Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan
serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang
terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar
psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan.
Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains
atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould
(1999), m.s. 3 Modul Pengenalan kepada psikologi sukan pula merumuskan bahawa
psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan
mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas
dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku
kepada atlit, jurulatih, pegawai serta penonton digelanggang atau padang permainan serta
melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari
jauh.

Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita :

 Menyatakan sesuatu tingkah laku

 Menerangkan tingkah laku tersebut

 Membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.

Keadaan seseorang atlit diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah
yang sesuai untuk menangani masalah atlit. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan
bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan
langsung terhadap atlit serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara
tidak langsung di luar gelanggang permainan.
KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi
pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu
terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu
yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan mengenai


kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002)
kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat
stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau
bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan
kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit
sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika
merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap
bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

1. Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku
dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada
waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan
fisiologikal.

2. Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)


Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir
situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini
akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

3. Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)

Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku
akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap
penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).

4. Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)

Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu
yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu
tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan
ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah,
kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN

Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan juga
membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah daripada
busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan penalty dan
seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata
akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah
menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.
Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan
meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas
meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan,
semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang.

Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah
tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas
atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar
kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan
situasi.

Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan
meningkat dalam suatu situasi yang teruja.

1. Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang
boleh mengugat ego atlit tersebut.

2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton
yang mengancam harga diri seseorang.

3. Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana
seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher
yang boleh mencederakannya.

4. Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan
perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh
menimbulkan tekanan dan kebimbangan.

5. Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah
diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa
pertandingan.

MENGUKUR KEBIMBANGAN
Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang
paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara
ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam
inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan
responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan
gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat
tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah
dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu.
Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan,
tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan
yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap
kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas
pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda
kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot
merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk
mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran
menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam
dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan
memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan
fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis
dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur
kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk
mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek
psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan
maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan
kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu,
kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi.
Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman
(1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal


selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang
terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh
Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika
(cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).

Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu pertandingan itu
bermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu
kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita
memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum
serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan


berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan
somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan
bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga
hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan
berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan
sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi

Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika kompetitif


dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan
seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi
sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera,
1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan prestasi pula dalam
bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).

Berdasarkan Rajah 1, semakin meningkat kebimbangan kognitif seketika maka semakin


menurun prestasi atlit terbabit. Sebaliknya ggi
semakin meningkat tahap kebimbangan Tin

somatik seketika, semakin meningkat


prestasi individu sehingga ke satu tahap si
sta
yang optimum. Peningkatan tahap Pre

kebimbangan seketika melebihi tahap


optimum ini akan menyebabkan penurunan
ah
prestasi atlit terbabit (Cox, 1998). nd
Re
Penggunaan CSAI-2 membantu kita
Rendah Kebimbangan Tinggi
memahami perkaitan di antara multi-
Rajah 1 Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan
dimensi kebimbangan dan prestasi. Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi
Kesannya, kita memahami bahawa
kebimbangan seketika kognitif sebenarnya mendatangkan kesan yang negatif terhadap
prestasi seseorang atlit.
TEORI KEBIMBANGAN

Ciri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan sebegitu
rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya, serta untuk mengelakkan
salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan kebimbangan.
Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan kebimbangan, kedua-
duanya perlu dilihat dalam konteks yang sama kerana kebangkitan sering dilihat sebagai
hampir sama dengan kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan
diutamakan teori-teori yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan
kebimbangan dengan prestasi atlit.

1. Teori Dorongan

Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956). Asalnya,
teori ini melihatperkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan
pembelajaran. la didasarkan kepada formula berikut:

Prestasi = Kebangkitan x Tahap Kemahiran

Teori Dorongan merupakan teori yang menjelaskan tentang persaingan di antara respons
yang terdapat dalam sesuatu proses pembelajaran. Dorongan atau keinginan yang kuat yang
dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan. Dalam konteks ini,
perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan (kebangkitan) dilihat dalam bentuk linear.
Teori Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

(a) Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan respons yang dominan.

(b) Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan
respons yang paling dominan.

(c) Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang
dominan lazimnya kurang tepat atau salah.

(d) Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan
lazimnya tepat atau betul.

Untuk memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan dalam
kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu atlit yang
berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlit atau pemain muda (kurang
berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang barn atau muda perlu
mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap kebimbangan agar atlit mereka dapat
beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan peluang
kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

Bagi atlit yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan diperlukan untuk
membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti mereka. Kekurangan tahap
kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka mengambil mudah tugasan yang perlu
dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka menjadi kurang baik.

Perkara yang sama juga boleh dikaitkan dengan proses melakukan kemahiran yang mudah
dan kompleks. Contohnya, kemahiran mudah seperti mengangkat berat atau melakukan tekan
tubi memerlukan tahap kebangkitan yang tinggi untuk memastikan atlit melaksanakannya
dengan berkesan. Sebaliknya, kemahiran yang kompleks serta yang memerlukan ketepatan
seperti menembak, memanah atau ketika melakukan putting dalam permainan golf, atlit
memerlukan tahap kebangkitan yang rendah untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal
ketika ia mula diperkenalkan, tetapi beransur
menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai
pengkaji. Andaian teori ini yang menjelaskan i
stas
bahawa prestasi dan kebimbangan berinteraksi Pre

dalam satu garisan yang lurus telah ditolak serta


dipertikaikan kesahihannya. Ramai pengkaji
berpendapat prestasi manusia akan meningkat sejajar
Kebimbangan/Kebangkitan
dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke
satu tahap. Apabila melebihi tahap ini, peningkatan Rajah 2: Teori Dorongan

kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan akan menyebabkan prestasi atlit berkenaan jatuh
sama seperti gagasan Teori U-Terbalik. Ini telah mencetuskan beberapa pendekatan atau teori
barn yang cuba melihat perkaitan di antara prestasi dan tahap kebimbangan (kebangkitan).

2. Teori U-Terbalik

Teori ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara


kebangkitan dan prestasi boleh dilihat dalam bentuk
kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia sering dianggap
sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang
penyelidik seperti Duffy (1957) dan Malmo (1959) tasi
Pres
menganggap ia sebagai satu fakta yang menjelaskan
tentang perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.

Kebimbangan/Kebangkitan
Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908)
yang menggunakan tikus untuk melihat perkaitan di Rajah 3: Teori U-Terbalik

antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta kesannya ke atas prestasi. Dalam
kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan percubaan yang diperlukan oleh tikus berkenaan
untuk memilih petak yang lebih cerah dari dua petak yang disediakan. Elemen kebangkitan
terdiri dari kejutan elektrik pada tahap intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi
manakala tahap kesukaran diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh
dimanipulasikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk membezakan
petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan semakin rendah
(hampir sama). Dapatan ini menghasilkan Hukum Yerkes dan Dodson yang menjelaskan
bahawa perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah tekanan yang tinggi,
manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah tekanan yang rendah
(Cox, 1998).

Berdasarkan Hukum Yerkes dan Dodson tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk
mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan otot
besar (gross motor skill) atau menggunakan tenaga yang tinggi, contohnya acara angkat
berat. Bagi sukan yang memerlukan ketepatan atau kemahiran halus seperti menembak,
memanah atau putting bola golf, tahap kebangkitan yang rendah diperlukan untuk
mendapatkan hasil yang terbaik.

Setiap acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang tersendiri untuk
menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada prinsip
U-Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap yang terlalu
rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik hanya boleh dicapai apabila kebangkitan
berada pada tahap sederhana atau optimum.

Satu lagi elemen yang perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk memahami perkaitan
antara kebangkitan dan prestasi adalah tahap kemahiran atau skala individu. Sebagai contoh,
seorang novis (individu yang barn menceburi serta mempelajari satu sukan baru) sedang
mempelajari satu kemahiran atau pergerakan barn sukan pilihannya. Menurut Hukum Yerkes
dan Dodson, tidak kira sama ada kemahiran yang dipelajarinya itu merupakan kemahiran
yang mudah seperti memukul bola golf atau yang sukar seperti kemahiran menggelecek
dalam hoki tahap kebangkitan yang optimum bagi individu novis sepatutnya lebih rendah
dari pemain yang sudah mahir atau pakar dalam sukan berkenaan untuk mendapatkan hasil
yang terbaik. Konsep inilah yang menjelaskan bagaimana pemain yang berpengalaman atau
pakar dalam sesuatu acara beraksi dengan baik dalam situasi yang kompetitif jika
dibandingkan dengan pemain novis (Oxendine, 1970).

Banyak kajian yang dilakukan untuk menilai perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi
menyokong Teori U-Terbalik ini. Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo (1982) dalam
kajian mereka terhadap pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain bola keranjang
meningkat apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum, sederhana dan
merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat terlalu tinggi.
Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga mendapati bahawa
prestasi terbaik dalam acara menembak pistol dan renang berkait rapat dengan kebimbangan
somatik. Ini selari dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti yang dijelaskan di atas.

Dari sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda (1985) mendapati peningkatan tahap
kebangkitan menyebabkan pergerakan kanak-kanak merosot atau menjadi tidak licin jika
dibandingkan ketika tahap kebangkitan mereka pada tahap yang optimum atau sederhana.
Kajian dalam bidang yang lain seperti menilai pendengaran (Stennet, 1957), masa reaksi
(Lansing, Schwartz dan Lindsley, 1956) dan kestabilan tangan (Martens dan Landers, 1970)
turut menyokong gagasan Teori U-Terbalik ini.

Gagasan Teori U-Terbalik juga berkait rapat dengan Teori Penggunaan Kin Easterbrook
seperti yang dijelaskan dalam Bab 3. Menurut Teori Penggunaan Kin Easterbrook,
kemampuan menilai kin yang terdapat di persekitaran berkait rapat dengan tahap kebangkitan
individu. Masalah gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan prestasi akan dapat
diatasi sekiranya tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum. Bagaimanapun
sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah, kesemua kin yang terdapat di
persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan akan diproses oleh individu
terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga akan merosot sekiranya tahap
kebangkitan semakin meningkat. Ini akan menyebabkan kemampuan menilai kin secara
objektif dan teratur tidak berlaku dan kesannya prestasi merosot secara mendadak. Justeru
itu, tahap kebangkitan perlu diawasi bagi mendapatkan prestasi yang optimum.

3. Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)

Teori ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-


Terbalik. Bagaimanapun, perbezaan yang ketara
bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik yang
menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang sederhana
berkait rapat dengan prestasi terbaik atlit. Teori Zon tasi
Pres
Berfungsi yang Optimum (ZBO) diperkenalkan oleh
psikologis sukan Rusia, Yuri Hanin mengandaikan
bahawa tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi
bagi seseorang atlit adalah berbeza dengan atlit yang
Kebimbangan/Kebangkitan
lain. Menurut Hanin (1989), tahap optimum
kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlit ada yang Rajah 4: Teori Zon Berfungsi

bermula pada tahap yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.

Hanin (1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit mempunyai ZBOnya yang tersendiri.
ZBO atlit yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik manakala prestasi yang
buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan berasaskan situasi berada di bawah atau
melepasi tahap ZBO. Justeru itu, perbezaan utama di antara ZBO dan Teori U-Terbalik
adalah titik optimum yang menghasilkan prestasi terbaik atlit. Menurut Hanin (1989), titik
berkenaan mungkin berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin juga tidak. la wujud
dalam satu zon dan bukannya satu titik yang pasti seperti yang diutarakan oleh Teori U-
Terbalik. Beberapa kajian terkini menyokong gagasan ZBO (Hanin, 1989; Hanin dan Syrja,
1995).

3. Teori Pembalikan

Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara prestasi dan
kebimbangan, interpretasi individu atau atlit yang terbabit perlu diambil kira untuk mendapat
gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh
dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung kepada situasi yang
dihadapi. Dalam keadaan "mengelakkan kebimbangan" atlit biasanya ingin berada pada tahap
kebangkitan yang rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara dalam keadaan "mencari
tahap kebangkitan" atlit lazimnya mencari keseronokan atau sesuatu yang merangsangkan.
Dengan kata lain, atlit boleh membalikkan interpretasi mereka terhadap kebangkitan
(menjelaskan nama teori ini). Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh ditafsirkan
sebagai positif pada satu ketika dan negatif pada ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku
apabila tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh
atlit dan tahap kebangkitan yang sebenarnya.

Model Bencana Fazey dan Hardy

Gagasan yang diutarakan oleh Fazey dan Hardy (1988) mencabar gagasan Teori U-Terbalik
yang mengandaikan bahawa:

(i) Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit akan meningkatkan atau menurunkan
sedikit prestasi atlit.

(ii) Tahap kebangkitan yang sederhana menghasilkan prestasi yang optimum (Cox,
1998).
Teori atau Model Bencana
mengandaikan bahawa
peningkatan tahap kebangkitan
yang sedikit sebenarnya
memberikan kesan yang cukup
besar kepada atlit yang sedang
beraksi. Tekanan pertandingan
serta peningkatan tahap
Rajah 5: Model Bencana Fazey dan Hazey
kebangkitan yang kecil akan
menyebabkan penurunan prestasi yang mendadak. Penurunan yang mendadak ini boleh
disamakan sebagai "bencana" kepada atlit tersebut. Selepas mengalami penurunan prestasi
secara mendadak sebarang perubahan kecil dari segi kebangkitan tidak mampu
mengembalikan semula atlit ke tahap prabencana atau tahap sebelum penurunan prestasi
yang mendadak berlaku (Fazey dan Hardy; 1988).

Keistimewaan Model Bencana ini kerana sifatnya yang tiga dimensi (lihat Rajah 4.3).
Kebangkitan fisiologikal diwakili oleh garis x, kebimbangan kognitif oleh garis y dan
prestasi oleh garis z. Bagi setiap titik pertemuan (koordinat) garisan x dan y terdapat titik
yang mewakili prestasi di atas bertentangan dengan koordinat tersebut. Berdasarkan model
ini, kebangkitan dianggap sebagai faktor normal manakala kebimbangan kognitif dianggap
sebagai faktor pemisah (Hardy, 1996).

Kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah kerana baik atau buruk, lancar atau
tidaknya prestasi seseorang atlit bergantung kepada kebimbangan kognitif. Jika kebangkitan
(kebimbangan) kognitif atlit adalah rendah, hubungan di antara kebangkitan dan prestasi
sama seperti model U-Terbalik. Bagaimanapun jika kebangkitan fisiologi meningkat biarpun
pada kadar yang sedikit akan mengakibatkan peningkatan kebimbangan kognitif.
Peningkatan ini mengakibatkan prestasi atlit jatuh dengan teruk secara mendadak (bencana).
Perhatikan bahawa kebimbangan kognitif sebenarnya menentukan penurunan mendadak
prestasi atlit. Tambahan pula, penurunan tahap kebangkitan fisiologi walaupun sedikit tidak
berupaya untuk meningkatkan kembali tahap prestasi seperti sebelum penurunan.

Jika tahap kebimbangan kognitif masih tinggi (tidak berubah), penurunan tahap kebangkitan
fisiologi yang tinggi diperlukan untuk mengembalikan prestasi kepada tahap di atas lipatan
penurunan prestasi (x1). Perbezaan titik (x1) dan (x2) sebenarnya dilentukan oleh kebimbangan
kognitif. Perubahan pada garis kebangkitan fisiologi yang terputus (lihat rajah) dikenali
sebagai titik histeresis (Cox, 1998).

Satu lagi gagasan tambahan dalam model ini adalah apabila tahap kebangkitan fisiologi
rendah, peningkatan kebimbangan kognitif akan menyebabkan peningkatan prestasi
(ketinggian z adalah ketara di bahagian hadapan model jika dibandingkan di bahagian
belakang). Sebaliknya jika kebangkitan fisiologi meningkat, penurunan kebimbangan
kognitif akan meningkatkan prestasi atlit (ketinggian z adalah ketara di bahagian belakang
jika dibandingkan di bahagian hadapan model). Gagasan ini telah disokong oleh beberapa
kajian yang telah dilakukan oleh Edward dan Hardy (1996), Hardy dan Parfitt (1991) dan
Hardy Parfitt dan Pates (1994).
2. Berikan panduan seperti yang telah dicadangkan oleh Weinberg dan Gould (1999) untuk
mengawal dan mengurangkan rasa kebimbangan kepada jurulatih untuk merancang program
latihan.

1. Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan senyuman
kita akan melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan kebimbangan.
Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati alam
pertandingan.

2. Para atlit merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara
berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi
tekanan. Berseronok semasa bertanding akan membantu para atlit muda
mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk
mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan
memikirkan mengenai hasil.

3. Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlit semasa menghadapi
situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya,
dalam latihan bola keranjang seorang jurulatih boleh menjemput beberapa
kenalan untuk melakukan oleh pemain, mereka bolehlah diejek dan menjerit.
Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat menyediakan diri untuk belajar
menghadapi tekanan.

4. Kebanyakan atlit mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang


dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk
mengatasi masalah ini, seorang atlit bolehlah berlatih dengan mengurangkan
pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan.

5. Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan


menambahkan kebimbangan. Dalam permainan, perasaan sedih akan
menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan
dan bagaimana boleh menguranghkan kebimbangan semasa bertanding.
6. Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa
kebimbangan. Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa
menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan.
Jadi, atlit atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau
strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebiih mudah.

7. Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat
pendengarnnya di telinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar
muzik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.

8. Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya,


memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti
kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberi kesan kepada
pergerakan. Contoh lain seperti “Saya boleh lakukan.”

Anda mungkin juga menyukai