Anda di halaman 1dari 2

SUNDAY, SEPTEMBER 27, 2009

Tajuk 1:Peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan


gaya hidup sihat

Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Generasi masa kini perlulah dididik
untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat. Ibu bapa memainkan peranan yang
sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup yang
sihat.

Gaya hidup yang sihat bermula dengan cara pemakanan yang sihat serta seimbang.
Diet makanan yang seimbang bermakna makanan harian yang mempunyai nutrisi yang
mencukupi yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Makanan tersebut haruslah
mengandungi zat besi, protein, lemak, kalsium, mineral vitamin serta kandungan-
kandungan yang lain dalam sukatan yang betul. Jika sukatan-sukatan kandungan ini
tidak betu iaitu diambil secara berlebihan atau kurang, anak-anak akan menghadapi
masalah kesihatan pada masa akan datang. Oleh itu ibu bapa haruslah sentiasa
mengawasi cara pemakanan anak-anak mereka.

Seterusnya ibu bapa juga haruslah mengalakan anak-anak mereka untuk bersenam.
Bersenam adalah kunci utama untuk gaya hidup yang sihat. Para doktor menasihatkan
agar setiap orang untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.
Bersenam dapat melancarkan peredaran darah di dalam tubuh kita justeru
mengkuatkan jantung kita.
Walaupun pada masa kini semua orang sangat sibuk dengan kerja serta persekolahan
mereka namun sedikit masa haruslah diluangkan untuk bersenam agar kesihatan kita
terjamin.

Ibu bapa juga haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Kegiatan
serta aktiviti yang kurang sihat seperti merokok dan meminum arak haruslah tidak
diamalkan. Hal ini demikian kerana perbuatan tidak siahat yang diamalkan oleh ibu
bapa yang tidak bertanggungjawab boleh menjadi ikutan anak-anak mereka.
Ibu bapa juga harus membawa anak-anak mereka kepada pemerikasaan doktor dari
semasa ke semasa. Pada zaman moden ini, termasuk anak-anak kecil seperti kanak-
kanak juga menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi kencing manis
dan obesiti. Oleh itu pemerikasaan yang kerap mampu mengecam masalah-masalh
seumpama ini di peringkat yang awal lagi.

Kesimpulannya para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan gaya hidup yang sihat di kalangan anak-anak mereka. Anak-anak yang
sihat mampu dilahirkan jika gaya hidup sihat menjadi pegangan hidup setiap keluarga.

POSTED BY DYLAN AT 3:21 A M

Anda mungkin juga menyukai