Anda di halaman 1dari 29

| LAMAN UTAMA |

FALSAFAH DIRI |
SEKOLAHKU |
KELUARGAKU | KATA
HIKMAT | KOMPUTER |
SAINS | PBSMM | FAKTA
MENARIK | GALERI FOTO
| TOKOH | PUISI | PAUTAN
| IKLAN |

Bahawa kami ahli Persatuan


Bulan Sabit Merah Malaysia
berikrar akan taat setia pada
Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong dan
pemerintah-pemerintah di
negeri kami berdasarkan
kepada prinsip-prinsip
Rukunegara. Bahawa kami
berikrar akan sentiasa patuh
pada perlembagaan dan
undang-undang serta arahan
persatuan walau di mana kami
berada. Bahawa kami berikrar
akan sentiasa memberikan
khidmat sukarela kepada yang
sakit dan menderita di waktu
aman atau bencana berdasarkan
kepada prinsip-prinsip Bulan
Sabit Merah seperti berikut :

Perikemanusiaan,

Kesaksamaan,

Berkecuali,

Kebebasan,

Perkhidmatan Sukarela,

Bersatu, dan

Kesejagatan.

Pertolongan
Cemas dan
Resusitasi
Pengenalan

Pertolongan cemas merupakan


penjagaan awal untuk mereka
yang cedera atau sakit. Ia
merupakan khidmat penjagaan
yang diberikan oleh seseorang
yang mengambil berat terhadap
keselamatan mangsa yang
malang. Ia dilakukan sebaik
sahaja berlaku sesuatu
kemalangan atau kecederaan.
Khidmat segera ini dan
perhatian yang diberikan
sebelum tibanya ambulans
membawakan perbezaan yang
ketara di antara hidup dan mati
ataupun di antara penyembuhan
keseluruhan atau sebahagian
darinya. Pertolongan cemas
memiliki batasannya yang
tersendiri, kerana bukan semua
penyelamat merupakan ahli
paramedik ataupun doktor,
namun begitu ia merupakan
satu elemen yang penting dan
amat diperlukan di dalam
sistem perubatan yang
menyeluruh.

Apakah yang perlu dilakukan ?

* Jangan panik. Anda perlu


bertenang
* Fikir.

Lakukan perkara yang


sepatutnya dilakukan mengikut
tertibnya yang logik. Apabila
memberikan pertolongan
cemas, laksanakannya
mengikut kemampuan anda.

* Jangan cuba untuk menjadi


wira. Hubungi atau dapatkan
bantuan secepat mungkin.

Adalah amat penting bagi


setiap pengamal pertolongan
cemas melaksanakan tindakan
mereka dengan pantas.
Tindakan segera ini adalah
perlu untuk menyelamatkan
nyawa dan anggota badan.
Seorang mangsa yang tidak
boleh bernafas dengan baik,
atau mengalami pendarahan
berlebihan, perlukan bantuan
segera. Jika pertolongan cemas
itu pantas dan berkesan,
mangsa tersebut akan memiliki
peluang yang lebih cerah untuk
pulih. Cuba bertenang dan
fikirkan semua tindakan anda.
Pengamal pertolongan cemas
yang tenang dan terkawal telah
terbukti dapat mengawal
keadaan dengan cekap dan
berkesan.

Bagaimana mendapatkan
bantuan ?

Untuk mendapatkan bantuan


perubatan, hubungi ambulans
segera dengan mendail 999.
Jika anda berada di samping
mangsa, dapatkan orang lain
untuk menelefon bantuan. Jika
anda bersendirian, anda perlu
tinggalkan mangsa buat
seketika untuk membuat
panggilan telefon.

'AMARAN PERUBATAN'
(MEDIC ALERT)

Ada individu yang menderita


akibat sesuatu keadaan
perubatan tertentu yang boleh
menyebabkan mereka
menghadapi gejala dan tanda-
tanda penyakit yang serius pada
bila-bila masa.

Sebagai bantuan dan


makluman, mereka mungkin
memakai sejenis pengenalan
perubatan, biasanya dalam
bentuk sejenis rantai atau
gelang yang khas. Alat ini
dikenali sebagai gelang Medic
Alert atau Amaran Perubatan.
Pada gelang ini tercatat identiti
pesakit, keadaan perubatan
yang tertentu dan keterangan-
keterangan lain seperti alahan,
dadah yang diperlukan atau
alamat konteks perubatan yang
boleh dihubungi.

Pelbagai keadaan perubatan


yang boleh dimaklumkan oleh
alat tersebut termasuklah
penyakit jantung yang khusus,
diabetes, epilepsi atau gila babi,
asma dan alahan-alahan yang
serius.

Mengapa pertolongan cemas ?

Mereka yang memberikan


pertolongan cemas sentiasa
berusaha ke arah:

* Menyelamatkan nyawa
mangsa
* Mengelakkan komplikasi atau
keadaan dari menjadi
bertambah buruk.
* Membantu pemulihan
* Menenangkan perasaan
mangsa dengan membuat
mereka berasa selesa dan
memulihkan kesakitan.

Mereka yang memberikan


pertolongan cemas mestilah
tahu apa yang perlu mereka
lakukan dalam keadaan-
keadaan yang berbeza.
Kesilapan dalam memberikan
rawatan boleh memburukkan
lagi keadaan mangsa.

Maklumat yang diberikan di


dalam artikel ini membolehkan
anda memberikan pertolongan
cemas yang berguna dan
berkesan.

Bilakah diperlukan ?

Pertolongan cemas diperlukan


di dalam keadaan berikut:

* Sakit dada yang teruk atau


sakit di bahagian abdomen
* Pendarahan yang teruk atau
tidak dapat dikawal
* Luka terbakar yang teruk
* Tercekik
* Patah tulang atau terseliuh
* Kecederaan yang teruk
* Serangan jantung
* Renjatan haba
* Pengambilan dadah yang
berlebihan
* Keracunan
* Renjatan
* Tidak sedarkan diri

Apakah asas
pertolongan
cemas yang
perlu saya
ketahui?
Sepatutnya, anda perlu tahu
cara-cara untuk

1. Membantu mangsa
secukupnya (bantuan
keselamatan asas)
2. Mulakan prosedur
pernafasan (pertolongan cemas
primer)
3. Hentikan pendarahan
4. merawat renjatan
5. merawat kecederaan mata
6. merawat luka terbakar

Teknik SAFE
Pada setiap keadaan
kecemasan, lakukan teknik
SAFE yang bermaksud:

S - Summon / Shout for help


(Dapatkan bantuan)

* Dalam kebanyakan kes, lebih


daripada seorang pembantu
diperlukan

A - Approach with care &


Assess the situation (Lakukan
pendekatan dengan berhati-hati
dan menilai keadaan tersebut)
* Kemungkinan wujudnya
bahaya di kawasan sekeliling
tidak dapat dipastikan dan
boleh membahayakan
penyelamat dan seterusnya
menambahkan lagi masalah.
Peningkatan bilangan mangsa
akan mengurangkan keupayaan
bantuan perubatan yang ada.
* Bahaya boleh jadi di dalam
bentuk wayar elektrik hidup,
risiko letupan atau kebakaran
dari tumpahan minyak, haiwan
berbisa dan lain-lain

F - Free from danger (Bebas


dari bahaya)
* Mangsa mesti dibebaskan
dari segala bahaya atau perkara
yang menimbulkan bahaya
tersebut perlu dialihkan atau
dibuang dengan penuh hati-
hati. Contohnya, matikan enjin
kereta, alihkan wayar elektrik
yang hidup menggunakan
batang kayu, halau haiwan
berbahaya seperti ular, dan lain-
lain lagi

E - Evaluate casualty's
condition (Menilai keadaan
pesakit)

Pertolongan Cemas Primer

Lakukan perkara-perkara
seperti berikut apabila anda
mendekati mangsa yang
mengalami kecederaan teruk

* SALURAN UDARA -
periksa samada saluran udara
mangsa dan pastikan ia
samaada tidak dihalang oleh
lidah, bendalir rembesan atapun
bendasing. Cara yang perlu
dilaksanakan untuk memberi
bantuan terhadap saluran udara
ialah dengan meletakkan
mangsa berbaring menelentang
dengan tegak dan mulut
mangsa dibiarkan terbuka.
* GUNAKAN dua jari untuk
membersihkan mulut dari
sebarang halangan yang boleh
dilihat.
* KELUARKAN gigi palsu
hanya jika alat tersebut longgar.
* ELAK dari memasukkan
tangan terlalu dalam kerana ini
boleh menyebabkan halangan
yang tidak dapat dilihat
termasuk pada saluran udara.
* BERNAFAS - periksa
samaada mangsa masih
bernafas, jika tidak, berikan
bantuan pernafasan.
* EDARAN (circulation) -
periksa samaada nadi mangsa
masih berdenyut. Jika tiada,
lakukan tekanan pada dada
(kompresi dada)

Bagaimana untuk
memberhentikan keadaan
tercekik?

* Jika mangsa tercekik


disebabkan makanan ataupun
objek-objek lain dan mangsa
berhenti bernafas, lakukan
bantuan pemulihan pernafasan
* Anda harus berasa yakin
bahawa anda akan dapat
mengeluarkan objek yang
menyumbat kerongkong
mangsa sebelum memasukkan
jari atau tangan ke dalam mulut
mangsa.
* Tanggalkan pakaian untuk
mendedahkan bahagian dada
* Ikut arahan untuk memberi
bantuan pemulihan pernafasan

Bagaimanaka
h caranya
untuk
menghentikan
pendarahan?
* Gunakan tekanan secara
langsung ke atas anggota badan
dan tangan
* Tekan pada luka dengan
beralaskan kain yang bersih
atau bahan lain yang sesuai. Ini
akan meminimakan sebarang
jangkitan.
* Pegang tangan ataupun kaki
pada paras jantung. Teruskan
tekanan sehingga pendarahan
berhenti ataupun sehingga
pasukan ambulans tiba
* Jangan alihkan kain yang
digunakan walaupun ia telah
basah dengan darah. Anda perlu
tambahkan lagi lapisan kain
dan kenakan tekanan yang
mampan.
* Gunakan juga tekanan secara
langsung untuk menghentikan
pendarahan di bahagian-
bahagian lain.
* Seorang yang mengalami
pendarahan boleh mati dalam
masa satu minit jika saluran
darah utama terpotong. Jangan
tunggu. Hentikan pendarahan
dengan serta-merta.

Bagaimanakah caranya untuk


merawat renjatan

* Dalam situasi pertolongan


cemas, rawatan bagi renjatan
mestilah dilakukan dengan
segera sebaik sahaja selepas
disahkan keadaan renjatan itu
dan setelah punca kemalangan
dialihkan.
* Baringkan mangsa dengan
telentang serta angkat kaki
mangsa untuk meningkatkan
aliran darah ke otak
* Pastikan tubuh mangsa
diselimuti untuk mengelakkan
kesejukan ataupun kehilangan
haba
* Longgarkan pakaian yang
ketat dan tali pinggang untuk
mengurangkan jerutan di
kawasan leher, dada ataupun
pinggang.
* Jangan berikan sebarang
cecair kerana ia tidak dapat
diserap dengan mudah jika
diberi melalui mulut
* Hubungi ambulans dan bawa
mangsa ke hospital secepat
mungkin

Bagaimanakah cara untuk


merawat kecederaan mata

* Cara yang paling baik bagi


mengeluarkan bendasing dari
mata adalah dengan
membiarkan ia keluar bersama
air mata, tetapi kadangkala
adalah perlu untuk
membasuhnya keluar
* Basuh mata dengan
menuangkan air dengan banyak
keatas mata
* Jika bendasing itu dapat
dilihat dan berada di
permukaan mata, cuba
keluarkannya dengan perlahan-
lahan menggunakan hujung
bucu sapu tangan ataupun
dengan menggunakan putik
kapas.
* Jika bendasing tersebut
terbenam di dalam mata, jangan
cuba keluarkannya. Tutup mata
tersebut menggunakan lapikan
mata yang steril atau
menggunakan kain yang bersih
dan minta bantuan perubatan
dengan segera
* Jangan sekali-kali gunakan
sebarang bahan kimia. Ia boleh
menyebabkan kecederaan mata
yang serius.

Bagaimanaka
h cara untuk
merawat luka
terbakar
* Di dalam kes terbakar yang
teruk, minta bantuan perubatan
dengan segera
* Buangkan semua aksesori dan
pakaian yang mengecut dari
kawasan yang terlibat.
* Rendamkan kawasan yang
terlibat ke dalam air sejuk
dengan segera ataupun kenakan
tuala yang basah dan lembab di
kawasan tersebut. Anda juga
boleh menuangkan air ke
bahagian yang terbakar itu atau
letak di bawah air sejuk yang
mengalir. Teruskan rawatan ini
selagi kesakitan masih dirasai.
* Untuk luka terbakar yang
disebabkan oleh bahan kimia,
tuangkan air di atas kulit atau
letakkan dibawah air yang
mengalir. Kemudian tutupkan
kawasan tersebut dengan kain
yang bersih untuk mengelakkan
gangguan oleh udara.
* Jika luka terbakar tersebut
adalah besar, tenangkan
mangsa dan lakukan rawatan
untuk renjatan

INGAT!

* Bertindak dengan segera,


setiap saat boleh membawa
perubahan
* Jangan gerakkan mangsa
yang mengalami kecederaan
leher atau belakang kecuali
dalam keadaan yang sangat
diperlukan
* Dapatkan seseorang untuk
menghubungi ambulans dan
doktor sewaktu anda sedang
memberikan pertolongan cemas
* Jangan tarik pakaian mangsa
luka terbakar
* Bertenang dan tenangkan
mangsa
* Jangan paksa mangsa yang
tidak sedarkan diri untuk
mengambil sebarang cecair

Kit
Pertolongan
Cemas
Setiap rumah perlu memiliki
satu kit bantuan kecemasan
yang mudah diambil oleh orang
dewasa tetapi tidak boleh
dicapai dengan mudah oleh
kanak-kanak. Peti tersebut
mestilah teguh dan kalis air. Kit
bantuan kecemasan boleh
mengandungi isi kandungan
yang berbeza, bergantung
kepada keperluan. Kit bantuan
kecemasan peribadi mestilah
disimpan di kawasan yang
bersih dan kering serta tidak
mudah dicapai oleh kanak-
kanak. Isi kandungannya
mestilah diperiksa dalam satu
jangkamasa yang tertentu untuk
memastikan ia masih ada dan
lengkap, belum luput tarikh dan
berada dalam keadaan baik.

Satu kit yang asas


mengandungi:
* Krim antihistamin untuk
melegakan rasa gatal
* Sebatian antiseptik (untuk
membersihkan luka-luka kecil)
* Tablet parasetamol atau
aspirin untuk sakit kepala,
demam dan melegakan
kesakitan ringan (aspirin tidak
harus diberikan kepada kanak-
kanak di bawah umur 16 tahun)
* Pembalut luka (bandage)
* Plaster (sepeket)
* Pita bergam untuk membalut
* 'Crepe bandage' (untuk
rawatan terseliuh)
* Pembalut elastik
* Pembalut tiga segi
* Losyen 'Calamine' untuk
ruam yang gatal
* Kapas steril (1 gulung)
* Pembalut luka atau dressing
* 'Gauze parafin' (untuk luka
terbakar)
* 'Gauze steril' - kain jaring
halus
* Dressing untuk luka (2 saiz)
* Basuhan mata
* Lampu suluh
* Selimut (untuk mengekalkan
kepanasan ketika kesejukan)
* Hidrogen peroksida ataupun
alkohol untuk disapu
* Putik kapas (untuk
meletakkan ubat)
* Pin (untuk menetapkan
bandage)
* Gunting yang tajam tetapi
mempunyai hujung yang
tumpul (untuk kegunaan
pertolongan cemas sahaja)
* Penyepit yang tajam di
hujung(untuk membuang
selumbar)
BANTUAN
PERNAFASA
N - Resusitasi
mulut-ke-
mulut (CPR)
RESUSITASI UDARA
HEMBUSAN (Expired Air
Resuscitation - EAR) adalah
kaedah di mana penyelamat
memberi nafas kepada mangsa
yang terhenti pernafasannya.
Kaedah ini adalah berkesan
untuk memasukkan udara
berserta oksigen ke dalam paru-
paru mangsa jika mangsa telah
berhenti bernafas tetapi masih
mempunyai denyutan nadi.
Istilah yang biasa digunakan
ialah 'resusitasi mulut-ke-
mulut'. Terdapat tiga teknik
yang digunakan di dalam EAR
ini:

MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan
mulutnya ke mulut mangsa dan
bernafas ke saluran udara
mangsa melalui mulut

MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa
mengalami kecederaan muka
yang menghalang penyelamat
daripada menggunakan mulut
mangsa ataupun dalam
kedudukan tertentu semasa
menyelamatkan seseorang
sewaktu kecederaan disebabkan
air. Penyelamat akan menutup
mulut mangsa, melekapkan
mulut ke hidung mangsa,
bernafas dengan perlahan-lahan
dan kemudiannya melepaskan
rahangnya untuk membolehkan
mangsa menghembuskan nafas
keluar.

MULUT-KE-HIDUNG-DAN-
MULUT

Ini adalah kaedah pilihan untuk


melakukan resusitasi kepada
kanak-kanak, kerana mulut
penyelamat boleh menutup
mulut dan hidung kanak-kanak
tersebut.

EAR adalah penting jika


pernafasan mangsa terhenti
sepenuhnya. Terdapat beberapa
keadaan yang boleh
menyebabkan kehilangan upaya
pernafasan, dan pemberi
pertolongan cemas perlu
bersedia dengan potensi mereka
untuk melakukan resusitasi.
Tercekik, pengambilan heroin
dalam dos yang berlebihan,
hampir lemas, gigitan dan
sengatan dan juga masalah
penafasan tertentu seperti asma
atau emfisema yang boleh
menyebabkan penafasan
terhenti memerlukan EAR
dengan segera dan berkesan
untuk menyelamatkan nyawa.

Pernafasan hendaklah berkesan


dan efektif. Ini dibuktikan
dengan kenaikan dan
penurunan dada bagi setiap
nafas yang diberikan oleh
penyelamat. Lakukan sehingga
5 kali cubaan untuk
memperolehi dua pernafasan
yang berkesan.

Indikasi untuk EAR

* Sianosis - kepucatan
* Pernafasan terhenti atau kadar
pernafasan adalah kurang dari
4-5 kali dalam seminit

Prosedur EAR

* Baringkan mangsa.
Longgarkan bajunya di
kawasan leher.
* Buka mulut mangsa dan
masukkan jari anda untuk
membuang sebarang kotoran
(contohnya darah, muntah, gigi
yang patah dan gigi palsu)
* Pegang belakang leher
mangsa dengan satu tangan.
Letakkan pangkal sebelah tapak
tangan lagi pada dahi mangsa
dan dongakkan kepalanya
sejauh mungkin
* Menggunakan tangan yang
berada pada dahi mangsa, picit
hidung mangsa, sedut nafas
sedalam-dalamnya, buka mulut
anda dan lekapkan pada mulut
mangsa, kemudian hembuskan
sekuat hati. Dada mangsa akan
ternaik kerana udara tersebut
dipaksa memasuki paru-paru.
* Jika mangsa adalah seorang
kanak-kanak, hembus melalui
hidung dan mulutnya dengan
mulut anda tetapi jangan
hembuskan dengan kuat seperti
yang dilakukan kepada orang
dewasa.
* Tunggu sehingga dada
mangsa menurun, kemudian
ulangi prosedur yang sama.
Lakukannya sebanyak empat
kali secara terus-menerus
dengan cepat.
* Terus lakukan resusitasi
mulut-ke-mulut (pada kadar 10
pernafasan dalam seminit)
sehingga mangsa boleh
bernafas dengan sendiri
ataupun bantuan perubatan
telah tiba.
* Apabila mangsa telah boleh
bernafas dengan sendiri,
letakkan mangsa pada
kedudukan pemulihan (lihat
CPR)
* Jika terdapat ataupun disyaki
terdapat kecederaan tulang
belakang dan ketiadaan
pernafasan dan/atau nadi, anda
masih perlu melakukan
resusitasi dan kekalkan keadaan
saluran udara.
* Kekalkan keadaan dalam
kedudukan yang neutral tanpa
mendongakkan atau
mengangkat dagu dengan
banyak kerana ini boleh
memburukkan lagi kecederaan
pada leher.
* Lakukan resusitasi mulut-ke-
mulut dan menekan-nekan dada
jika pernafasan dan nadi masih
tidak ada.
* Jika anda perlu melentangkan
mangsa ini bagi membolehkan
resusitasi dijalankan, anda
perlukan bantuan daripada
orang lain. Pastikan kepala,
badan dan ibu jari kaki berada
dalam garisan yang lurus.
Kekalkan dan jangan lepaskan
sokongan pada kepala.

EAR perlu diteruskan sehingga


mangsa boleh bernafas dengan
spontannya, sehingga
penyelamat mendapat bantuan
perubatan atau sehingga
keadaan mangsa menjadi
semakin merosot dengan
terhentinya jantung, dan pada
masa ini penyelamat perlu
melakukan resusitasi
kardiopulmonari (CPR).

Resusitasi
Kardiopulmon
ari (CPR)
Apakah CPR?

Ia merupakan teknik
menyelamatkan nyawa yang
digunakan sewaktu kecemasan
apabila mangsa tidak bernafas
dan nadi mangsa sudah tidak
berdenyut. Ia merupakan
kombinasi bantuan pernafasan
dan penekanan dada di
bahagian luar. Dengan bernafas
untuk mangsa dan memastikan
darah mangsa masih lagi
dibekalkan ke seluruh tubuh,
penyelamat boleh mengekalkan
mangsa yang terhenti
jantungnya untuk terus hidup
sehingga bantuan perubatan
tiba. Jika CPR tidak
dilaksanakan, peluang mangsa
untuk terus hidup akan
menurun dengan banyaknya
selepas 5 minit pertama.

Siapakah yang boleh


memberikan bantuan CPR?

Anda perlu latihan yang formal


untuk membolehkan anda
memberikan bantuan CPR
dengan berkesan. Walau
bagaimanapun, jika nyawa
mangsa bergantung kepada
CPR, dan tiada orang lain yang
lebih berkelayakan, anda perlu
memberi bantuan tersebut.

Mengapa kita perlu tahu


mengenai CPR?

Menurut Persatuan Palang


Merah Amerika (American Red
Cross), terdapat lebih kurang
1.5 juta manusia dirawat setiap
tahun kerana serangan jantung
ataupun jantung terhenti.
Kedaan jantung terhenti bukan
hanya disebabkan oleh
serangan jantung, tetapi oleh
kemalangan seperti lemas atau
kejutan elektrik. Di Malaysia
30% daripada kematian yang
yang disahkan di hospital-
hospital kerajaan adalah
disebabkan oleh penyakit
kardiovaskular. Daripada
kematian ini, terdapat juga yang
berlaku di luar hospital,
biasanya dalam masa dua jam
pertama selepas wujudnya
gejala-gejala sakit jantung.
CPR adalah amat penting dan
mudah untuk dipelajari. Untuk
maklumat lanjut mangenai
pembelajaran CPR, hubungi
Persatuan St. John Ambulans
ataupun Persatuan Bulan Sabit
Merah yang berdekatan.
Pelajarilah kemahiran yang
boleh menyelamatkan nyawa
mereka yang anda sayangi.
Kaedah:

Tentukan kesedaran mangsa:


Goncangkan bahu mangsa
perlahan-lahan. Sebutkan
dengan kuat ,Adakah anda
O.K? Hubungi bantuan
(hubungi 999)

CPR Peringkat Awal

* Saluran udara
o Baringkan mangsa
o Buka saluran udaranya
(dongakkan kepala mangsa)
o Tolak dagunya ke atas dengan
menggunakan satu tangan dan
tolak dahi mangsa ke bawah
dengan menggunakan tangan
yang lagi satu.
* Pernafasan
o Pastikan samaada mangsa
masih bernafas atau tidak
+ Lihat pergerakan dada
mangsa
+ Dengar bunyi pernafasan
+ Rasa nafas mangsa dengan
menggunakan pipi anda
o Jika mangsa masih bernafas
dan tiada bukti-bukti
kecederaan berlaku
+ Letakkan mangsa pada
kedudukan pemulihan
+ Letakkan mangsa mengiring.
Gunakan tangan dan kaki
mangsa untuk menstabilkannya

o Jika mangsa tidak bernafas


+ Berikan dua hembusan (1=
hingga 2 saat bagi setiap
pernafasan)
+ Picit hidung mangsa sehingga
tertutup sepenuhnya
+ Lekapkan mulut anda ke
mulut mangsa
+ Lakukan resusitasi mulut-ke-
mulut
+ Lihat kenaikan dada
+ Biarkan paru-paru
mengempis di antara dua
hembusan

* Edaran darah
o Tentukan kehadiran nadi
+ Letakkan satu atau dua jari
pada halkum(peti suara)
mangsa.
+ Gerakkan jari anda ke
lekukan di antara halkum dan
otot.
+ Rasai nadi untuk 5-10 saat

o Jika nadi mangsa masih hadir


+ Lakukan bantuan pernafasan
(mulut-ke-mulut) sahaja
+ Berikan lebih kurang 12
pernafasan dalam seminit (satu
nafas dalam setiap 5 saat)

o Jika nadi mangsa sudah tiada


+ Lakukan pusingan pertama
pernafasan dan penekanan dada
+ Dapatkan kedudukan di
bahagian ketiga di bawah
sternum (tulang dada)
+ Tekan menggunakan kedua-
dua belah tangan (lurus dengan
mengunci pergerakan siku) dan
berat badan ditujukan tegak ke
bawah
+ Kira dengan ritma
(irama)yang tetap -Satu dan dua
dan tiga&
+ Tekan sternum sebanyak 1 =
sehingga 2 inci pada kadar 80
hingga 100 tekanan dalam
seminit.

Untuk CPR,
setiap 15
tekanan,
berikan 2
hembusan
(pernafasan
bantuan)
Lakukan di dalam 4 kitar,
kemudian periksa nadi dan
pernafasan.

Jika tiada nadi, teruskan CPR,


bermula dengan tekanan dada.

Jika ada nadi tanpa pernafasan ,


berikan satu pernafasan setiap 5
saat.

Garis panduan baru untuk CPR

Pakar perubatan percaya


bahawa mereka yang
melakukan CPR di waktu
kecemasan perlu meninggalkan
prosedur pengambilan nadi
pesakit yang mengalami
serangan jantung kerana
mereka selalu mendapatkan
nadi dengan cara yang salah.
Meraka menyarankan supaya
tekanan ke dada untuk
membersihkan saluran udara
mangsa yang tercekik yang
tidak sedarkan diri dilakukan.

Perubahan-perubahan ini telah


dimasukkan di dalam set garis
panduan CPR yang baru yang
diumumkan oleh Persatuan
Jantung Amerika dalam usaha
mereka untuk mempercepatkan
bantuan kepada mangsa
serangan jantung. Sesiapa yang
ingin membantu mangsa ini
perlu memeriksa tanda-tanda
edaran yang lain seperti
pernafasan, batuk atau sebarang
pergerakan sebelum membuat
keputusan untuk melakukan
CPR.

Untuk merawat pesakit tercekik


(dewasa) yang tidak sedarkan
diri, penyelamat yang bukan
tergolong daripada ahli
perubatan profesional boleh
memulakan CPR yang standard
dengan tekanan pada dada
berpandukan garis panduan
yang baru, dan bukannya
mengenakan tekanan pada
abdomen ataupun
menggunakan jari untuk
membersihkan saluran udara.
Menggunakan tekanan yang
kuat pada abdomen atau lebih
dikenali sebagai Heim-Lich
Maneuver - akan tetap
digunakan untuk mangsa yang
masih sedar.

Perubahan-perubahan lain
berdasarkan garispanduan baru
ini termasuklah:

* Penyelamat yang memberi


CPR perlu memberikan 15
tekanan pada dada, berselang-
seli dengan 2 bantuan
pernafasan. Garis panduan lama
mempunyai nisbah pernafasan
yang berbeza dan penekanan
pada dada berdasarkan pada
bilangan pambantu yang ada
ketika itu.
* Pelaksanaan CPR untuk bayi,
kaedah 2 ibu jari dengan tangan
membulat di kawasan dada
adalah lebih berkesan
berbanding dengan kaedah
lama yang disarankan, iaitu
menggunakan dua jari.

http://awaskemalangan.com/A
WAS/CPR

Penggunaan dadah penghalang


sumbatan yang baru adalah
disarankan apabila bantuan
perubatan profesional telah
tiba, termasuklah saranan
mengenai dadah mana yang
patut digunakan.

BANTUAN
PERNAFASAN MULUT-
KE-MULUT

CARDIO-PULMONARY
RESUSCITATION
(CPR)

3 LANGKAH ASAS

(Cuba dapatkan latihan sebenar


dengan menyertai CPR training
course

1. PANGGIL
BANTUAN 
 

Periksa samada mangsa


tiada tindakbalas
(unresponsiveness).  Jika
tiada tindakbalas, panggil
bantuan kecemasan
terdekat (hospital). 
Kembali kepada mangsa -
jika keadaan mendesak,
anda perlu berikan
bantuan CPR tanpa
menunggu bantuan
perubatan / ambulans. 

Cuba minta arahan


menjalankan CPR melalui
telefon. ( 999 / 991 / 994 )

2. HEMBUS
 

Condongkan kepala
mangsa ke belakang. 
Cuba dengar pernafasan si
mangsa.  Jika ia tidak
bernafas dengan normal,
lakukan yang berikut:
Picit hidungnya; lekapkan
mulut anda kepada mulut
si mangsa;
Hembus nafas ke dalam
mulut mangsa hingga
anda lihat dadanya naik
(kembang).
Berikan 2 hembusan
nafas.
Setiap 1 nafas sebaiknya
selama 2 saat.

 
 

3. TEKAN 
Jika mangsa masih tidak
bernafas dengan normal,
tidak batuk, atau masih
tidak bergerak:
Lakukan tekanan dada
(chest compressions).
Letakkan dasar tapak
tangan anda ke atas
dadanya di tengah - mula
menekan dengan berat
badan anda dipindahkan
dengan tangan lurus ke
bawah menekan (Lihat
gambar 3-2).
 
Tekan sebanyak 15 kali,
pada kadar 100 tekanan
seminit, iaitu 2 tekanan
sesaat.

TERUSKAN DENGAN:
 2 HEMBUSAN NAFAS &
15 TEKANAN DADA
- hingga bantuan sampai,
atau si mangsa kembali
bernafas normal dan
sedar.

CPR untuk kanak-


kanak kecil (Umur 1
- 8 tahun):

1)  Jika anda


berseorangan dan
bantuan ambulans
lambat:
      berikan CPR
kepada mangsa
dengan segera
selama 1 minit,
      kemudian
cubalah buat
panggilan telefon
untuk bantuan

2)  Gunakan
sebelah tangan
sahaja untuk
menekan dadanya

3)  Tekan dada


mangsa (victim's
sternum - tulang
dada) ke
      bawah
sebanyak 1 atau 1.5
inci

4)  Berikan 1
HEMBUSAN NAFAS
& 5 TEKANAN
DADA

Bantuan pernafasan CPR -


lebih terperinci

Untuk siapa patut bantuan


CPR diberikan?

Mangsa yang terputus


pernafasan akibat:
Lemas di air
Serangan sakit jantung
(heart attack)
Terkena kejutan elektrik
lalu pengsan dan nafas
terhenti
Terkena alahan atau
keracunan

Anda dinasihatkan supaya


menjalani latihan CPR dan
bantuan kecemasan (first
aid) yang dikendalikan
oleh
pihak hospital, Bulan Sabit
Merah, atau
pengendali kursus CPR
bertauliah.

Zoom A - Program
Pembelajaran Secara Interaktif
Melalui Internet Yang
Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: 00061808

Anda mungkin juga menyukai