Anda di halaman 1dari 2

IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH


BAHASA MELAYU
TUGASAN KERJA PROJEK

Tajuk Program : PISMP Nama Guru :

Tajuk Kursus : BMM 3104 Pengajaran


Kemahiran BahasA Melayu Kumpulan : PPRBM4
(Teaching Language Skills in Malay Language)

Tarikh mula : 16 Ogos 2010 Tarikh Hantar : 20 Sept 2010

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran
kemahiran-kemahiran bahasa.
2. Menyediakan rancangan pengajaran untuk mengajarkan kemahiran-kemahiran bahasa;
3. Membina dan menggunakan bahan bantu mengajar kemahiran-kemahiran bahasa;
4. Membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran bahasa.

Objektif
1. Pelajar dapat mengenal pasti strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran
bahasa Bahasa Melayu
2. Pelajar dapat mengimplimentasikan kemahiran-kemahiran bahasa untuk
digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
3. Pelajar dapat merancang dan membina satu Rancangan Pengajaran Harian yang
merangkumi aktiviti kemahiran bahasa yang digabungjalinkan.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Sukatan Pembelajaran 1 , 2 , 3 dan 4


Tajuk Projek
Sebagai seorang guru anda perlu menguasai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik
pengajaran bahasa Melayu. Sehubungan itu, anda dikehendaki menghasilkan satu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap bagi mata pelajaran bahasa Melayu
Tahap 1. Aktiviti-aktiviti yang merangkumi kemahiran berbahasa serta strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran hendaklah diimplementasikan dalam rancangan pengajaran
tersebut.

Arahan Tugasan
1. Kenal pasti konsep strategi , kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu
2. Rancangkan aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
3. Membina bahan bantú mengajar bahasa Melayu Tahap Satu.

Panduan Pelaksanaan Kerja Projek


1. Tugasan ini adalah tugasan individu
2. Anda boleh memaparkan data kajian pemerhatian dalam sebarang bentuk visual
pilihan anda ( jadual , graf , grafik )
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
I. Font Arial
II. Saiz huruf ialah 12
III. Langkau satu setengah baris
IV. Rujukan mengikut format APA
V. Lampiran
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan
5. Panjang tugasan tidak kurang daripada 20 muka surat ( termasuk persembahan
visual )
6. Tugasan ini membawa markah 100%.

Anda mungkin juga menyukai