Anda di halaman 1dari 3

Autisme: Dunia yang penuh misteri.

Disumbangkan oleh Xubuntu


Sunday, 18 May 2008
Terakhir dikemaskini Monday, 09 June 2008
Latar Belakang
Filem "Rain man" satu contoh persepsi media pemfileman barat terhadap golongan autisme. Dalam
cerita tersebut
seorang dewasa yang mengalami autisme akan tetapi pintar di dalam kemahiran matamatik serta
dapat menyaingi
permainan judi di Las Vegas. Tidak semua individu yang mengalami autisme mempunyai kemahiran
yang sama seperti
"Rain man". Ini satu persepsi yang salah. Sebenarnya ramai individu yang mengalami autisme sukar
atau jarang
menyamai "Rain Man".
Sebaliknya ada pula rancangan tv yang mempamerkan individu yang mengalami autisme sebagai
kumpulan yang
sering menyendiri, terasing dalam dunia mereka sendiri, tidak berupaya berkomunikasi atau
memberikan atau menerima
perasaan kasih sayang. Ada yang menganggap seandainya dapat dikeluarkan mereka dari
kepompong dunia mereka,
maka terserlah kepintaran yang tersembunyi di dalam diri mereka.
Individu yang mengalami autisme juga dipaparkan sebagai agresif atau suka mencederakan diri
sendiri. Semua
yang telah disebutkan hanyalah mitos umum mengenai autisme. Terdapat ramai individu dengan
autisme boleh belajar
bercakap dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, simbol gambar, dan bantuan teknologi,
walaupun
menghadapi ketidakupayaan yang mereka alami menjejaskan cara mereka menyampaikan atau
menerima perasaan.
Bagaimanakah sebenarnya rupa autisme?
Terdapat ramai individu dengan autisme mempunyai ciri-ciri seperti kekurangan upaya atau defisit
dalam kemahiran
berkomunikasi dan asas kemahiran hidup akan tetapi ciri-ciri kanak-kanak autisme tidak serupa.
Maka ramai ahli
profesional merujuk autisme sebagai "pelbagai masalah" (spectrum disorder). Autisme sendiri
merupakan gangguan
yang berkaitan banyak aspek perkembangan kanak-kanak, ada tiga kumpulan dengan fungsi berbeza
yang yang biasa
menghadapi masalah, iaitu bahasa, fungsi sosial, dan tingkahlaku repetitif.
Mendifinisikan Autisme
Autisme masih kurang difahami dan dianggap paling misteri dalam kumpulan "pervasive
developmental disorders
[PDD]." Ramai pula yang tidak pernah berjumpa atau mengenali individu yang mengalami autisme.
The National Institute
of Child Health and Development (2003) menyatakan autisme ialah masalah biologikal yang
kompleks dan dihadapi
individu sepanjang hayatnya. Individu dengan autisme menghadapi masalah interaksi sosial dan
komunikasi. Jadi
mereka menghadapi masalah pertuturan atau mereka tidak dapat menumpukan atau memberikan
perhatian kepada
anda. Mereka berkelakuan tertentu, atau mengulang-ngulangkan [ekolalia] perbuatan tingkah laku
tertentu (seperti tidak
mendengar arahan kecuali diletakkan pensil secara selari, atau menyatakan ayat tertentu berulang-
ulang kali). Mereka
mungkin bertepuk tangan menyatakan mereka gembira dan mencederakan diri sendiri untuk
menyatakan sebaliknya.
Pada 1943, Leo Kanner telah mengenalpasti gejala yang menjelaskan ciri-ciri autisme. Kanner pula
(1943/ 1983)
menghuraikan istilah autistik sebagai "mengelakkan diri dari realiti/kehidupan sebenar." Sebelum
Kanner, kanak-kanak
yang mengalami masalah autisme dilabelkan sebagai "schizophrenia, febble minded, idiot, mentally
retarded, mbecile,
childhood schizophrenia, early infantile autism, childhood onset pervasive deveopmental disorder."
Anggapan apabila
dewasa mereka menjadi schizophrenia diakui tidak benar oleh beberapa pengamal profesional.
Kanner menghuraikan kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang tinggi, lambat perolehan
pertuturan dan bahasa
(termasuk sebutan terbalik, ekolalia, dan masalah literasi) dan terlalu menekankan perlakuan yang
sama. Perkataan
"autisme" dipinjam dari perkataan yang pernah digunakan untuk menjelaskan sifat schizophrenia
yang bermaksud
menarik diri daripada perhubungan dan menutup diri dari dunia luar.
Pada peringkat awal autisme sudah dapat dilihat tanda-tandanya sebelum kanak-kanak berusia 3
tahun, Kebiasaanya
gejala autisma sudah mulai dapat dikesan seawal secara saintifik di usia 2 hingga 5 tahun. Tapi pada
beberapa kes,
tanda-tanda autisme hanya boleh dikesan di usia sekolah. Secara umum, gejala autisme berbeza-
beza bagi setiap
orang yang mengalaminya
Tanda-tanda autisma meliputi beberapa gangguan perkembangan pada anak, iaitu :
1. Gangguan komunikasi, verbal dan non verbal
- Lambat berkomunikasi atau tidak dapat komunikasi.
- Mengeluarkan kata - kata yang tidak dapat difahami oleh orang lain.
- Sukar memahami dan tidak menggunakan kata-kata dalam konteks yang sesuai.
- Tidak bercakap apabila berkomunikasi untuk komunikasi.
- Suka meniru, ada yang pandai meniru nyanyian, nada-nada tertentu atau kata-kata yang
mempunyai maknanya.
- Kadang autisme berkomunikasi mendatar seperti robot.
Portal PKBP SMK Tengku Ampuan Intan
http://pkbp.smkintan.edu.my Dikuasai oleh Joomla! Dijanakan : 9 October, 2010, 10:03
- Mimik muka yang tiada reaksi.
- Keadaanya seperti mengalami masalah pendengaran, tetapi bila mendengar suara yang disukainya,
mereka akan
bereaksi dengan cepat.
2. Gangguan interaksi sosial
- Mengelak atau menghindari untuk bertentangan muka.
- Mengalami maslahan pendengaran.
- Merasa tidak selesa dan meronta-ronta bila dipeluk.
- Tidak berusaha untuk berinteraksi dengan orang lain.
- Bila inginkan sesuatu, mereka akan menarik tangan orang yang terdekat dan mengharapkan orang
tersebut
melakukan sesuatu untuknya.
- Bila didekati untuk bermain, golongan autisme akan menjauhi diri.
- Kebiasaan golongan autisme kehadiranya memberi ketidakselesaan kepada orang lain..
- Kadang-kadang mereka akan mendekati orang lain untuk makan atau duduk di pangkuan sebentar,
kemudian
berdiri secara tiba-tiba tanpa menunjukan apa-apa reaksi di mimik muka mereka.
- Ketidakmahuan untuk berhubung dengan orang lain lebih kelihatan pada rakan-rakan seusia
dengannya jika
dibandingkan terhadap orang lebih tua daripadanya atau ibubapa sendiri.
3. Gangguan perilaku dan bermain
- Kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu cara untuk bermain. Jika bermain pun, kelihatan agak
mendatar dan
melakukan gerakan yang berulang selama berjam-jam.
- Apabila sudah agak selesa dengan sesuatu permainan, mereka akan menolak jika diberi permainan
yang lain serta
cara bermainnya juga cukup pelik dan aneh.
- Menahan sesuatu benda yang berpusing (memegang tayar kereta permainan secara terus menerus
untuk jangka
masa yang lama).
- Mengengam sesuatu benda seperti kad, tali, pencil dan sebaginya secara berterusan dan dibawa ke
mana-mana.
- Sering memerhatikan jari-jarinya sendiri, kipas angin yang sedang berputar, air yang berterusan
bergerak.
- Kerap menunjukan kelakuan bersifat ritualistik.
- Kadang-kadang golongan autisma memperlihatkan seperti golongan hiperaktif, seperti tidak dapat
duduk diam untuk
seketika, berlari-lari ke sana sini, melompat-lompatdan sebagaiya.
- Kadang-kadang mereka akan menunjukan sifat yang sangat diam dan tenang.
4. Gangguan perasaan dan emosi
- Tidak mempunyai atau kurang perasaan simpati. Kadang-kadang mereka tidak mempunya
perasaan kasihan. Bila
ada saja kanak-kanak menangis, ia tidak mempunyai perasaan kasihan tapi malah merasa
terganggu. Ia
memnghampiri kanak-kanak menagis dan memukulnya.
- Ketawa sendiri, menangis atau marah-marah tanpa sebab yang nyata.
- Sering mengamuk di luar kawalan, terutama apabila mereka tidak mendapatkan apa yang diingini,
bahkan mereka
juga boleh menjadi agresif dan dekstruktif.
5. Gangguan persepsi di luar kawalan atau di bawah sedar
- Mencium, menggigit atau menjilat mainan atau benda apa saja.
- Bila mendengar suara kuat bunyinya mereka terus menutup mata.
- Tidak menyukai dan menyenagi rabaan dan pelukan. Kadang-kadang apabila didukung, mereka
lebih cenderung
meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pelukan.
- Merasa tidak selesa bila memakai pakaian dengan bahan tertentu.
Dan akhirnya unit Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Text Revised (DSM-IV-R)
(American Psychiatric
Association, 2000) kini menerima autisme sebagai berpunca dari pelbagai masalah perubatan yang
kompleks,
melibatkan genetik, persekitaran, dan neurologikal (Piven, 1997). Akan tetapi yang menyedihkan,
penyelidik masih
belum menjumpai "penawar"nya.

Anda mungkin juga menyukai