Anda di halaman 1dari 2

Mat Rempit Berleluasa Sumber:Utusan Malaysia (5/5/09)

KUALA LUMPUR 4 Mei – Memeranjatkan! Operasi besar-besaran menangani aktiviti lumba haram di seluruh negara
selama dua hari sejak kelmarin, bukan setakat berjaya memberkas pesalah trafik malah mendapati 235 daripadanya
adalah remaja bawah umur. Pada saat rakan sebaya mereka sibuk menelaah pelajaran di rumah, golongan remaja itu
pula membahayakan diri merempit bersama-sama penunggang dewasa lain.

Dalam operasi yang diadakan serentak di ibu negara, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Selangor itu, tiga remaja
berusia bawah 15 tahun ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ‘merempit’ itu. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk
Abdul Aziz Yusof memberitahu, pihaknya memandang serius penglibatan golongan belia terutama remaja bawah umur
dengan aktiviti lumba haram.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran operasi serupa akan diteruskan dari semasa ke semasa dan
dipertingkatkan dengan penglibatan agensi penguat kuasa lain, khususnya di Lembah Klang.

“Semua remaja bawah umur yang ditahan telah disaman atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan
manakala tiga yang terlibat dalam lumba haram disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,’’
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, ketika kejadian, tiga remaja terbabit melakukan aktiviti lumba haram bersama 15
penunggang motosikal dewasa yang turut ditahan. Pihak polis yang memantau pergerakan kumpulan terbabit, katanya,
telah merakamkan aksi-aksi lumba haram sebelum tangkapan dibuat. Malam kelmarin, lebih 500 mat rempit diperiksa
manakala 115 motosikal telah disita di Dataran Merdeka, di sini malam kelmarin.

Abdul Aziz berkata, dalam tempoh dua hari tersebut, sebanyak 3,011 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya
telah dikeluarkan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 peratus kesalahan kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar meminta
kerjasama ibu bapa memantau pergerakan anak mereka agar tidak terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral tersebut.

“Ini kerana kebanyakan ibu bapa kepada anak yang terlibat ketika hadir untuk membayar saman mendakwa tidak
mengetahui kegiatan anak masing-masing.

“Ibu bapa perlu bertanggungjawab dan memiliki akauntabiliti dalam mendidik anak-anak supaya mereka tidak
menyesal di kemudian hari apabila kejadian tidak diingini berlaku.

“Penglibatan remaja dalam kumpulan mat rempit dipengaruhi oleh rakan-rakan serta tanpa pemantauan ibu bapa,”
katanya.
Papa dah mati biar Danish jaga mama Sumber : Berita Harian 2010/10/02

HARLINA ditenangkan ahli keluarga Khairul Zaini Mohd Zain


ketika tiba di Hospital Kuala Lumpur,
semalam.

KOTA BHARU: ‘Papa dah mati... tak apa, nanti Danish jaga mama,’ itulah luahan Muhammad Danish Farhan
Mohd Khairul Zaini, 4, anak tunggal seorang pegawai polis trafik yang maut dalam kemalangan ketika mengejar
sekumpulan ‘mat rempit’ dalam kejadian di Jalan Taman Datuk Senu disini,malam kelmarin.

Reaksi kanak-kanak itu tidak mengejutkan kerana itulah pesanan sering disampaikan bapanya, Cif Inspektor
Khairul Zaini Mohd Zain, 32. Allahyarham berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 10 tahun
lalu.Isteri mangsa, Harlina Abdul Hadi, 31, ketika ditemui di rumah keluarga suaminya di Kampung Panji, di
sini, berkata Allahyarham sering berpesan kepada anak tunggal itu supaya sentiasa menjaga diri jika ditakdirkan
beliau meninggal dunia.

“Kali terakhir kami bersama jam 9 malam semalam (kelmarin) sebelum Allahyarham keluar bertugas mengetuai
satu operasi trafik. Dia juga sebelum itu sempat mencium Danish dan bersalam dengan saya sebelum
meninggalkan rumah.

“Namun tiga jam kemudian, bapa saudara datang ke rumah memberitahu suami sudah meninggal... perasaan saya
ketika itu tak menentu dan sebak,” katanya sambil menambah Allahyarham tidak menunjukkan sebarang
perubahan tingkah laku sebelum itu, cuma mengadu letih kerana sering bertugas malam, selain baru pulang dari
Sabah, Isnin lalu.

Khairul Zaini daripada Pasukan Kuatkuasa Khas Unit Cegah Lumba Haram Trafik Kuala Lumpur, mati di tempat
kejadian selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah kereta yang keluar dari simpang ketika mangsa
mengejar sekumpulan ‘mat rempit’ yang merempuh sekatan polis di Jalan Taman Datuk Senu, pada jam 10.50
malam.

Mangsa cedera parah di kepala dan badan, tetapi kumpulan samseng jalanan terbabit dapat melepaskan
diri. Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman di Kuala Lumpur yang turut
disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebelum dibawa pulang ke kampung dan dikebumikan dwi
Tanah Perkuburan Islam Panchor-Panji, selepas Asar. 

Anda mungkin juga menyukai