P. 1
Teks Pengacaraan Majlis Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institut Perguruan Tekn

Teks Pengacaraan Majlis Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institut Perguruan Tekn

|Views: 6,147|Likes:
Dipublikasikan oleh Muhammad Rizam Hj Bakri

More info:

Published by: Muhammad Rizam Hj Bakri on Oct 11, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/05/2013

pdf

text

original

TEKS PENGACARAAN MAJLIS CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT INSTITUT PERGURUAN TEKNIK, KUALA LUMPUR

TARIKH : 20 APRIL 2009 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT: DEWAN BESAR INSTITUT PERGURUAN TEKNIK KULA LUMPUR

CUE : KETIBAAN PENGARAH ANN : MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA PUAN HAJJAH ZAKIAH BT. AHMAD PENGARAH INSTITUT PERGURUAN TEKNIK KUALA LUMPUR DIIRINGI OLEH KETUA-KETUA JABATAN. PARA PELAJAR DIMINTA BERDIRI.

CUE : UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS ANN : Assalamulaikum dan selamat sejahtera Selamat datang ke Majlis Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Pergi ke pasar membeli ikan, Ikan dimasak diatas bara, Selamat datang kami ucapkan, Ucapan bismillah pembuka acara.

: Bismillallahirrahmanirrahim Yang Berbahagia Puan Hajjah Zakiah bt.Ahmad Pengarah Institut perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Yang Berusaha Ustaz Azani bin Ilyas Pengerusi Jawatankuasa Program Maulidur Rasul,

: Yang Berusaha Pn. Hajah Rahmah bt. Idris Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha-setiausaha, Ketua-ketua Unit, Penyarah-penyarah, staf-staf sokongan juga guru-guru pelatih yang Dikasihi sekalian,

CUE : BACAAN DOA ANN : Untuk meneruskan lagi acara kita pada hari ini, marilah Sama-sama kita momohon keberkatan ilahi agar program Ini berjalan dengan lancar, oleh itu dengan sukacitanya saya Menjemput Ammar bin Abd Aziz pelajar daripada PBM 2 untuk Mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

CUE : BACAAN DOA SELESAI ANN : Amin, amin yarabbal amin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ammar bin Abd Aziz atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita mendapat keredhaan-Nya.

CUE : PERSEMBAHAN NASYID 1 ANN : Seterusnya, untuk meriahkan lagi majlis ini, majlis ingin menjemput kumpulan As-Syakirin untuk membuat persembahan. Kumpulan As-Syakirin akan mempersembahkan nyanyian nasyid yang bertajuk ³Rasul Junjungan´. Dipersilakan.

CUE : PERSEMBAHAN NASYID 1 SELESAI ANN : Syabas diucapkan kepada Kumpulan As-Syakirin diatas persembahan yang mantap sebentar tadi. Diharap para hadirin berasa terhibur dengan persembahan mereka.

CUE : UCAPAN PENGARAH ANN : Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, Kini tibalah masa bagi Pengarah Institut perguruan Teknik Kuala Lumpur untuk memberi ucapan beliau.

CUE : Ucapan daripada pengarah ANN : Hadirin sekalian, sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar sepatah dua kata daripada Yang Berbahagia Puan Hajah Zakiah binti Ahmad, pengarah Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Dipersilakan.

CUE : Ucapan pengarah selesai ANN : Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah atas ucapan yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi.

CUE : Ceramah ANN : Sekarang, kita menjemput penceramah luar jemputan kita pada hari ini iaitu Ustaz Mohammad Aqil bin Haji Harun untuk memulakan ceramah beliau.

CUE : Ceramah selesai ANN : Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohammad Aqil atas ceramah beliau yang begitu menarik tadi. Diharapkan agar para hadirin mengambil iktibar daripada apa yang telah disampaikan oleh penceramah kita dalam ceramah beliau sebentar tadi.

CUE : Persembahan kedua ANN : Kini, tibalah saat ±saat yang dinantikan untuk para hadirin menyaksikan persembahan pelajar daripada Persatuan Seni dan Kebudayaan Islam. Semoga anda semua terhibur.

CUE : Persembahan kedua selesai ANN : Tahniah diucapkan kepada kumpulan Persatuan Seni dan Kebudayaan Islam atas persembahan mereka yang begitu bertenaga sekali. Diharapkan agar persembahan yang menarik seperti ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang.

CUE : Penyampaian cenderamata ANN : Majlis kita pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya. Maka, dijemput Puan Hajah Zakiah binti Ahmad untuk naik ke pentas bagi menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan kita. Dipersilakan.

CUE : Penyampaian cenderamata selesai ANN : Dengan sempurnanya majlis penyampaian cenderamata itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

CUE : Penutup dan selawat ANN : Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah kita sama ± sama berselawat bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hadirin diminta berdiri.

CUE : Nyanyian selawat selesai ANN : Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->