Anda di halaman 1dari 1

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta.

Samada anda sedang bercinta


atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga
untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum&
Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta
menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami
dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-
kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam
keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia
juga patut diceritakan.

Seorang kawan saya tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada saya
setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang,
kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula dibawah satu pejabat dan tidak dapat
mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari bertemu, kadang-kadang urusan rasmi,
kadang-kadang urusan tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti
yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan
namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam
ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman
gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah
terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih
menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda,
pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri
yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-
amat menghargainya.

Anda mungkin juga menyukai