Anda di halaman 1dari 2

Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan kepada kita untuk

menjaganya kerana kita akan mewariskannya kepada generasi akan datang. Seharusnya, alam ini
perlulalah digunakan dengan sebaik-baiknya, dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada
pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan
tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan
dunia. Manusia lebih sibuk mengeksploitasi alam sekitar untuk kepetingan diri sendiri tanpa
memikirkan tentang kesan kepada alam sekitar. Antara yang teruk terjejas akibat perbuatan
manusia ini ialah sungai. Justeru, punca-punca yang menyebabkan pencemaran perlulah dikenal
pasti dengan segera kerana adakah kita mahu menunggu sehingga sungai di negara sudah teruk
tercemar, barulah kita hendak mengambil tindakan seperti pepatah ‘sudah terhantuk baru
terngadah’?

Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai.
Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang
buruk kepada sungai. Hal ini kerana, pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan
menyebabkan sungai dipenuhi plastik-plastik sampah dan bahan-bahan terbuang yang terapung
pada permukaan air. Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-
hitaman atau kehijau-hijauan. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai
di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa
sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya hidupan akuatik akan terjejas dan
sumber air manusia akan ..................................................................................................................
Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, pembuangan sisa dari kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran
sungai. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaanya akan mengalirkan sisa-sisa
daripada kilang mereka ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa tersebut.
Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan
sisa tersebut. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia
yang yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan-
hidupan akuatik. Justeru, pengaliran sisa dari kilang memberikan kesan buruk kepada sungai.
Punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai ialah kegiatan pembalakan.
Apabila pokok-pokok ditebang, tanah akan terdedah kepada hakisan daripada air hujan kerana
pokok-pokok tidak lagi menaungi tanah daripada hakisan terus daripada air hujan. Tanah yang
terhakis akan mengalir ke sungai dan sungai menjadi cetek kesan mendapan tanah tersebut.
Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga akan
menyebabkan sungai-sungai tersekat. Kesannya, fenomena seperti banjir kilat boleh berlaku dan
kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan yang banyak di
dalam sungai. Oleh itu, kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan yang buruk kepada
sungai.

Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah diteliti


dengan lebih mendalam supaya usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan seharusnya menjalankan langkah yang lebih
proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran tentang pentingnya menjaga
sungai , mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang melakukan pencemaran
sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap terhadap tahap kualiti air sungai di
negara kita. Diharapkan, pencemaran sungai dapat diatasi dengan segera agar generasi akan
datang dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah.

Anda mungkin juga menyukai