Anda di halaman 1dari 2

Nama: Crystal Ng Kelas: 2 Bumi

4. Setiap yang salah dari sisi undang-undang sudah pastinya mempunyai


keburukannya yang tersendiri. Apa pula dengan masalah pembuangan bayi?

Sejak akhir-akhir ini, masalah pembuangan bayi telah menjadi semakin serius dan berleluasa.
Namun demikian, perkara ini adalah salah dari sisi undang-undang melainkan atas sebab-sebab
kesihatan. Oleh sebab itu, mengapakah lebih banyak bakal ibu terdorong melakukan pengguguran anak
kandungan mereka? Jawapannya ialah kerana beberapa faktor memainkan peranan dalam menentukan
nasib anak tersebut. Punca terutama adalah kejabilan, di mana penggugur anak itu mendapat kurang
pendidikan tentang seks, nilai moral, agama, dan juga panduan membina perwatakan dan sahsiah diri.
Selain itu, masalah keluarga juga boleh mempengaruhi tindakan perempuan tersebut kerana remaja
rasa terabai, misalnya jika penceraian atau keganasan domestik berlaku di kalangan keluarga dan juga
sekiranya remaja tersebut mempunyai ibu bapa yang sering sibuk bekerja dan hanya balik rumah pada
lewat malam, mengakibatkan remaja tersebut kurang kesayangan ibu bapa. Tambahan pula, pengaruh
rakan dan media massa tetap juga merupakan faktor yang utama. Hal ini adalah kerana remaja-remaja
muda mudah ditipu oleh rakan sebaya ataupun media massa bahawa seseorang yang hamil dapat
menghilangkan kandungannya dengan cara yang senang. Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah
tersebut pasti akan didapati tidak munasabah jika diteliti dengan betul, contohnya memakan buah
nenas. Statistik menunjukkan kadar pembuangan bayi di Negara ini berbanding jumlah penduduk di
Malaysia, lebih kurang 22 juta, adalah terlalu sikit. Pun behitu, perkara seumpama ini tidak harus
dilakukan secara haram dan sememangnya tidak dapat dikesan, mungkin lebih besar daripada angka
yang diberikan. Tahun 1999 mencatatkan sebanyak 70 kes pembuangan bayi manakala tahun 2000
sebanyak 65 kes. Daripada 65 kes itu, sebanyak 28 kes bayi yang terbuang ditemui masih hidup
manakala 37 daripadanya ditemui sudah mati. Walaupun statistik pembuangan bayi menunjukkan
penurunan, namun perbuatan jenayah itu harus dikawal daripada menjadi budaya masyarakat di negara
ini. Namun demikian, apakah kesan yang akan timibul jika masalah ini tidak diatasi dengan segera?

Perkara utama yang akan berlaku ialah peningkatan dalam bilangan kes anak-anak terbiar serta
kenaikan dalam nombor kejadian kematian bayi. Hal ini demikian kerana lebih banyak anak daripada
kandungan tidak diingini telah digugurkan. Sebagaimana yang kita maklum, petambahan bilangan bakal
ibu dengan kehamilan tidak diingini yang tidak menggugurkan anaknya dan melahirkan anaknya dengan
sempurnya ke dalam dunia ini juga akan berlaku. Natijahnya, jumlah bayi yang berjaya hidup dengan
sempurna dalam suasana yang selesa semakin berkurangan.

Sehubungan dengan itu, generasi baru anak-anak yang terbiar ini akan melahirkan sebuah
golongan remaja yang tidak tahu bagaimana untuk membezakan antara baik dan buruk. Hal ini
disebabkan kerana masalah pembuangan bayi telah menjadi semakin serius dan berleluasa. Misalnya,
seseorang anak daripada kehamilan yang tidak diingi oleh ibunya tidak digugurkan tetapi dilahirkan
dengan sempurna selepas sembilan bulan. Namun demikian, bayi tersebut yang belum menikmati
kesayangan ibu dihantar ke rumah anak yatim. Sewaktu dia membesar, dia tidak mendapat perhatian
dan tunjuk ajar yang betul daripada penjaga-penjaganya yang mungkin sibuk kerana juga dikehendaki
menjaga banyak anak-anak yatim yang lain. Kesannya, apabila dia menjadi remaja kelak, dia
berkemungkinan besar terlibat dalam gejala-gejala yang tidak sihat kerana tidak diberi panduan yang
betul.

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, masalah ini akan menyumbang kepada penambahan
dalam jumlah gejala-gejala sosial. Ini adalah kerana lebih banyak bayi terbuang akan terpaksa
menghadapi stigma dan sikap prejudis daripada masyarakat disebabkan oleh latar belakangnya yang
berbeza dan sebegitu. Secara contoh, seseorang remaja yang dikenali sebagai produk daripada sesuatu
kandungan tidak diingini akan dipandang rendah oleh orang lain. Dengan keadaan sedemikian, lama-
lama dia akan menjadi marah serta panas hati kerana merasai bahawa nasibnya tidak adil. Seterusnya,
dia mungkin menjadi terlibat dalam gejala-gejala sosial. Akhirnya, kemajuan negara akan dihindari
kerana lebih banyak remaja menumpukan tenaga kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah daripada
yang boleh menyumbangkan untuk kebaikan negara.

Jika ditinjau daripada aspek lain pula, kemampuan kerajaan untuk menyumbang wang untuk
kemajuan negara akan dipengaruhi. Hal ini demikian kerana mereka terpaksa membazirkan wang untuk
menubuhkan rumah anak yatim. Sebagai contoh, kerajaan ingin menggunakan sejumlah wang untuk
membina dan memajukan infrastruktur pengangkutan di negara kita. Namun demikian, kerajaan perlu
mengetepikan wang untuk membina rumah anak yatim dahulu. Kesannya, negara kerap kali akan
dihalang daripada mara ke hadapan kerana masalah pembuangan bayi ini.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang berkesan dan efektif harus diambil untuk
membendung masalah ini sebelum keadaan menjadi semakin merosot. Secara contoh, kaunseling dan
bimbingan boleh diberi kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi. Pada waktu yang sama,
didikan agama juga amat berkesan. Di samping itu, pendidikan formal dan juga pendidikan informal
seperti ceramah untuk mendedahkan lebih tentang moral serta seks boleh dijalankan. Akhirnya, ciri-ciri
keluarga bahagia perlu ditanamkan dalam setiap insan dengan menghabiskan masa bersama keluarga
yang disayangi dan juga menambahbaikkan komunikasi di antara semua ahli keluarga.

744 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai