Anda di halaman 1dari 2

Masalah pembuangan bayi makin menjadi-jadi akhir-akhir ini

terutama dalam kalangan remaja.

Ulaskan pernyataan ini.

Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang tidak


bertindak terburu-buru mengambil tindakan. Kemelut ini semakin
serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam
akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah
punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
menangani isu ini?

Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam


kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan
didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda
negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang
tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu.
Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini saban tahun.

Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu
sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah
keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan
ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anda tidak menjadi satu
keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya,
keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi
menjadi-jadi.

Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi


penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap
wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan
kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu
berlaku. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak
mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga
sanggup membiarkan anak mereka daripada dipandang jijik oleh
masyarakat.

Arus kemodenan terutama melalui media massa telah


menyemarakkan masalah ini. Program dari barat yang mengaitkan
kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja terpengaruh.
Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang
bebas. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang
lumrah dalam hidup mereka.
Langkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan satu
tempat perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini.
Rumah perlindungan ini memberi bantuan kaunseling dan penjagaan
kepada remaja dan bayi sebelum sebarang tindakan undang-undang
diambil. Kewujudan rumah perlindungan ini memberi ruang kepada
remaja untuk berfikir secara rasional menyelesaikan masalah mereka.
Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat dikurangkan.

Paradigma masyarakat harus berubah dalam menangani masalah ini.


Kita perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu
dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh
remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat remaja meluahkan
masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka.
Pandangan masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang
baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara


telus. Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.
Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang
menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada
berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan
penyelesaiannya secepat mungkin.

Anda mungkin juga menyukai