Anda di halaman 1dari 10

PENANDA WACANA

• digunakan untuk menunjukkan


perkaitan, urutan buah fikiran dan hujah
• menunjukkan lanjutan maklumat
• menunjukkan pertentangan hujah
• Contoh penanda wacana : namun, walau
bagaimanapun, malah, oleh sebab itu,
justeru, selain itu, kini, kemudian
Teliti 3 contoh ayat yang diberikan

• Perubatan alternatif semakin popular dan


perkembangan ini membimbangkan para
doktor. Tambahan pula, kebanyakan
rawatan ini tidak dikawal oleh undang-
undang.
Contoh Ayat
• Melalui urutan di tapak kaki, tukang urut
itu dapat mengetahui penyakit seseorang.
Oleh sebab itu, mereka menganggap
tapak kaki sebagai cermin anggota badan
manusia.
Contoh Ayat
• Perkembangan dalam bidang perubatan
moden telah berjaya merawat pelbagai
jenis penyakit. Namun, masih terdapat
sebilangan manusia yang kembali kepada
perubatan tradisional.
• Ketiga-tiga ayat tadi menggunakan
penanda wacana untuk menunjukkan
lanjutan maklumat, sebab akibat dan
pertentangan hujah.

• Penanda wacana yang dimaksudkan tadi


ialah tambahan pula, oleh sebab itu dan
namun.
Berikan penanda wacana yang sesuai pada
ayat-ayat di bawah ini.
• 1.Makanan adalah sumber tenaga, darah dan
daging kepada manusia. ____________
seseorang yang kurang mendapat makanan,
bermaknalah dia kurang mendapat tenaga.

• 2.Merokok bukan sahaja membuat gigi


kehitaman. ____________ ia juga dapat
menjejas kesihatan seseorang.

• 3.Ali terbangun lambat, dia cepat-cepat siap dan


berlari ke sekolah. _____________ dia terlewat
juga ke sekolah.
Jawapannya
• 1. Oleh sebab itu

• 2. Malahan

• 3. Namun
Kenal pasti penanda wacana yang terdapat di dalam
petikan berikut.

Keputusan peperiksaan yang diraihnya sebelum ini


sungguh cemerlang dan membanggakan. Oleh yang
demikian, Mohan terkejut ketika menerima
keputusannya yang kurang memuaskan kali ini. Mohan
bercita-cita untuk menjadi jurutera. Oleh itu, dia
berusaha bersungguh-sungguh sejak di menengah tiga
untuk mengatasi kelemahannya dalam pelajaran. Di
samping itu, Mohan juga turut mengikuti kelas
tambahan yang dikelolakan oleh badan kebajikan
setempat secara percuma. Selain itu, dia tetap
meluangkan masa mengulang kaji di rumah setiap hari.
Di bawah ini terdapat jawapan yang telah dihuruf tebal.
Adakah ianya sama dengan jawapan kamu?

Keputusan peperiksaan yang diraihnya sebelum ini


sungguh cemerlang dan membanggakan. Oleh yang
demikian, Mohan terkejut ketika menerima
keputusannya yang kurang memuaskan kali ini. Mohan
bercita-cita untuk menjadi jurutera. Oleh itu, dia
berusaha bersungguh-sungguh sejak di menengah tiga
untuk mengatasi kelemahannya dalam pelajaran. Di
samping itu, Mohan juga turut mengikuti kelas
tambahan yang dikelolakan oleh badan kebajikan
setempat secara percuma. Selain itu, dia tetap
meluangkan masa mengulang kaji di rumah setiap hari.
LATIHAN
• Sekarang teliti latihan yang diberikan
dalam dokumen Msword.
• Muat turun dokumen ini dan kamu harus
mencetaknya (print) untuk membuat
latihan ini. Kamu boleh menaip jawapan
kamu atau menulisnya sahaja.
• Hantarkan latihan ini untuk dinilai.
• Markah yang terkumpul merupakan
sebahgian daripada markah CA kamu.

Anda mungkin juga menyukai