Anda di halaman 1dari 1

Penggubah lagu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Penggubah (ataupun komposer) merujuk kepada seseorang yang menulis notasi muzik; iaitu
sistem yang mewakili aura muzik melalui penggunaan simbol-simbol tertentu, yang
membolehkan ahli muzik memainkan nota tersebut sebagai muzik tersusun. Inilah yang
membezakan seorang penggubah daripada seorang ahli muzik yang mengimprovisasi atau
bermain alat muzik.

Istilah "penggubah" atau "komposer" kerap digunakan untuk merujuk kepada muzik tradisi barat
iaitu muzik klasikal. Untuk lagu-lagu biasa seperti muzik popular, lagu-lagu rakyat dan lain-lain,
istilah yang biasa dipanggil adalah penulis lagu kerana kebiasaanya muzik popular mengambil
bentuk sebagai satu lagu dan juga kerana skala penulisan nota muzik yang kecil, berbanding
dengan penggubah atau komposer muzik klasikal yang biasanya dikaitkan dengan gubahan besar
seperti simfoni orkestra. Namun sejak kebelakangan ini, kebanyakan penulis lagu muzik popular
digelarkan sebagai penggubah atau komposer.

Tahap perbezaan antara penggubah dan ahli muzik juga adalah berbeza-beza. Perbezaan ini
kadang-kala boleh memberi kesan negatif seperti isu hak cipta dan kecenderungan penghormatan
untuk tafsiran individu dalam satu perincian bahagian muzik. Sebagai contohnya, dalam
pembangunan muzik klasikal atau opera di Eropah, fungsi penggubah muzik pada asalnya tidak
dianggap penting berbanding dengan fungsi persembahan muzik.

Pengekalan di dalam nota muzik kebiasaan tidak begitu diambil berat dan ahli muzik secara
umumnya kerap menukar sedikit sebanyak penggubahan di dalam nota muzik. Walau
bagaimanapun, menurut peraturan hak cipta hari ini, nota muzik asal tidak lagi boleh diubah suai
sesuka hati tanpa alasan ataupun arahan rasmi (termasuk dari syarikat rakaman atau penggubah
itu sendiri) . Walau bagaimanapun, para penyanyi atau pelakon (untuk drama muzikal atau opera
terutamanya), boleh menafsirkan muzik melalui nyanyian dengan cara mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai