Anda di halaman 1dari 12

SULIT

942/2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA

STPM 2010

GEOGRAFI

KERTAS 2

ALAM SEKITAR MANUSIA

3 JAM

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan.

Markah kepujian akan diberikan kepada anda sekiranya anda menggunakan peta
lakar dan gambar rajah yang sesuai.

Markah kepujian akan diberikan juga untuk contoh yang khusus dan teliti yang dikaji
Melalui kajian luar dan kajian tempatan yang dibuat sendiri.

Semua penghitungan hendaklah diserahkan bersama dengan jawapan anda.


Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Nota: kerta graf akan dibekalkan jika diminta.

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak

*Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*
SULIT

1. Jadual 1 menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.

Jadual 1 : Struktur umur dan jantina penduduk Malaysia, 1997

Kumpulan umur Lelaki Perempuan


(‘000) (’000)
0-9 2612 2455
10-19 2357 2225
20-29 2017 1876
30-39 1653 1584
40-49 1168 1111
50-69 684 656
60-69 386 414
70 dan lebih 206 261

a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan rajah yang sesuai untuk menggambarkan struktur


umur dan jantina penduduk Malaysia bagi tahun 1997. [10m]

b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a),

i) jelaskan ciri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997. [8m]

ii) huraikan kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial


dan ekonomi di Malaysia. [7m]

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk. [5m]

b) Penduduk Malaysia akan bertambah daripada 23,490,000 orang pada tahun 2000
kepada 28,960,000 orang pada tahun 2010. Berdasarkan pernyataan ini;

i) kira kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia antara tahun 2000


hingga tahun 2010. [4m]

ii) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan penduduk


Malaysia. [8m]

iii) Jelaskan kesan pertambahan penduduk terhadap sumber di negara


Malaysia. [8m]

3. a) Dengan merujuk kepada sebuah negara di Asia Tenggara,

i) Nyatakan empat jenis sumber hutan yang ada di negara berkenaan. [5m]

ii) Jelaskan mengapa hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang
penting bagi negara berkenaan. [10m]
iii) Huraikan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal di negara
tersebut. [10m]

ATAU

b) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara,

i) Huraikan kelebihan yang terdapat di negara tersebut yang memberi


sumbangan terhadap perkembangan sektor industri pembuatan. [9m]

ii) Jelaskan mengapa wujud penumpuan industri pembuatan di kawasan-


kawasan tertentu di negara tersebut. [8m]

iii) Nyatakan kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang menjadi
tumpuan industri pembuatan itu. [8m]

4. Jadual 2 menunjukkan jumlah pelancong dari negara ASEAN yang datang ke Malaysia
pada tahun 2000.

Jadual 2: Jumlah Pelancong dari Negara ASEAN


yang datang ke Malaysia pada tahun 2000

Negara Bilangan Pelancong

Brunei 1 700
Indonesia 12 600
Filipina 7 000
Singapura 72 200
Thailand 19 000
Vietnam 900

a) Berdasarkan jadual 2 di atas, lukiskan peta aliran pada peta yang disediakan untuk
menunjukkan jumlah pelancong dari negara ASEAN yang datang ke Malaysia pada
tahun 2000. [10m]

b) Huraikan faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan di


negara Malaysia. [8m]

c) Huraikan kesan pembangunan industri pelancongan terhadap penduduk di kawasan


sekitarnya. [7m]

5. a) Apakah yang dimaksudkan dengan bandaraya global. [5m]

b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah bandaraya global, jelaskan masalah-


masalah yang dihadapi oleh penduduk bandaraya tersebut. [10 m]
c) Jelaskan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah-masalah
berkenaan. [10m]

6. a) Apakah yang anda faham dengan “Segi Tiga Pertumbuhan”? [5m]

b) Pilih satu pakatan segitiga pertumbuhan yang terdapat di ASEAN dan huraikan
kelebihan bandingan setiap wilayah yang terlibat dalam pakatan tersebut. [10m]

c) Berdasarkan pakatan segi tiga pertumbuhan yang anda pilih pada soalan (b)
huraikan aktiviti yang dijalankan secara kerjasama di wilayah-wilayah tersebut?
[10m]

7. a) Terangkan bagaimana kegiatan ekonomi boleh menyebabkan berlakunya


pemanasan global. [8 m]

b) Jelaskan kesan-kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.
[10m]

c) Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang berpunca daripada


pemanasan global. [7m]

8. Berdasarkan kajian lapangan yang telah anda jalankan di suatu kawasan pertanian,

a) nyatakan nama kawasan dan kaedah kajian lapangan itu, [5m]

b) bincangkan peranan aktiviti pertanian dalam kegiatan ekonomi kawasan tersebut


[10m]

c) huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh penduduk setempat untuk


memelihara persekitaran fizikal kawasan tersebut. [10m]

SOALAN TAMAT
Skema Geografi 942/2 STPM : Percubaan Setara Daerah Hulu Langat 2010

1. a) Tajuk – 1
Paksi – 1
Skala – 1
Petunjuk – 1
Plotan – 5
Kekemasan – 1 [ 10m ]

b) i) ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997

b1 - tapak yang lebar:- kelahiran yg tinggi, kematian merosot krn taraf


kesihatan makin baik

b2 - Puncak semakin sempit:- jangka hayat masih rendah, umur tua


sedikit berbanding umur yg lain krn penyakit berbahaya masih belum di
kawal.

b3 - Komposisi umur:- golongan muda ramai berbanding dewasa dan


tua, tangunggan besar.

b4 – Ciri jantina:- lelaki lebih ramai drp wanita kecuali pada kumpulan
umur 60-69 tahun dan 70 tahun ke atas; menunjukkan warga tua
perempuan lebih ramai.

ii) kesan-kesan ciri kependudukan terhadap keadaan sosial dan ekonomi


Malaysia

b1 – Eset sbg tenaga buruh untuk pembangunan sektor-sektor ekonomi

b2 – pasaran luas:- permintaan tinggi akan meningkatkan pengeluaran

b3 – perlu menambah peluang pekerjaan

b4 – pertambahan perbelanjaan kerajaan terutama dlm bidang


pendidikan, kesihatan dan rekreasi

b5 – keperluan untuk kebajikan warga tua makin meningkat

2. a) kadar pertumbuhan penduduk :

Satu angka yg menunjukan satu arah pertambahan penduduk sama ada pesat,
sederhana, statik atau berkurangan. Angka ini diukur dalam unit peratus atau per
seribu orang. Formula kiraan ialah:
Pertumbuhan penduduk = kadar kelahiran – kadar kematian + migrasi bersih [ 5 m ]

b) i) Formula kadar pertumbuhan penduduk

r = 1/n In(pt/po) x 100

r = 1/10 In (28,960,000/23,490,00) x 100

r = 1/10 In 0.2093 x 100

r = 0.1 x 0.02093 x 100

r = 2.093 atau 2.1

Kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia 2000 hingga 2010 ialah 2.1% [ 4 m ]

ii) faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan penduduk:-

b1 – kadar kelahiran masih tinggi berbanding kadar kematian


b2 – kadar kelahiran tinggi krn penduduk umur muda masih ramai
b3 – dasar kerajaan untuk meningkatkan bilangan penduduk
b4 – banyak kemudahan kesihatan
b5 – migrasi dari luar negara agak besar (4x2=8m)

iii) kesan pertumbuhan penduduk yang pesat

b1 – Tekanan terhadap sumber


b2 – kepupusan atau kehabisan sumber
b3 – pencemaran sumber tertentu
b4 – kekurangan makanan
b5 – sumber dpt dimajukan untuk pembangunan negara ( 4 x 2 = 8m )

3 a) 4 jenis hasil sumber hutan di Malaysia

a1- Sumber kayu balak – cengal, meranti, kapur dll


a2- Sumber rotan/buluh- untuk industri perabot
a3 - Akar, daun, bunga untuk industri ubatan herba/minyak wangi
a4 - Daun/pucuk/buah:- (salak, petai, kelubi) - bahan makanan
a5 - Hutan lipur/sumber rekreasi
a6 - Sumber haiwan:- gajah, rusa – daging, kulit

b) sebab hutan masih dianggap penting

b1 – sumber aktiviti ekonomi tradisional masyarakat orang asli:- pertanian pindah,


berburu, mengumpul hasil hutan
b2 – pendapatan negara:- eksport kayu balak
b3 – peluang pekerjaan penduduk - pendapatan
b4 - memajukan industri berkaitan:- industri perabut, herba
b5 – memajukan industri ekopelancongan:- hutan lipur
b6 – sumber penyelidikan dan pembangunan – bioteknologi perubatan herba
b7 – kawasan tadahan – membekalkan air bersih ( 5 x 2 = 10 m)

c) Kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal negara tersebut

c1 – pembalakan mendedahkan permukaan tanah, menyebabkan hakisan/tanah runtuh


c2 – sungai tercemar dgn bahan hakisan, air sungai keruh, menjejaskan hidupan
akuatik
c3 – penebangan pokok menyebabkan kepupusan kepelbagaian biologi
c4 – pemanasan setempat/perubahan iklim mikro
c5 – pembalakan mendedahkan kawasan hutan, simpanan air tersejat – menjejaskan
kawasan tadahan air.
c6 – mempengaruhi keseimbangan gas dalam udara, fungsi tumbuhan sbg pembekal
oksigen juga berkurang.
c7 – menjejaskan ekosistem hutan – kehilangan spesies tumbuhan dan haiwan,
rantaian makanan hutan terjejas ( 5 x 2 = 10 m )

atau

3. b) i - Negara yang dipilih Malaysia (1 m )

b1 – politik yg stabil
b2 – galakan kerajaan
b3 – penawaran tenaga buruh
b4 – pasaran dalam negara
b5 – bahan mentah
b6 – kelebihan sumber alam (4x2=8m)

ii – Sebab-sebab industri pembuatan tertumpu di kawasan tertentu di Malaysia

b1 – dasar kerajaan – sediakan kawasan/tapak khas (FTZ)


b2 – kws tersebut sudah sedia maju dgn industri. Industri yg berkaitan akan terus
bertumpu untuk menikmati faedah perkongsian bersama.
b3 – kws berkenaan mempunyai jumlah penduduk yg ramai- menawarkan tenaga
buruh yg murah dan pasaran yg luas.
b4 – kws/wilayah berkenaan sudah sedia maju dgn kemudahan perkhidmatan

(4x2=8m)

iii – kesan yg dialami oleh penduduk di kws industri pembuatan meliputi;

b1 – gangguan kesihatan kpd penduduk akibat fenomena pencemaran udara, jerebu,


pencemaran air, pencemaran bunyi dan hujan asid.

b2 – kesesakan lalulintas

b3 – peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk


b4 – penduduk boleh menikmati pelbagai kemudahan pembandaran kerana kws
tumpuan industri biasanya mempercepatkan proses urbanisasi

(4x2=8m)

4. a) Tajuk – 1
Skala – 1
Petunjuk – 1
Plot – 6
Kekemasan – 1 [ 10m ]

b) Faktor-faktor yang menggalakkan industri pelancongan

b1 - kewujudan pantai, pulau dan rupa bumi fizikal yang menarik


b2 – tanah tinggi dgn suhu yang nyaman
b3 – tarikan hutan lipur dgn kepelbagaian flora dan fauna
b4 – cuaca dan iklim yg panas; menarik pelancong dari negara 4 musim ketika
negara mereka mengalami musim dingin.
b5 – governan; promosi dan wujudkan kws bebas cukai
b6 – kemudahan frasarana seperti pengangkutan, penginapan dan rekreasi
b7 – sejarah dan sosio budaya yg pelbagai dan unik
b8 – negara yg aman dan selamat untuk dikunjungi (4x2=8m)

c) kesan industri pelancongan terhadap penduduk kawasan sekitar

c1 – perubahan struktur ekonomi penduduk (drp ekonomi tradisional kepada


ekonomi moden)
c2 – peluang pekerjaan, kurangkan pengangguran, tingkatkan taraf hidup
c3 – pencemaran budaya
c4 – penularan wabak penyakit (3x2+1=7)

5. a) Sebuah bandar raya itu dikatakan sebagai bandar raya global jika kemajuan dan
perkembangannya menjadi sebagai lokasi persidangan, forum, pusat eskpo, perniagaan
dan perdagangan dan lokasi pertandingan bertaraf dunia.

b) Contoh bandaraya global

b1 – New York, London, Geneva, Tokyo, Paris, Rome


b2 – penduduk terlalu padat – kekurangan perumahan dan kemudahan asas.
b3 – pencemaran udara; kenderaan, perkilangan dan pelupusan sampah terabai
b4 – pencemaran air; perkilangan dan petempatan
b5 – pencemaran bunyi; kenderaan, perkilangan – bunyi bising dan menganggu
ketenteraman hidup
b6 – suhu bandar tinggi; haba dr kilang, bangunan yang guna penghawa dingin,
jalanraya berturap, kenderaan dan metabolisme manusia.
b7 – tumpuan penduduk padat; kekurangan kws hijau untuk rekreasi dan fungsi
menyederhanakan suhu
b8 – penduduk padat; masalah sosial - jenayah
b9 – kesesakan lalulintas ( 5 x 2 = 10 m )

c) langkah-langkah untuk kurangkan masalah di banda raya global

c1 – perumahan – rumah kos rendah/rumah pangsa


c2 – pencemaran udara – tenaga mesra alam, penapis asap ( kilang dan kenderaan )
c3 – pencemaran air – merawat sisa kumbahan, kitar semula
c4 – kesesakan- guna kenderaan awam
c5 – memperbanyakkan tumbuhan hijau di bandar
c6 – bangunkan zon pinggir bandar
c7 – lain-lain yang berkaitan ( 5 x 2 = 10 m )

6. a) Maksud “ Segi Tiga Pertumbuhan”

Merujuk kpd kws kerjasama ekonomi yg lebih kecil di dalam wilayah ASEAN yang
melibatkan 3 atau 4 negara berjiran, secara saling membantu dan melengkapi antara
satu sama lain. Keuntungan akan dikongsi bersama. (5m)

b) Kelebihan bandingan setiap wilayah dalam pakatan

b1 – potensi sumber alam setiap wilayah


b2 – kelebihan teknologi dlm bidang-bidang tertentu
b3 – kelebihan pasaran yg luas
b4 – kelebihan modal
b5 – kelebihan buruh
b6 – kelebihan prasarana ( 5 x 2 = 10 m )

c) Cadangan kawasan : IMS-GT

Aktiviti yg dijalankan
- Projek pertanian perladangan getah & kelapa sawit di Riau
- Pelancongan di pantai Riau dan Sulawesi
- Pengangkutan: link kedua antara Singapura-Johor
- Perindustrian pemprosesan hasil pertanian
- Pembangunan bandar
- Perdagangan dan perkhidmatan ( 5 x 2 = 10 m )

7. a) Kegiatan ekonomi yang menyebabkan pemanasan global

a1 – perindustrian
a2 – pengangkutan
a3 – penyahutanan
a4 – pembakaran terbuka
a5 – ujian nuklear (4x2=8m)
b) Kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia

Kesan kepada alam sekitar fizikal

b1 – mempercepatkan fenomena penggurunan


b2 – pencairan litupan ais benua dan ais pergunungan
b3 – kajadian El – Nino
b4 - jerebu
b5 – pulau haba bandar
b6 – gangguan kitar hidrologi/kemarau
b7 – gangguan ekosistem

Kesan kepada alam sekitar manusia

b8 – gangguan kesihatan
b9 – gangguan bekalan air
b10 – menjejaskan aktiviti pertanian
b11 – risiko kebakaran ( 5 x 2 = 10 m )

c) langkah-langkah mengurangkan masalah berpunca daripada pemanasan global

c1 – kerjasama antarabangsa
c2 – mengawal aktiviti penyahutanan
c3 – menggunakan tenaga mesra alam
c4 – mengelakkan pembakaran terbuka
c5 – kempen kesedaran ( 3 x 2 + 1 = 7m )

8. a) Berdasarkan kajian lapangan yang telah anda jalankan di suatu kawasan


pertanian;

a) a1 - Nama kws kajian (nyataka) ......... ( 2m )


a2 – Kaedah kajian melibatkan:-
 Pemerhatian + huraian ( 1 m )
 Temubual + huraian (1m)
 Kaji selidik responden + huraian ( 1m )

b) Bincangkan peranan aktiviti pertanian dalam kegiatan ekonomi kws tersebut

b1 – menyumbang bahan makanan penduduk


b2 – peluang pekerjaan penduduk/tingkatkan taraf hidup
b3 – membekalkan bahan mentah industri
b4 – memajukan ekonomi setempat
b5 – kemasukan pelabur
b6 – meningkatkan R&D
b7 – meningkatkan kemajuan infrastruktur
b8 – lain-lain yang berkaitan ( 5 x 2 = 10 m )
c) Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh penduduk setempat
untuk memulihara persekitaran fizikal kws tersebut.

c1 – mematuhi undang-undang alam sekitar


c2 – pertanian berteres; mengelakkan hakisan cerun
c3 – pendidikan alam sekitar/kempen
c4 – menanam tanaman tutup bumi
c5 – penggunaan baja organik
c6 – kawalan biologi; burung hantu, itik nila, ikan keli

Anda mungkin juga menyukai