Anda di halaman 1dari 3

@Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan menghargai keamanan

yang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan dan
persaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan,
keselamatan dan ketenteraman di negara ini.
@Keselamatan dan keamanan yang terdapat di negara kita ini telah diusahakan oleh
pemerintah dengan penuh tanggungjawab. Sistem pentadbiran kita itu menjadikan negara
kita ini selamat, dan aman. Keamanan dan ketenteraman ini pula menjadikan negara kita
lebih maju jika dibandingkan dengan sesetengah negara sedang membangun.
@Keamanan dan ketenteraman inilah yang hendak kita pertahankan. Kalau kita tidak
berusaha mempertahankan keamanan, negara akan menjadi kacau bilau dan huru hara.
Keamanan tidak akan tercapai kalau kita tidak mempunyai suasana yang baik dan jika tidak
wujud perpaduan. @Rakyat harus menghargai dan mensyukuri keamanan. Sekiranya negara
menjadi huru hara, pemulihan untuk menjadi aman semula bukan suatu perkara yang mudah
untuk dilaksanakan.Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan contoh ampuh untuk
dijadikan iktibar.
@Konsep kejiranan serta konsep persaudaraan memang cukup menarik dan mesti dikekalkan.
Konsep kejiranan dan persaudaraan ini adalah sebahagian daripada perkara yang dianjurkan
oleh Islam. Suatu nilai yang paling utama dianjurkan oleh Islam ialah persaudaraan dan
kejiranan ada hubung kaitnya dengan dengan persaudaraan, atau ukhuwah. Melalui
persaudaraan dan semangat kejiranan, dapat diwujudkan rasa kasih , sayang menyayangi,
bantu membantu, hingga timbul suatu kekuatan dalam kalangan rakyat untuk tolong-
menolong, ingat-mengingati, tegur-menegur, sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya
begitu lemah jika tanpa berjiran.
@Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga akan dapat menghilangkan
perasaan iri hati, berdengki, bermusuh-musuhan dan sifat-sifat negatif lain yang boleh
membawa kepada perpecahan. Jika kita dapat benar-benar mengamalkan semangat kejiranan
akan timbullah sifat bersih hati dalam kalangan masyarakat.
@Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Kerana itu,jiran ialah orang
yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau
musibah. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Mempunyai jiran yang berbeza
latar belakang akan menambahkan pengetahuan dan memberi manfaat kepada kita.
@Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat
daripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui
Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti
bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari
berlaku perkara- perkara yang meragukan.
@Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya
mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Kita hendaklah membiasakan diri
bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada
amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa
masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup.
@Kita perlu meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan
menghidupkan semangat hidup berjiran.Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung
atau menziarahinya.Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita atau mereka
sanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran
pada masa diperlukan. Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan
sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat
kejiranan.
@Peranan jiran amat penting dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah
negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum
menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang
perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi
keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan
kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat
keberkatan adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan
serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.
REMAJA : PENGISIAN & PENGHAYATAN KEMERDEKAAN
Pengenalan
PATRIOTISME sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap
negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati
ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam dunia
globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting seperti
yang sering disebut melalui sabda Rasulullah, `kasihkan watan itu sebahagian daripada iman'.
Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, seorang ulama besar Patani pernah mengingatkan kita
bahawa mempertahankan negara daripada penjajahan ataupun tekanan kuasa asing adalah
fardu ain.

Membebaskan Diri Daripada Belenggu Masalah Sosial


Walaupun telah 51 tahun kita merdeka dengan pelbagai kejayaan gemilang yang kita peroleh,
dengan kemajuan yang semakin pesat serta kemakmuran yang semakin melata, kita sering
kali dibelenggu oleh pelbagai isu nasional termasuklah masalah sosial yang tidak putus-putus.
Kemelut sosial ini yang menjadi ’barah’ besar rakyat di negara ini harus dihadapi dengan
penuh persediaan . Apabila negara semakin maju serta mencapai segala bentuk kemajuan
material, kekangan besar mereka adalah modus operandi untuk memimpin golongan muda
terutama golongan pelajar agar menghargai kemerdekaan. Penghargaan ini adalah satu
perkara yang sangat penting kerana tanpa diberi pemahaman yang jelas pasti kemerdekaan
ini akan tinggal sejarah.
Anak-anak muda alaf baru hanya mengenal merdeka dari kaca mata sejarah. Kemerdekaan
yang dicapai tidak dilihat daripada perspektif pengorbanan, maruah diri dan perpaduan.
Kefahaman tentang merdeka itu hanya diberi sekadar kulit dan material. Budaya kasih akan
negara, cinta akan kedamaian dan keazaman untuk menghancurkan segala anasir buruk yang
hendak menghancurkan negara pasti tidak berlaku, sekiranya erti merdeka tidak ditanam
sedalam-dalamnyaPemahaman dan falsafah merdeka harus diterjemah dengan makna dan
interpretasi yang jelas khususnya dalam memimpin generasi muda. Mereka harus dididik
dengan jelas tentang rasionalnya mereka harus memahami makna merdeka dan bagaimana
mereka harus membuktikan kesetiaan dan kasih mereka akan negara secara jelas dan benar.

Golongan lama boleh memikirkan metodologi yang berkesan supaya anak-anak


pascamerdeka ini tidak akan hanya pandai menyebut merdeka tetapi tidak langsung menjiwai
erti kemerdekaan sebenarnya.Kecintaan kepada negara ini haruslah disemai pertamanya,
sejak di bangku sekolah lagi melalui aktiviti-aktiviti persekolahan yang memfokuskan program
dan aktiviti menanam sikap kasih akan negara. Sikap sebegini tidak perlu tunggu semata-
mata ketika hampirnya saat merayakan kemerdekaan tetapi sebaliknya haruslah secara
berterusan.Konteks kecintaan ini ada hubung kaitnya dengan agama dan iman seseorang.
Sebab itu program-program patriotisme dan aktiviti harus digiatkan sama ada di dalam atau
di luar sekolah agar budaya ini tidak hanya jadi siulan semata-mata.
Kedua, kita perlu mengajar erti kemerdekaan ini bukan dari aspek konteks sejarahnya sahaja,
seperti kita hanya mengenal siapa dia Tunku Abdul Rahman, Tun Abd. Razak, siapa dia Datuk
Bahaman, Datuk Maharajalela, (sekadar menyebut beberapa nama). Dasar perjuangan
mereka yang sebenarnya perlu disemat dalam dada para remaja terutama pelajar-pelajar
sekolah. Episod-episod perjuangan dari segi susur galur yang berlaku pada ketika itu, punca
penentangannya, cara penentangan berlaku dan alasan-alasan penentangan perlu kita
telusuri. Ini merupakan kaedah yang harus disentuh untuk dijelaskan kepada anak muda.
Kepercayaan kita akan perjuangan mereka ini bukan sahaja dari aspek personaliti semata-
mata tetapi lebih daripada itu. Ini adalah landasan perjuangan yang tidak putus-putus yang
akhirnya membawa kepada hasil yang amat besar dan berkesan.
Ketiga, kefahaman remaja bahawa kemerdekaan yang paling utama pada ketika dan saat ini
idalah merdeka jiwa daripada segala bentuk penjajahan sama ada material atau spiritual.
Merdeka jiwa maknanya satu proses kebebasan daripada belenggu serta anasir yang
mengongkong pemikiran, budaya kerja dan segala yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.
Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang sentiasa subur dengan elemen-elemen positif yang
mampu untuk membentuk gambaran kehidupan secara lebih baik.
Manusia yang merdeka jiwanya adalah orang yang mempunyai akal fikiran yang positif, gerak
kerja yang pantas serta melakukan tindakan mengikut tatasusila yang berlandaskan nilai-nilai
yang baik. Orang seperti ini yang ingin kita lahirkan. Mempunyai jiwa dan akal yang bersih hasil
daripada pendidikan serta tarbiah yang sebenar-benarnya.
Jiwa merdeka juga ada hubung kaitnya dengan membebaskan diri daripada belenggu
kebendaan. Maknanya golongan yang merdeka jiwa adalah mereka yang tidak mudah dibeli
dengan wang ringgit dan tidak semudahnya dibuai dengan nilai dan kemewahan dunia.
Kejayaan negara dan bangsa disambut dengan penuh rasa insaf dan yakin melalui usaha dan
pengorbanan serta gerak kerja yang sebenarnya. Golongan yang merdeka jiwanya juga
adalah mereka yang sentiasa positif dalam melakukan kerjanya demi kemajuan dan
kemakmuran negara.

Anda mungkin juga menyukai