Anda di halaman 1dari 21

F T ra n sf o F T ra n sf o

PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

KISAH UNTA MEMATAHKAN RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH


RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WA SALLAM

Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran
agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi
kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam
suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan
ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek
moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu
sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala
Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu
menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya.
Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."

Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri
perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali
menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang
diucapkan oleh Abu Jahal bahwa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal
berjaya menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bererti akan terhapuslah
segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.

Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk
mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam berjaya dihapuskan.
Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa
Sallam yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah
tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.

Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah
iaitu tempat biasa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bersembahyang. Dengan
langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan
sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-
kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas
kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah
kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi
Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga
membayangkan bagaimana kaum Quraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah
berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.

Sebaik saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam baru saja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi
Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-
kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal
terhadap dirinya pada hari itu.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Sebaik-baik saja Abu Jahal melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah mula
bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad
Shallallahu Alaihi wa Sallam. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya
dijaga, takut disadari oleh baginda.

Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira.
Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."

Sebaik saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam dan
menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu
yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-
olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad
Shallallahu Alaihi wa Sallam terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun
setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum
disadari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.
Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui
apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi
kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala
Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin keheranan. Abu Jahal yang
mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi
Shallallahu Alaihi wa Sallam, tiba-tiba saja diam membisu.

Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi.
Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka
perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.

Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam
pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahwa Abu Jahal
telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda
apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam.

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal
pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik saja aku
menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul
seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat
unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah
aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."
Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka
orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi
wa Sallam hanya tinggal kata-kata saja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan
Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap
seperti tin kosong saja.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun
berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan keheranan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri
Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak napak akan unta yang
engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."

Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal.
Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang
kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan
lagi.

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar
dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku
Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa,
sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu
lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu
berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu,
sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-
sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki
seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari
himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan
himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai
anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas
seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil
pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah
yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki
yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan
tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah
akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya),
dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan
dan meringan-ringankannya."
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

KISAH PEMUDA YANG BERNAMA 'UZAIR

Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar
dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan
keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil
menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat
jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahwa dia telah berada di suatu daerah yang tidak
dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

Sebaik saja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh
sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat
manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang
mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan.
Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah
rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula
memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

"Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di
negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya
sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan
bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat
luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa
bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta
bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya
sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad
(tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur
lebur berderai. Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur
itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan
ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun
dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.

Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya
'Uzair berapa lama engkau tidur?" Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari
dua ataupun setengah hari." Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahwa engkau terdampar di
sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari,
kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu
panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri
pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."

Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan


Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-
jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan
semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala
perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan
engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-
manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat
itu."
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata,
"Sekarang tahulah saya bahwa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba
keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan
akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana
sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahwa Allah berkuasa di atas
segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya
pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya
segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu.
Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik saja dia
sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah
habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang
perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"

"Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada
didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak
pernah menyebut namanya selain kali ini saja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.

'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun
dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali." Perempuan tua itu terkejut
seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh,
doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang
yang sakit tenat." Sambunya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan
lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini
'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat
melihat tuan."

"Uzair pun mendaha kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata
orang rua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan
lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun
berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair
lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya
bahwa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.

Berita itu bukan saja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak
percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup
ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak
kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahwa bapa saya mempunyai tanda di
punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia 'Uzair." Tanda itu memang ada
pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan
bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahwa sejak penyerbuan
Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci
Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair saja. Kalau
benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul."

'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun
sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahwa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu,
semua bangsa Israil punpercaya bahwa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual oleh
Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta
nasihat dan panduan daripadanya.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan
pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk
adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah
dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan
sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang
kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu saja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an,
was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.

Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah
akal kita untuk berfikir.

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada
seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak
memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak
meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan
bercakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang
yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka
setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu.
Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, lelaki itu
berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.

Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak
berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan setiap
kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.
Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh
Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat
berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam
perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula
babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti
yang digariskan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hingga ke akhirnya dia telah
berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

SEJENAK DENGAN JUHA 'MR. BEAN' ZAMAN ABBASIYAH

Belakang Bererti Hadapan

Abu Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Juha* di Kufah. Ketika
itu dia sengaja datang ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa
dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari.

“Wahai Syeikh! Di mana rumah tuan hakim?” Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu..

“Wara’aka (di belakangmu).” Jawab Syeikh itu.

Maka Abu Bakar pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud.

“Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang?” Tegur Syeikh itu tiba-tiba..

“Tuan kata “di belakangmu”, jadi saya balik ke belakanglah.” Jawab Abu Bakar..

“Dengarlah saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman
Allah ....”

Lalu Syeikh itu membaca surah Al-Kahfi, ayat 79 yang ertinya: “Kerana di belakang mereka ada
seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.”

“Ikramah berkata,” Kata syeikh itu lagi. “Di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka.”

Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham bahawa rumah tuan hakim yang sedang dicarinya ada di
hadapannya.

“Subhanallah......” Kata Abu Bakar kagum.

Kemudian dia bertanya: “Syeikh ini Abu siapa......?” .

“Abul Ghusn.” Jawabnya..

“Nama yang sebenar?” Tanya Abu Bakar lagi. .

“Juha.” Jawabnya.

*** Ubbad bin Suhaib juga menceritakan pengalaman yang sama dengan Abu Bakar Al-Kalbi
ketika datang ke Kufah. Dia datang ke kota itu untuk mendengarkan tilawah Al-Quran dari
Syeikh Ismail bin Abi Khalid. Ketika dia sedang tercari-cari tiba-tiba bertemu dengan seorang
Syeikh sedang duduk-duduk. “Wahai syeikh, di mana rumah Ismail bin Abi Khalid?” Tanya
Ubbad bin Suhaib. “Terus ke belakang.” Jawab orang tua itu. “Jadi aku mesti berpatah balik?”
Tanya Ubbad. “Aku cakap di belakangmu, mengapa mesti berpatah balik.” “Tuan cakap
wara’aka, bererti kan di belakangku.” Kata Ubbad bin Suhaib. “Bukan begitu. Ikramah telah
mengkhabarkan kepadaku tentang firman Allah “Wa kana wa ra’ahum”, maksudnya “di hadapan
mereka.” Ubbad kagum akan kecerdikan orang tua itu..“Siapa nama tuan?” Tanya Ubbad..
“Nama saya Juha.” Jawab orang tua itu.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Pekikan Jubah

Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan
mengadu kesakitan di rumah Juha.

“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” tanya lelaki itu kepada Juha.

“Jubahku jatuh dari atas rumah.” jawab Juha.

"Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?”

“Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh,
bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” kata Juha.

Kubur Di Atas Tanah

Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas
pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan.
Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah
menggalinya. Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau
tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia
pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke
perkuburan

“Buat apa kayu itu?” tanya orang ramai.

“Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima
dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku
itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga
dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan
Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur. "

Unta Minta Upah?

Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke
atas untanya untuk dibawa balik.

Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah
beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak daripada dilihat
oleh untanya.

“Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” tanya seseorang kepadanya.

“Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi
daripadanya.” jawab Juha.

Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Ketika
ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu lama pergi. Usahakan ada di sini
semula pada Hariraya Aidiladha agar kita dapat menyembelih kurban bersama.”
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Kambing Ajaib

Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala
kambing bakar. Dia pun pergi dan membeli sebuah kepala kambing bakar yang baik dan
dibawanya pulang.

Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-
dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak-
tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.

Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian
lainnya juga hilang.

“Celaka kamu, apa ini?” kata ayahnya..

“Itulah kepala yang ayah minta.” jawab Juha.

“Mana kedua-dua matanya?” tanya ayahnya lagi..

“Ia adalah kambing buta.” jawab Juha..

“Mana kedua-dua telinganya.”

“Kambingnya tuli.” jawab Juha.

“Lidahnya juga tidak ada, ke mana?” tanya ayahnya.

“Kambing itu kelu agaknya.” Jawab Juha.

“Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?”

“Kambingnya botak.” jawab Juha.

Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi.

“Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan
yang lain.” kata ayahnya.

“Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” jawab Juha.

Membeli Bangkai

Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati.

“Boleh jual kepadaku burung itu?” Tanya Juha.

“Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa?” Tanya budak-budak itu.

“Aku memang ingin memilikinya.”


F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

“Kalau nak juga, sila beli.” Kata budak-budak itu.

Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang.
Sesampainya di rumahnya, ibu hairan dan marah. “Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang
sudah jadi bangkai itu?” tanya ibunya.

“Diamlah bu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk
membeli makanannya.” Jawab Juha.

____________________________________________
(*) Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu
pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya
adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW. Al-Jauhari di dalam kitab
menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya,
sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab
“Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang
berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-
kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

ANJING MUSAFIR

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di
sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada
seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu
mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang
menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda
ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya.
Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih
belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga
kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada
anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan
semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di
tempat ini?” tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” tanya
Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang
jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari
ini sehingga esok.” jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih
dermawan daripada saya.”
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba
hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia
memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi
meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang
berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani
Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah
bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang
umurnya juga baru tujuh tahun.Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia
pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh
ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham
setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar.
Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

JUHA 'MR. BEAN' ZAMAN ABBASIYAH

Juha Membalas Dendam

Suatu hari aku telah bersetuju dengan beberapa orang sahabatku iaitu untuk mengadakan satu
pertandingan. Jika aku dapat mengalahkan mereka, maka mereka kena menjamu aku makan
dengan satu hidangan yang sedap-sedap dan bermacam-macam makanan. Dan jika aku yang
kalah maka akulah yang kena jamu mereka makan.

Dengan satu syarat iaitu aku di kehendaki duduk di satu kawasan yang lapang di waktu malam di
musim sejuk dan mereka tidak akan mengawasi aku bermakna aku mesti amanah tidak boleh
menipu. Dan ada syarat yang lebih penting lagi iaitu jangan ada langsung tanda-tanda bahawa
pada malam itu aku menyalakan api untuk memanaskan badan aku dari kesejukan, ini yang
paling penting. Aku pun bersetuju oleh kerana aku yakin bahawa aku akan mampu menyahut
cabaran tersebut dan aku berjanji akan benar-benar menepati syarat-syarat sebagaimana yang
telah ditentukan. Maka pada malam itu aku pun berbuat sebagaimana yang telah diminta
kepadaku.

Kemudian pada keesokan paginya mereka pun beramai-ramai datang menemui aku dan meminta
kepadaku agar menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi dengan amanah dan jujur.
Aku pun menceritakan kepada mereka: “Sesungguhnya pada malam tadi tidak ada yang aku
dengar melainkan desiran dedaunan pokok yang ditiup angin. Selain itu aku juga mendengar
tiupan angin yang agak kencang hingga menyebabkan aku merasakan kedinginan yang sangat dan
juga aku terlihat dari kejauhan iaitu lebih kurang sebatu di depanku kelihatan api yang aku
rasakan mungkin itu longgokan api.”

Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun dan berkata: “Bukankah kita dah berjanji jangan
langsung kamu menyalakan api ataupun ada apa-apa unsur yang boleh mendatangkan kepanasan
bagi kamu, bermakna api itu dapat memanaskan badan kamu dan kamu telah menyalahi syarat
perjanjian kita!” Bangun seorang lagi, dia juga berkata, menguatkan kata-kata kawannya itu tadi
dan akhirnya mereka memberi keputusan akulah yang kena menyediakan kepada mereka
makanan yang sedap-sedap. Aku pun bersetuju tanpa banyak cakap. Maka tibalah pada hari yang
ditetapkan iaitu mereka akan ke rumahku untuk menjamu selera, sesampai sahaja mereka aku pun
mempersilakan mereka masuk.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Setelah agak lama mereka menunggu, perut-perut mereka pula telah berkeroncong, maka terus
mereka bertanya kepadaku: “Wahai Juha...! mana dia hidangan, kami dah lama menunggu ni?”
Oleh kerana mereka sudah bertanya, aku pun mengajak mereka ke kebun yang berada di belakang
rumahku. Tiba-tiba mereka terkejut kerana melihat sebuah periuk yang besar tergantung di dahan
salah satu pokok yang ada di kebunku. Lalu terus mereka bertanya: “Wahai Juha... apa ini?” Aku
pun berkata di samping ingin mengenakan mereka: “Takkanlah kamu sudah lupa dulu kamu
katakan padaku bahawa aku akan dapat memanaskan badanku yang kesejukan di musim dingin
dengan longgokan api yang jauhnya sebatu, jadi sekarang ini di depan mata kamu semua, kamu
menyaksikan sebuah periuk yang berisi makanan, takkanlah dia tak boleh masak dengan
kepanasan api pelita yang ada di bawahnya yang jaraknya hanya sehasta. Jadi tunggulah sampai
ia masak dulu!”

Mana Dia Surat Itu

Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan
makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia
hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama
dan juga dari kampung yang bersebelahan.

Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun
dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada
khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah
menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan,
jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas
putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi,
sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si
penjaga pintu: “Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan
rumah”

Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang
satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan
semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan
surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku
dengan pelik: “Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan?” Aku
menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: “Oh... minta maaflah wahai tuan,
sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak
sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!”.

Juha Memegang Janji

Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta
memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil
keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk
mengikat serta memberi makan keldai.

Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu
bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar
dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam
rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan
perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung
tidak bergerak-gerak. Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah
sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang
penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.

Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya
dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan
rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian
dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa
sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku. Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran
rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur
supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa
serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.

Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata: “Tuangkanlah bubur
itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya. Tiba-tiba si budak tadi terus faham
dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta
memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia
terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah: “Apa yang telah
berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?” Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan
kukatakan kepadanya: “Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke
kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan
janganlah kamu berdegil lagi!”

BEKERJA ITU IBADAH

Bekerja bukan hanya kebutuhan, tapi juga kewajiban. Berpahala jika dilakukan, berdosa kalau
ditinggalkan. Anas bin Malik meriwayatkan bahwa seorang lelaki dari kaum Anshar datang
menghadap Rasulullah saw dan meminta sesuatu kepada beliau. Rasulullah saw bertanya,
“Adakah sesuatu di rumahmu?”

“Ada, ya Rasulullah!” jawabnya, “Saya mempunyai sehelai kain tebal, yang sebagian kami
gunakan untuk selimut dan sebagian kami jadikan alas tidur. Selain itu saya juga mempunyai
sebuah mangkuk besar yang kami pakai untuk minum.”

“Bawalah kemari kedua barang itu,” sambung Rasulullah saw. Lelaki itu membawa barang
miliknya dan menyerahkannya kepada Rasulullah. Setelah barang diterima, Rasulullah saw
segera melelangnya. Kepada para sahabat yang hadir pada saat itu, beliau menawarkan pada siapa
yang mau membeli. Salah seorang sahabat menawar kedua barang itu dengan harga satu dirham.
Tetapi Rasulullah menawarkan lagi, barangkali ada yang sanggup membeli lebih dari satu
dirham, “Dua atau tiga dirham?” tanya Rasulullah kepada para hadirin sampai dua kali. Inilah
lelang pertama kali yang dilakukan Rasulullah.

Tiba-tiba salah seorang sahabat menyahut, “Saya beli keduanya dengan harga dua dirham.”
Rasulullah menyerahkan kedua barang itu kepada si pembeli dan menerima uangnya. Uang itu
lalu diserahkan kepada lelaki Anshar tersebut, seraya berkata, “Belikan satu dirham untuk
keperluanmu dan satu dirham lagi belikan sebuah kapak dan engkau kembali lagi ke sini.”
Tak lama kemudian orang tersebut kembali menemui Rasulullah dengan membawa kapak.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Rasulullah saw melengkapi kapak itu dengan membuatkan gagangnya terlebih dahulu, lantas
berkata, “Pergilah mencari kayu bakar, lalu hasilnya kamu jual di pasar, dan jangan menemui aku
sampai dua pekan.”

Lelaki itu taat melaksanakan perintah Rasulullah. Setelah dua pekan berlalu ia menemui
Rasulullah melaporkan hasil kerjanya. Lelaki itu menuturkan bahwa selama dua pekan ia berhasil
mengumpulkan uang sepuluh dirham setelah sebagian dibelikan makanan dan pakaian.
Mendengar penuturan lelaki Anshar itu, Rasulullah bersabda, “Pekerjaanmu ini lebih baik bagimu
daripada kamu datang sebagai pengemis, yang akan membuat cacat di wajahmu kelak pada hari
kiamat.”

Rasulullah saw memberikan pelajaran menarik tentang pentingnya bekerja. Dalam Islam bekerja
bukan sekadar memenuhi kebutuhan perut, tapi juga untuk memelihara harga diri dan martabat
kemanusiaan yang seharusnya dijunjung tinggi. Karenanya, bekerja dalam Islam menempati
posisi yang teramat mulia. Islam sangat menghargai orang yang bekerja dengan tangannya
sendiri. Rasulullah saw pernah ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Beliau menjawab,
“Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua perjualbelian
yang dianggap baik,” (HR Ahmad dan Baihaqi).

Sedemikian tingginya penghargaan itu sehingga orang yang bersungguh-sungguh bekerja


disejajarkan dengan mujahid fi sabilillah. Kerja tak hanya menghasilkan nafkah materi, tapi juga
pahala, bahkan maghfirah dari Allah SWT. Rasulullah saw bersabda, “Jika ada seseorang yang
keluar dari rumah untuk bekerja guna mengusahakan kehidupan anaknya yang masih kecil, maka
ia telah berusaha di jalan Allah. Jika ia bekerja untuk dirinya sendiri agar tidak sampai meminta-
minta pada orang lain, itu pun di jalan Allah. Tetapi jika ia bekerja untuk berpamer atau
bermegah-megahan, maka itulah ‘di jalan setan’ atau karena mengikuti jalan setan,” (HR
Thabrani).

Kerja juga berkait dengan martabat manusia. Seorang yang telah bekerja dan bersungguh-
sungguh dalam pekerjaannya akan bertambah martabat dan kemuliannya. Sebaliknya, orang yang
tidak bekerja alias menganggur, selain kehilangan martabat dan harga diri di hadapan dirinya
sendiri, juga di hadapan orang lain. Jatuhnya harkat dan harga diri akan menjerumuskan manusia
pada perbuatan hina. Tindakan mengemis, merupakan kehinaan, baik di sisi manusia maupun di
sisi Allah SWT. Orang yang meminta-minta kepada sesama manusia tidak saja hina di dunia, tapi
juga akan dihinakan Allah kelak di akhirat.

Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah, jika seseorang di antara kamu membawa tali dan pergi ke
bukit untuk mencari kayu bakar, kemudian dipikul ke pasar untuk dijual, dengan bekerja itu Allah
mencukupi kebutuhanmu, itu lebih baik daripada ia meminta-minta kepada orang lain,” (HR
Bukhari dan Muslim).

Bekerja juga berkait dengan kesucian jiwa. Orang yang sibuk bekerja tidak akan ada waktu untuk
bersantai-santai dan melakukan ghibah serta membincangkan orang lain. Ia akan menggunakan
waktunya untuk meningkatkan kualitas kerja dan usaha.

Begitu pentingnya arti bekerja, sehingga Islam menetapkannya sebagai suatu kewajiban. Setiap
Muslim yang berkemampuan wajib hukumnya bekerja sesuai dengan bakat dan kemampuannya.

Abu Hanifah adalah seorang ulama besar yang sangat dihormati. Ilmunya luas dan muridnya
banyak. Di tengah kesibukannya belajar dan mengajar, ia masih menyempatkan diri untuk bekerja
sehingga tidak jelas apakah ia seorang pedagang yang ulama atau ulama yang pedagang.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Baginya, berusaha itu suatu keharusan. Sedangkan berjuang, belajar dan mengajarkan ilmu itu
juga kewajiban.

Tentang nilai usaha ini, Islam tidak hanya bicara dalam tataran teori, tapi juga memberikan
contohnya. Rasulullah saw adalah seorang pekerja. Para sahabat yang mengelilingi beliau juga
adalah para pekerja. Delapan sahabat Rasulullah saw yang dijamin masuk surga adalah para
saudagar yang kaya.

Kenapa orang yang bekerja itu mendapatkan pahala di sisi Allah SWT? Jawabannya sederhana,
karena bekerja dalam konsep Islam merupakan kewajiban atau fardhu. Dalam kaidah fiqh, orang
yang menjalankan kewajiban akan mendapatkan pahala, sedangkan mereka yang
meninggalkannya akan terkena sanksi dosa. Tentang kewajiban bekerja, Rasulullah bersabda,
“Mencari rezeki yang halal itu wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti shalat, puasa dan
sebagainya),” (HR ath-Thabrani dan al-Baihaqi)

Karena bekerja merupakan kewajiban, maka tak heran jika Umar bin Khaththab pernah
menghalau orang yang berada di masjid agar keluar untuk mencari nafkah. Umar tak suka melihat
orang yang pada siang hari tetap asyik duduk di masjid, sementara sang mentari sudah terpancar
bersinar.

KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid,
menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang
badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu.

Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada
Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli
oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak
dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid bertanya kepada si badwi yang membawa barang
perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi.

Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya
kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?" Badwi itu menjawab, "Empat ratus
dirham." Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya
dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara. " kata saudagar Yunus lagi. "Biarlah, ia tidak
perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yagn empat ratus dirham itu, sebab
di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham." Tetapi saudagar Yunus itu tidak
mahu melepaskan badwi itu pergi.

Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki
kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkata saudagar Yunus kepada saudaranya,
"Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi
dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi. "Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya
dengan empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk
memperlakukan saudarakita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat.
Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yagn jujur dan amanah di jalan mencari rezeki
yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam
perniagaan. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Sesungguhnya
Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku
harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran
menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayatkan lima Imam kecuali Imam Nasa'i)

KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jenelanya
masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu.
Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada
sesiapa pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang
sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai.
Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan
mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah
orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu
meneruskan perjalanannya.

Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak
diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah
bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, "Hai manusia, sungguh tidak wajar
kamu berkeluh kesan sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan
nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cublah bermohon kepada-Nya dengan
bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu
kedengaran lagi, "Ya Allah, Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya
memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk mengenyangkan hidupku ang
melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung
nasibku."

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi
wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu
terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan,
bukan begitu cara bermohon, bukan demikan cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian
'malas' namanya. Putusa asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan
melihat orang pemalas dan berputus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya.
Jangan...jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana
kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak
perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan
permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang berputus
asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. InsyaAllah, akan dapat juga pekerjaan
itu selama kamu tidak berputus asa. Nah...carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan
kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari
itu, sikapnya pun berubah, mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi
melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah penggangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal
sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi
jalan.

ORANG YANG SUKA NAIK DARAH

Setelah bertahun-tahun lamanya, seorang yang sangat mudah marah menyedari bahawa ia sering
mendapat kesusahan kerana sifatnya itu. Pada suatu hari, ia mendengar tentang seorang darwis
yang berpengetahuan tingi lalu ia terus menemuinya untuk mendapatkan nasihat.

Darwis itu berkata, "Pergilah ke suatu tempat, disana kamu akan menemui sebatang pohon mati.
Berdirilah di bawahnya dan lakukan satu kebajikan dengan memberi air kepada sesiapa yang lalu
di depanmu."

Orang itu menjalankan nasihat tersebut. Hari demi hari berlalu, dan ia pun dikenal ramai sebagai
orang yang mengikut sesuatu latihan kebaikan hati dan pengendalian diri di bawah perintah
seorang yang berpengetahuan dalam.

Pada suatu hari, ada seorang yang lalu disitu dalam keadaan tergesa-gesa, ia memalingkan
mukanya ketika ditawarkan air dan meneruskan perjalanannya. Orang yang mudah naik darah itu
pun memanggilnya berulang kali, "Hai, balas salam aku! Minumlah air yang aku sediakan ini,
yang aku khaskan untuk sekelian musafir yang lalu di sini."

Namun, tiada jawapan dari orang yang lalu tadi. Kerana sifatnya yang dahulu, orang yang mudah
naik darah itu tidak dapat lagi menguasai dirinya. Ia lalu mengambil senjatanya dan terus di kejar
dan dibunuhnya orang yang lalu tadi. Pada masa orang itu rebah meninggal dunia, pohon yang
mati disitu, bagaikan suatu keajaiban, tiba-tiba penuh berbunga.

Sebenarnya, orang yang baru dibunuh itu adalah seorang pembunuh. Ia sedang dalam perjalanan
untuk melaksanakan satu kejahatan yang paling mengerikan dalam sejarah kehidupannya.

Jadi, disini ada dua jenis nasihat. Pertama adalah penasihat yang memberitahu tentang apa yang
harus dilakukan sesuai dengan aturan-aturan yang pasti, yang diulang-ulang secara teratur. Kedua
adalah manusia berpengetahuan. Mereka yang bertemeu dengan manusia yang berpengetahuan
akan meminta nasihat moral dan menganggapnya sebagai moralis. Namun yang diabadikannya
adalah kebenaran, bukan harapan-harapan soleh.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

HIKMAH CEMBURU BUTA

Kelahiran Muawiyah yang akan menjadi orang besar sudah diramal oleh seorang tukang tilik di
zaman jahiliyah. Hindun bin Utbah ibu kepada Muawiyah pernah berkahwin dengan seorang
lelaki bernama Fakih bin Al-Mughirah sebelum berkahwin dengan Abu Sufyan. Fakih seorang
Arab yang sangat suka menerima tetamu, bahkan dia punya satu rumah khusus yang disediakan
untuk tetamu dan orang musafir. Rumah tersebut dibuka siang dan malam dan boleh ditempati
oleh tetamu dan musafir tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu.

Suatu hari, rumah tetamu tersebut sedang kosong, maka Fakih membawa Hindun beristirehat dan
berbaring-baring di rumah tersebut. Sebentar kemudian Fakih keluar untuk suatu keperluan dan
Hindu tertidur di situ sementara menunggu suaminya. Tiba-tiba datang seorang lelaki tetamu
yang ingin beristirehat di rumah tersebut dan masuk ke dalam, tapi dia melihat seorang
perempuan sedang tidur di dalamnya. Oleh kerana itu, dia segera keluar semula. Ketika lelaki itu
keluar, Fakih datang dan melihatnya. Kecurigaan pun timbul di dalam hatinya, mukanya berubah
menjadi merah. Fakih terus masuk dan menendang isterinya yang sedang tidur. Hindun terkejut
dan cuba bangun dalam keadaan terhoyong-hayang.

"Ada apa? Ada apa?" kata Hindun dalam keadaan gugup.

Pertanyaannya tidak dijawab, tiba-tiba Fakih telah bertanya dengan nada yang keras, "Siapa lelaki
yang bersamamu tadi?"

"Lelaki? Mana ada...aku tidak melihat sesiapa, aku tidur dan baru terjaga setelah dikejutkan oleh
engkau..." jawab Hindun.

Al-Fakih terus menuduh, tapi Hindun terus mempertahankan kejujurannya. Maka terjadilah
perang mulut di antara kedua-dua suami isteri itu.

"Baliklah engkau kepada keluargamu." kata Fakih menghalau Hindun.

Hindun terus bingkas dan balik ke rumah ayahnya. Sementara orang ramai memperkatakan
mereka dari mulut ke mulut sehingga terdengar juga oleh Utbah, ayah Hindun.

"Wahai anakku, sesungguhnya orang ramai telah saling memperkatakan engkau. Maka hendaklah
engkau ceritakan kepadaku perkara yang sebenarnya. Jika lelaki yang dimaksudkan itu benar-
benar ada, aku akan mengutus orang untuk membunuhnya, agar cerita itu lenyap. Sebaliknya jika
berita itu bohong aku akan bertahkim kepada tukang tilik di Yaman." kata Utbah kepada Hindun.

Hindun bersumpah kepada ayahnya bahawa berita itu tidak pernah ada, dia tidak pernah berlaku
curang dan tidak pernah mengkhianati suaminya. Berdasarkan keterangan Hindun itu, Utbah
memanggil Fakih dan berkata: "Engkau telah menuduh anakku dengan tuduhan yang besar. Oleh
kerana itu aku akan ajak engkau agar bertahkim kepada tukang tilik di Yaman."

"Boleh," jawab Fakih.

Pada hari yang telah ditetapkan, Fakih berangkat ke Yaman bersama sejumlah kaum keluarganya
dari Bani Makhzum, sementara Utbah dan Hindun berangkat bersama sekumpulan kaum
keluarganya dari Banu Abdi Manaf. Apabila hampir sampai ke tempah bomoh yg di tuju, tiba-
tiba wajah Hindun berubah menjadi pucat seperti orang ketakutan.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

"Wahai anakku, mengapa keadaanmu tiba-tiba berubah seperti ketakutan? Ini pasti ada sesuatu
yang engkau rahsiakan. Ayuh cakap terus terang aja." kata Utbah kepada Hindun.

"Wahai ayahku, demi Allah, aku tidak menyimpan apa-apa rahsia yang ditakuti. Tapi aku tahu
bahawa engkau akan datang keapda seorang manusia tukang ramal, yang kadang-kadang salah
dan kadang-kadang benar. Aku merasa tidak aman, khuatir tekaannya salah, maka aku akan
menjadi umpatan dan cacian bangsa Arab." jawab Hindun.

"Jangan khuatir wahai anakku, aku akan menguji ahli nujum itu terlebih dahulu sebelum menilik
dirimu, sama ada dia betul tahu atau hanya sekadar meneka-neka." kata Utbah.

Utbah ingin mengetahui sama ada tukang tilik it betul-betul mahir atau hanya sekadar meneka-
neka. Sebelum dia masuk ke rumah si ahli nujum, Utbah mengambil sebiji gandum lalu
disorokkan ke bawah pelana kudanya. Kemudian rombongan itu masuk ke rumah tok nujum dan
disambut dengan gembira dan penuh kehormatan.

"Wahai tok nujum, aku datang kepadamu untuk suatu urusan. Sebelumnya aku telah
menyorokkan sesuatu untuk mengujimu, cuba sebutkan apa itu?" kata Utbah.

"Hahaha....Engkau hanya menyorokkan sebiji bijiran sahaja." kata si tukang tilik.

"Aku ingin engkau terangkan lebih jelas." pinta Utbah.

"Bijiran itu adalah sebiji bijiran gandum yang ada dicelah-celah pelana kudamu. Betul tak?" kata
si tukang tilik.

"Engkau betul." kata Utbah. Utbah sangat kagum akan kepandaian si tukang tilik itu, maka dia
pun yakin dapat meneka keadaan Hindun dengan tepat.

"Nah sekarang, terangkan keadaan perempuan-perempuan itu." kata Utbah sambil menunjuk
kepada perempuan-perempuan yang terdiri dari Banu Makhzum dan Bani Abdi Manaf itu.
Tukang tilik bangkit dan menghampiri perempuan-perempuan yang duduk bersimpuh di situ lalu
ditepuk bahunya satu-satu persatu sambil berkata: "Bangun..!" setiap kali menepuk bahu seorang
di antara mereka. Apabila tiba giliran Hindun, tukang tilik menepuk bahunya sambil berkata:
"Bangun...! Tidak buruk dan tidak penzina. Dia bakal melahirkan seorang raja yang bernama
Muawiyah."

Al-Fakih yang menyaksikan demonstrasi ahli nujum itu sejak tadi, sangat gembira apabila
mendengar tentang isterinya. Dia segera menghampiri Hindun lalu dipegang tangannya dengan
mesra. Tapi, tiba-tiba Hindun menarik tangannya dari genggaman suaminya itu dengan kasar.

"Mengapa pula engkau ini?" tanya Fakih dengan terkejut.

"Berambuslah engkau dari sini. Demi Allah aku ingin anak itu lahir dengan seorang lelaki selain
engkau." kata Hindun lalu pergi meninggalkan Fakih.

Seterusnya, Hindun pergi kepada ayahnya sambil berkata: "Wahai ayahku, sekarang akulah yang
memiliki diriku sendiri. Oleh kerana itu, janganlah engkau kahwinkan aku dengan lelaki tanpa
persetujuanku."
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Fakih sangat menyesal kerana terlalu cemburu buta. Kemudian Hindun berkahwin dengan Abu
Sufyan atas pilihannya sendiri. Pasangan itu melahirkan ramai anak yang seorang di antaranya
bernama Muawiyah yang kemudian menjadi pengasa dan Raja Daulat Bani Umayyah yang
pertama. Rupanya tindakan cemburu buta Fakih mengandungi hikmah besar bagi Abu Sufyan.
Dia dapat isteri hebat dan menjadi ayah kepada orang besar.

MENGHUKUM BAYANG-BAYANG

Seorang lelaki telah bermimpi menggauli seorang perempuan di dalam tidurnya sehingga junub.
Dia merasa puas dan bangga walaupun hanya bermimpi. Kebetulan pula perempuan yang
dimimpikan itu sudah punya anak lelaki yang sudah dewasa. Maka pergilah dia kepada anak
lelaki itu dan memberitahukan mimpinya.

"Aku bermimpi telah berjunub bersama ibumu." kata lelaki yang bermimpi.

Anak lelaki itu marah-marah kerana merasa lelaki yang bermimpi itu telah mencabuli ibunya.

"Kalau begitu engkau telah berbuat jahat, engkau mesti dihukum." kata anak lelaki itu membela
ibunya.

"Aku kan hanya bermimpi....."

Kedua-dua lelaki itu bertengkar yang berkepanjangan. Yang bermimpi mengatakan tidak
bersalah, sedang anak kepada perempuan yang dimimpikan menganggapnya salah. Akhirnya
merek membawa masaalahnya kepada Ali bin Abi Talib untuk mencari keadilan.

"Lelaki ini mengaku telah bermimpi menggauli ibuku."

"Betulkah itu?" tanya Ali.

"Betul." jawab lelaki yang bermimpi.

"Dia mesti dihukum kerana telah berbuat jahat."

"Aku hanya bermimpi..."

"Baiklah, engkau bawa lelaki yang bermimpi ini dan berdirikan di bawah sinar matahari.
Kemudian kau pukullah bayang-bayangnya." kata Ali bin Abi Talib.

MUNGKINKAH ENGKAU MASIH HIDUP?

Salah seorang anak Umar bin Khattab telah diejek dan dibuli oleh teman-temannya kerana
memakai baju yang bertampal-tampal dan buruk.

"Tidak ada gunanya mempunyai ayah menjadi kepala negara, bajunya tampal seribu," kata
teman-teman anak Umar.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

Kerana sudah tidak tahan dengan ejekan teman-temannya, anak Umar itu pun mengadu kepada
ayahnya. Khalifah Umar sangat kasihan kepada anaknya yang mengadu itu, tapi beliau tidak
dapat berbuat apa-apa. Maklumlah beliau tidak mempunyai simpanan apa-apa, sedang gajinya
sebagai kepala negara hanya 1 dirham saja sehari dan ketika itu belum sampai masa gajian. Umar
pergi ke Baitul Mal untuk meminjam sedikit wang dan berjanji akan membayarnya pada bulan
depan apabila sudah menerima gaji.

"Bukan saya tidak mahu mengeluarkan wang Baitul Mal, tapi apakah Amirul Mukminin sudah
yakin masih akan hidup sehingga bulan depan? Dan jika Amirul Mukminin mati sebelum sampai
masa gajian yang akan datang, siapa yang akan membayarnya? kata petugas Baitul Mal.

Mendengar itu, menangislah Khalifah Umar bin Khattab sehingga air matanya menetes
membasahi pipinya. Beliau tidak jadi untuk meminjam wang dan pulang dengan perasaan sedih
sambil mengenang kematian.

Anda mungkin juga menyukai