Anda di halaman 1dari 2

ddw3183.blogspot.com/2007/10/bab-15-persampelan.

html
Sampel Statistik vs Sampel Bukan Statistik dan Pemilihan Sampel
Kebarangkalian vs Pemilihan Sampel Bukan Kebarangkalian
Kaedah persampelan audit boleh dibahagikan kepada 2 kategori :-
a) Persampelan statistik
b) Persampelan bukan statistik
Persamaan kedua-duanya ialah terlibat dengan 3 langkah berikut :-
i) Merancang sampel
Tujuan : Untuk memastikan ujian audit dilakukan dengan cara yang memberi risiko persampelan
diingini dan meminimakan kemungkinan kesilapan bukan persampelan.
ii) Pilih sampel dan jalankan ujian
Melibatkan dengan nyata bagaimana untuk memilih item sampel dari populasi.
Jalankan ujian ialah pemeriksaan dokumen dan membuat prosedur audit yang lain.
iii) Menilai keputusan
Melibatkan pengeluaran kesimpulan berdasarkan ujian audit.
Persampelan statistik berbeza daripada persampelan bukan statistik melalui pemakaian undang-
undang matematik.
Persampelan statistik membenarkan pengiraan (ukuran) risiko persampelan dalam merancang
sampel (langkah 1) dan menilai keputusan (langkah 3).
Persampelan bukan statistik juruaudit tidak menjumlahkan risiko persampelan. Sebaliknya, item
sampel yang juruaudit percaya akan menberikan maklumat berguna akan dipilih.Kesimpulannya
meliputi tentang populasi pada asas pertimbangan. Biasanya dikenali sebagai persampelan budi
bicara.
Pemilihan sampel kebarangkalian dan bukan kebarangkalian adalah sebahagian daripada langkah
kedua dalam persampelan audit, pemilihan item sampel dari populasi.
Pemilihan sampel kebarangkalian ialah kaedah memilih sampel daripada item setiap populasi yang
diketahui kebarangkalian untuk dimasukkan dalam sampel dan sampel dipilih secara rawak.
Pemilihan sampel bukan kebarangkalian ialah kaedah memilih sampel dimana juruaudit
menggunakan pertimbangan profesional berbanding kaedah kebarangkalian untuk memilih item
sampel.
Sama ada kaedah persampelan statistik atau bukan statistik, kedua-duanya boleh diterima di bawah
standard profesional juruaudit untuk digunakan.
Apabila persampelan statistik diguna, sampel mestilah satu kebarangkalian dan kaedah penilaian
statistik yang sesuai mesti digunakan dengan keputusan sampel untuk membuat pengiraan risiko
persampelan.
Ia juga boleh diterima untuk membuat penilaian bukan statistik dengan menggunakan pemilihan
kebarangkalian. Bagaimanapun ia tidak dapat diterima untuk menilai sampel bukan
kebarangkalian jika ia merupakan sampel statistik.
3 jenis kaedah pemilihan sampel yang biasanya dikaitkan dengan persampelan audit bukan
statistik.Ketiga-tiganya bukan kebarangkalian.
a) Pemilihan sampel langsung
b) Pemilihan sampel blok
c) Pemilihan sampel rambang
4 jenis kaedah pemilihan sampel yang biasanya dikaitkan dengan persampelan audit statistik.
Keempat-empatnya adalah kebarangkalian.
a) Pemilihan sampel rawak mudah
b) Pemilihan sampel sistematik
c) Pemilihan saiz sampel kebarangkalian berkadar
d) Pemilihan sampel berstrata (bertingkat)

KEBAIKAN PERSAMPELAN PERTIMBANGAN


 
1.                  Cara ini digunakan bertahun-tahun, dan ia benar-benar difahami oleh juruaudit
2.                  Cara ini memberikan peluang kepada juruaudit menggunakan kebijaksanaan
dan kemahiran untuk membuat pertimbangan
3.                  Masa dapat dijimatkan
4.                  Tidak memerlukan juruaudit mempunyai pengetahuan statistic
 
KELEMAHAN PERSAMPELAN PERTIMBANGAN
 
1.                  Cara ini menggunakan pertimbangan oleh juruaudit yang dikatakan tidak
saintifik
2.                  Saiz sample yang diperoleh secara ini biasanya besar dan berlaku pembaziran
3.                  Hasil pemilihan sample tidak dapat ditentukan secara kuantitatif

Anda mungkin juga menyukai