Anda di halaman 1dari 39

Pelajaran 20 : Tasawwur Islam T5

20. ISU, MASALAH, & CARA


PENYELESAIAN MENURUT
ISLAM
20. ISU, MASALAH, & CARA
PENYELESAIAN MENURUT ISLAM
1. PERPADUAN UMMAH
Maksud

• Sebuah masyarakat yang hidup saling sayang


menyayangi & hormat menghormati antara satu sama
lain
Bidang Isu

• Perpaduan penting untuk membangun & memajukan


negara
• Perpaduan dapat elakkan sengketa, huru hara,
kemunduran ekonomi
Langkah Penyelesaian Isu
• Melalui Akidah
– Kepercayaan & keyakinan kepada Allah yang esa
– Meyakini bahawa persaudaraan & perpaduan tidak
dapat dipisahkan dengan keimanan kepada Allah
• Melalui Syariat
– Mengeratkan perpaduan & merapatkan jurang sikaya
dengan simiskin melalui zakat & sedekah
– Pengharaman fitnah & hukuman berat mengekalkan
keharmonian ummah
• Melalui Akhlak
– Islam menganjurkan amalan toleransi & hormat
menghormati
– Islam menyeru umatnya ke arah kebaikan &
mencegah kejahatan
Kesan

• Menjana kekuatan ummah yang sejati


• Umat Islam menjadi contoh dalam aspek sosial & rohani
Cara Mewujudkan Perpaduan
Ummah

• Sayang menyayangi antara satu sama lain


• Bantu membantu antara satu sama lain
• Hormat menghormati hak-hak jiran
2. KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN
Maksud

• Kejayaan manusia yang melibatkan perkembangan


jasmani, emosi, rohani, & intelek
Bidang Isu

• Pendidikan yang cemerlang akan mewujudkan bangsa


yang berilmu & mulia
• Bangsa yang berpendidikan dapat membina kemajuan &
tamadun yang tinggi
• Bangsa yang lemah akan dibenci & mudah dijajah
Langkah Penyelesaian Isu
• Melalui Akidah
– Yakin bahawa Islam menyuruh umatnya supaya menuntut ilmu
dengan bersungguh-sungguh
– Yakin bahawa orang yang berilmu akan dimuliakan oleh Allah di
dunia & akhirat
• Melalui Syariat
– Islam mensyariatkan hukum menuntut ilmu sebagai satu
kewajipan ke atas semua penganutnya
– Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu selagi hayat
dikandung badan
• Melalui Akhlak
– Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu bersungguh-sungguh
& ikhlas kerana Allah
– Berdedikasi menuntut ilmu & sebarkan kepada orang ramai
Kesan

• Budaya ilmu akan berkembang dalam masyarakat


• Negara & umat Islam akan menjadi maju
Kecemerlangan Pendidikan
Boleh Dibentuk Melalui

• Membaca bagi menambah ilmu


• Membuat analisis & kajian
• Disiplin & menepati masa
3. KEKUATAN EKONOMI
Maksud

• Sistem ekonomi yang teguh dalam segala bidang ;


pengeluaran, pemasaran, & pendapatan negara
Bidang Isu

• Kekuatan ekonomi negara pemangkin kemajuan &


kemakmuran
• Umat Islam harus bekerja bersungguh-sungguh
membina kekuatan ekonomi
• Umat islam yang teguh ekonominya akan dipandang
mulia & dihormati bangsa lain
Langkah Penyelesaian Isu
• Melalui Syariat
– Meyakini bahawa membangunkan ekonomi adalah cara
mendekatkan diri kepada Allah; zakat, haji,sedekah
– Meyakini kefakiran boleh membawa kepada kekufuran
• Melalui Akidah
– Islam menggalakkan umatnya mencari harta secara halal
sebanyak mungkin
– Sistem muamalah Islam diperkenalkan; jual beli, syarikat,
mudharabah
• Melalui Akhlak
– Bekerja sebagai ibadat & diberi pahala
– Islam menyuruh umatnya bekerja denga tekun bagi
meningkatkan ekonomi
Kesan

• Umat Islam dapat menguasai ekonomi sehingga negara


menjadi pusat perdagangan terkenal di dunia
• Negara Islam akan menjadi peneraju kepada
perkembangan ekonomi dunia
Cara Mewujudkan Kekuatan
Ekonomi Ummah

• Bekerja dengan bersungguh-sungguh


• Menjaga kualiti barangan & mutu kerja
• Berhemat dalam berbelanja
4. JATI DIRI UMMAH
Maksud

• Memiliki daya kreativiti, inovatif, & produktif dalam


melaksanakan pekerjaan
Bidang Isu

• Jati diri penting untuk membentuk umat Islam yang


berdikari & memenuhi kehendak hidup; ekonomi, sosial,
@ ketenteraan
• Jati diri boleh diperolehi melalui ilmu, kepakaran, &
pengalaman dalam pelbagai bidang
Langkah Penyelesaian Isu
• Melalui Akidah
– Meyakini bahawa Allah memuliakan orang yang mempunyai jati
diri yang teguh
– Mengakui bahawa umat pilihan Allah ialah yang mempunyai jati
diri
• Melalui Syariat
– Membina jati diri merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan
oleh umat Islam
– Islam mewajibkan umatnya mewujudkan kekuatan ekonomi &
kepakaran agar setanding dengan bangsa lain
• Melalui Akhlak
– Islam mewajibkan umatnya belajar & berusaha dengan
bersungguh-sungguh bagi membina jati diri
– Islam menyuruh umatnya bersikap positif & berpandangan jauh
dalam merangka sesuatu perancangan
Kesan

• Umat Islam berdikari & tidak mengharapkan bantuan


orang lain
• Negara & umat Islam akan dihormati & dgeruni oleh
negara lain
• Negara Islam akan menjadi maju & contoh kepada
negara lain
Cara Mewujudkan Jati Diri
Ummah

• Melalui penguasaan ilmu & kemahiran


• Melalui perancangan yang kemas
• Melalui penggunaan sumber tenaga yang baik &
berkesan
5. JAMINAN KESELAMATAN
Maksud

• Kesediaan melindungi keselamatan terhadap agama,


nyawa, akal, harta, maruah, & negara
Bidang Isu

• Jaminan keselamatan asas kemajuan & kemakmuran


negara
• Jaminan keselamatan menjauhi tekanan, paksaan,
penghinaan, & perhambaan
Langkah Penyelesaian Isu
• Melalui Syariat
– Meyakini Allah mewajibkan umat Islam menjaga keselamatan diri
& orang lain
– Meyakini Islam melarang umatnya melakukan kekacauan huru
hara dalam negara
• Melalui Akidah
– Islam mensyariatkan jihad bagi mempertahankan negara
daripada pencerobohan musuh
– Islam mensyariatkan hukuman berat kepada pemberontak &
pengancam keselamatan negara
• Melalui Akhlak
– Umat Islam perlu mematuhi perundangan & peraturan negara
– Umat Islam perlu mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan
seharian
Kesan

• Keamanan masyarakat dapat dikekalkan


• Rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab dengan
sempurna
• Kehidupan masyarakat menjadi aman & makmur
Cara Mewujudkan Jaminan
Sosial

• Melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan


• Mengamalkan sikap toleransi & saling bekerjasama
• Cintakan negara
6. KESAKSAMAAN SOSIAL
Maksud

• Keharmonian hubungan sesama manusia untuk


menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan
perpecahan, perbalahan, kekacauan, & sebagainya
Bidang Isu

• Allah menjadikan manusia berbilang perbezaan agar


saling mengenali & menolong antara satu sama lain
• Kesaksamaan sosial melahirkan manusia yang prihatin,
tidak mementingkan diri, merendah diri, & tidak
berbangga dengan kedudukan mereka
Langkah Penyelesaian Isu
• Melalui Syariat
– Meyakini bahawa Allah memerintahkan hambaNya supaya
sentiasa prihatin kepada golongan yang tidak bernasib baik
– Meyakini bahawa Islam melarang umatnya bermegah-megah
dengan kedudukan & meninggi diri
• Melalui Akidah
– Islam mewajibkan zakat bagi membantu golongan yang tidak
bernasib baik
– Islam menggalakkan golongan kaya bersedekah, berkorban, &
membantu orang yang memerlukan
• Melalui Akhlak
– Sentiasa prihatin terhadap penderitaan & kesengsaraan orang
lain
– Sentiasa melakukan kebajikan dengan ikhlas
Kesan

• Menegakkan keadilan kepada semua ahli masyarakat


• Mewujudkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat
yang berbilang kaum
Cara Mewujudkan
Kesaksamaan Sosial

• Sentiasa mewujudkan hubungan baik sesama manusia


• Sentiasa membantu golongan yang tidak bernasib baik
• Sentiasa melakukan kebajikan dengan ikhlas
20. ISU, MASALAH, & CARA
PENYELESAIAN MENURUT ISLAM

Anda mungkin juga menyukai