Anda di halaman 1dari 5

Di sebalik kegagalan media massa beroperasi di bawah iklim demokrasi terus hangat diperkatakan,

internet muncul sebagai medium yang paling sesuai untuk memupuk dan memperluaskan proses

demokrasi disebabkan kebolehan interaktif dan keupayaan volume, kederasan, akses dan ketepatan

yang dimiliki. Internet menggalakkan masyrakat untuk terlibat secara aktif dalam perbincangan

politik dan seterusnya memupuk proses demokrasi. Elemen-elemen inilah yang menjadikan internet

sebagai medium terbaik untuk amalan proses demokrasi.

Elemen pertama iaitu kebolehan interaktif dan keupayaan volume adalah satu potensi

internet yang membenarkan penglibatan aktif pengguna di dalam media. Dalam konteks hubungan

dengan proses demokrasi, internet memberikan pengguna peluang untuk memberikan atau

berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku. Selain itu juga, pengguna boleh

meluahkan ketidakpuashatian atau mengkritik sesuatu perkara yang tidak dipersetujui. Di dalam

internet, terdapat pelbagai laman web yang membenarkan pengguna untuk menghantar pandangan

tentang pelbagai isu termasuklah politik. Antara lawan web tersebut ialah Malaysiakini.com,

bincang.net, amnet dan sebagainya. Pengguna juga boleh bersembang secara bebas dengan

pengguna-pengguna lain. Ini boleh dilakukan di dalam forum mahupun ‘chatting’. Contohnya; di

dalam weblog ‘bincang.net’ terdapat forum perbincangan yang membolehkan pengguna untuk

terlibat dalam perbincangan politik dengan pengguna-pengguna lain tentang apa-apa sahaja isu

semasa. Sebagai contoh, dalam perbicaraan kes berprofil tinggi Altantuya, media tradisonal dilihat

gagal untuk menyelongkar dan mendedahkan cerita sebenar di sebalik apa yang berlaku. Seolah-olah

ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh media tradisional dalam pemaparan laporan kes

tersebut. Jadi, ketika inilah internet memainkan peranan yang demokratik dengan membenarkan

rakyat untuk berdebat tentang isu tersebut secara terbuka. Menerusi internet, pengguna dengan

bebas boleh memberikan pandangan tentang isu tersebut termasuklah memdedahkan perkara yang

disembunyikan sehingga akhirnya kita mendapat gambaran yang jelas tentang apa sebenarnya yang

berlaku. Penglibatan yang interaktif ini adalah didasarkan keluasan ruang di dalam internet.

Terdapat pelbagai medium di dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan


kemudahan internet secara maksimum dalam proses demokrasi. Contohnya; internet membolehkan

kita mencipta weblog peribadi, terlibat dalam forum, ‘video conferencing’, kemudahan ‘Internet

Relay Chat’, ‘newsgroup’, email dan lain-lain lagi. Melalui medium-medium tersebut, ia membuka

jalan kepada masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam perbincangan politik.

Seterusnya, internet berperanan dalam proses demokrasi kerana ia berfungsi kepada masyarakat

untuk mengakses pelbagai informasi dan data tanpa sekatan. Menerusi internet, kita dapat

mengetahui pelbagai maklumat yang pelbagai tidak seperti media tradisional yang terhad kepada

maklumat-maklumat tertentu sahaja. Menerusi internet, kita boleh mendapatkan apa saja maklumat

yang kita ingini tanpa sekatan dari sesiapa. Dari isu politik, pendidikan, ekonomi, sosial sehinggalah

isu budaya. Semuanya boleh didapati di internet. Dalam konteks memupuk proses demokrasi,

internet menawarkan pelbagai informasi tentang politik luar negara umumnya dan di dalam negara

khasnya. Dari informasi yang telah lama berlalu sehinggalah baru berlaku semalam. Kadang kala kita

terlepas pandang isu-isu politik yang dipaparkan di dalam media tradisional contohnya di akhbar dan

televisyen. Jadi, dalam keadaan ini kita menggunakan internet untuk mencari isu-isu tersebut. Begitu

juga, terdapat isu-isu yang berlaku tetapi tidak dipaparkan di dalam media tradisional. Dalam situasi

ini juga, kita boleh menggunakan internet untuk mengakses isu-isu tersebut. Dalam situasi yang lain,

kita ingin mengikuti perkembangan sesuatu isu dan pastinya internet membenarkan kita untuk

berbuat sedemikian. Contohnya; kita ingin mengetahui perkembangan terkini pilihanraya umum.

Siapakah calon-calon, strategi yang diambil oleh calon, propaganda dan sebagainya. Menerusi

internet, kita akan dapat semua maklumat tersebut. Internet juga bukan sahaja membenarkan kita

mengakses informasi dalam negara tetapi juga negara-negara lain. Mendokong konsep ‘dunia tanpa

sempadan’ yang menghubungkan jutaan manusia di seluruh dunia dalam rangkaian elektronik

global, internet menyalurkan pelbagai maklumat dan berita dalam pelbagai lapangan. Pengguna

boleh mendapatkan maklumat tentang situasi politik yang berlaku di Amerika Syarikat dan England

sebagai contoh. Begitu juga, pengguna boleh mengakses informasi tentang konflik dan pergolakan
yang berlaku di negara-negara yang diancam peperangan seperti Palestin, Iraq, Pakistan dan lain-

lain. Selain itu, menerusi e-kerajaan iaitu portal elektronik kerajaan ia membenarkan kita untuk

mengakses pelbagai maklumat berkaitan kerajaan antaranya melibatkan maklumat ekonomi,

pendidikan, hal ehwal pengguna dan politik pastinya.

Selain itu, internet adalah medium yang paling berpotensi dalam memupuk proses demokrasi kerana

elemen kepantasan yang dimiliki. Sebagaimana yang diketahui, internet adalah jaringan komunikasi

maya yang menyalurkan pelbagai maklumat dengan pantas. Adalah bukan sesuatu yang pelik apabila

internet sentiasa mendahului media tradisional dalam memaparkan sesuatu isu. Contoh yang

berlaku adalah apabila Perdana Menteri – Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan rasminya

membubarkan parlimen baru-baru ini yang menandakan demam pilihanraya bermula. Internet tidak

memerlukan masa yang lama untuk menyebarkan berita tersebut kepada masyarakat. Berlainan

dengan media tradisional yang perlu menunggu pada malamnya atau keesokannya untuk

mengumumkan berita tersebut. Begitu juga, pelbagai maklumat yang diperlukan boleh diperolehi

secara pantas secara online. Kita tidak perlu lagi bersusah payah mengambil masa yang lama ke

perpustakaan atau ke jabatan-jabatan untuk mencari secara manual maklumat tersebut. Cara yang

pantas pastinya melalui internet.

Elemen terakhir iaitu ketepatan melengkapkan potensi media baru sebagai medium yang

paling efektif dalam menggalakkan proses demokrasi. Kebanyakan laporan atau berita yang

dipaparkan di media tradisional tidak menjelaskan keadaan yang sebenarnya kerana sebagaimana

yang diketahui media tradisional dimiliki oleh golongan pemerintah sesebuah negara contohnya apa

yang berlaku di Malaysia sendiri. Penguasaan kerajaan ke atas media massa menyekat kebebasan

media untuk melaporkan berita yang tepat kerana terhalang oleh pelbagai undang-undang dan

peraturan yang menjaga kepentingan pihak kerajaan. Sebaliknya, internet yang bebas dari

penguasaan sesiapa dimanfaatkan untuk menyebarkan maklumat yang tepat tentang isu yang

berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang tepat ini adalah tanpa ‘bias’ kepada
mana-mana parti politik. Sesuatu isu yang dipaparkan ‘bersih’ dari segala elemen ‘distortion’ dan

rekaan kerana ia dilakukan oleh pengguna yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Contohnya;

persidangan parlimen yang membincangkan pelbagai isu yang berbangkit dimana perdebatan

melibatkan pihak wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Jadi, dalam memaparkan topik

perdebatan tersebut, media tradisional pastinya memberikan laporan yang menyebelahi pihak

kerajaan kerana media dikawal oleh kerajaan dan secara tersirat memburukkan pihak pembangkang

walaupun adakalanya dalam sesuatu isu tampak jelas adalah salah kerajaan namun diubah ‘jalan

cerita’ demi menjaga kepentingan pihak kerajaan. Di sinilah internet akan memainkan peranannya

dalam proses demokrasi apabila memaparkan isu perdebatan tersebut secara tepat dan tanpa

berkompromi dengan mana-mana pihak. Sepertimana yang dilaksanakan oleh Malaysiakini.com

yang memaparkan isu-isu politik dari perspektif yang lebih adil, telus dan tepat tanpa berpihak

kepada mana-mana parti politik.

Jelaslah bahawa elemen interaktif dan keupayaan volume, kepantasan, akses dan ketepatan

adalah merupakan elemen teras yang dimiliki oleh internet yang berpotensi dalam pemupukan

proses demokrasi. Kesan-kesan positif daripada penggunaan media baru dalam proses demokrasi

ialah menjana masyarakat yang lebih berinformatif dan memahami, penglibatan dalam perbahasan

tanpa batasan, penglibatan dalam institusi politik yang mana penglibatan melalui akses yang mudah

dan senang, kuasa membuat keputusan tanpa memerlukan pergerakan fizikal serta ia akan

mempertingkatkan akauntabiliti dan perwakilan ahli politik dalam berkhidmat kepada rakyat.

Namun, dalam pada itu, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti dan boleh menjejaskan

potensi internet dalam proses demokrasi. Terdapat jurang digital di dalam masyarakat kerana masih

ada golongan masyarakat yang tidak mampu memiliki internet kerana faktor ekonomi. Mereka yang

berpendapatan rendah dan menganggur tidak akan mampu untuk menggunakan internet.

Penggunaan internet walaupun dikatakan berpotensi dalam proses demokrasi namun perlulah

menganalisis dan menyelesaikan masalah yang wujud agar media baru dapat berperanan dengan

lebih baik dalam proses demokrasi. Masyarakat pula tidak seharusnya menyalahgunakan internet. Ia
seharusnya digunakan sebagai medan untuk berkongsi maklumat, pandangan dan pendapat secara

kolektif tentang pelbagai isu. Bukannya untuk menyebarkan fitnah yang boleh menggugat keamanan

negara.

Anda mungkin juga menyukai