Anda di halaman 1dari 9

Sumbangan tamadun India kepada pembangunan tamadun Malaysia

KEPERCAYAAN & NILAI

• Pendefinisian Kepercayaan & penghasilan Nilai

Kepercayaan boleh didefinisikan sebagai satu bentuk persepsi dan penerimaan


manusia terhadap sesuatu perkara dan seterusnya membentuk keyakinan yang teguh
terhadap sesuatu perkara,perorangan dan situasi.

Dalam erti kata yang lain, kepercayaan adalah suatu perasaan yang lahir dalam
diri seseorang manusia itu selepas dia mempercayai sesuatu perkara dan meyakininya
sepenuh hati, dan yang pastinya kepercayaan itu beroleh selepas disaksikan oleh
pembuktian melalui perbuatan percakapan ataupun pembuktian kebenaran sains dan
teknologi, kejadian alam dan intinya.seorang pemimpin dipercayai kerana tingkah
laku,percakapannya berperibadi mulia, begitu berprinsip dan mempunyai manifestasi
dalam kehidupan. Manusia mempercayai kesan kejadian Tsunami adalah hasil dari
gempa yg dihasilkan dari dasar laut. Hal ini dibuktikan melalui pembuktian sains &
teknologi.

Dari sebuah perkampungan kecil kepada bentuk daerah, dan daripada bentuk
daerah membentuk Bandar dan membentuk Negara, sehingga satu bentuk yang lebih
besar yang disebut sebagai Empayar. Di saat inilah empayar mula dikatakan tamadun,
gabungan wilayah-wilayah besar kerana kepercayaan dan kesetiaan rakyat kepada
pemerintah dan kerajaan.

Dinamakan tamadun juga adalah kerana pencapaian dari segi fizikal dan rohani
umat manusia sepanjang proses ketamadunan. secara fizikal nya kita boleh melihat
kepada bangunan-bangunan yang didirikan dengan penggunaan akal fikir yang tinggi,
kita juga boleh melihat kepada penghasilan teknologi moden masakini dan
perkembangan tamadun Secara material nya. Dilihat mata kasar,boleh diukur dan diuji.
Namun tamadun manusia yang lebih besar adalah tamadun yang dicapai kerana
entiti rohani yang wujud didalamnya, konsep kepercayaan kepada tuhan dan
perlaksanaan agama secara amnya menjadikan manusia itu ke arah pembentukan
masyarakat yang mempunyai nilai hidup yang tinggi, nilai yang di maksudkan disini
adalah budaya masyarakat yang menghormati satu sama lain, masyarakat hidup dalam
sistem toleransi dan adil oleh pemerintah. Wilayah-wilayah bersatu di bawah satu nilai
yakni perpaduan dan membentuk sebuah Empayar yang berkuasa. Umat manusia yang
diperintahkan juga mengamalkan nilai-nilai murni.

Skop perbincangan seterusnya adalah menjurus kepada sebuah tamadun.


Konsep sumbangan tamadun India seperti tajuk besar kursus bukan melihat kepada
kemasukan bangsa India kedalam tamadun Melayu, namun perbincangan akan lebih
menumpukan visualiti yang lebih besar menjangkaui 2500 tahun peradaban dunia
sebagai satu signifikasi ke arah pembangunan tamadun Malaysia, sebelum itu perlu
dilihat entiti Kepercayaan & Nilai dalam tamadun India agar dapat dikupas dan dijadikan
panduan perbincangan khusus.

• Perkembangan Kepercayaan & Nilai dalam tamadun India

Tamadun India merupakan tamadun tertua dan mengalami proses peradaban


yang sangat lama, proses ketamadunan itu sendiri memakan masa yang panjang dari
sudut pembentukan wilayah,jajahan kuasa dan pentadbiran. Permulaan ketamadunan
dengan kedatangan orang-orang Aryan di lembah Indus.

Orang-Orang Aryan telah membawa satu budaya baru dan meningkatkan tahap
baru kepada masyarakat lembah Indus ,pada saat inilah awal mula Zaman Vedik yang
merupakan zaman kepercayaan kepada tuhan dan kehidupan masyarakat berasaskan
cara hidup yang lebih baik.di saat inilah lahirnya agama Hindu sebagai jalan kepada
hidup yang sempurna.

Sistem kerajaan kecil & besar mula diperkenalkan yakni Janapada dan
mahajanapada. Kerajaan-kerajaan kecil disatukan menjadi sebuah kerajaan besar di
bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, lalu terbentuklah satu Empayar sebagai
kuasa Politik besar dan berpengaruh. Umat manusia percaya pada kredibiliti Gupta,
Nilai kesatuan menjadikan India Utara sebuah Empayar yang sangat Kuat pegangan
dan prinsipnya. Empayar juga melangkaui peredaran masa dengan kegemilangan yang
dibawa Asoka.

Tertulis di kitab sejarah peralihan kuasa golongan pemerintah, Dinasti Maurya


kini dibawah pemerintahan Asoka. Asoka mengubah perluasan jajahan kuasa dari
sistem ketenteraan kepada sistem yang lebih lembut dan menekankan kesejahteraan
rakyat dan berdiri di atas prinsip keadilan umat manusia. Asoka memberi penekanan
kepada Agama Buddha sebagai asas dalam sistem perluasan kuasa & pengaruh.

Asoka percaya pada jalan-jalan kebaikan dalam agama Buddha yang dianutinya
mampu mengangkat empayar ke hieraki yang lebih tinggi, rakyat diajar bagaimana
mengamalkan cara hidup berlandaskan ajaran Buddha. Asoka menentang keras sistem
Kasta yang diamalkan mengkastakan golongan-golongan tertentu,ajaran Buddha yang
dianutinya juga adalah berasaskan penentangan golongan kesatria dan golongan
Brahmin. Sistem kasta yang dianggap terlalu rigid untuk sistem sosial masyarakat.

Dari sudut aspek kepercayaan, tamadun india melalui 5 aliran agama Agama,
bermula dari ajaran agama Hindu, Buddha, Jaina, Sikh dan akhir sekali Islam yang
datang 8 atau 7 tahun sebelum Masihi. Dan merupakan ajaran agama yang terakhir
didalam tamadun India.
• Relevansi kepada Pembentukan budaya Negara bertamadun

Sebuah Negara bertamadun adalah Negara yang mencapai tahap pencapaian


fizikal dan sosial masyarakat, dari sudut fizikal nya kita dapat melihat kepada
perkembangan ilmu pengetahuan & pendidikan ,kemajuan dan kecanggihan teknologi,
industri rekacipta dan sebagainya.

Sudah menjadi lumrah pandangan manusia kepada ketamadunan melihat


kepada struktur bangunan yang unik, yang satu-satunya dan tiada persamaan dengan
yang lain. Sebagai contoh Piramid yang dibina tidak menyerupai mana-mana bangunan
megah yang berada pada zaman itu. Atau penciptaan teknologi, teori dan penemuan
yang baru. Dari sudut akalnya manusia mendaki dari satu tangga ke satu tangga.
Proses pendakian itu juga menunjukkan seseorang atau sekumpulan orang itu sedang
membina tamadun.

Namun perkembangan secara fizikal ini tidak cukup untuk menjadikan bahawa
sebuah Negara bertamadun, perlu ada gabungan dari sudut masyarakat dibawah
naungan Negara tersebut. Sistem sosialisasi masyarakat yang mengamalkan budaya
toleransi, kesatuan bangsa walau berlainan bahasa dan warna kulit, bekerjasama
kerana cintakan kepada Negara.

Ajaran Agama sebagai sistem kepercayaan masyarakat sebenarnya membentuk


tamadun yang lebih besar yakni pencapaian dari sudut rohaniah. Dari sudut dalaman diri
manusia itu sendiri. Teori barat menemukan kecerdasan manusia dan membahagikan
kepada 3 bahagian yakni kecerdasan intelektual, kecerdasan emosional dan
kecerdasan spiritual.
Pencapaian teknologi,penemuan teori sains yang baru,pembinaan struktur
bangunan yang unik adalah hasil dari kecerdasan intelektual. Kecerdasan Emotional
melihat kepada hubungan diantara manusia & persekitaran, bagaimana seseorang itu
memimpin organisasi. Bermasyarakat, berpersatuan, menghormati orang yang lebih tua,
menyayangi orang yang lebih muda, mengamalkan sikap tolong menolong, bekerjasama
dan bertolak ansur. Kecerdasan ini juga menjadikan masyarakat menyayangi alam
sekitar, kehidupan flora & fauna. Serta melahirkan kemahunan ingin menjaganya.

Kecerdasan yang terakhir adalah kecerdasan Spiritual, yang diajarkan oleh


agama. Kepercayaan kepada tuhan. Tamadun india melihatkan perkembangan kerana
menerima tamadun lain sebagai modul ketamadunan. ajaran agama pasti menunjukkan
perbezaan yang ketara, Agama Hindu, Buddha, Jaina, Sikh dan Islam menunjukkan
cara hidup, pengamalan, manifestasi ,dan kepercayaan yang jauh berbeza.

Walaupun kesemuanya berbeza namun tiada satu tempoh masa tertentu mereka
mengamalkan komunisme (tidak percaya kepada tuhan). Prinsip kepercayaan kepada
tuhan lah yang meneguhkan nilai-nilai hidup yang murni dikalangan masyarakat. Dan
inilah yang dinamakan kecerdasan spiritual. Secara Amnya kerana kepercayaan kepada
tuhan, masyarakat perlu melakukan sesuatu perkara yang baik termasuk
perbuatannya ,percakapannya, tidak berzina, membunuh,melakukan dosa dan
sebagainya. Natijahnya, masyarakat hidup didalam suasana harmoni dan berhasil
tamadun.

• Mehnah & tribulasi kepada pembangunan tamadun Malaysia

Malaysia sebuah Negara membangun sesuai dengan model-model


pembangunan tamadun yang dicanangkan, kesan Sejarah menjadikan Malaysia sebuah
Negara ynag mempunyai variasi etinisiti, bahasa dan dialek mengikut kawasan
tertentu.kepelbagaian menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang unik.

Telah tertulis di kitab sejarah kemanisan kemerdekaan belum sempat dirasa


nikmat sepenuhnya, jurang perbezaan kawasan, sektor pekerjaan bahasa dan budaya
mencetuskan ketegangan antara kaum dan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Pelbagai usaha kerajaan dari sudut Top Down diperkenalkan, penubuhan
MAGERAN, Jabatan perpaduan, Jabatan Sosial Negara. Dan segala usaha-usaha
murni yang dijalankan agar perpaduan etnik mencapai kata tuntas dan menyerikan
Malaysia sebagai Negara satu bangsa.

Pemerintahan Gupta,Maurya & Asoka dalam tamadun india yang sekian lama
sebagai contoh turut mengundang variasi etnisiti dan menyebabkan wujudkan
kerencaman dan perbezaan budaya, dengan kebijaksanaan pemerintah umat manusia
di bawah empayar mencapai kesatuan sosialisasi dan menjadi satu bangsa yg berjaya
suatu masa dahulu.

Begitu halnya dengan Malaysia, tujuan mencapai bangsa Malaysia adalah


merupakan salah satu wawasan. Satu dasar, penjenamaan sebuah Negara menuju era
ketamadunan dan kecemerlangan Negara. Lantas ketamadunan Malaysia tertulis dalam
kamus sejarah dek kerana bangsanya.

Persoalannya, Apakah Malaysia pada hari ini mencapai kepada tahap bangsa
Malaysia dan mencapai perpaduan antara etnik, Menurut Dr Shamsul Amri Baharuddin
Hubungan Etnik di Malaysia masih berada di tahap Stable intentional. Masih aman tapi
belum menunjukkan kesatuan yang sepenuhnya, masih ada prejudis, streotaip yang
tertanam dalam minda fikir kaum masing-masing.
Karenah birokrasi dari pertukaran pemerintahan, saling bertukar konsep , dasar
memperlihat ketidak sediaan kearah membentuk Negara Malaysia menjadi sebuah
Negara bertamadun. Jabatan Perpaduan Negara yang berpindah randah dari satu
kementerian kepada kementerian yang lain, begitu juga perjuangan dari aspek
pendidikan, sekolah berwawasan masih di takuk lama, cabarannya teori kesatuan indah
dibaca, dasar perpaduan indah dikhabar, perlaksanaan jauh dari sangkaan.

Kemasukan anasir-anasir luar membentuk budaya hedonism yang sangat


meruncing dikalangan remaja, generasi muda yang akan membangun tamadun
Malaysia kini dicemari dengan budaya yang kurang enak, seperti melihatkan teori
keterbalikan tamadun ibnu Khaldun. Nilai-nilai murni turut pudar dalam pengamalan
kerja sehari-hari melihatkan peningkatan kadar Rasuah, Jenayah, Kezaliman dan
penindasan orang yang lemah, Krisis ini masih lagi bernyawa dan semakin hidup di
Malaysia.

Inilah Mehnah & tribulasi di Malaysia, kita dapat lihat dari karenah kepelbagaian
kaum untuk memupuk perpaduan terus kepada karenah perlaksanaan yang tidak
pernah tetap pendiriannya kearah ketamadunan umat dan akhir sekali asset kepada
ketamadunan itu sendiri yang kini rosak dimamah unsur-unsur negatif dalam diri.
Sebagai langkah mengatasi kemaslahatan ini sedikit metodologi akan dinyatakan dalam
perbincangan seterusnya.

• Harapan : Malaysia sebuah Negara Bertamadun

Negara Jepun suatu ketika dahulu terkenal dengan prinsip bushido yang
dipegang, golongan kesatria samurai mempunyai prinsip hidup bunga sakura sebagai
lambang kehidupan. Tun Dr Mahathir dalam ucapan di konvensyen Pelajar Melayu
menyebut “ maju mundur sebuah Negara adalah kerana Budayannya”. Begitu halnya
dengan pembangunan tamadun Malaysia, Nilai!
Nilai-nilai murni yang diamalkan seharian akan membentuk akhlak (Behavior),
Akhlak yang menjadi cerminan kepada ketamadunan rakyat Malaysia, Imam Al-Ghazali
mendefiniskan “akhlak adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa mendahului akal
fikiran,” kerana itu nilai-nilai murni seperti jujur,amanah, berintegiriti, berkasih sayang,
prihatin perlu diamalkan agar membentuk akhlak.

Bayangkan bagaimana umat manusia di Mekkah Kaum Quraisy yang jahil


dengan menanam bayi perempuan hidup-hidup mampu ditamadunkan dan melahirkan
akhlak yang sangat indah, itulah halnya kepercayaan kepada Tuhan, Kini termaktub
didalam perlembagaan Malaysia adanya Agama Islam sebagai agama rasmi sedang
agama lain boleh dilaksanakan dan perlu dihormati. Inilah titik mula kearah
ketamadunan Malaysia,

Malaysia mampu mendaki puncak tertinggi dalam bidang sains & teknologi,
perkembangan sektor ilmu pengetahuan dari pembinaan Universiti dan institusi
pendidikan yang lainnya, mampu melahirkan institusi kemahiran yang menampung
masalah sumber tenaga. Mampu membina menara gagah tinggi sebagai lambang
ketinggian ilmu yang dimilikinya. Namun, Apakah Malaysia mencapai perpaduan dari
sudut Kecerdasan Emosional (EQ), dan mencapai Akhlak dari sudut Kecerdasan
Spiritual (SQ).

Malaysia, penuh pengharapan jika rakyatnya yang berbilang kaum, berbeza


agama dianuti kembali kepada Tuhan, kembali kepada ajaran Agama, tiada Agama
yang mengajarkan tentang keganasan, perpecahan, rasuah dan penindasan.
Kerencaman ini bukan lah perlu digadai Prinsip namun dari perbezaan inilah kita
bertembung dengan Nilai-nilai murni yang diterima rakyat semuanya. Nilai Jujur,
Berwawasan, bekerjasama, berkasih sayang, Prihatin dan sebagainya.
adaptasilah kejadian alam sebagai pedoman kita, arus panas dan sejuk dilautan
apabila bertembung kawasan itulah yang paling subur sebagai makanan ikan di lautan.
Begitulah jua Malaysia, ketamadunan dapat dicapai jika perbezaan diurus dengan bijak
dan jadikan ianya bertembung (interaksi) agar lahir benih-benih subur kearah
masyarakat yang harmoni (EQ), dan berakhlak mulia (SQ).