Anda di halaman 1dari 21

SULIT

55 SEKOLAH MENENGAH SAUJANA IMPIAN


Sains Km 22, JALAN CHERAS, 43000 KAJANG
MEI
2003
1 ½jam ____________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

________________________________________________________________

SAINS

TINGKATAN SATU

Satu jam tiga puluh minit

_______________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi 75 soalan

Jawab semua soalan.

Tiap-tiap soalan-soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A,


B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan
semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Fikirkan dengan teliti ketika memilih jawapan anda. Jika anda hendak
menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak
dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda yang baru.

________________________________________________________________
Bahagian A: Bahagian ini terdiri dari 50 soalan objektif A, B, C, dan D.
Pilih jawapan yang paling tepat.

1 Di antara berikut, yang manakah pernyataan yang boleh menerangkan


sains dengan tepat?
A Sains dapat membantu kita menyelesaikan semua masalah dalam
kehidupan.
B Sains ialah pengetahuan tentang fenomena semulajadi
C Sains ialah pengetahuan yang hanya berguna di dalam makmal.
D Sains adalah pengetahuan mengenai masa silam.

2 Semua yang berikut adalah karier yang berkaitan dengan bidang Sains
kecuali
A Artis
B Ahli farmasi
C Ahli astronomi
D Guru Sains

3 Di antara bahan kimia berikut yang manakah boleh merangsangkan kulit?


A Petrol
B Naterium
C Merkuri
D Klorofom

P – Membentuk hipotesis
Q – Mentafsir dan menganalisis data
R – Mengenal pasti masalah
S – Merancang eksperimen dan kajian
T – Membuat rumusan

4 Maklumat di dalam kotak di atas mengandungi prosedur kaedah saintifik.


Yang manakah di antara berikut menunjukkan urutan yang betul mengenai
prosedur tersebut?
A S, Q, P, R, T
B R, P, Q, S, T
C R, P, S, Q, T
D P, T, Q, R, S

5 Apakah yang akan berlaku sekiranya hasil eksperimen tidak menyokong


hipotesis yang telah dibina?
A Hipotesis tersebut akan ditolak
B Hipotesis baru diterima
C Hipotesisi akan diuji semula
D Hipotesisi akan diterima setelah dibuat perubahan
6

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan symbol amaran berbahaya. Contoh bahan yang
dilabelkan dengan symbol tersebut ialah
A Etanol dan kerosin
B Natrium dan aluminium
C Ammonia dan klorofom
D Merkuri dan naterium sianida

7 Di antara symbol amaran berbahaya berikut, yang manakah menerangkan


kepada kita bahawa bahan tersebut adalah mudah terbakar?
A

D
8 Di antara berikut yang manakah tidak merupakan proses sains?
A Membina soalan
B Membuat rumusan
C Mengambil ukuran
D Mengubahnilai pengukuran yang diperolehi

9 Di dalam kajian saintifik, sebelum membuat rumusan kita mestilah


A Menulis laporan
B Mencatat semua pemerhatian yang telah dibuat
C Mengenalpasti makna tentang pemerhatian
D Membuat keputusan samada hipotesis yang dibina adalah benar

10 Unit S.I untuk jisim ialah


A Gram
B Kilogram
C Milligram
D Centigram

11 Unit S.I untuk panjang ialah


A Meter
B Kilogram
C Millimeter
D Centimeter

12 Di antara berikut yang manakah merupakan unit S.I bagi suhu?


A Celsius
B Kelvin
C Ampere
D Fehrenheit

13 Di antara unit berikut yang manakah merupakan unit S.I untuk masa?
A Jam
B Minit
C Saat
D Millisaat

14 Yang manakah di antara berikut benar?


A 0.29m = 29cm
B 0.29m = 2.9cm
C 0.29m = 290cm
D 0.29m = 290km
15 Di antara berikut yang manakah betul?
A 15 000g = 15kg
B 15 000g = 15mg
C 15 000g = 150kg
D 15 000g = 1 5000kg

16 13.2 km adalah bersamaan dengan


A 0.132m
B 1320m
C 13 200m
D 0.0132m

17

Rajah 2

Manakah di antara berikut yang akan mempengaruhi masa ayunan lengkap


bandul?
A Panjang bandul
B Jisim ‘bob’
C Berat ‘bob’
D Bilangan ayunan

18 Di antara pernyataan berikut yang manakah benar?


A jisim adalah sama dengan berat
B Berat adalah sama pada semua tempat
C Berat adalah kuantiti jisim dalam sesuatu objek
D Berat boleh diukur dengan menggunakan neraca spring

19 Di antara berikut yang manakah paling sesuai digunakan untuk mengukur


panjang sungai di atas peta?
A Pembaris meter
B Separa pembaris meter
C Pita pengukur
D Benang dan pembaris meter
20

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan alat pengukur. Bersama dengan pembaris meter, alat


ini boleh digunakan untuk mengukur
A Panjang gris lengkung
B Diameter guli
C Diameter luar sebuah bikar
D Diameter dalam sebuah tabung uji

21

Rajah 4

Rajah 4 menunjukkan satu objek yang tidak sekata di atas sehelai kertas
graf. Luas yang dianggarkan bagi objek tersebut adalah
A 19cm²
B 24cm²
C 21cm²
D 25cm²
22 Di antara kuantiti asas berikut yang manakah dipadankan dengan unit
ukurannya dengan betul?
Kuantiti Unit
A Panjang papan hitam Saat
B Tempoh ayunan bandul Meter
C Suhu air yang dipanaskan Kelvin
D Jisim serbuk Zink Newton

23 Di antara radas berikut, yang manakah boleh mengukur dengan tepat pada
tahap 0.1cm³.
A Silinder penyukat
B Buret
C Pipet
D Bikar

24

Rajah 5

Berapakah nilai isipadu plastisin seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5?


A 10cm³
B 20cm³
C 30cm³
D 40cm³

25 Di antara penimbang berikut, yang manakah boleh menimbang dengan


paling tepat?
A Neraca elektronik
B Neraca tuas
C Neraca spring
D Neraca mampatan
• Organisma multisel
• Membina makanan sendiri
• Mempunyai vakul yang besar

26 Maklumat di atas menerangkan tentang sejenis organisma. Di antara


berikut, yang manakah organisma tersebut?
A Euglena
B Spirogira
C Klamidomonas
D Mukor

27 Di antara organisma berikut, yang manakah bukan organisma unisel?


A B

C D

28 Jadual berikut menunjukkan perbandingan di antara organisma unisel dan


multisel. Yang manakah benar?
Organisma unisel Organisma multisel
A Tidak boleh dilihat dengan mata Boleh dilihat dengan mata kasar
kasar
B Tidak membiak Membiak
C Setiap individu terdiri daripada Setiap individu terdiri banyak sel
satu sel
D Tidak boleh bergerak Boleh bergerak
29

Rajah 6

Rajah 6 menunjukkan bahagian-bahagian ada mikroskop. Di antara berikut


yang manakah telah disalah padankan dengan fungsinya?
Bahagian Fungsi
A J Untuk mengawal jumlah cahaya
yang masuk
B K Untuk membesarkan imej
spesimen
C L Mengekalkan kedudukan kanta
mata
D M Untuk menukar kedudukan kanta
objektif

P – Titiskan iodine ke atas sel bawang di atas Sisip


kaca
Q – Tutup sisip kaca dengan penutup kaca
R – Larutan iodine yang berlebihan di lap dengan
kertas turas
S – Kupas lapisan luar kulit bawang dengan Forsep

30 Maklumat di atas menerangkan prosedur tentang penyediaan sisip kaca sel


bawang. Urutan yang betul ialah
A S P Q R
B Q P R S
C S Q P R
D R S P Q
31 Apakah bahan yang terdapat didalam dinding sel?
A Kanji
B Protein
C Selulosa
D Glukosa

32 Diantara struktur berikut yang manakah terdapat di dalam kedua-dua sel


tumbuhan dan haiwan?
A Kloroplas
B Dinding sel
C Membran sel
D Vakul

33 Penutup kaca disendeng dan diletakkan perlahan-lahan di atas sisip kaca


supaya
A Lapisan nipis spesimen diperolehi
B Penutup kaca tidak pecah
C Gelembung udara tidak terperangkap di bawah sisip kaca
D Spesimen yang diperolehi mempunyai ketebalan yang sekata

34 Di manakah tindak balas kimia berlaku di dalam sel?


A Nucleus
B Vakul
C Sitoplasma
D Membran sel

35

Rajah 7

Rajah 7 menunjukkan tiga jenis sel manusia. Di antara berikut yang


manakah menunjukkan fungsi yang betul bagi ketiga-tiga sel tersebut?
P Q R
A Menyokong badan Mengangkut oksigen Membolehkan
pergerakan
B Membolehkan Mengangkut oksigen Menyokong badan
pergerakan
C Mengangkut makanan Menyokong badan Mengangkut oksigen
D Mengangkut makanan Menyokon gbadan Mengangkut oksigen
36

Rajah 8

Sistem apakah yang ditunjukkan dalam rajah 8?


A Sistem pencernaan
B Sistem saraf
C Sistem peredaran darah
D Sistem pernafasan

37

Sel Tisu Organ P Sistem Q

Manusia

Rajah 9

Rajah 9 menunjukkan urutan organisasi sel dalam badan manusia. Apakah


organ P dan Sistem Q yang dipadankan dengan tepat?
Organ P Sistem Q
A Pembiakan Jantung
B Paru-paru Pernafasan
C Saraf Peredaran darah
D Ginjal Mata

38 Manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri jirim?


A Mempunyai jisim dan isipadu yang tetap
B Mempunyai jisim dan memenuhi ruang
C Tidak boleh dimampatkan
D Mempunyai ketumpatan yang tetap
39

Rajah 10

Rajah 10 menunjukkan susuana partikel di dalam tiga bentuk jirim iaitu


pepejal, cecair dan gas. Yang manakah diwakili oleh P, Q dan R?
P Q R
A Oksigen Merkuri Besi
B Besi Oksigen Merkuri
C Merkuri Besi Oksigen
D Besi Merkuri Oksigen

40

Rajah 11

Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan Rajah 11?


A Udara ialah jirim
B Udara memenuhi ruang
C Udara mempunyai jisim
D Belon memenuhi ruang
41

Rajah 12

Rajah 12 menunjukkan susunan partikel sesuatu bahan di dalam keadaan


suhu bilik. Bahan tersebut berkemungkinan adalah
A Kuprum
B Karbon
C Oksigen
D Merkuri

42 Di antara pernyataan berikut yang manakah tidak menerangkan tentang


pergerakan partikel di dalam pepejal?
A Bergetar
B Berputar
C Bergerak secara rawak
D Tetap

43

Rajah 13

Rajah 13 menunjukkan hasil eksperimen apabila pepejal X dan Y diletakkan


di dalam cecair P, Q dan R. manakah yang berikut menunjukkan urutan
menaik bagi ketumpatan P, Q, R, X dan Y?
A P, Q, R, X, Y
B P, X, Q, R, Y
C X, P, Q, R, Y
D Y, R, Q, X, Y
44 Ketumpatan petrol ialah 0.80g/cm³. Berapakah jisim bagi 1.0 liter petrol?
A 8.0g
B 800.0g
C 8.0kg
D 0.80kg

45 Satu kuboid kayu mempunyai jisim 150.0g. Panjang kuboid ialah 10.0 cm,
manakala tingginya ialah 6.0 cm dan lebarnya ialah 5,0 cm. Berapakah nilai
ketumpatan kuboid itu?
A 0.4 g/cm³
B 0.5 g/cm³
C 1.0 g/cm³
D 5.0 g/cm³

46

Steel Hull

Rajah 14

Rajah 14 menunjukkan sebuah kapal yang diperbuat daripada besi. Apakah


fungsi ruang kosong di dalam sesebuah kapal?
A Untuk menambah ketumpatan keseluruhan kapal
B Untuk mengurangkan ketumpatan keseluruhan kapal
C Untuk membolehkan kapal itu timbul atau tenggelam di dalam laut
D Untuk melindungi bahagian dalam kapal itu

47

Rajah 15

Rajah 15 menunjukkan bahawa


A Kuib ais cair di dalam air
B Kuib ais kurang tumpat daripada air
C Kuib ais memenuhi ruang
D Kuib ais membeku di dalam gelas
48 Keadaan jirim bergantung kepada
A Susunan dan pergerakan partikel
B Saiz dan susunan partikel
C Saiz dan pergerakan partikel
D Suhu dan susunan partikel

49

Cecair Ketumpatan g/cm³


J 0.45
K 0.39
L 0.19
M 0.13

Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan ketumpatan cecair J, K, L dan M. Cecair ini


dituangkan kedalam silinder penyukat yang berasingan. Sebiji guli yang
mempunyai isipadu 5.0 cm³ dan jisim sebanyak 2.0 g dimasukkan kedalam
setiap cecair tersebut. Di dalam cecair manakah guli tersebut akan
tenggelam?
A J
B K
C L
D M
50

Rajah 16

Rajah 16 menunjukkan keapungan pepejal X di dalam cecair P, Q, R dan S


yang mana setiap cecair tersebut mempunyai ketumpatan yang berbeza.
Cecair manakah yang paling tumpat?
A P
B Q
C R
D S

Soalan 51 hingga 75 adalah berbentuk anika pilihan. Pilih jawapan yang tepat
berdasarkan pilihan di bawah ini

Pilihan Jawapan
A B C D
I, II, III I dan II sahaja I dan III sahaja I sahaja

51 Di antara radas berikut yang manakah boleh digunakan untuk menyukat


isipadu sesuatu cecair?
I Pipet
II Buret
III Silinder penyukat
52

Rajah 17

Rajah 1 menunjukkan ayunan bandul ringkas yang melalui titik J, K, dan L.


Di antara laluan berikut yang manakah menunjukkan laluan bagi satu
pusingan lengkap bandul?
I J→K→L
II J→K→L→J
III J→K→J→ K→L

53 Kuantiti haba dalam sesuatu bahan bergantung kepada


I Suhu bahan tersebut
II Isipadu bahan tersebut
III Unsur bahan tersebut

54 Yang manakah di antara berikut unit yang betul bagi kuantiti fizikal yang
diberi?
Kuantiti fizikal S. I unit
I Jisim Kilogram
II Arus elektrik Ampere
III Suhu Celsius

55 Protoplasm terdiri daripada


I Nukleus
II Sitoplasma
III Membran sel

56 Yang manakah di antara berikut benar mengenai nucleus sel?


I Berbentuk bujur
II Mengawal semua aktiviti sel
III Mengandungi bahan baka
57

Rajah 18

Organisma yang manakah di antara berikut yang mempunyai sel seperti


yang ditunjukkan dalam rajah 18?
I Euglena
II Frog
III Cat

58 Organ manakah di antara berikut yang boleh mengangkut oksigen


keseluruh badan?
I Paru-paru
II Jantung
III Ginjal

59 Di antara organ berikut yang manakah boleh menyingkirkan bahan kumuh


dari badan?
I Paru-paru
II Kulit
III Ginjal

60 Kenapakah manusia dianggap sebagai organisma kompleks?


I Manusia menjalani proses hidup seperti respirasi
II Manusia mempunyai organisasi sel seperti sel, tisu dan organ
III Manusia mempunyai akal dan boleh berfikir secara rasional

61

Rajah 19

Rajah 19 menunjukka sejenis sel yang dikaji. Bahagian yang manakah


bersifat separa telap?
I P
II Q
III R
62

Rajah 20

Rajah 20 di atas menunjukkan struktur sel yang dilihat di bawah mikroskop.


Ciri-ciri sel yang manakah menunjukkan bahawa sel tersebut bukannya sel
haiwan?
I Vakul yang besar
II Kehadiran dinding sel
III Sitoplasma yang sedikit

63 Di antara alat-alat berikut yang manakah menggunakan prinsip apungan?


I Belon udara panas
II Kapal selam
III Picagari

64 Gas yang digunakan untuk memasak boleh disimpan dalam tangki dan
digunakan dirumah kerana
I Boleh berubah kepada cecair di bawah tekanan rendah
II Cecair boleh berubah kepada gas apabila tekanan dikurangkan
III Ruang antara gas yang besar

65 Seorang pelajar ingin membuktikan bahawa tanah adalah jirim. Apakah


yang patut di lakukan oleh pelajar tersebut?
I Menentukan jisim sampel tanah
II Menentukan isipadu sample tanah
III Menentukan ketumpatan sample tanah

66 Di antara partikel-partikel berikut yang bergetar pada kedudukannya yang


tetap pada suhu bilik?
I Semangkuk sup
II Tombol (pemegang) pintu
III Jarum besi

67 Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah benar tentang dawai


kuprum?
I Partikel-partikelnya tersusun rapat
II Partikel-partikelnya bergetar dan berputar pada suhu yang tinggi
III Partikel-partikelnya tidak bergerak bebas
68 Seketul kuib ais terapung di atas air. Ini menunjukkan bahawa
I Kuib ais adalah pepejal
II Partikel di dalam kuib ais tidak tersusun rapat
III Kiub ais mempunyai bilangan jirim yang kurang di dalam satu unit
isipadu air

69 Yang manakah di antara tindakan berikut boleh mengurangkan jarak di


antara partikel di dalam gas hidrogen?
I Membekalkan tenaga haba kepada sample
II Menyejukkan sample
III Mengenakan tekanan yang tinggi kepada sample

70 Pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keadaan gas?


I Mudah dimampatkan
II Mempunyai ketumpatan yang rendah
III Mengalir dengan mudah

71 Ketumpatan sesuatu objek boleh dikurangkan dengan


I Mengurangkan saiz objek tersebut
II Menambah isipadu
III Mengurangkan ketumpatannya

72

Rajah 21

Rajah 21 menunjukkan perbandingan di antara ketumpatan air dan cecair K.


berapakah nilai ketumpatan yang mungkin bagi cecair K?
I 0.75 g/cm³
II 1.4 g/cm³
III 2.9 g/cm³
73

Rajah 22

Rajah 22 menunjukkan tiga jenis bahan yang berlainan iaitu X, Y dan Z


yang diletakkan kedalam sebikar air. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat
dari eksperimen ini?
I Bahan X dan Bahan Y mempunyai ketumpatan yang sama.
II Bahan X mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada Bahan X
III Bahan Y mempunyai ketumpatan yang rendah berbanding dengan air

74

Rajah 23

Cecair U, V, dan W adalah tidak bercampur. Rajah 23 menunjukkan


kedudukan masing-masing secara relatif. Pernyataan yang manakah benar
tentang keadaan di atas?
I Cecair W mempunyai ketumpatan yang rendah
II Cecair V adalah lebih tumpat daripada cecair W
III Cecair V mempunyai ketumpatan paling tinggi.

75 Di antara pernyataan berikut yang manakah boleh menerangkan tentang


pepejal dengan betul?
I Mempunyai ketumpatan yang tinggi
II Mempunyai tenaga yang rendah
III Tidak boleh dimampatkan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ __________________________
(Pn. Rosni bt Mohamad) (Wahida Ismail)
Ketua Panitia

Anda mungkin juga menyukai