Anda di halaman 1dari 2

http://www.scribd.

com/doc/2288694/pengurusan-strategik

http://www.scribd.com/doc/2288694/pengurusan-strategik#fullscreen:off

Pengurusan dapat dedifinisikan sebagai satu proses perancangan, penyusunan, pengarah dan
pengawalan dalam sesebuah organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan.
Istilah pengurusan telah merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagi meninggikan
dan mengarahkan kerja-kerja dan tugasan yang telah ditentukan ( ahmad atory 1996).oleh
yang demikian, setiap insane merupakan pengurus sama ada secara langsung atau tidak
langsung dan akan terlibat dengan pengurusan walaupun ia hanya menguruskan mengenai hal
peribadinya sahaja.

Pengurusan juga boleh diertikan sebagai cara dan teknik2 yang digunapakai dalam
mengendalikan sesebuah organisasi agar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan.
Ianya merupakan gabungan beberapa bahagian organisasi kerja yang mana setiap bahagian
akan memainkan peranan yang sangat penting dalam organisasi.

Dari sudut perancangan, strategic member makna sebagai seorang pengurus menggunakan
beberapa strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik
yang sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa perkara penting dalam sesebuah
organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program strategi, dan
kaedah yang digunakan bagi mencapai maklumat tersebut. Strategi yang berkesan dan sesuai
bagi sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
Sekiranya percaturan strategi yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati kesesuainnya
maka ia akan menyebabkan kerugian, pembaziran , kemunduran sesebuah organisasi juga
membantu seseorang pengurus untuk membuat penilaian serta keputusan yang berkaitan
dengan halatuju sesebuah organisasi.

Perancangan strategik pula merupakan satu proses perancangan jangkamasa panjang yang
mana organisasi akan menentukan misi dan objektif dengan sumber2 yang dimiliki untuk
mencapai misi yang ditetapkan(Muhammad ali embi 2003). Ia juga dilihat sebagai suatu
penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah organisasi
dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang
boleh member risiko kepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensi
baru kepada seseornag pengurus untuk membuat analisis kritikal tentang kekuatan sesebuah
organisasi dan peluang-peluang yang wujud dalam membuat keputusan.
Pengurusan strategic wujud hasil daripada cetusan perancangan strategic yang dijalankan dan
ianya mempunyai dua komponen utama. Kompomen yang pertama ialah pengurusan isu
strategic itu sendiri yang mana ua merupakan lanjutan daripada Perancangan Strategik.
Komponen yang kedua ialah melengkapkan seseorang eksekutif dengan sifat yang sentiasa
berwaspada dan bersedi dalam menghadapi apa2 kejadian luar jangka dalam sesebuah
organisasi. Komponen ini turut dikenali dengan Pengurusan Tak Disangka. Dengan adanya
kedua-dua komponen ini maka seseorang pengurus akan dapat menangani segala
permasalahan yang timbul dan mampu mengurus sesebuah organisasi dengan lebih berdaya
saing dan maju.

KEPENTINGAN PERANCANGAN STRATEGIK

Anda mungkin juga menyukai