Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM,

09800 SUNGAI PETANI KEDAH.

KERTAS KERJA MENAIKTARAF


BILIK MUZIK 1 dan 2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Disediakan oleh:

En. Mohd Zaaba Bin Ismail


Pensyarah Muzik IPGM KSAH
Disediakan pada 1 Oktober 2009
1. Tajuk

Kerja-kerja Ubahsuai dan Menaik Taraf Bilik Muzik 1 dan Bilik Muzik 2
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2. Latar Belakang

Bilik Muzik 1 dan 2, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim adalah bilik yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran bagi matapelajaran Muzik. Ianya juga merupakan bilik khas di mana penggunaannya adalah secara
maksimum dan di bawah kawalan serta disenaraikan dalam audit ISO. Bilik yang sedia ada pada masa kini boleh
dikategorikan dalam keadaan yang di luar jangkaan dan tidak menepati kehendak serta kepuasan pelanggan sepenuhnya.
Cadangan permohonan untuk mengubahsuai dan menaik taraf bilik muzik ini adalah selari dengan kehendak serta
keperluan semasa dan memenuhi tahap kepuasan pelanggan. Halangan yang sedia ada pada masa kini adalah ianya tidak
dapat digunakan semaksimum mungkin kerana disebabkan beberapa faktor seperti pendawaian yang tidak selamat,
pendawaian tambahan bagi soket yang tidak mencukupi, alternatif bagi mengatasi masalah tidak dapat dilaksanakan kerana
tiada dan beberapa faktor lain. Sekiranya cadangan permohonan ini dapat direalisasikan ianya dapat memberi impak yang
besar dalam melahirkan guru pelatih yang menjulang aspirasi negara serta melahirkan modal insan kelas pertama bertaraf
dunia.
3. Objektif

Objektif bagi cadangan permohonan ini adalah seperti berikut:


a) Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi guru pelatih.
b) Memaksimumkan tahap penggunaan kemudahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
c) Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan mencukupi untuk kegunaan guru pelatih dan institut.
d) Menepati kepuasan pelanggan dan ,mencapai tahap yang ditetapkan dalam ISO.
e) Menjamin keselamatan peralatan dan kemudahan kepunyaan institut yang ada dalam bilik tersebut.

4. Justifikasi

Cadangan bagi justifikasi bagi kerja-kerja mengubahsuai dan menaik taraf Bilik Muzik 1 dan 2 adalah seperti di
lampiran.
INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN

SENARAI PROJEK NAIK TARAF KEMUDAHAN


DI BILIK MUZIK IPSAH

BIL PROJEK SKOP PROJEK ANGGARAN KOS JUSTIFIKASI PROJEK


(RM)
1. Mengganti dan memasang Kerja-kerja membekal dan Sebahagian bingkai tingkap
tingkap sedia ada dengan memasang tingkap cermin lama telah rosak /berongga
tingkap cermin gelungsur.dan gelungsur. dimakan anai-anai sebelum ini,
bingkai tingkap besi. Bahan: Tingkap cermin maka ia didapati tidak begitu
Bingkai tingkap besi. kukuh dan tidak selamat lagi.
2. Membuat pendawaian baru Kerja-kerja membekal dan Pendawaian yang sedia ada
membuat pendawaian baru selalu mengalami kerosakan di
bagi bilik pensyarah dan bilik mana automatiknya tendang.
recital. Ianya menganggu proses P&P.
3. Membina partition untuk bilik Kerja-kerja membina partition
pensyarah dan bilik recital untuk bilik pensarah dan bilik
recital (latihan). Bilik
pensyarah sedia ada boleh
digabungkan dan mempunyai
pintu yang membolehkan
keluar masuk ke dua-dua bilik
muzik tanpa perlu keluar dari
bilik ke bilik.
Bilik recital adalah perlu untuk
pelatih menjalani latihan tanpa
memasuki bilik utama.
4. Membekal dan memasang Kerja-kerja membekal dan Lampu sedia ada banyak yang
lampu kalimantang memasang lampu kalimantang rosak dan perlu diganti.
untuk bilik muzik, bilik
pensyarah dan bilik recital.
5. Pendawaian tambahan untuk Kerja-kerja membekal dan Pendawaian tambahan untuk
mata lampu dan soket membuat pendawaian mata lampu dan soket perlu
tambahan untuk mata lampu kerana yang sedia ada terhad.
dan soket. Masalah timbul apabila P&P
menggunakan keyboard yang
memerlukan punca soket yang
mana ianya tidak dapat
menampung sehingga menjadi
lebihan tenaga.
6. Aircond dan kipas syiling Kerja-kerja membekal dan Kipas syiling tiada dan ini
memasang aircond dan kipas menimbulkan kesulitan apabila
syiling. aircond mengalami kerosakan.
7. Mengganti pintu bilik muzik Kerja-kerja membekal dan Pintu sedia ada adalah seperti
yang sedia ada dengan pintu memasang pintu cermin. kelas biasa dan ianya adalah
cermin. sama seperti kelas biasa.
Keselamatan tidak terjamin
kerana ianya mudah dimasuki
kerana hanya menggunakan
mangga.
8. Memasang dan membina 1 Kerja-kerja membekal dan Keselamatan alatan muzik dan
pintu berjeriji besi memasang 1 pintu jeriji besi. barang-barang bernilai tidak
terjamin.
9. Memasang dan membina stor Kerja-kerja membekal dan Unit Muzik tidak ada stor untuk
untuk tempat simpanan alatan memasang kerangka kayu penyimpanan alatan muzik
muzik. untuk stor bersaiz 10’ x 20’ yang digunakan dalam P&P.
Bahan: Kerangka kayu Bahan-bahan ini perlu
Bumbung metal deck disimpan di dalam stor secara
Lantai semen berlepa tersusun bagi mengelakkan
konkrit. kerosakan alatan muzik.
Berdinding bata
2 buah tingkap nako
berjeriji besi.
1 pintu berjeriji besi
Kemasan cat.

Disediakan oleh

Mohd Zaaba bin Ismail


Pensyarah Muzik
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.