Anda di halaman 1dari 4

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


(Dilencongkan dari Ibnu Sina)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibni Sina
Gelaran: Bapa Sejarah Sains
Lahir: sekitar 980 M atau 370 H
Wafat: 1037 M atau 428 H
Mazhab: Ismaili
Etnik: Tajik
Rantau: Parsi
Perubatan, Astronomi, Etika, Logik, Matematik, Metafizik,
Bidang:
Falsafah, Fizik, Sains,teologi
Karya: Alqanun fi altibb, Kitab al-Shifa, Al Najat
Omar Khayyám, Ibnu Rushd, Thomas Aquinas, Albertus
Pengaruh:
Magnus
Diilhami: Aristotle, Al-Farabi

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat
merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

[sunting] Sejarah dan latar belakang


Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat
awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut
mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih
menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu
tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas
al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang
perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru
Pertama).

[sunting] Sumbangan
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah
diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan
judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak
ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan
asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih
diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang
mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan
menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu
Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang
dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan
agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang
serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak
(zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan
yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu
Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil
sastera kreatif.

Ibnu Sina

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli
falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang
membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran
falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan
perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya
Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir
(phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini,
kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut.
Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini
diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu
didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk
mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori
kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api
dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta
sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa
wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain
keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat
dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai
kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik
boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh
ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi
Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.
Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina
sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu
Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu.
Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu
Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada
permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia
berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi
Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan
dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah
Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu
percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul
Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk
membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan
dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi
mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di
syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan
falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang
bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina
tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi
gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Anda mungkin juga menyukai