Anda di halaman 1dari 5

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983.

Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut


Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan
ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis
kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan
manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti
adalah seperti berikut:

1. Linguistic intelligence ("word smart"): 

2. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart") 

3. Spatial intelligence ("picture smart") 

4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart") 

5. Musical intelligence ("music smart") 

6. Interpersonal intelligence ("people smart") 

7. Intrapersonal intelligence ("self smart") 

8. Naturalist intelligence ("nature smart")

Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut:

1. PERKATAAN (linguistic intelligence) 

2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence) 

3. GAMBAR (spatial intelligence) 

4. MUZIK (musical intelligence) 

5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence) 

6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence) 

7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or 

8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

1. Kecerdasan Verbal - Linguistik [authors]

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan


atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan
pengucapan dengan baik dan sempurna. 
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan
kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. 

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang


sastera.
CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir
Arthur Conan Doyle

2. Kecerdasan Logik - Matematik [scientists]

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak,


perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk
pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens,
mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. 
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak,
perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan
pengiraan. 

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan


CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton

3. Kecerdasan Fizikal - Kinestatik [dancers]

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi,


keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk
meluahkan idea dan perasaan. 
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan
fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri. 

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli,
Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan

4. Kecerdasan Visual - Spatial [architects]

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan


terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial
dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. 
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang,
mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial
dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. 

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.


CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo
Picasso, Leonardo Da Vinci
5. Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians]

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan


melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi
atau kelangsingan suatu hasil muzik. 
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian
dan drama lagu. 

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.


CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P.
Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar

6. Kecerdasan Intrapersonal [therapists]

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai


gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman,
kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk
mendisipIinkan diri dan jati diri. 
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis
mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. 

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling,


Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser,
Howard Gardner, Jean Piaget

7. Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan


kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap
petanda tersebut. 
Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif,
rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja
sama 

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan


CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi

8. Kecerdasan Naturalis [naturalists]

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna 

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist


CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin 

Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas


menempa nama dalam bidang masing-masing. Masa depan yang cerah, menjadi
penyumbang utama dalam sejarah manusia, dihormati sepanjang zaman.

‘Kaedah Pembelajaran Kontekstual

APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan


kaedah kontekstual?

 Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa
Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam
konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut


konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga
memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang
mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.

Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi
untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu
kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu
untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam
menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan
bekerja.

Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri
apabila berada di luar bilik darjah.

Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses


pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis
latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar


memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia
membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka
sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan


mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan
yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada


aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik
darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di
ladang tanaman.

Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran


yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk
aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan.

Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna


antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.

Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk


Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan
pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk
atau memanaskan bangunan itu.

Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas
dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi
dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan


pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari
dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan
antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai
ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Anda mungkin juga menyukai