Anda di halaman 1dari 9

GEMILANG SEJARAH T4 2009

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

SOALAN OBJEKTIF

1
Tarikh Peristiwa
310 M Pecahnya Empangan Maarib
610 M Turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Ms 100
Mengapakah masyarakat Arab dalam tempoh tersebut digelar masyarakat Jahiliah?

A Tiada pemimpin
B Tidak menghormati tetamu
C Tiada aktiviti perdagangan
D Tidak menerima kebenaran

2 Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri masyarakat Arab Jahilliah?


Ms 101
I Membenarkan rompakan
II Menghalang amalan poligami
III Mewariskan harta pada wanita
IV Mengamalkan semangat assabiyah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Jadual berikut merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada zaman Jahilliah.

PERISTIWA JANGKAMASA
Peperangan al-Basus 40 tahun
Mengapakah peperangan tersebut berlarutan selama 40 tahun?
Ms 102
A Merebut kawasan
B Melibatkan banyak puak
C Campur tangan kuasa luar
D Semangat kesukuan melampau

4 Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w menjalankan dakwah Islamiah pada peringkat awal
penyebaran agama Islam di Makkah?
Ms 109

A Secara rahsia
B Secara terbuka
C Secara paksaan
D Secara berkumpulan

5 Mengapakah orang Arab Quraisy enggan tunduk kepada kepimpinan Nabi


Muhammad s.a.w. ?
Ms 111

A Mengancam keselamatan
B Membantut pembangunan
C Mengganggu hubungan luar
D Menggugat pengaruh mereka
GEMILANG SEJARAH T4 2009

SOALAN STRUKTUR

1 Zaman sebelum Islam di Tanah Arab dikenal sebagai Zaman Jahililiah. Zaman ini
juga dikenali sebagai Zaman Kegelapan.
(ms 100)

a Namakan satu golongan masyarakat Arab Jahiliah?

i ………………………………………………………………………………………..
[2 markah]

b Mengapakah Zaman Jahiliah juga dianggap zaman kegelapan?

i. ……………………………………………………………………………………

ii ……………………………………………………………………………………
[2 markah]

c Senaraikan dua bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab


Jahiliah

i. ……………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………
[2 markah]

d Jelaskan tiga corak kehidupan masyarakat Jahiliah dari aspek sosial.

i …………………………………………………………………………...............

ii ……………………………………………………………………………………

iii …………………………………………………………….................................
[ 3 markah]

e Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal dalam kalangan
masyarakat di negara kita?

i ……………………………………………………………………………………

ii ...................................................................................................................
[2 markah]

[ 10 Markah ]
GEMILANG SEJARAH T4 2009
Struktur

2 Penentangan terhadap Islam oleh orang Arab Quraisy

● Nabi Muhammad s.a.w. diganggu semasa beribadat


● Benda-benda kotor diletakkan di tengkuk Nabi Muhammad
s.a.w. semasa baginda bersembahyang

(ms 111-112)

a Bagaimanakah faktor perbezaan kepercayaan antara orang Arab Quraisy


dengan umat Islam membawa kepada penentangan?

i ………………………………………………………………………………………..

ii ……………………………………………………………………………………….
[2 markah]

b Mengapa orang Arab Quraisy menolak konsep persaudaraan dalam Islam?

…………………………………………………………………………………
[1 markah]

c Apakah anggapan orang Arab Quraisy terhadap tugas Nabi Muhammad


s.a.w.?

i. ………………………………………………………………………………....

ii ………………………………………………………………………………...
[2 markah]

d Nyatakan dua penentangan yang digunakan oleh orang Arab Quraisy untuk
menentang ajaran Islam

i …………………………………………………………………………….........

ii ……………………………………………………………………………….....
[2 markah]

e Nyatakan tiga bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad


s.a.w.

i ………………………………………………………………………………....

ii ……………………………………………………………………………….....

iii .................................................................................................................
[3 markah]

[ 10 Markah ]
GEMILANG SEJARAH T4 2009
Soalan Esei

1 Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat
kepada seluruh alam sejagat
(ms 102-106 )

a Jelaskan tentang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi


rasul.
[ 10 Markah]

b Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. diberi gelaran Al-Amin?


[ 4 Markah]

c Ceritakan peristiwa peletakan semula Hajar Aswad.bagi membuktikan


kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w,
[ 6 Markah]

2 Wahyu kedua : Surah al-Muddasir, Ayat 1-7


mengisytiharkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah
dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia

Ayat al-Quran di atas diturunkan kepada Nabi Muhammad saw untuk menyebarkan
Islam tetapi ditentang oleh orang Arab Quraisy .
(ms 111-113)

a Bagaimanakah Nabi Muhammad saw. menyebarkan ajaran Islam pada


peringkat awal di Makkah?
[ 8 Markah]

b Terangkan penerimaan masyarakat Arab terhadap Islam pada peringkat awal di


kota Makkah
[ 6 Markah]

c Nyatakan cara-cara penentangan orang Arab Quraisy terhadap Nabi


Muhammad s.a.w.
[6 Markah]
GEMILANG SEJARAH T4 2009
PERATURAN PEMARKAHAN

OBJEKTIF

1. D 2. B 3. D 4. A 5. D

STRUKTUR

1
a Namakan dua golongan masyarakat Arab Jahiliah?

F1 Masyarakat Badwi 1
F2 Masyarakat Hadari 1
Mana-mana 1 x 1m [1M]

b Mengapakah Zaman Jahiliah juga dianggap zaman kegelapan?

F1 Tidak menyembah Allah 1


F2 Menyembah berhala 1
F3 Mempercayai animisme 1
F4 Kehidupan kucar-kacir 1
F5 Tiada nabi atau rasul 1
F6 Tiada kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk 1
F7 Akhlak yang rendah 1
Mana-mana 2 x 1m [2M]

c Senaraikan dua kepercayaan agama dalam masyarakat Arab


Jahiliah

F1 Agama Wathani /menyembah berhala 1


F2 Animisme/memuja alam seperti pokok 1
F3 Samawi/Kristian dan Yahudi 1
F4 Kepercayaan seperti menilik nasib/sihir/mempercayai roh orang
mati menjadi burung 1
Mana-mana 2 x 1m [2M]

d Jelaskan tiga corak kehidupan masyarakat Jahiliah dari aspek


sosial.

F1 Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti


berjudi,berzina dan minum arak 1
F2 Wanita dipandang rendah 1
F3 Wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka 1
F4 Menanam bayi perempuan hidup-hidup 1
F5 Menganggap anak perempuan akan menjatuhkan maruah 1
keluarga
F6 Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekaligus 1
F7 Mengamalkan sistem kabilah 1
F8 Setiap ahli kabilah taksub kepada kabilah masing-masing 1
F9 Semangat asabiah atau semangat kesukuan yang melampau 1
Mana-mana 3 x 1m [3M]

e Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal


dalam kalangan masyarakat di negara kita?

F1 Boleh membawa kepada peperangan 1


F2 Masyarakat kucar-kacir 1
F3 Keadaan tidak aman 1
GEMILANG SEJARAH T4 2009
F4 Menghalang perpaduan dalam masyarakat 1
F5 Politik tidak stabil 1
F6 Mana-mana jawapan calon yang munasabah 1
Mana-mana 2 x 1m [2M]

Struktur

2 a Bagaimanakah faktor perbezaan kepercayaan antara orang Arab


Quraisy dengan umat Islam membawa kepada penentangan?

F1 Islam percaya kepada Allah 1


F2 Orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun
temurun 1
F3 menyembah patung berhala 1
F4 mempercayai animisme 1
Mana-mana 2 x 1m [2M]

b Mengapa orang Arab Quraisy menolak konsep persaudaraan


dalam Islam?

F1 Bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah 1


F2 Terdapat perbezaan darjat antara golongan atasan dengan
bawahan 1
F3 Bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi
pegangan mereka 1
Mana-mana 1 x 1m [1M]

c Apakah anggapan orang Arab Quraisy terhadap tugas Nabi


Muhammad s.a.w.?

F1 Jika mereka menerima agama Islam, mereka terpaksa tunduk


kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. 1
F2 Menggugat pengaruh 1
F3 Menggugat kedudukan keluarga orang Arab Quraisy di Makkah 1
F4 Menggugat ekonomi 1
Mana-mana 2 x 1m [2M]

d Nyatakan dua penentangan yang digunakan oleh orang


Arab Quraisy untuk menentang ajaran Islam.

F1 Mengejek melalui puisi 1


F2 Melakukan pemulauan 1
F3 Memujuk Nabi Muhammad s.a.w. agar meninggalkan
dakwah Islamiah 1
Mana-mana 2 x 1m [2M]

e Nyatakan tiga bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi


Muhammad s.a.w.

F1 Tidak menjalankan aktiviti jual beli 1


F2 Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan 1
F3 Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w. 1
Mana-mana 3 x 1m [3M]
GEMILANG SEJARAH T4 2009
Esei

1 a. Jelaskan tentang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi


rasul.

F1 Berasal daripada keturunan Qusai bin Kilab 1


F2 Keturunan baginda bijak dalam urusan pentadbiran
Makkah dan selok-belok perniagaan. 1
F3 Nabi Muhammad s.a.w. berketurunan bangsa Quraisy 1
F4 Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah 1
F5 Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib 1
F6 Ibu baginda ialah Aminah binti Abdul Wahab 1
F7 Dilahirkan pada 20 April tahun 570 Masihi bersamaan 12
Rabiul Awal Tahun Gajah 1
F8 Dilahirkan di rumah datuk baginda Abdul Mutalib 1
F9 Dinamakan Muhammad yang bermaksud terpuji 1
F10 Bapa baginda meninggal dunia pada ketika Nabi
Muhammad s.a.w. masih dalam kandungan ibunya 1
F11 Diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara
dan disusui 1
F12 Ketika berusia enam tahun, ibu baginda meninggal dunia 1
F13 Menjadi yatim piatu semasa berumur enam tahun 1
F14 Dpelihara oleh datuk baginda, Abdul Mutalib 1
F15 Selepas Abdul Mutalib meninggal dunia, baginda
dipelihara oleh Abu Talib, bapa saudara baginda 1
F16 Pernah menggembala kambing kepunyaan bapa saudara
baginda, Abu Talib 1
F17 Sejak berusia 12 tahun, baginda mengikut rombongan
perniagaan bapa saudara baginda ke Syam 1
F18 Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh
seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa
singgah di Basrah. 1
[Mak. 10m]
b. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. diberi gelaran Al-
Amin?

F1 Perkataan dan 1
F2 Perbuatan baginda sentiasa dipercayai 1
F3 Baginda tidak pernah berbohong 1
F4 Panggilan telah sebati di kalangan masyarakat Arab
Quraisy 1
F5 Baginda mempunyai sifat amanah 1
F6 Sehingga Siti Khadijah binti Khuwailid menyerahkan
modal yang besar kepada baginda untuk diperniagakan. 1
[Mak. 3 m]

c Ceritakan peristiwa peletakan semula Hajar Aswad bagi


membuktikan kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

F1 Hajar Aswad telah berada di sisi Kaabah sebelum Nabi 1


F2 Muhammad s.a.w. lahir lagi 1
F3 Banjir besar telah melanda Makkah 1
F4 Hajar Aswad terjatuh daripada posisi asalnya 1
F5 Semasa hendak meletakkannya semula, timbul 1
pertelingkahan dalam kalangan kabilah Arab Quraisy
F6 Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai hakim 1
F7 Nabi Muhammad s.a.w. telah meletakkan Hajar Aswad di
atas rentangan kain serban 1
F8 Wakil setiap kabilah diminta memegang setiap bahagian
GEMILANG SEJARAH T4 2009
tepi kain serban itu 1
F9 Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan sendiri Hajar Aswad
ke tempat asalnya 1
F10 Tindakan baginda itu telah menyebabkan semua kabilah
berpuas hati 1
[Mak. 6m]

2a Bagaimanakah Nabi Muhammad saw. menyebarkan ajaran Islam pada peringkat


awal di Makkah?

F1 Secara sulit atau rahsia 1


F2 Di kalangan keluarga baginda sendiri 1
F3 Isteri (Khadijah binti Khuwailid) 1
F4 Sepupu (Ali bin Abu Talib) 1
F5 Anak angkat (Zaid bin Harithah) 1
F6 Di kalangan sahabat /(Abu Bakar al-Siddiq).Uthman bin Affan, 1
F7 Zubair bin Awam dan al-Arqam bin Abu Arqam 1
F8 Selama 3 tahun
F9 Secara berhikmah 1
F10 Secara lemah lembut 1
F11 Menunjukkan teladan positif 1
F12 Rumah al-Arqam bin Abu Arqam menjadi pusat kegiatan Islam
yang pertama 1
[Mak. 8m]

b. Terangkan penerimaan masyarakat Arab terhadap Islam pada


peringkat awal di kota Makkah

F1 Pada mulanya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat


tentang penyebaran Islam 1
H1a kerana melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. sahaja 1
F2 Wujud penentangan tetapi 1
H2a timbul reaksi positif di kalangan masyarakat Arab Quraisy 1
F3 penerimaan Islam secara rahsia 1
H3a oleh ahli keluarga dan 1
H3b Sahabat rapat paling awal 1
H3c Jumlahnya kecil 1
F4 Golongan bawahan atau hamba memeluk Islam 1
H4a kerana layanan sama 1
F5 Orang Islam diseksa 1
H5a Bilal dijerut lehernya oleh tuannya 1
H5b Keluarga Yassir dijemur di padang pasir 1
H5c Amir Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya
sehingga menjadi gila 1
H5d Zunainah diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi
buta 1
[Mak. 6m]
c. Nyatakan cara-cara penentangan orang Arab Quraisy
terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

F1 Nabi Muhammad s.a.w. diganggu semasa beribadat 1


F2 Benda-benda kotor diletakkan di tengkuk baginda semasa
baginda sedang solat 1
F3 Penyair Arab Quraisy mengejek menerusi puisi 1
F4 Menggunakan kekerasan 1
F5 Memujuk Nabi Muhammad saw meninggalkan dakwah 1
F6 Menawarkan kedudukan 1
F7 Menawarkan wanita cantik 1
F8 Memberi harta 1
GEMILANG SEJARAH T4 2009
F9 Memulau keluarga baginda 1
F10 Tidak menjalankan aktiviti menjual beli dengan keluarga Nabi
Muhammad saw 1
F11 Tidak memberi sebarang pertolongan kepada keluarga Nabi
Muhammad saw 1
F12 Mereka tidak berkahwin dengan angota keluarga Nabi
Muhammad saw 1
[Mak. 6m]

Peraturan Pemarkahan Tamat