Anda di halaman 1dari 15

Friday, February 12, 2010

Rasm Uthmani

PENGENALAN

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui
oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.
Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para
sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan
rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana
kebanyakkan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan
oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam
penulisan al-quran pada ketika itu.
Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-
akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-
kadang langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri.
Terdapat banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan,
bertambah huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang
terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun.
Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada Umat Islam
supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja. Selain daripada
dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga mempunyai kelebihan dan
kesahihannya mengikut sejarah.
Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianya
melalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-
tanda sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan
titik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah
Marwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang
dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf.
Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-lain. Al-
Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat
Raihani kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan
Khat Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya
dicetak di negara-negara Islam lainnya hingga ke hari ini.

SEJARAH AL-QURAN

Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf
( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh
mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin
Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu’awiyah bin Abi Sufian,
Abban bin Said dan al-Ala’ bin al-Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah
manakala dari kalangan Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit
dan al-Munzir bin Amru.
Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan
dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang
tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan
hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di
Madinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah
penulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya Rasulullah s.a.w mempunyai lebih
daripada 40 orang penulis (kebanyakkanya penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna
diturunkan kepada Baginda.

PENGENALAN RASM UTHMANI

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui
oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-
hurufnya.Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara
mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr. Sya’ban Muhammad Ismail
mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan
mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke
kota-kota Islam ketika itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-
Quran yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang
digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan kepada
Sayyidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin
semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA

Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada


junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi
Muhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yang
terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah
Surah Al-Isra ayat 9

¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan
memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa
bagi mereka ganjaran yang besar”.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:


“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu
kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak
mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan
Mim satu huruf”.Riwayat Ibnu Mas’ud.

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat pada
rasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.


Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah
kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak
mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu
daripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi:

Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W


yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang
benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak
memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak
lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”.

2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran.


Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan pembacanya akan
mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun. Para ulama Al-Quran
bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah satunya ialah
menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah,
Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman
sendiri.Perkataan rukun bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah
tidak akan menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan
al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani
sahaja.

3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran


Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan
dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang
pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.Terdapat hadis yang
menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf sebagaimana sabda baginda
S.A.W yang bermaksud:

“ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah menceritakan
kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd Allah bin Abd
Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah
bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa
mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta ditambahkan, dan akhirnya ia menambah
kepadaku sehingga selesai tujuh huruf”.

Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh cara
bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad, muthanna
atau jama’ dan sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal, nipis, imalah, tashil,
isymam dan sebagainya.

4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.


Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan
dalam penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-
Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah melakukan
semakan terakhir al-quran kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-
sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan
mengumpulkan al-Quran oleh khalifah Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka
Zayd menulis berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan
terakhir.

5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran.


Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui
oleh Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-
hurufnya bererti seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat Al-Quran
dan sekiranya ia berlaku sudah pasti orang yang melakukannya bertanggungjawab di
akhirat kelak.Oleh itu, rasm uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan
Al-Quran supaya kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh
Allah S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah
mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.

6. Mengikut Sunnah Rasulullah


Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.

DEFINISI SETIAP KAEDAH SERTA CONTOH-CONTOHNYA

Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah


Arab.Kaedah-kaedah tersebut ialah Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm
Arudi.Daripada tiga kaedah ini, hanya Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi digunakan dalam
penulisan Al-Quran dan Rasm Arudi digunakan dalam penulisan syair-syair Arab
sahaja.Kaedah Rasm Uthmani jauh berbeza dengan kaedah penulisan biasa.Terdapat
beberapa kaedah. Antaranya ialah:

1. KAEDAH AL-HAZAF
Maksud Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-
kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani, Al-Hazaf bermaksud huruf-huruf yang tidak
boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf. Mengikut kaedah
Rasm Uthmani terdapat enam huruf yang dibuang iaitu Alif, Wau,Ya, Lam, Nun dan
huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu
hazaf isyarah, hazaf ikhtisor dan hazaf iktisor.

Hazaf Alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut.

(a) Hazaf Alif


1. Alif pada kalimah “basmalah “sama ada lengkap atau tidak.Contohnya surah An-Naml
ayat 30:
Kecuali pada surah Al-Alaq ayat 1:
2. Alif “Al-Takrif “yang didahului huruf Lam untuk ta’kid atau “jar”.Contohnya surah
Al-Imran ayat 96:
¨3. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi sebagai pertanyaan dan
disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’.Contohnya surah Al-Baqarah ayat 35:
4. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa.Contohnya surah Yusuf ayat 82:
5. Alif ya kata seruan ( ya al-nida ).Contohnya surah Az-Zumar ayat 53:
6. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat di tiga surah berlainan.Contohnya surah An-Nur
ayat 31:
7. Alif “ domir marfuk “ yang bersambung dengan “ domir maful “.Contohnya surah Ya-
sin ayat 69:

8. Alif kata bilangan dua (muthanna) yang tidak terletak dihujung kalimah.Contohnya
Surah An-Nisaa ayat 16:
9. Kebanyakan alif pada kalimah jama’ muzakkar salim.Contohnya surah Al-Fatiha ayat
2:
Kecuali jika selepasnya huruf hamzah atau tasdid.Contohnya surah Al-Fatiha ayat 7:

10. Semua Alif jamak Mu’annath.Contohnya surah An-Nisa ayat 25:


Kecuali surah syura ayat 22:
11. Alif pada kata nama bilangan ( Asma’ Al-Adad ).Contohnya surah Al-A’raf ayat 142:
12. Alif berbaris dua di atas ( fathain ) yang didahului huruf hamzah.Contohnya surah Al-
A’la ayat 5:

Begitu juga jika huruf sebelum hamzah berbaris dihazaf alif sama ada ia “ nasab “ atau
kata bilangan dua “ li thasniah “.Contohnya surah Yunus ayat 87:
!13. Alif bagi ha peringatan ( ha tanbih ).Contohnya surah An-Naml ayat 42:
14. Alif kata penunjuk ( isim isyarah ).Contohnya surah Al-Baqarah ayat 5:
15. Alif kata nama penyambung ( asmak al-Mausulah ).Contohnya surah At-Talaq ayat 4:
‘16. Alif di tengah-tengah ejaan nama ajam dan nama-nama itu sering
digunakan.Contohnya surah Al-Anbiyaa ayat 48:

17. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat sahaja dalam A-
Quran iaitu dalam surah An-Nisaa ayat 99:
18. Alif hamzah pada semua perkataan "‫"ألن‬contohnya dalm surah Al-Baqarah ayat 71:
19. Alif berbentuk ( surah ) hamzah yang asalnya dihujung kalimah seperti dalm surah
Al-Baqarah ayat 72:
20.Dua alif yang berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah
ayat 6:
21.Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang.Contohnya dalam surah Al-
Baqarah ayat 61:
22. Alif pada kalimah-kalimah yang mempunyai dua huruf lam.Contohnya dalam surah
Al-I Imran ayat 164:
23. Semua perkataan “ kitab” kecuali di tempat berikut.Surah An-Naml ayat 1:

Surah Qaf ayat 14:


25. Perkataan “ayatuna” kecuali pada dua tempat seperti dalam surah Yunus ayat 21
Dan surah Yunus ayat 15.
26. Hazaf alif juga berlaku pada kalimah-kalimah berikut:
‫السموت‬،‫المسجد‬،‫المسكين‬،‫السلطن‬،‫الشيطن‬،‫المبركة‬،‫الرحمن‬.
(b) Hazaf Wau

Hazaf wau berlaku dalam keadaan berikut:


1.Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah As-Sajda ayat 18:
`2. Dibuang wau yang menumpangkan huruf hamzah.Contohnya dalam surah Yusuf ayat
5:
3. Dibuang awau pada empat kata perbuatan. Contohnya dalam surah A-Alaq ayat 18:

( c) Hazaf Ya

Hazaf Ya berlaku dalam keadaan berikut:


1. Ya “ muatakallim” pada kedudukan “ isim munada”.Contohnya dalam surah Al-
Furqan ayat 30:
È
2. Ya tambahan di akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai “nidak”.Contohnya dalam
surah Hud ayat 105:
3. Ya “ isim manqus” berbaris dua di hadapan atau baris dua di bawah.Contohnya dalam
surah Al-Baqarah ayat 173:
4. Ya daripada dua ya yang berturut-turut dalam satu kalimah sama ada di tengah atau di
akhir.Contohnya dalam surah Al-Maidah ayat 111:
Kecuali pada ayat 18 surah Mutaffifin:
5. Ya yang “bersuroh” hamzah.Contohnya dalam surah Maryam ayat 74:
6. Semua lima belas kali ya pada perkataan” Ibrahim” dalam surah Baqarah.

7. Semua kata “ say’yiah “ dalam bentuk jamak.Contohnya dalam surah Hud ayat 78:
( d ) Hazaf Lam

Hazaf Lam berlaku pada keadaan berikut:


1. Pada Lam kedua dalam kalimah-kalimah
‫الئ دان والليل‬،‫التي‬،‫الذين‬،‫الذان‬،‫الذي‬.
Kecuali kalimah-kalimah seperti
‫اللطيف دان اللوامة يغ كسمواث مغكلكن حروف الم كدوا‬،‫الحم‬،‫الالت‬،‫الؤ‬،‫اللهو‬،‫اللغو‬،‫اللعنة‬،‫الالعنين‬،‫الالعنون‬.

2. Lam pada lafzul Jalalah.

(e) Hazaf Alif, Wau, dan Ya Fawatih Suwar.


Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to, sod,qaf, ro.Hazaf wau
pula pada huruf nun.Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin dan
ain.Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas
dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.

2. KAEDAH AL-ZIYADAH

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Huruf tersebut


ditulis tetapi tidak berfungsi.Terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah
penulisan rasm uthmani.Huruf tersebut ialah Alif, wau dan ya.
1. Menambah huruf-huruf alif.Terbahagi kepada enam bahagiani)
Menambah alif selepas wau gentian kepada jamak muzakar salim yang berhubung
dengan fi’il madhi, mudari’ dan amar. Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 218.
¨ii) Menambah alif selepas huruf wau jamak pada perkataan muzakar salim yang marfu’.
Contohnya
‫أولوااأللبب‬
iii) Menambah alif selepas wau bagi semua fi’il mudari’.Contohnya dalam surah Al-
Hajj ayat 12.
iv) Menambah alif selepas huruf mim.Contohnya ‫مائة حبة‬.
v) Menambah alif selepas huruf ya.Contohnya dalam surah yusuf ayat 87.
vi) Menambah alif selepas huruf lam.contohnya ‫ومالية بئايتنا‬.

2. Menambah huruf wau.Terbahagi kepada dua bahagian.


i) Menambah huruf wau.Ia ditulis tetapi tidak dibaca dengan hukum madd pada
huruf wau itu.Contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 145.
ii) Menambah huruf wau selepas hamzah qata’ tetapi ia tidak dibaca dengan madd
huruf wau itu.Contohnya ‫أولئك جزاؤهم‬.

3. Menambah huruf ya iaitu menambah huruf ya pada kalimah-kalimah tertentu tetapi


tidak dikira sebagai huruf madd.Contohnya:
i) Surah Al-Imran ayat 144:
ii) Surah Ta-Ha ayat 130:
živ) Surah Al-Zariyat ayat 47:
v) Surah Al-Qalam ayat 6:
vi) Surah Al-An’am ayat 34:
vii) Surah Yunus ayat 15:
Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah Hud ayat 97:
3. KAEDAH AL-IBDAL
Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain.Pertukaran tersebut berlaku
dalam lima keadaan berikut iaitu:-
1. Pertukaran huruf alif kepada wau
2. Pertukaran alif kepada ya
3. Pertukaran nun kepada alif
4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah
5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif

1. Pertukaran huruf alif kepada wau


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif akan diibdalkan kepada
huruf wau pada beberapa kalimah tertentu.Kalimah tersebut ialah:-

a) Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu


‫ الربوا‬،‫ الحيوة‬،‫ الزكوة‬،‫الصلوة‬
b) Empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu:-
‫ ومنوة‬،‫ النجوة‬،‫ كمشكوة‬،‫بالغدوة‬
2. Pertukaran alif kepada ya
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif pula akan diibdalkan kepada
huruf ya pada beberapa keadaan tertentu.
a) Apabila alif terletak di hujung kalimah.Contohnya dalam surah Ali Imran ayat 73:

tetapi terdapat beberapa keadaan di mana huruf alif dikekalkan, iaitu huruf alif
bersebelahan ya sama ada sebelum atau selepasnya.Contohnya dalam surah Al-Baqarah
ayat 201:
terdapat satu kalimah yang tetap ditulis dengan ya biarpun ianya bersebelahan dengan
huruf ya iaitu dalam surah Maryam ayat 7:
Huruf alif pada kalimah-kalimah berikut
‫ طغا‬،‫ سيماهم‬،‫ أقصا‬،‫ األقصا‬،‫ عصا‬،‫كلتا‬
b) Huruf alif pada kalimah ‫ أنى‬yang membawa maksud “bagaimana”, ia juga pada
kalimah seperti
‫ لدى‬،‫ متى‬،‫ بلى‬،‫ الى‬،‫ حتى‬،‫ على‬،‫أنى‬
Melainkan pada satu kalimah yang tetap ditulis dengan huruf alif iaitu daripada surah
Yusuf ayat 25:
3. Pertukaran nun kepada alif
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf nun akan diibdalkan kepada
huruf alif pada beberapa keadaan tertentu:

a) Huruf nun taukid khafiyyah pada dua kalimah iaitu ‫وليكونا دان لنسفعا‬
b) Huruf nun pada kalimah satu kalimah seperti ‫فاذا‬
4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta’ al-Marbutah akan
diibdalkan kepada huruf Ta’ al-Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu.
a) Kalimah ‫ رحمة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ رحمت‬pada tujuh tempat dalam al-Quran.
b) Kalimah ‫ نعمة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ نعمت‬pada sebelas tempat dalam al-Quran.
c) Kalimah ‫ سنة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ سنت‬pada lima tempat dalam al-Quran.
d) Kalimah ‫ امرأة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ امرأت‬pada tujuh tempat dalam al-Quran.
e) Kalimah ‫ مرضا ة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ مرضا ت‬pada semua tempat dalam al-
Quran.
f) Kalimah ‫ لعنة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ لعنت‬pada dua tempat dalam al-Quran.
g) Kalimah ‫ معصية‬ditulis dengan Ta’ al-al-Maftuhah ‫ معصيت‬pada dua tempat dalam al-
Quran.
h) Huruf-huruf yang mufrad ditulis dengan Ta’ al_maftuhah pada tujuh kalimah dalam al-
Quran, iaitu ‫ ابنت‬، ‫ فطرت‬، ‫ وجنت‬، ‫ بقيت‬، ‫ ثمرت‬، ‫ قرت‬، ‫شجرت‬
.
5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif
Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang
ketiganya ialah wau.Contohnya seperti ‫ الصفا‬، ‫ شفا‬، ‫ سنا‬dan sebagainya, melainkan semua
kalimah ‫ والضحى‬dan lima kalimah yang lain iaitu ‫ سجى‬، ‫ طحها‬، ‫ تلها‬، ‫ دحها‬، ‫زكى‬

4. KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL


Al- Wasl wa al-Fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf
atau kalimah-kalimah tertentu.Di dalam penulisan Rasm Uthmani, terdapat banyak
kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan
cara berpisah pada tempat yang lain dan sebaliknya.

1. Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:


a) Semua Ya’ al-Nida’ ( ‫ ) يا‬dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-
Baqarah ayat 35.
b) Semua Ha’ al-Tanbih ( ‫ ) ها‬dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-
Nisa ayat 109.
c) Semua kalimah ( ‫ ) أم‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Lail ayat 5.
d) Semua huruf Alif Lam al-Ta’rif dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah
Al-Fatihah ayat 4.
e) Semua kalimah ( ‫ ) من‬dengan ( ‫ ) من‬seperti dalam surah Hud ayat 48.
f) Semua kalimah ( ‫ ) من‬dengan gantinama selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah
ayat 35.
Ÿg) Kalimah ( ‫ ) يس‬dengan ( ‫ ) ما‬pada dua tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-
Baqarah ayat 90
dan surah Al-A’raf ayat 150.
h) Kalimah (‫ ) ابن‬dan (‫ ) أم‬yang dimulai dengan Ya’ al-Nida’ (‫ )يا‬pada satu tempat sahaja
dalam al-Quran iaitu dalam surah Taha ayat 94.
i) Semua kalimah berikut
‫ وزنوهم‬، ‫ كالوهم‬، ‫ أما‬، ‫ حيئذ‬، ‫ كأنما‬، ‫ نعما‬، ‫ يومئذ‬، ‫ إال‬، ‫ مهما‬، ‫ أيما‬، ‫ ويكأنه‬، ‫ويكأن‬.
2. Ditulis dengan berpisah pada kalimah-kalimah berikut:

a) Kalimah (‫ ) هيث‬dengan (‫ ) ما‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah
Al-Baqarah ayat 144 dan 150.
b) Semua kalimah (‫ )يس‬dengan (‫ ) ما‬yang didahului dengan huruf Fa’ dan Lam seperti
dalam surah Ali Imran ayat 187.
c) Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) لم‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah
Al-An’am ayat 131 dan
š�
surah Al-Balad ayat 7.
d) Kalimah ( ‫ ) عن‬dengan ( ‫ ) من‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah
Al-Nur ayat 43 dan
surah Al-Najm ayat 29.
e) Kalimah (‫ )ابن‬dan (‫ )أم‬apabila tidak bersambung dengan Ya’ al-Nida’ pada satu tempat
sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-A’raf ayat 150.
f) Kalimah ( ‫ ) عمن‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur ayat
43 dan
surah Al-Najm ayat 29
g) Kalimah (‫ )كى‬dengan (‫ )أل‬pada tiga tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nahl
ayat 70,
surah Al-Ahzab ayat 37 dan
surah Al-Hasyr ayat 7.
h) Kalimah (‫ )أيا‬dengan (‫ )ما‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-
Isra’ ayat 110.
i) Kalimah (‫ )إل‬dengan (‫ ) ياسين‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah
Al-Safat ayat 130.

j) Kalimah (‫ )أن‬dengan (‫ )لو‬pada tiga tempat sahaja salah satunya dalam surah Al-A’raf
ayat 100.
3. Kalimah yang berbeza bentuk tulisannya

i) Kebanyakkanya ditulis dengan bersambung


a) Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) ال‬seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 282.

b) Semua kalimah ( ‫ ) إن‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Muhammad ayat 4.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-Ra’d ayat 40.

c) Semua kalimah ( ‫ ) عن‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 74.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-A’raf ayat 166.

d) Semua kalimah ( ‫ ) إن‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Nisa ayat 171.™


Melainkan pada satu tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Al-An’am ayat 134.
ž
e) Semua kalimah ( ‫ ) كل‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Nisa ayat 56.

Melainkan pada tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Ibrahim ayat 34.

ii) Kebanyakkannya ditulis dengan berpisah.

a) Semua kalimah ( ‫ ) أين‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Ali Imran ayat 112.
Melainkan pada tiga tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Al-Baqarah ayat 115.

b) Semua kalimah (‫ ) إن‬dengan ( ‫ ) لم‬seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 24.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Hud ayat 14.

4. Kalimah yang harus ditulis sama ada bersambung atau berpisah.

a) Kalimah ( ‫ ) فى‬dengan ( ‫ ) ما‬pada sepuluh tempat dalam al-Quran.Salah satunya seperti


dalam surah Al-Baqarah ayat 240.
Ÿ
b) Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) ال‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah
Al-Anbiya ayat 87.

KAEDAH AL-HAMZ / HAMZAH


Penulisan Hamzah di dalam Rasm Uthmani terbahagi kepada dua bahagian
1. Hamzah Wasal
2. Hamzah Qatho’

Hamzah Wasal
Cara mengenal hamzah wasal di dalam Mashaf Rasm Uthmani ialah diletak di atas huruf
alif kepada sod yang kecil.Hamzah wasal kekal bunyinya (sebutannya) ketika dimula
dengannya dan dia gugur (hilang) ketika disambung dengan kalimah
sebelumnya.Hamzah ini berada di awal kalimah sahaja. Contohnya ‫السميع العليم‬.
Hamzah Qatho’
Cara mengenal hamzah Qatho’ di dalam mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak
di atas alif, wau dan ya’ huruf hamzah yang kecil.Hamzah qatho’ kekal sebutannya sama
ada ketika dimula dengannya juga ketika disambung dengan kalimah
sebelumnya.Hamzah qatho’ berada pada awal tengah dan akhir kalimah.
Contohnya ‫أن أدواالى‬

Pembahagian Hamzah Wasal


1. Hamzah wasal ditulis dengan alif dan di atas alif diletak tanda hamzah wasal ( ‫ ) ا‬iaitu
kepala huruf sod sebagai gambaran kepada hamzah wasal.
Contohnya ‫واليوم الموعود‬

2. Hamzah wasal dibuang atau dihazaf gambarannya pada lima keadaan:

a) Hamzah wasal pada faul kalimah yang terletak di antara huruf wau ataupun fa’ dengan
hamzah. Contohnya; Asal ‫ فاأتوا‬ditukar kepada ‫فأتوا‬
b) Hamzah wasal terletak pada Fi’il Amar sebelumnya juga terdapat huruf wau dan fa’.
Asal ‫ واسئل‬ditukar kepada ‫وسئل‬
c) Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif sebelumnya terdapat huruf Lam Ibtida’
atau Lam huruf Jarr.Contohnya
Asal ‫ اللذى‬ditukar kepada ‫للذى‬
d) Hamzah wasal yang terletak pada Fi’il sebelumnya terdapat hamzah
istifham.Contohnya
Asal ‫ أاطلع‬ditukar kepada ‫أطلع‬
e) Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Isim Majrur dengan ba’ yang disandarkan
kepada Lafzl Jalallah.Contohnya
Asal ‫ باسم هللا‬ditukar kepada ‫بسم هللا‬

Pembahagian Hamzah Qatho’


1. Hamzah yang ditulis mengikut harakat ( baris ) dan surah ( gambaran )
sebelumnya.Contohnya ‫وأصيال‬
2. Hamzah bersendirian sebelumnya terdapat huruf yang sakinah.
Contohnya ‫عليهم ءأنذرتهم‬
3. Hamzah yang bertanda sukun terletak pada pertengahan kalimah atau akhir kalimah
terdapat di dalam beberapa keadaan.
a) Hamzah selepas Fathah ( baris di atas ) ditulis dengan hamzah dan alif.
Contohnya ‫أنشأتم شجرتها‬
b) Hamzah selepas Kasrah ( dibaris bawah ) ditulis dengan hamzah dan ya’.
Contohnya ‫ائت بقرءان‬

6. KAEDAH MA FIH QIRA’ ATAANI

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat,
kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.Kaedah penulisan
kalimah-kalimah tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat.


Terdapat beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf Alif, bacaannya bertepatan
dengan dua wajah qiraat sama ada dengan Alif panjang atau tanpa Alif yakni
pendek.Contohnya:
a) Kalimah ) ‫ ) فكهين‬boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa’
b) Kalimah ‫ ) )مللك‬boleh dibaca panjang atau pendek pada huruf Mim dan kalimah
seumpamanya.

2. Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat.


Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, ianya ditulis dengan
menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.Contohnya:
a) Kalimah ‫ ) )الصرط‬ditulis dengan huruf sad walaupun terdapat qiraat yang membaca
dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.Ini kerana bacaan sad lebih masyhur
dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat mutawatirah jika dibandingkan dengan bacaan
lain.

3. Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza.


Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau
kalimah.Ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai
bagi qiraat yang lain.Dengan itu, ianya ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu
kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain.Contohnya
‫ جنت تجرى تحتها االنهر‬ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf, dan mashaf lain pula ada
penambahan kalimah ‫ من‬menjadi ‫تجرى من تحتها االنهر‬.

Al-Quran pada permulaan penurunannya yang diturunkan kepada nabi Muhammad tidak
sebagaimana yang kita tatapi hari ini berkulit, berbaris, bertitik dan sebagainya.Masa dan
waktu terus berjalan, semakin hari semakin ramai dikalangan sahabat yang menghafaz al-
Quran meninggal gugur syahid.Islam semakin rancak tersebar di serata dunia
menyebabkan berlakunya percampuran bahasa hasil daripada perkahwinan bangsa arab
dengan bukan arab menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam membaca dan memahami
al-Quran.Demi kemaslahatan umat generasi yang akan datang, satu inisiatif telah diambil
untuk kemaslahatan umat generasi akan datang dengan memperkenalkan dhabtul Quran.

Al-Dabt pada bahasa bermaksud menjaga sesuatu manakala pada istilah ianya bermaksud
satu disiplin ilmu yang membincangkan simbol-simbol yang diciptakan oleh ulama untuk
membantu dan mengawasi bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah al-Quran.

HIKMAH ATAU RAHSIA DISEBALIK PENGGUNAAN KAEDAH-KAEDAH


TERSEBUT

1. Kaedah Al- Hazaf


Sebagai petujuk dua atau lebih wajah qiraat dan ianya mempunyai maksud tertentu yang
khusus.

2. Kaedah Al-Ziyadah
Hurufnya mempunyai banyak keistimewaan.Para ulama berpendapat bahawa huruf-huruf
tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf
terutamanya pada peringkat awal penulisannya yang tidak mempunyai sebarang
baris.Selain itu, para ulama juga mendapati bahawa huruf-huruf ziyadah mempunyai
makna lain yang tersirat disebaliknya.

3. Kaedah Ibdal
Terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal dalam Rasnm
Uthmani yang tidak mampu dikaji atau difikirkan oleh akal fikiran manusia.Terdapat juga
beberapa hikmah atau keistimewaan yang tersurat dan dapat difikirkan oleh ulama yang
pakar dalam bahasa arab dan pakar dalam bidang qiraat.Antaranya ialah huruf-huruf
tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal-usul sesuatu huruf.Selain itu,
sebahagian kalimah ditulis bersesuaian dengan berbagai-bagai cara bacaan yang
diharuskan.

4. Kaedah Al-Wasl dan Al-Fasl


Telah memberi kesan yang besar terhadap tiga perkara.Pertamanya cara bacaan.Cara
bacaan bagi semua qurra akan berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan kalimah-
kalimah tertentu.Keduanya berkaitan dengan maksud kalimah.Maksud sesuatu kalimah
yang ditulis dengan bersambung kadang-kadang akan berbeza apabila ia ditulis dengan
berpisah.Ketiganya, berkaitan hukum tajwid.Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah pada
kebiasaanya akan berubah dengan sebab perbezaan cara tulisan yang melibatkan
bersambung atau berpisah.

5. Kaedah Al-Hamz/ hamzah


Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan huruf
hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia.Akal
manusia tidak dapat memikirkan tentang hikmah di sebalik bentuk penulisan huruf
hamzah yang berbeza-beza antara satu sama lain.Namun, terdapat juga beberapa hikmah
yang tersurat di sebaliknya iaitu yang berkaitan dengan cara-cara bacaannya yang
berbagai-bagai.

6. Kaedah Ma Fihi Qira’ Ataani


Terdapat pelbagai keistimewaan.Antaranya ialah ianya merupakan satu kaedah penulisan
yang sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat yang mutawatirah.Selain itu, ianya ditulis
berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan qiraat.Ianya
berlaku apabila sesuatu qiraat harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja iaitu bentuk
yang asal, tanpa perlu diubah kepada satu bentuk yang lain dan bentuk itu memungkinkan
dibaca dengan berbagai qiraat.Selain itu, beberapa kalimah yang tertentu ditulis berlainan
dalam beberapa mushaf-mushaf tertentu.Ini disebabkan oleh ayat atau kalimah asalnya
hanya sesuai dibaca oleh sebahagian qiraat dan tidak memungkinkan dibaca oleh
sebahagian qiraat yang lain.

PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI

Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagai petunjuk kepada manusia.Di dalam
penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama’.Pertamanya,
penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani ( Pendapat Jumhur
Ulama’).Keduanya, Harus menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.Ketiganya,
Harus malah Wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi
maksud pembelajaran.
Pada pendapat saya, hukum menggunakan rasm uthmani adalah Wajib. Ini kerana,
melalui rasm uthmani dapat membentuk bacaan yang selaras dikalangan pembaca yang
mungkin mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor
utama pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang
menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat
ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam.
Justeru itu, perlu diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi, nescaya ia akan
mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara.
Seterusnya, tulisan Rasm Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan
wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam
Allah ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi
bentuk bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang
tertentu, ia dapat memandu kita untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat
dalam Rasm Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan
ditonjolkan dengan sebaiknya, ia dapat menarik minat untuk menggunakan Rasm
Uthmani ini dalam pengajian al-Quran.
Selain itu, penguasaan ilmu tajwid adalah perkara yang mustahak selepas seseorang boleh
membaca al-Quran.Kerana ketidak mampuan menguasai tajwid ini akan mewujudkan
kesalahan dan kesilapan yang banyak dalam membaca al-Quran.Malah, kesilapan
membaca membawa pada kesilapan pengertian yang terkadang membawa pada
pengertian sebaliknya.Oleh itu, rasm uthmani boleh membantu menguasai huku-hukum
tajwid.Dengan memahami beberapa simbol yang ada pada al-Quran uthmani, pembaca
akan dengan mudah menguasai hukum tajwid dengan baik dan sempurna.
Selain itu, bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati
bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan
bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini
memudahkan kita untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.
Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas sama ada pada awal atau surah.
Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang
menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung,
pembaca dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi yang ingin menghafal pula, ianya
akan memudahkannya untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi
setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman.

Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya Rasm Uthmani


yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat Islam hingga ke
hari ini. Ia juga adalah salah satu daripada janji-janji Allah taala kepada manusia, iaitu
akan memelihara al-Quran hingga ke hari kiamat.

Melalui penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan ini dapat
memberi sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita.
Antara lain, semoga penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga akan dapat
membantu kita semua di dalam meneliti di samping mengkaji beberapa kaedah dan
pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam tulisan Rasm Uhtmani.
Firman Allah taala :
"‫" ورتل القرأن ترتيال‬
Walau bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita berhenti di
sini, sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru yang
muktabar bagi memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap Rasm
Uthmani ini akan lebih mendalam dan lebih jelas lagi .

Posted by roslizam at 10:22 PM    

Labels: Hasil tugasan

http://badrizam.blogspot.com/2010/02/rasm-uthmani.html

Anda mungkin juga menyukai