Anda di halaman 1dari 8

ARAHAN: Jawab semua soalan di bawah.

1. Yang manakah di antara berikut merupakan komponen kecergasan yang berasaskan


kesihatan?
A Kelajuan dan kuasa
B Kekuatan otot dan kelajuan
C Daya tahan otot dan kelenturan
D Daya tahan kardiovaskular dan kuasa

2. Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular;


A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.
B Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.
C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligemen membenarkan anggota badan bergerak
pada julat pergerakan yang maksimum
D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau
mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.

3. Mana satukah aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan kardiovaskular?
A Tekan tubi
B Dekam lunjur
C Aktiviti senamrobik.
D Aktiviti bangkit tubi

4. Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan otot;


A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.
B Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali dalam jangka masa yang lama.
C Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada
julat pergerakan yang maksimum.
D Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban
dengan menggunakan daya yang maksimum

5. Mana satukan aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan otot?
A Skipping
B Aktiviti senamrobik
C Aktiviti bangkit tubi
D Berlari dan berjalan pantas

6. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki?
A Aktiviti naik turun bangku.
B Aktiviti lari pecut 30 meter
C Melakukan lompat jauh berdiri
D Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.

7. Apakah faedah latihan kekuatan otot ialah


A menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
B meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah.
C mendedahkan kepada penyakit diebetes dan tekanan darah tinggi
D meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah
8. Yang manakah di antara berikut perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti latihan bagi
mengelakkan kecederaan?
A Menggunakan kawasan berpokok untuk lakukan aktiviti
B Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan
C Membuat aktiviti latihan tanpa melakukan panaskan badan
D Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui

Soalan 9 berdasarkan rajah berikut.

9. Berdasarkan rajah di atas, apakah kumpulan otot X yang terlibat semasa melakukan aktiviti
kecergasan fizikal
A paha
B bahu
C abdomen
D pangkal lengan

10. Apakah maksud yang sesuai bagi konsep kelenturan?


A. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.
B. Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.
C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada
julat yang maksimum
D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban
dengan menggunakan daya yang maksimum.

11. Apakah maksud yang sesuai bagi konsep kuasa?


A. Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa yang singkat
B. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan. bergerak pada
julat yang maksimum
C. Kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dalam masa yang singkat dengan
menggunakan daya yang maksimum
D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban
dengan menggunakan daya yang maksimum

12. Antara berikut, aktiviti manakah dapat membina kuasa?


A. Aktiviti senamrobik.
B. Berlari dan berjalan pantas
C. Lontar bola segar sambil duduk.
D. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang

13. Apakah maksud yang sesuai bagi konsep kelajuan?


A. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
B. Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa yang singkat
C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligemen membenarkan anggota badan bergerak
pada julat yang maksimum
D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat
beban dengan menggunakan daya yang maksimum

14. Apakah faedah memiliki kelajuan yang baik ialah


A. Meningkatkan kuasa di bahagian kaki
B. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
C. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
D. Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah

15. Nyatakan tiga jenis tendangan yang asas dalam permainan bola sepak
I. Tendangan voli
II. Tendangan leret
III. Tendangan silang
IV. Tendangan lambung

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II,III dan IV

16. Bentuk bola sepak yang selalu digunakan adalah berbentuk


A Bulat
B Spera
C Lonjong
D Hiperbulat

17. Bilakah Persatuan Bola Jaring di Malaysia ditubuhkan


A 1979
B 1978
C 1980
D 1987

18. Dalam satu perlawanan bola jaring pemain yang bermain diposisi mana yang boleh
menjaringkan gol
A C
B GS
C GK
D GD
19. Nyatakan dua jenis grip yang biasa digunakan dalam permainan ping pong
I. Grip jabat tangan
II. Grip pegang pen
III. Grip pegang jari
IV. Grip pegang tangan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

20. Kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan ping pong ialah
I. Smesy
II. Pukulan
III. Mengganga
IV. Melakukan servis

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

21. Apakah kelebihan pengurusan peralatan sukan yang cekap kepada sesebuah sekolah?
A Disiplin pelajar meningkat
B Alatan sukan boleh digunakan sesuka hati
C Persekitaran sekolah sentiasa bersih dan cantik
D Alatan sukan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan

22. Apakah kebaikan alatan sukan disusun dengan baik dan teratur?
A Stor sukan kelihatan cantik
B Alatan sukan tahan lebih lama
C Memastikan peralatan tidak digunakan
D Memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan

23. Antara berikut yang manakah merupakan kesan daripada amalan rasuah?
I. aktiviti perjudian haram akan berleluasa
II. mencemarkan nama baik atlet yang terlibat
III. atlet yang terlibat menjadi kebanggaan negara
IV. mencemarkan nama baik pasukan dan negara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
24. Kamal seorang pelajar tingkatan 3 Setia dan berumur 16 tahun. Dia mewakili pasukan bola
baling sekolahnya bawah kategori 15 tahun lelaki. Apakah amalan yang tidak jujur untuk
situasi di atas?
A Rasuah
B Menipu had umur
C Tidak mengamalkan semangat kesukanan
D Memasukkan pemain yang tidak layak bertanding

25. Apakah maksud malnutrisi ?


A Penyakit yang mudah berjangkit
B Keadaan tubuh badan yang tidak sihat
C Keadaan yang berpunca daripada kekurangan zat makanan
D Penyakit yang berpunca daripada pemahaman yang tidak sihat

26. Penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh malnutrisi


I. Skurvi
II. Denggi
III. Diabetes
IV. Kwashiorkor

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

27. Jelaskan amalan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah malnutrisi ?
A Melakukan senaman harian
B Membuat pemeriksaan doktor
C Makan makanan yang berkalori rendah
D Mengamalkan pemakanan yang seimbang

28. Sebuah keluarga yang normal terbentuk hasil daripada perkahwinan antara
A Lelaki dan lelaki
B Lelaki dan wanita
C Abang dan adik lelaki
D Kakak dan adik perempuan

29. Perkahwinan boleh didefinisikan sebagai


A Berkahwin supaya dapat zuriat
B Pembentukan sesebuah keluarga
C Rasa tanggungjawab terhadap keluarga
D Penyatuan atau ikatan secara sah antara seorang lelaki dengan seorang wanita sebagai
pasangan suami isteri
Soalan 30 hingga 32 adalah berdasarkan gambar rajah piramid makanan di bawah

30. Pada aras manakah dalam piramid makanan kumpulan makanan yang membekalkan tenaga?
A Aras 1
B Aras 2
C Aras 3
D Aras 4

31. Fungsi kumpulan makanan dalam aras 2 ialah


A membekalkan tenaga
B menguatkan tulang dan gigi
C menguatkan sistem pertahanan badan
D membina tisu dan membaiki tisu yang rosak.

32. Kumpulan makanan manakah yang perlu diambil dalam kuantiti yang paling banyak bagi
diet harian kita.
A Kumpulan susu dan hasil tenusu.
B Kumpulan sayuran dan buah-buahan
C Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi.
D Kumpulan daging, ayam, telur, ikan dan kekacang

33. Berikut ialah padanan kumpulan makanan dan fungsi makanan. Manakah padanan yang
betul?
Kumpulan makanan Fungsi
A Bijirin, hasil bijirin dan ubi kentang Meningkatkan sistem pertahanan badan
B Sayur-sayuran dan buah-buahan Membina tulang dan gigi yang kuat
C Daging, ayam, telur dan ikan Membina otot dan tubuh yang sihat
D Susu dan hasil tenusu Membekalkan tenaga yang diperlukan
oleh tubuh

34. Stres ialah respon yang dihasilkan oleh tubuh apabila seseorang itu berhadapan dengan
A masalah
B konflik
C tekanan
D kesakitan
35. Antara amalan gaya hidup sihat ialah
I. melakukan riadah atau hobi
II. mengambil makanan seimbang
III. menyertai kegiatan keagamaan
IV. mengasingkan diri dari masyarakat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

36. Apakah penyakit yang tidak disebabkan oleh amalan merokok?


A Jantung
B Darah tinggi
C Barah paru-paru
D Penyakit saluran pernafasan.

37. Apakah kesan penyalahgunaan dadah kepada negara?


I. Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial
II. Negara akan dipulau oleh negara-negara lain
III. Kehilangan tenaga kerja daripada golongan muda
IV. Menanggung kos yang tinggi untuk penyelenggaraan penagih

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38. Bagaimana cara untuk kenal pasti mangsa boleh bernafas dengan baik.
I. ada rasa haba semasa hembusan
II. mendengar bunyi hembusan nafas
III. membuka mulut dan bernafas tercungap-cungap
IV. ada pergerakan turun naik dada semasa bernafas

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, IIIdan IV
D II, III, dan IV

Soalan 39 berdasarkan pernyataan berikut.

 sebelah tangan di atas dahi mangsa


 sebelah tangan lagi sokong dagu mangsa
 dongakkan kepala mangsa dan bukakan mulutnya

39. Langkah di atas digunakan untuk


A memberikan keselesaan mangsa bernafas
B membuka saluran pernafasan mangsa
C mengeluarkan objek yang menghalang pernafasan
D menghalang mangsa bernafas dengan tercungap-cungap

40. Mangsa perlu diletakkan dalam kedudukan _______untuk membuka ruang pernafasannya.
A menelentang, kepala didongakkan
B meniarap, kepala disendengkan
C mengiring, kepala didongakkan
D menyandar, kepala didongakkan

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai