama jantina, maka apakah masuk di akal
jika kita hendak katakan Islam tidak melarang pergaulan lekaki dan wanita secara
bercampur baur? Sungguh hairan dan ajaib akal manusia zaman moden dan sungguh licik
Yahudi dan kuncu-kuncunya memperkuda akal kaum muslimin!! Inilah yang berlaku
kepada akal jika tiada bimbingan wahyu dan Iman, umpama sampah yang bernajis!
Kita sampai sekarang masih hairan dan pelik dengan kaum safih (bodoh) yang menggelar
diri mereka al-Ikhwan al-Muslimun (Saudara se-Islam) yang menghalalkan persalaman
antara lelaki dan wanita melalui lidah pemebesar mereka, anak murid utama Hasan al-
Banna, Yusuf al-Qardawi. Dalam hadis Nabi s.a.w baginda bersabda:

‫إني ال أصافح النساء‬

Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak akan bersalam dengan wanita..” [al-Nasai, Ibn
Majah, Ahmad, dan Malik].

Hadis ini terang bagaikan rembulan di malam hari, bagaikan suria di siang hari bahawa
bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi itu dilarang syarak.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ahzab ayat ke-53:

َّ‫ب َذلِ ُك ْم أَ ْط َه ُر لِقُلُوبِ ُك ْم َوقُلُوبِ ِهن‬


ٍ ‫سأَلُوهُنَّ ِمنْ َو َرا ِء ِح َجا‬
ْ ‫سأ َ ْلتُ ُموهُنَّ َمتَاعًا فَا‬
َ ‫َوإِ َذا‬

Maksudnya: “dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri
Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci
bagi hati kamu dan hati mereka…”

Ini adalah perintah Allah s.w.t kepada para Sahabat apabila hendak berbicara dengan
Ummul Mukminin (Para Isteri Rasulullah s.a.w) hendaklah di sebalik tabir, sedangkan
para Sahabat adalah kaum yang terbaik, kurun yang terunggul manakal Isteri-isteri
Rasulullah s.a.w pula dilarang untuk kita kahwini selepas kewafatan baginda sehingga
digelar Ummul Mukminin (Ibu Orang-orang beriman) maka mana mungkin kita boleh
membiarkan anak-anak remaja kita yang dimaklumi ‘nakal’ ini bergaul tanpa batas.

Setelah jelas haramnya pergaulan tanpa batas ini, mana ada jalan keluar lagi bagi kita
untuk menyatakan bahawa aktiviti yang melibatkan pergaulan jantina ini sebagai
motivasi diri atau kem bina diri dan seumpamanya. Mungkin aktiviti ini membina ‘body’
tetapi ‘Iman’ dan ‘Akidah’ pasti tergadai. Apa gunanya kita menghantar anak wanita kita
yang masih dara untuk melatih dan memotivasi diri apabila dia pulang membawa ‘isi’?!

Demikian juga isu ustaz dan ustazah yang berpoco-poco yang kita sebutkan tadi, ini lebih
parah kerana menunjukkan palajar yang menuntut ilmu agama sendiri pun tidak terlepas
daripada gejala sosial yang amat negatif ini. Apatah lagi menari di khalayak ramai itu
sendiri walau tanpa iringan muzik adalah menjatuhkan maruah dan ditolak kesaksiannya
dalam mahkamah syariah lebih-lebih lagi diiringi muzik maka berhimpunlah padanya
sabda Nabi s.a.w:

‫ف هللا بهم‬ZZ‫ات يخس‬ZZ‫ازف والمغني‬ZZ‫هم بالمع‬ZZ‫زف على رءوس‬ZZ‫ يع‬. ‫مها‬Z‫ يسمونها بغير اس‬. ‫ليشربن ناس من أمتي الخمر‬
‫ ويجعل منهم القردة والخنازير‬. ‫األرض‬

Maksudnya: “Akan ada segolongan manusia daripada umatku meminum arak, mereka
menamakannya bukan dengan namanya, dimainkan di sisi mereka muzik dan
penyayi-penyanyi (menyanyi), Allah akan menenggelamkan mereka dalam bumi dan
menukar mereka menjadi kera-kera dan babi-babi” [Ibn Majah, sahih, asalnya dalam
al-Bukhari].

Jika kita lihat penyanyi dan penari pada hari ini, amat benarlah sabda Nabi s.a.w yang
memang baginda itu seorang Sadik (Benar) lagi Masduq(dibenarkan oleh Allah s.w.t),
mereka itu terkinja-kinja tidak ubah seperti seekor kera kemudian menyondol-nyondol
tidak ubah seperti seekor babi!. Mungkin ada yang berkata ayat ini kasar tapi inilah yang
disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Namun, timbul persoalan, bukankah ini semua juga hasil arahan pemerintah kita? Maka
adakah jalan keluar yang mudah dalam masalah ini? Jawapannya; Ya ini semua tidak
lepas daripada kesalahan pihak pemerintah sendiri, tetapi tidak terkecuali juga rakyat
yang telah meninggalkan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah dalam berurusan dengan
pemerintah.

Dalam sistem demokrasi ciptaan kaum kafir hari ini, rakyat itu hanya ada dua, sama ada
penyokong atau pembangkang sedangkan dalam Islam rakyat itu sama ada pentaklid
yang akan celaka kerana mengikut segala arahan pemerintah tanpa mengira halal atau
haram atau seorang rakyat yang taat yang mengikut arahan pemerintah dalam perkara
halal dan menjauhi dalam perkara haram serta menasihati pula pemerintahnya dengan
baik atau pemberontak yang juga celaka di sisi Allah s.w.t.

Kita amat hairan dengan kaum safih yang mendakwa pejuang Islam di negara kita hari ini
yang sanggup memberontak kerana kehilangan sebuah kerusi dalam Parlimen tetapi diam
mebisu dalam perkara maksiat ini. Sepatutnya selaku muslim yang bertakwa, hendaklah
mereka menasihati pemerintah dengan cara yang baik, bukan memberontak berbaring di
tengah jalan menghalang jalan.

Tindakan mereka ini menambah lagi kekerasan hati pemerintah dan menambah
kezaliman mereka. Telah saya sebutkan berkali-kali dalam artikel sebelum ini bahawa
Ahli Sunnah wal Jamaah taat kepada pemerintah tetapi hanya dalam hal makruf namun
apabila disuruh melakukan maksiat mereka tidak akan ikut walaupun terpaksa berkorban
nyawa sekalipun tetapi dalam masa yang sama mereka sama sekali tidak akan
mengangkat senjata memberontak atau menggulingkan pemerintah mereka.

Maka dalam menghadapi situasi yang saya sebutkan memang tidak ada jalan keluar yang
mudah kerana dalam hadis yang dikeluarkan Muslim dan Ahmad Nabi s.a.w telah
menyatakan di akhir zaman ini apabila berlalu satu bala akan datang yang lebih dahsyat
daripada itu. Dalam keadaan ini, Nabi s.a.w juga memerintahkan kita bersabar dan jangan
memberontak kepada pemerintah selama dia muslim.

Namun begitu kaum muslim mesti juga bersedia untuk ingkar arahan pemimpin mereka
yang melibatkan maksiat walaupun terpaksa menggadai nyawa kerana dihukum bunuh
misalnya kerana terdapat riwayat daripada Umar bin al-Khattab r.a:
‫را ينقص‬ZZ‫ وإن أراد أم‬، ‫بر‬ZZ‫ك فاص‬ZZ‫ وإن حرم‬، ‫ وإن ضربك فاصبر‬، ‫فإن أمر عليك عبد حبشي مجدع فاسمع له وأطع‬
‫ وال تفارق الجماعة‬، ‫ دمي دون ديني‬، ‫ سمعا وطاعة‬: ‫ فقل‬، ‫دينك‬

Maksudnya: “maka jika seorang hamba habsyi yang terpotong hidungnya sekalipun
menjadi pemerintahmu maka dengar dan taatlah dan jika dia memukul kamu maka
sabarlah, jika dia menghalang hakmu maka sabarlah, dan jika dia mengkehendaki
kamu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agamamu maka katalah: “Saya
dengar dan taat, tetapi ambil lah darahku, bukan agamaku”, namun jangan kamu
memecahkan jemaah”. [al-Sunnah lil Kahllal, al-Syariah lil Ajuri].

Ini sesuai dengan larangan keras Rasulullah s.a.w supaya tidak mentaati perintah maksiat.
Dalam sebuah hadis meriwayatkan:

‫ وا‬ZZ‫ فَلَ َّما َخ َر ُج‬: ‫ قَا َل‬، ‫صا ِر‬ َ ‫ستَ ْع َم َل َعلَ ْي ِه ْم َر ُجالً ِمنَ األَ ْن‬ ْ ‫ َوا‬، ً‫س ِريَّة‬ َ ‫سو ُل هللاِ صلى هللا عليه وسلم‬ ُ ‫ بَ َع َث َر‬:‫ قَا َل‬، ‫عَنْ َعلِ ٍّي‬
َ
‫ونِي ؟‬Z‫لم أنْ تُ ِطي ُع‬Z‫ه وس‬Z‫لى هللا علي‬Z‫و ُل هللاِ ص‬Z‫س‬ َ
ُ ‫ َر ُك ْم َر‬Z‫س ق ْد أ َم‬َ َ َ
َ ‫ أل ْي‬: ‫ فقَا َل ل ُه ْم‬: ‫ قا َل‬، ‫ َو َج َد َعلَ ْي ِه ْم فِي ش َْي ٍء‬: – ‫– قَا َل‬
َ َ َ
: ‫ا َل‬ZZَ‫ ق‬، ‫د ُْخلُنَّ َها‬Zَ‫ َز ْمتُ َعلَ ْي ُك ْم لَت‬Z‫ َع‬: ‫ ثُ َّم قَا َل‬، ‫ض َر َم َها فِي ِه‬ ْ َ ‫ ثُ َّم َدعَا ِبنَا ٍر فَأ‬، ‫اج َم ُعوا َحطَبًا‬ ْ : ‫ فَقَا َل‬: ‫ قَا َل‬، ‫ بَلَى‬: ‫ قَالُوا‬: ‫قَا َل‬
َ‫ فَال‬، ‫لم ِمنَ النَّا ِر‬ZZ‫ه وس‬ZZ‫لى هللا علي‬ZZ‫و ِل هللاِ ص‬Z‫س‬ َ َ َّ
ُ ‫ إِن َما ف َر ْرتُ ْم إِلى َر‬: ‫َاب ِمن ُه ْم‬ْ ٌّ ‫ فَقَا َل ل ُه ْم ش‬: ‫ قَا َل‬، ‫فَ َه َّم ا ْلقَ ْو ُم أَنْ يَد ُْخلُوهَا‬
َ
َ َ
‫لى هللا‬ZZ‫وا إِلَى النَّبِ ِّي ص‬ZZ‫ فَ َر َج ُع‬: ‫ا َل‬ZZَ‫ ق‬، ‫اد ُْخلُوا‬ZZَ‫د ُْخلُوهَا ف‬Zَ‫ فَإِنْ أ َم َر ُك ْم أنْ ت‬، ‫تَ ْع َجلُوا َحتَّى تَلَقَ ُوا النَّبِ َّي صلى هللا عليه وسلم‬
.‫وف‬ِ ‫ إِنَّ َما الطَّا َعةُ فِي ا ْل َم ْع ُر‬، ‫ لَ ْو د ََخ ْلتُ ُموهَا َما َخ َر ْجتُ ْم ِم ْن َها أَبَدًا‬: ‫ فَقَا َل لَ ُه ْم‬، ُ‫ فَأ َ ْخبَ ُروه‬، ‫عليه وسلم‬

Maksudnya: Daripada Ali r.a. kata beliau: Rasulullah s.a.w mengutuskan satu sariah
(pasukan tentera) dan melantik seorang lelaki daripada Ansar sebagai panglima.
Apabila mereka telah keluar (untuk berperang), panglima mereka ini berasa tidak
puas hati dengan parjuritnya lalu berkata: “Bukankah Rasulullah s.a.w telah
memerintahkan kamu untuk taat kepadaku?” Jawab mereka: “Bahkan memang
baginda menuruh demikian”. Lalu dia memerintahkan: “Kumpulkan kayu
api”.kemudian dia menyalakan api dan berkata: “Aku sudah berazam menyuruh
kamu masuk ke dalamnya”. Kata Ali: “maka ada antara mereka hendak ikut
arahannya”. Lalu berkata seorang remaja dalam kalangan mereka: “Sesungguhnya
kamu lari kepada Rasulullah s.a.w daripada api (neraka), maka janganlah tergesa-
gesa (untuk ikut perintah) sehingga kita bertemu (merujuk) Nabi s.a.w, jika baginda
menyuruh masuk maka masuklah”. Kata Ali: “Maka mereka balik (ke Madinah) dan
memberitahu Nabi s.a.w. Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu masuk ke dalamnya
tentulah kamu tidak akan keluar daripadanya lagi (yakni mati), sesungguhnya taat itu
dalam perkara makruf”. [al-Bukhari & Muslim].

Ini adalah contoh terbaik dalam menjauhi perintah maksiat di mana hendaklah kita jangan
taat kepada perintah tersebut namun menolaknya dengan cara yang baik, bukan
berdemonstrasi dan memaki hamun.

Maka dalam menghadapi perkara semcam ini, arahan-arahan yang membawa kepada
maksiat ini, para pelajar IPT terutamanya perlulah lebih berani bercakap benar dengan
cara yang benar pula sehingga pihak pentdbiran tidak menghukum mereka sebagai
pembangkang dan para ibu bapa dan penjaga hendaklah memainkan peranan menyekat
perbuatan tersebut dengan membantah secara baik dan lemah lembut.
Sebagai penutup, saya ambil kesempatan ini menyeru kepada pihak pemerintah dan
mereka yang terlibat dengan pendidikan ini supaya memastikan semua aktiviti yang
hendak dilaksanakan sesuai dengan garis panduan syariat Islam supaya aktiviti tersebut
mendapat berkat dan reda daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.

Dikirim dalam Fikih | Tagged banna, ikhtilat, ikhwan, IPT, maksiat, poco-poco, qardawi,
salafi, SMKA, sosial | 1 Komen

Anda mungkin juga menyukai