Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2

Pelajar dikehendaki menulis contoh objektif 6 aras Taksonomi Bloom

Contoh objektif 6 aras Taksonomi Bloom berdasarkan:

I. Pengetahuan- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Menyenaraikan prinsip rekaan dalam seni.

II. Kefahaman- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Merumuskan apa yang diajar oleh guru.

III. Aplikasi- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Menyediakan bahan-bahan asas dalam menghasilkan sesebuah catan.

IV. Analisis- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Menghubungkait secara teori dan praktikal.

V. Sintesis- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Mereka cipta sesuatu produk/karya.

VI. Penilaian- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Mengkritik karya-karya yang dihasilkan.


Pilih salah satu tajuk/sub tajuk dalam sukatan PSV. Tuliskan 5 objektif P&P bagi setiap

domain. Nyatakan ulasan anda tentang kepentingan setiap objektif yang dipilih.

1. Domain kognitif

2. Domain afektif

3. Domain psikomotor

Reka Bentuk Industri ( Penghasilan Produk )

1. Kognitif

Objektif:

a) Pengetahuan

 Pelajar dapat menyatakan kepentingan bidang reka bentuk industri.

Ulasan: Setelah mendapat pendedahan oleh guru, pelajar mendapati bidang reka

bentuk industri adalah amat penting dalam memajukan ekonomi negara.

Pelajar dapat menyatakan kepentingan bidang tersebut kepada guru . Di sini

berlakunya penerapan nilai murni ke dalam diri pelajar iaitu sifat berani.

b) Kefahaman

 Pelajar boleh menerangkan penggunaan alatan dan bahan dalam

penghasilan sesuatu produk reka bentuk industri.

Ulasan: Setelah pelajar boleh menerangkan penggunaan alatan dan bahan dalam

penghasilan sesuatu produk reka bentuk industri, secara automatik sudah tentu

para pelajar telah memahami cara penggunaannya.


c) Aplikasi

 Pelajar dapat menggunakan alat dan bahan dengan betul dalam

penghasilan produk.

Ulasan: Produk yang dihasilkan akan kelihatan menarik jika pelajar dapat

mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan dengan sebaik mungkin . Maka

produk yang dihasilkan menjadi lebih menarik melalui penggunaan alat dan

bahan denggan sempurna.

d) Analisis

 Pelajar dapat melakarkan dengan terperinci rekaan produk.

Ulasan: Jika pelajar dapat melakarkan dengan terperinci sesebuah rekaan produk,

maka pelajar akan dapat menghasilkan produk industri yang dikehendaki

dengan baik sekali berdasarkn lakaran yang dihasilkan.

e) Sintesis

 Pelajar boleh merumuskan dan menyokong sebab sesebuah produk itu

dihasilkan.

Ulasan: Jika pelajar dapat merumuskan dan menyokong sebab sesebuah produk itu

dihasilkan, maka pelajar tersebut boleh menghasilkan produk dengan baik. Ini

adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar.


2. Afektif

Objektif:

a) Menerima

 Pelajar menjawab pertanyaan guru tenteng elemen penting dalam reka

bentuk industri.

Ulasan: Pelajar boleh menunjukkan penerimaan mereka dengan apa yang telah

diajar.

b) Memberi Maklumbalas

 Pelajar boleh melaksanakan arahan yang diberikan oleh guru.

Ulasan: Pelajar dapat memberi maklumbalas dengan baik apabila melaksanakan

arahan yang diberikan oleh guru dengan baik.

c) Menilai

 Pelajar boleh mencadangkan media atau alatan dan bahan yang sesuai

dalam penghasilan produk.

Ulasan: Cadangan yang disumbangkan pelajar boleh menjadikan seseorang pelajar

tersebut merasakan dirinya dihargai. Selain itu, pelajar akan menjadi lebih

berkeyakinan dan berani dalam membuat sesuatu keputusan dan

meluahkan pendapat.
d) Mengorganisasi

 Pelajar boleh menyusun dan mengubahsuai reka bentuk dalam sesuatu

lakaran idea sesuatu produk.

Ulasan: Produk yang dihasilkan berfungsi dan menjadi lebih baik hasil daripada

penyusunan dan pengubahsuaian yang dilakukan.

e) Menghayati Nilai

 Pelajar dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik dan

sempurna.

Ulasan: Dengan melaksanakan tugasan tersebut telah menggambarkan bahawa pelajar

tersebut mempunyai perwatakan yang baik kerana mengikut arahan yang

diberikan dengan sempurna.

3. Psikomotor

Objektif:

a) Persepsi

 Pelajar mengenalpasti atau memerhati segala contoh produk reka bentuk

industri yang ditunjukkan oleh guru.


Ulasan: Tindakan pelajar tersebut menunjukkan kesungguhan pelajar dalam setiap

tindakan yang diambil dalam proses P&P.

b) Set

 Pelajar menunjukkan kemahiran yang sedia ada dalam

mengaplikasikannya dalam penghasilan produk.

Ulasan: tahap asas kemahiran yang diperolehi dalam pembelajaran sebelum ini

dapat dilihat dan dinilai.

c) Respons Berpandu

 Pelajar memberikan tindakbalas dengan melaksanakan aktiviti dengan

baik dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

Ulasan: Pengembangan kemahiran dapat diberikan kepada pelajar berdasarkan

tugasan yang baru beserta penggunaan pengetahuan sedia ada.

d) Mekanisme

 Pelajar dapat menggunakan kemahiran dalam mencantumkan bahagian-

bahagian dalam produk yang dihasilkan.

Ulasan: Ini akan mengasah lagi kemahiran sedia ada dalam diri para pelajar dalam

menghasilkan sebuah produk reka bentuk indusri yang berkualiti tinggi.


e) Respons Ketara Kompleks

 Pelajar membaiki kesilapan yang dilakukan sebelumnya.

Ulasan: Hasil dari objektif tersebut akan memberikan kesempurnaan dan

pengekalan kemahiran kepada pelajar melalui proses pembaikan yang

dilakukan.

f) Adaptasi (Penyesuaian)

 Pelajar mempelbagaikan fungsi yang terdapat pada produk yang direka.

Ulasan: Sifat kreatif akan lahir akan dalam diri pelajar apabila pelajar mencuba

sesuatu yang baru dan mengaplikasikannya dalam aktiviti harian.

g) Lakuan Tulen

 Pelajar mencipta sesuatu produk dengan baik, kreatif, inovatif dan

berdasarkan idea sendiri.

Ulasan: Tahap kemahiran kendiri akan meningkat dalam diri pelajar. Selain itu,

keinginan untuk berubah menjadi lebih baik akan wujud dalam diri para

pelajar.

Anda mungkin juga menyukai