Anda di halaman 1dari 1

Pemanasan global

Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah
mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan
geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000
tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini
sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun
1000 sehingga hujung kurun ke-19.

Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu


berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di
zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun
saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula
menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata
boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21.
Fenomena ini kita panggil pemanasan global.

Kesan rumah hijau

Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor


seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi,
kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah
disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila
sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi
tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh
atmosfera kita.

Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu
objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu
permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak
dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi,
disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita
mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas
tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga
lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah.
Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas.
Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas.
Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti
yang terjadi keatas planet Zuhrah.

Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang
mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas
alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau
telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang
menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh
disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita
jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus
sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang
memburukkan kesan rumah hijau.

Anda mungkin juga menyukai