Anda di halaman 1dari 22

Bersetujukah anda dengan pendapat yang mengatakan bahawa ASEAN lebih

menumpukan kepada isu ekonomi berbanding dengan aspek-aspek politik

dan keselamatan serantau.

ASEAN mula dibentuk dengan penubuhan sebuah organisasi dikenali

sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA)

yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA

merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. Pada masa itu,

Indonesia tidak ingin menyertai ASA kerana tidak mahu terikat dengan

pertubuhan yang mempunyai perlbagai anggota. Akibat daripada

pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku

khususnya antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan

Malaysia adalah sebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka

mendakwa Sabah merupakan sebahagian daripaa Filipina manakala Sarawak

pula adalah sebahagian daripada Indonesi.-masing1 Oleh kerana pertikaian

tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa kepada

konfrantasi pada 1965-1966 oleh Indonesia. Selepas tamatnya konfrantasi

tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk

mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negara-

negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan

bersama.

1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN
Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia,

Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand ( Adam Malik, Narciso R. Ramos,

Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam, dan Thanat Khoman) - duduk bersama di

dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan

menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN.2

Dengan kewujudan pertubuhan ini, maka terwujudlah juga perdamaian di

wilayah Asia Tenggara berbanding kawasan lain dalam 40 tahun

kebelakangan ini.

Walaupun pertimbangan strategic dan politik merupakan asas

penubuhan ASEAN, pertimbangan ekonomi dan kestabilan sosial kawasan

serantau juga tidak diabaikan. Seperti yang diketahui umum, antara

matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti mempercepatkan pertumbuhan

ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia

Tenggara, di samping menggalakkan keamanan di rantau Asia Tenggara,

mematuhi prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, serta

menggalakkan hubungan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain di

kalangan anggota ASEAN dan juga antarabangsa terutama dalam bidang

perdagangan, pertanian, perusahaan, pelancongan dan sebagainya bagi

meningkatkan taraf hidup penduduk.

2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN
Walaupun demikian, pertubuhan ini tidak semata-mata menumpukan

kepada isu-isu keselamatan serantau mahupun yang melibatkan aspek-aspek

politik. ASEAN dilihat lebih banyak menumpukan kepada isu ekonomi. Ini

dapat dibuktikan kerana pada masa ini, kawasan Asia Tenggara muncul

sebagai salah satu kawasan yang mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh

dilihatkan di Asia bahkan di dunia. Matlamat ASEAN tidak banyak berbeza

daripada ASA iaitu untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi

dan bidang lain yang berkaitan.3 Aktiviti ekonomi ASEAN adalah bermula

daripada kerjasama ekonomi Bari iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun

1976 tetapi ia boleh dikatakan agak lembab kerana tiada aktiviti dijalankan

pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa

perjanjian dibuat seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (treaty of

amity and cooperation) dan perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of

ASEAN Concord) yang ditandatangani pada tahun 1976 semasa mesyuarat

ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.

Yusuf ismail et al, dalam buku Dasar-dasar kerajaan Malaysia turut

menyatakan bahawa buat masa ini, aspek ekonomi diberi keutamaan yang

lebih berbanding dengan aspek politik dan keselamatan. Ini kerana aspek

ekonomi dianggap sangat mustahak memandangkan kecenderungkan dunia

ke arah perlindungan perdagangan yang dilakukan oleh Negara-negara

barat. Pelbagai blok perdagangan dunia seperti EC, NAFTA dan sebagainya

ditubuhkan. Harga komoditi dunia adalah tidak stabil di dunia pasaran.

Justeru itu Negara barat menggunakan stok penimbal untuk menentukan

3
Murniza.malaysia dan kerjasama serantau.www.scribd.com/doc
harga barangan utama yang dikeluarkan oleh Negara yang sedang

membangun supaya mereka sentiasa mendapat keuntungan.

Situasi krisis ekonomi dan kewangan global yang serius begini

memerlukan tindakan keserantauan. Bank-bank di Asia dikatakan

menghadapi gelombang yang tidak sama. Sungguhpun begitu keadaan turun

naik pasaran saham sangat negatif dan kadar pertukaran wang juga tidak

mantap, serta eksport yang kekal menjadi jentera pertumbuhan ekonomi

rantau itu pun lambat laun ikut dipengaruhi situasi global.

Ada pemimpin dunia yang menyebut era penguasaan ekonomi

Amerika Syarikat kini menuju ke penghujung. Ada pula yang melontarkan

idea dunia mungkin memerlukan suatu sistem ekonomi baru yang lebih adil.

Sistem baru itu dikatakan haruslah berdasarkan pengurusan kolektif dan

permuafakatan dalam rangka kerjasama itu. Para pemimpin Asia mungkin

merasai hakikat yang sama, lalu menyepakati bagaimana mereka boleh

bekerjasama melawani tsunami atau ribut besar ekonomi yang melanda

masing-masing negara.

ASEAN sedia mengatur langkah-langkah bersama secara strategik bagi

menghadapinya. Isu kewangan dunia ini dibincangkan tatkala ekonomi

negara pengeksport menjadi perlahan, pasaran saham menjunam dan para

pemimpin ASEAN telah meletakkan agenda krisis kewangan ini sebagai

agenda utama. Di Malaysia, ada orang berpendapat kemelesetan ekonomi


sejagat ini dikatakan suatu ancaman baru yang sedang dihadapi negara.

Impak keruntuhan sistem kewangan Amerika menjadi kesan berantai

terhadap negara-negara lain termasuk ke atas negara-negara maju seperti

Jepun dan Kesatuan Eropah. Justeru itu, tidak hairanlah impak tersebut turut

terkena pada Negara-negara anggota ASEAN. Ada empat faktor yang

disandarkan yakni penurunan harga minyak dunia yang akan memberi kesan

kepada pendapatan Negara yang bergantung lebih daripada 40 peratus

kepada hasil petroleum.

Kedua, menjunamnya harga komoditi khususnya minyak sawit mentah

(CPO) dan getah yang bukan sahaja memberi impak kepada pendapatan

negara tetapi juga para peneroka, pekebun kecil dan penduduk luar bandar.

Ketiga, terjejasnya eksport negara akibat kemelut ekonomi di Amerika dan

Eropah dengan adanya kemungkinan penguncupan permintaan produk

sektor perkilangan misalnya produk industri elektrik dan elektronik. Keempat,

kesan yang datang dan tekanan aliran keluar modal yang meningkat akibat

hilangnya keyakinan pelabur.4

Kerjasama ASEAN untuk meningkat ekonomi negara anggota adalah

antaranya melalui sistem pasaran bebas. Negara anggota turut bantu

membantu sesama sendiri untuk memajukan ekonomi malah turut

mengurangkan konflik dalaman. Dialog dengan Negara-negara maju

diadakan seperti Kesatuan Ekonomi Eropah (EC) supaya kewujudan pasaran

4
http://www.scribd.com/doc/19162129/Modul-PP-Geografi-STPM-Tema-4-Globalisasi- Dan-

Kerjasama-Ekonomi
tunggal di Eropah Barat pada 1992 tidak membentuk kawasan perlindungan

perdagangan di kalangan negara Eropah. EC diseru supaya menghormati

keputusan rundingan di Uruguay tentang usaha mewujudkan kawasan

perdagangan bebas bagi kemakmuran dan kesejahteraan di dunia.

ASEAN turut mencadangkan penubuhan EAEC (EAST ASIA ECONOMIC

CAUCAS) sebagai satu forum untuk membincangkan isu-isu perdagangan

bagi memelihara kepentingan negara-negara ASEAN. Ia bermatlamat untuk

meningkatkan kerjasama politik, mempromosi ,mengawal perdagangan

bebas, mempertingkatkan persefahaman serantau dan meyumbang kepada

system perdagangan pelbagai hala. EAEC di anggota oleh ASEAN 7, China,

Jepun dan Republik Korea.5 EAEC bukanlah satu blok perdagangan seperti

yang didakwa oleh negara perindustrian barat. Ia hanya bertindak sebagai

satu badan yang menjaga kepentingan perdagangan negara anggota ASEAN

melalui perbincangan.

Kepentingan ekonomi ASEAN turut dapat dikawal dengan adanya AFTA

( Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN). Pasaran Serantau Bersepadu apabila

hampir kesemua cukai dan tariff bagi barangan yang diniagakan diturunkan

kepada tahap minimum atau dihapuskan sepenuhnya. AFTA bertujuan untuk

membentuk satu pasaran besar untuk menarik pelabur asing seramai yang

mungkin.

5
http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ad37e545-c0a81573-3bd73bd7-6a782082
Justeru ASEAN mengadakan pelbagai projek perindustrian ASEAN.

Hasil daripada kerjasama ASEAN ini akan meningkatkan keyakinan pelabur

asing apatah lagi ASEAN memegang konsep ASEAN memakmurkan jiran.

Melalui pertubuhan ASEAN juga, pelbagai usahasama dalam ekonomi

diadakan sesama Negara anggota malah antara Negara anggota dengan

Negara luar lain. Salah satu daripada kerjasama ekonomi ASEAN adalah

seperti pelaksanaan projek-projek perindustrian seperti;

- Projek Baja Urea ASEAN masing-masing di Malaysia dan Indonesia,

- Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura,

- Projek Fabrikasi tembaga di Filipina, serta

- Projek Garam-Batuan Abu-Soda ASEAN di Thailand.

ASEAN juga mengadakan skim pelengkapan Perindustrian ASEAN

misalnya dalam bidang automatif. Selain itu, pada tahun 1977 ASEAN telah

mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 yang bertujuan untuk

meningkatkan perdagangan antara Negara anggota. Keistimewaan yang

diberikan dalam perjanjian tersebut adalah termasuk kontrak kualiti jangka

panjang, perolehan istimewa oleh entity kerajaan, pelonggaran langkah-

langkah bukan tariff dan peluasan tariff istimewa.6

Dalam bidang kewangan pula, ASEAN telah bekerjasama untuk

menubuhkan satu Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council). Majlis


6
R. Winantyo et al; Masyarakat Ekonomi ASEAN (MEA) 2015; Memperkuatkan senergi

ASEAN.
Perbankan ini pula ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyelaraskan

kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN. Disamping penubuhan

Majlis Perbankan tersebut, Syarikat kewangan ASEAN ditubuhkan untuk

memberikan kemudahan kewangan kepada Negara-negara yang terlibat

dalam projek-projek usahasama ASEAN. Kerjasama dalam bidang komunikasi

pula dapat dilihat melalui pemasangan kabel laut ASEAN untuk

menghubungkan semua Negara anggota, pengiktirafan lesen pemandu di

rantau ASEAN.

Selain itu ASEAN juga mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen.

Antara kerjasama dalam sektor pemakanan dan pertanian pula ialah

dengan Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN

sebagai bank data atau pusat maklumat mengenai masalah pertanian.

Penubuhan Plain Quarantine Training Centre and Institute di Serda.

Penubuhan ASEAN centre for development of agricultural cooperate di

Indonesia. Tambahan daripada kerjasama ASEAN yang telah memajukan dan

mempercepatkan tahap liberalisasi ekonomi ASEAN maka terwujudlah

kawasan pertumbuhan segitiga. Ia dicapai berdasarkan kepada

persefahaman dan persetujuan yang dicapai antara pihak-pihak yang terlibat.

ASEAN telah mewujudkan kawasan pertumbuhan segitiga yang

menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, pelancongan,

pengangkutan, dan perhubungan seperti

- IMT-GT (Pertumbuhan Segitiga Indonesia (Sumatera utara

dan Acheh) –Malaysia (perlis, Kedah, Pulau Pinang dan perak


utara) –Thailand (narathiwat, Songkla, Yala, Satun dan

Patani)

- IMS-GT (Pertumbuhan Segitiga Indonesia (Riau) –Malaysia

(Johor) -Singapura)

- BIMP-EAGA (Kawasan pertumbuhan ASEAN timur Brunei –

Indonesia (Sulawesi Utara, Kalimantan Timur dan barat) –

Malaysia (Sabag, Sarawak, Labuan) –Filipina (Mindanao dan

Palawan)

Kerjasama dalam pertumbuhan segitiga ini dilakukan dengan baik

demi perkembangan ekonomi ASEAN dan kepentingan negara-negara

anggota. IMS-GT berfungsi sebagai perhubungan dan perdagangan dalam

perindustrian. Manakala bagi IMT-GT pula merupakan sumber pertanian dan

pelancongan ASEAN. Kerana itu dapat kita lihat ia merujuk kepada kawasan

Riau dan Johor masing-masing di Indonesia dan Malaysia. Bagi BIMP-EAGA

pula, pelbagai aktiviti ekonomi dilakukan.7

Kerjasama dalam pertumbuhan segitga ini memainkan peranan yang

penting dalam memajukan wilayah dan negara anggota. Antaranya adalah

seperti;

i. Perdagangan

ii. Pelaburan

iii. Pengaliran buruh

7
Hafiz A Akhand; Kanhaya L Gupta; Economic development in Pacific Asia
iv. Penggunaan sumber

v. Pengangkutan dan perhubungan

vi. Teknologi

Antara aspek–aspek saling kebergantungan negara anggota pula adalah

seperti;

(a) Pelaburan

Negara anggota diperlukan untuk menanam modal dalam aktiviti ekonomi.

Ia akan mampu memberi impak yang besar keatas naik atau turunnya

ekonomi ASEAN jika negara anggota bekerjasama atau tidak dalam

memainkan peranan dan mengambil bahagian dalam penanaman modal

bagi setiap aktiviti ekonomi ASEAN. Pelaburan modal bukan sahaja

daripada syarikat besar, peniaga individu, tetapi juga daripada pihak

swasta mahupun daripada sumbangan kerajaan. Ia boleh berbentuk dari

segi fizikal, sosial dan ekonomi. ASEAN dapat mengeksploitasi pelbagai

sumber yang terdapat dalam negara anggota contohnya hasil hutan,

petroleum, perkilangan dan perindustrian, malah dalam bidang

perkhidmatan.

(b) Teknologi

Teknologi turut menyumbang kepada ekonomi ASEAN. Ia melibatkan

pelbagai alat, teknik, mesin, bahan, pengeluaran atau proses dan sumber

tenaga untuk mendapat kerja lebih mudah dan produktif. Malah dengan

adanya teknologi, ia dapat membantu manusia mendalami dan


memperluas penguasaan tentang alam sekitar untuk meningkatkan taraf

hidup sekaligus meningkat ekonomi ASEAN. Perpindahan teknologi boleh

berlaku melalui pelaburan terus oleh syarikat asing atau negara luar,

mengimport barangan modal. Dalam teknologi juga kita mampu lebih

cepat dalam pengurusan perjanjian, perlesenan, usahasama, khidmat

teknikal, pelbagai pengurusan francais persidangan teknikal. Penyelidikan

bersama serta lain-lain.

Pada peringkat permulaan, pengurangan terhadap permintaan pasaran

dunia terhadap sumber bahan utama seperti biji timah dan getah asli

Negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi di rantau

ini. Akibatnya Negara-negara ASEAN terpaksa memberikan perhatian kepada

sektor perkilangan dan perkhidmatan. Walaubagamanapun, Negara-negara

maju masih mempunyai kelebihan ekonomi dari segi kos pengeluaran dan

kecanggihan teknologi. Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama

telah menyebabkan persaingan yang sengit dalam kalangan Negara-negara

anggota dan antara Negara ASEAN dan Negara maju lain.

Malah ASEAN masih lagi banyak bergantung kepada Negara maju lain

dari segi ekonomi. Dalam globalisasi ekonomi saling kebergantungan antara

Negara pada bahan, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses

pengeluaran.Konsep saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada

hubungan antara Negara atau kawasan untuk keperluan ekonomi. aspek –

aspek saling kebergantungan adalah seperti dalam aspek pelaburan iaitu

proses menanam modal dalam aktiviti ekonomi. Ia diperoleh daripada


kerajaan dan swasta, pelaburan dr segi fizikal,social, ekonomi, exploitasi

sumber, petroleum, hutan, perkilangan ,perkhidmatan. Manakala dalam

bidang Teknologi pula seperti alat, teknik, mesin, bahan, pengeluaran atau

proses dan sumber tenaga untuk mendapat kerja lebih mudah dan

produktif. Ia boleh membantu manusia mendalami dan memperluas

penguasaan tentang alam sekitar untuk meningkatkan taraf hidup

Anggota-anggota ASEAN sebagai negara sedang membangun harus

bersatu dalam menuntut kadar syarat perdagangan yang lebih baik daripada

negara-negara utara yang maju. Layanan yang lebih adil dalam perdagangan

dapat diperolehi daripada utara jika anggota-anggota ASEAN bersatu.

Paparan bersama di kalangan begara ASEAN dapat diusahakan dan

direalisasikan jika wujud kerjasama yang erat. Idea ini akan memudahkan

aliran barang-barang dagangan di kalangan negara anggota ASEAN dan

jumlah dagangan dapat dipertingkatkan. Ini dapat mengurangkan

kebergantungan kepada pasaran barat yang nyata lebih menguasai pasaran

dunia.

Pelbagai langkah telah diambil untuk menjalankan projek industri

secara usahasama dikalangan negara anggota ASEAN melalui pinjaman

Jepun. Projek industri ASEAN diumumkan bagi menubuhkan industri-industri

tertentu di kalangan anggota ASEAN seperti yang telah tersenarai di atas

supaya hasilnya dapat digunakan bersama.


ASEAN juga telah mengambil pendirian bersama dalam beberapa isu

perdagangan antarabangsa khususnya mengenai tarif dan halangan ke arah

mewujudkan perdagangan bebas di dunia bagi kepentingan pembangunan

negara dunia ke tiga. Antaranya termasuklah. Kerjasama Ekonomi Asia

Pasifik (APEC). Ia merupakan forum untuk memudahkan pertumbuhan

ekonomi, kerjasama, perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Pasifik.

Dialog terbuka dijalankan dan setiap pandangan dihormati. Malah sesiapa

pun tidak akan terikat tetapi tetap bekerjasama dalam APEC. Ia bertujuan

untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memberi kemakmuran sekaligus

mengeratkan harmoni negara anggota dan negara lain.

Turut dibincangkan adalah kepentingan dan masalah terutama dalam

pakatan ekonomi serantau yang mana lebih tertumpu kepada ASEAN, APEC,

dan EAEC. Antara kepantingan dan masalah yang dapat dilihat adalah

seperti;

1. Mengurangkan kesan negative globalisasi ekonomi dunia

2. Pasaran bersama ASEAN

3. Meningkatkan daya saing serantau

4. Menjaga kepentingan bersama serantau

5. Keperluan guna tenaga buruh

Selain itu, perbincangan dan masalah dalam kerjasama ekonomi serantau

turut melibatkan;

1. Perbezaan ekonomi antara Negara anggota

2. Konflik politik wilayah dalam Negara anggota


3. Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau

4. Persaingan antara kepentingan Negara dengan kepentingan

serantau

5. Pencemaran rentas sempadan

6. Keselamatan serantau

Pelbagai usaha ASEAN untuk menjamin ekonomi ASEAN dapat membantu

untuk;

- Mengubah tradisi aktiviti ekonomi Negara membangun

- mengangkat martabat Negara ke era perindustrian , iaitu suatu era baru

- meningkatkan eksport negara anggota sesama sendiri juga dengan

negara luar.

- menambah peluang pekerjaan

- meningkat aktiviti perkhidmatan

- menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Pengeluaran ASEAN;

- kerjasama dan kemajuan dalam ekonomi membolehkan industry

berpindah dari lokasi asal (Negara maju) ke lokasi baru (negara sedang

membangun.)

- Negara maju akan menyebabkan kos buruh tinggi manakala Negara

sedang membangun pula kos buruh rendah dan kos pengeluaran turut

rendah.

- Pengeluaran dalam negara juga di adakan seperti aktiviti pengeluaran

dari Bandar ke luar Bandar,dari Bandar besar ke Bandar kecil, dari

wilayah
Pusat ke wilayah pinggir

(d) pasaran

- Negara-negara anggota ASEAN majoriti mempunyai penduduk yang

ramai yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.

- Pengenalan AFTA telah membolehkan barangan sesama Negara ASEAN

memasuki pasaran Negara-negara ASEAN dengan mudah dan telus. Ini

adalah Hasil perbinccangan dan kerjasama negara anggota.

(e) bekalan buruh

- kerjasama ASEAN dalam ekonomi dapat dilihat dari segi kekurangan

buruh. Ini kerana kekurangan buruh dalam sesebuah Negara dan kawasan

boleh ditampung oleh Negara lain yang menganggotai ASEAN. Sebagai

contoh tenaga kerja di Indosia berhijrah ke Malaysia, dan sebagainya.

Contoh lain pula adalah di lihat dari sektor perladangan dan pembinaan.

Indonesia mempunyai tenaga buruh yang lebih, justeru itu tenaga buruh

yang berlebihan akan disalurkan ke negara-negara yang memerlukan.

ASEAN amat memerlukan kerjasama sesama negara anggota

mahupun negara lain. Ini kerana ia akan memberi kecekapan dalam

pengurusan ekonomi seperti melalui perjanjian keutamaan dagangan , tariff

khas, bebas cukai barangan tertentu , hapus sekatan dagangan, hapus

cukai dua kali. Manakal persaingan turut diperlukan untuk memastikan

perindustrian sentiasa maju dan bersaing dengan sihat. Persaingan antara

negara dielakkan. Namun, Negara-negara di dunia berlumba-lumba


manghasilkan barangan serta perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di

peringkat global. Oleh itu, ASEAN turut tidak ketinggalan untuk turut

berlumba dan bersaing agar tidak mundur dan mampu berjaya seperti

negara-negara maju lain. Negara Berjaya mengurangkan kos pengeluaran

barangan akan berjaya dalam pengeluaran ini.

Barangan berkualiti dan berharga rendah akan dihasilkan oleh Negara

yang bersaing. Negara tersebut akan menghasilkan pengkhususan untuk

mengelakkan persaingan. Oleh itu, ekonomi mampu ditingkatkan setanding

negara luar yang berjaya. ASEAN turut menyertai perdagangan

antarabangsa (import & eksport) tanpa tariff, dan kuota, juga tanpa banyak

sekatan , tiada campur tangan ZOPFAN.

ZOPFAN yang dikenali sebagai satu Kawasan Zon Aman, bebas Dan

Berkecuali dibentuk pada tahun 19718. Konsep utama ZOPFAN adalah

kawasan Asia Tenggara tidak seharusnya menjadi kancah perebutan kuasa

dan persengketaan di kalangan kuasa-kuasa besar. Asia Tenggara ingin

mengekalkan kestabilan politik demi menjaga keamanan di rantau ini. Oleh

itu, Penyertaan ASEAN dalam perdagangan aktiviti import dan eksport tanpa

campur tangan ZOPFAN membuktikan bahawa ASEAN sangat memntingkan

aktivti ekonomi.

8
Taylor & Francis, 2008, Southeast Asian Development. Hoboken :
Membincangkan tentang ASEAN mementingkan isu ekonomi turut

dapat dilihat apabila para pemimpin ASEAN telah bersepakat untuk

membentuk satu komuniti ASEAN. Komuniti ASEAN yang diinginkan itu

didasarkan atas tiga cabang iaitu, Komuniti Keamanan ASEAN, Komuniti

Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosial Budaya ASEAN. Hakikat dari suatu

Komuniti ASEAN terwujudnya suatu integrasi penuh kawasan yang damai dan

sejahtera.

Komuniti ASEAN ditandai dengan:

i) semakin besarnya interaksi bidang politik dan keamanan;

ii) Terdapat pasar tunggal dan produksi asas dengan aliran

bebas barang, jasa, modal dan orang;

iii) Terwujudnya masyarakat yang lebih prihatin, yang

menitikberatkan pada pembangunan sosial, pendidikan

dan pengembangan SDM, kesehatan masyarakat,

kebudayaan dan informasi serta perlindungan lingkungan.

Isu-isu politik masih ditumpukan oleh ASEAN kerana ia tetap berkaitan

dengan ekonomi. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa isu yang kurang

dipersetujui oleh ASEAN terutama bagi sesetengah negara anggota. ASEAN

lebih tertumpu kepada bantahan terhadap mana-mana kem yang

bersengketa sebaliknya ASEAN lebih suka mengambil sikap dasar berbaik-

baik sesama negara. Ini dapat menggalakkan keamanan negara anggota

sekaligus kemajuan dalam pencapaian usaha ekonomi.


Asia Tenggara akan menjadi kawasan yang bebas daripada

peperangan tidak langsung akibat persengketaan kuasa-kuasa besar.

Kestabilan politik yang berkekalan menjadi ddayapenarik kepada pelabur

asing untuk terus melabur di negara-negara dalam ASEAN. Dengan sikap

berkecuali, kuasa-kuasa besar tidak mempunyai sebarang alasan yang

berpanjangan dan penglibatan kuasa-kuasa besar dunia dalam hal ehwal

politik dalaman negara-negara ASEAN.

Kuasa-kuasa besar tidak bersetuju dengan konsep ZOPFAN kerana

kehadiran tentera amerika di Filipina akan mengakibatkan negara itu lebih

unggul dari segi pengaruhnya di Asia Tenggara. D kalangan negara ASEAN

juga kurang memuaskan. Indonesia lebih suka pertahanan dan keselamatan

diuruskan oleh negara masing-masing. Singapura pula berpendapat rantau

Asia tenggara memerlukan penglibatan kuasa-kuasa besar untuk menjaga

keselamatannya. Thailand pula lebih cenderung kepada bantuan ketenteraan

Amerika dalam menjaga keselamatannya daripada Vietnam.

Daripada situasi politik dan ketidak seragaman persetujuan negara-

negara anggota terhadap usaha pertahanan dan keselamatan negara, dapat

disimpulkan bahawa setiap negara mempunyai alasan untuk bersetuju atau

tidak bersetuju ke atas mana-mana cadangan untuk menjaga keselamatan

negara. Walaupun demikian, setiap negara masih mahu untuk mengekalkan

ketenteraman negara masing-masing walaupun dengan cara sendiri. Ini

membuktikan bahawa ASEAN kurang menumpukan kepada kerjasama politik

dan sosial. Tetapi dengan menjaga keamanan dalam negara anggota ASEAN
akan dapat meyakinkan pelabur-pelabur asing terhadap status ekonomi

ASEAN sekaligus terus melabur dan menyambut pasaran-pasaran dari

negara-negara ASEAN.

Hal yang sentiasa dipersetujui bersama oleh negara anggota adalah

lebih tertumpu kepada bidang ekonomi dan kepentingan bersama. Isu-isu

lain dalam perbincangan ASEAN masih disentuh tetapi disamping itu, isu

ekonomi masih mempengaruhi isu politik mahupun sosial di ASEAN. Justeru

dalam struktur ASEAN juga lebih banyak merujuk kepada kepentingan

ekonomi serantau. Manakala dalam perbincangan-perbincangan ketua-ketua

kerajaan, isu ekonomi juga lebih banyak disentuh dan dibahaskan. Aktiviti-

aktiviti ASEAN juga banyak merujuk kepada aktiviti keusahawanan dan

perindustrian, perdagangan dan pelancongan, justeru dalam sistem

pengangkutan dan pehubungan juga sentiasa sangkut paut dengan

kepentingan ekonomi ASEAN. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ASEAN

lebih menumpukan kepentingan ekonomi negara-negara anggota berbanding

isu politik dan sosial.


Senarai Rujukan;

Rujukan Buku.

Hafiz A Akhand; Kanhaya L Gupta; Economic development in Pacific Asia

Jamal Ali; Ekonomi Malaysia, Satu analisis dasar, 2003, Dewan Bahasa dan

Pustaka,

Kuala Lumpur.

Rusly Musa et al; Geografi alam sekitar manusia; teks pra-u stpm; 2006.

Pearson Sdn
Bhd, Petaling Jaya.

R. Winantyo et al; Masyarakat Ekonomi ASEAN (MEA) 2015; Memperkuatkan

senergi

ASEAN.

Taylor & Francis, 2008, Southeast Asian Development. Hoboken :

Yusof Ismail et al, 2004, Dasar-dasar Kerajaan Malaysia, Percetakan Safa

sdn bhd,

Kuala Lumpur.

Rujukan Internet;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN

http://www.scribd.com/doc/19162129/Modul-PP-Geografi-STPM-Tema-4-

Globalisasi- Dan-Kerjasama-Ekonomi

http://www.waspada.co.id/index.php/images/flash/plugins/content/highslide/index.php?
option=com_content&view=article&id=1771:menlu-asean-harus-pentingkan-
rakyat&catid=17:nasional&Itemid=30
http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ad37e545-
c0a81573-3bd73bd7-6a782082

http://www.rights.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=140:krisis-
ekonomi-dan-kewangan-global&catid=1&Itemid=49