Anda di halaman 1dari 6

PENYAKIT

Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat
dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan,
kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau
fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh
kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit
baka/keturunan. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai
perubatan.

Praktik perubatan dahulu kadang kala membezakan penyakit, yang mempunyai sebab khusus
atau beberapa penyebab (dikenali sebagai etiologinya), berbeza dari sindrom, yang merupakan
himpunan tanda dan/atau simptom yang berlaku serentak. Perbezaan takrif ini didapati kurang
tepat kerana kebanyakan sindrom telah berjaya dikenal pasti. Pada masa yang sama, banyak
istilah perubatan yang menggambarkan simptom atau ketidaknormalan, mungkin dirujuk sebagai
penyakit dalam banyak konteks, terutama sekiranya punca penyakit tidak dapat dikenal pasti.

Sesuatu gejala dianggap sebagai penyakit oleh sesuatu kebudayaan atau dalam satu julat masa,
tetapi bukan dalam semua kebudayaan atau era. Masalah kecenderungan menentang, masalah
sukar menumpukan perhatian, dan masalah personaliti merupakan antara contoh gejala yang
dianggap sebagai penyakit dalam masyarakat kini tetapi tidak pernah dianggap sedemikian
dalam kebudayaan masyarakat abad lalu atau bagi masyarakat lain pada masa kini.

Kadang kala, sama ada sesuatu gejala dikira sebagai penyakit atau sindrom dan variasinya telah
menjadi topik politik yang hangat lantaran kesannya kepada ekonomi dan masyarakat.
Jenis- Jenis Virus

Virus Nipah
Spesies

Keluang Malaya (Pteropus vampyrus), salah satu takungan semula jadi virus Nipah.

Virus Nipah dikenal pasti pada 1999 selepas ia menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi
di ladang babi di semenanjung Malaysia, menyebabkan 105 kematian manusia dan pelupusan
sejuta babi [1]. Di Singapura, 11 kes termasuk satu kematian berlaku dikalangan pekerja
sembelihan yang terdedah kepada babi yang diimport ladang Malaysia. Virus Nipah dikelaskan
oleh CDC sebagai agen Kategori C (http://www.bt.cdc.gov/agent/agentlist-category.asp).

Simptom jangkitan dari wabak Malaysia terutamanya adalah ensefalitis pada manusia dan
pernafasan bagi babi. Wabak berikutnya telah menyebabkan penyakit pernafasan pada manusia,
meningkatkan kemungkinan jangkitan dari manusia ke manusia dan menunjukkan kewujudan
jenis virus yang lebih merbahaya.

Berasaskan data seroprevalence dan pengasingan virus, simpanan utama virus Nipah telah
dikenal pasti sebagai kelawar buah (Pteropid fruit bats) termasuk Pteropus vampyrus (Keluang)
dan Pteropus hypomelanus (Keluang Kecil), yang kedua-dua spesies terdapat di Malaysia.

Virus Nipah juga dikesan merebak di Bangladesh dengan kadar kematian mencecah 80%. Kadar
ini hampir menyamai dengan wabak Ebola, sementara SARS mempunyai kadar kematian sekitar
9 peratus.) Ia tidak dapat dipastikan punca kematian yang lebih tinggi ini adalah disebabkan jenis
Bangladesh lebih merbahaya berbanding jenis di Malaysia, atau ia disebabkan faktor
perkhidmatan kesihatan yang kurang baik. Untuk menghalang wabak, Malaysia kini menyaring
contoh darah babi bagi mengesan virus Nipah.

Penyebaran virus Nipah dari kelawar kepada babi dipercayai berlaku akibat peningkatan
pertindanan antara kawasan habitat kelawar dengan kawasan pemeliharaan babi di semenanjung
Malaysia. Di ladang indek (bermula berlaku wabak), kebun buah berada berdekatan dengan
ladang babi, ini membenarkan tumpahan air kencing, najis dan buah yang digigit keluang
dimakan pula oleh babi[2]. Kajian retrospespektif (undur balik) menunjukkan bahawa limpahan
virus kepada babi mungkin telah berlaku di Malaysia semenjak 1996 tanpa dikesan [1]. Semasa
1998, penyebaran virus dibantu oleh pemindahan babi yang dijangkiti ke ladang lain dan
memulakan wabak yang baru.

Wabak

Lapan lagi wabak virus Nipah telah berlaku semenjak 1998, kesemuanya di Bangladesh dan
kawasan berjiran di India. Kawasan wabak terletak dalam kawasan spesies Pteropus giganteus.
Sebagaimana virus Hendra, jangka berlaku wabak menunjukkan kesan bermusim.

Lokasi wabak virus henipa (bintang merah–virus Hendra; bintang biru–virus Nipah) dan taburan
takungan keluang virus henipa (teduh merah–virus Hendra; teduh biru–virus Nipah)

 31 Januari 2001 – 23 Februari, Siliguri, India: 66 kes dengan kadar kematian 74% [3]. 75% pesakit
samaada kakitangan hospital atau melawat pesakit lain di hospital, menunjukkan jangkitan dari
manusia ke manusia.

 April 2001 – Mei, daerah Meherpur, Bangladesh: 13 kes dengan sembilan kematian (69%
kematian) [4].

 Januari 2003, daerah Naogaon, Bangladesh: 12 kes dengan lapan kematian (67% kematian) [4].

 Januari 2004 – Februari, wilayah Manikganj dan Rajbari, Bangladesh: 42 kes dengan 14 kematian
(33% kematian).

 19 Februari 2004 – 16 April, daerah Faridpur, Bangladesh: 36 kes dengan 27 kematian (75%
kematian). Bukti epidemiologi jelas membayangkan wabak ini membabitkan jangkitan virus
Nipah orang ke orang, sesuatu yang tidak disahkan sebelum ini [5]. 92% kes membabitkan
hubungan rapat dengan sekurang-kurangnya seorang pesakit yang dijangkiti virus Nipah. Dua
kes membabitkan dedahan singkat kepada pesakit, termasuk penarik beca yang membawa
pesakit ke hospital. Tambahan lagi, sekurang-kurangnya enam kes membabitkan sindrom
tekanan sistem pernafasan teruk yang belum pernah dilaporkan sebelum inibagi penyakit oleh
virus Nipah pada manusia. Simptom ini kemungkinannya telah membantu penyebaran jangkitan
antara manusia ke manusia melalui penyebaran titisan besar.

Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi
(genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui
gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat
dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan
Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari)
sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti
dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan
tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat
virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup
berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang
disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada
manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang
bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk
menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri
keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota
bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda
pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-
tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat
gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat
radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot
jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali
memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel
darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir
plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di
antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh
(capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa
sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan
leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa
denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan,
terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair
intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.
Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara
yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau
berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral
sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Epidemiologi

Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-
an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya.
Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi
sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak
denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus
bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam
denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002
terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya
mengakibatkan enam belas kematian.

Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat
kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak
sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk
sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.

Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962,
wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah
telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah
menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan
peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi
dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi
dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.

Pencegahan

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk
pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti
berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala


penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

Mengenal pasti demam denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi
dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah
amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan


2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut
8. rasa pahit pada lidah
9. lemah dan tidak bermaya

Bagaimana demam denggi berjangkit

1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi


2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Anda mungkin juga menyukai