Anda di halaman 1dari 30

‫الــقــرءان‪‬تحــســين‪‬كــورســوس‬

Pengenalan Ilmu Taranum

Iaitu kaedah melahirkan seni bunyi bacaan


Al-Quran dengan lebih sempurna dan
lebih cantik yang sesuai dengan
mukjizat Al-Quran :
1.Pengertian Tajwid:
Menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu.
Menurut istilah Ilmu Tajwid : Iaitu suatu ilmu
membahaskan cara membaca ayat-ayat Al-
Qur’an menurut hukum tertentu dengan
melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang
betul serta memenuhi segala hak setiap huruf
dan mustahaknya.
( sifat aslinya atau sifat mendatangnya)
2.Hukum melagukan Bacaan Al-Quran
Sunat – jika dapat menambahkan
keelokan bacaan Al-Quran atau
menimbulkan syiar Islam yang
boleh menarik minat orang ramai
serta dapat melahirkan ketinggian
Mukjizat Al-Quran.
2. Harus – jika tidak mengganggu
ketentaraman awam serta tidak
mencacatkan kesucian Al-Quran.

3. Makruh – jika boleh mengganggu


ketentaraman orang awam atau
menhalang ketenangan orang yang
sedang beribadat kepada Allah.
4. Haram – jika boleh merosakkan
keaslian Al-Quran atau membaca
dengan tujuan yang dilarang oleh
syarak seperti mengubah sebutan
makhraj atau sengaja waqaf dan
Ibtida’ di tempat yang boleh
merosakkan maksud sebenar ayat
tersebut.
8.Nama Ilmu : Ilmu Tajwid
9.Masalah yang diperbincangkan
Mengenai kaedah dan cara
bacaannya secara
keseluruhan yang memberi
pengertian hukum cabangan.
10.Matlamatnya :
Memelihara lidah daripada
kesalahan membaca ayat-ayat
suci Al-Quran.
Membaca sejajar dengan
penurunannya yang sebanar
dari Allah ( S.W.T )
Tingkatan Bacaan Al Quran:

Terdapat 4 tingkatan atau mertabat


bacaan Al-Quran bacaan dari segi cepat
atau perlahan :
HUKUM NUN SAKINAH/TANWIN

1. Pengertian Nun Sakinah: Ialah Nun yang kekal pada


tulisan dan pada pertuturan ketika wasal dan waqaf
serta terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah (isim,
fe’el dan huruf) sama ada di tengah atau di hujung.

2. Pengertian Tanwin: Ialah Nun Tambahan. Ia hanya


terdapat pada isim sahaja. Kekal pada pertuturan
tidak pada tulisan; kekal ketika wasal tidak ketika
waqaf.
Perbezaan Nun Sakinah dan Tanwin:

1. Nun Sakinah adalah huruf hijaiyyah ;


Tanwin huruf tambahan sahaja.

2. Nun Sakinah dikesan pada sebutan dan tulisan;


Tanwin dikesan pada sebutan sahaja.

3. Nun Sakinah wujud pada waqaf dan wasal;


Tanwin hanya pada wasal sahaja.
1. IZHAR HALQI:
a. Tiap Nun Sakinah atau Tanwin bertemu
dengan huruf HALQI ( 6 huruf ).
b. Sebab dinamakan Izhar Halqi:
- Izhar: menyebut Nun Sakinah dan
Tanwin secara terang semasa bertemu
huruf Izhar Halqi.
- Halqi: Huruf-huruf halqi keluar dari
halqum.
- Sebutan diizharkan: Terlalu jauh
perbezaan makhraj dan sifat Nun sakinah
dan Tanawin dengan huruf-huruf Izhar.
c. Cara membacanya:
- Menjelaskan bunyi sepenuhnya (100%)
- Lembut tanpa dengung
- Tidak bercerai/terputus antara keduanya
- Tidak berhenti pada Nun Sakinah

d. Tingkatannya:
- Izhar Halqi Qubra ( Hamzah, Ha`)
- Izhar Halqi Wusta ( ‘Ain, ha’ )
- Izhar Halqi Sughra ( ghain, kha’ )
2. IDGHAM:
Memasukkan bunyi Nun Sakinah dan Tanwin
ke dalam huruf yang diidghamkan hingga
menjadi satu huruf yang bertasydid.
a. IDGHAM
BIGHUNNAH/MA’ALGHUNNAH/NAQIS:
- Masuk dan dengungkan 2 harakah.
- 4 huruf
- Tingkatan Idgham: Naqis: YA/WAU
: Kamil: MIM/NUN
- dalam kalimah berasingan.
b. IDGHAM BILA GHUNNAH/KAMIL:
- masuk sepenuhnya tanpa dengung.
- 2 huruf (RO/LAM)
- kecuali pada kalimah ayat 27 Surah Al-
Qiamah wajib dibaca Saktah (‫ق‬C‫ــيــل مـنرا‬C‫) وق‬
(Riwayat Hafas)
- dalam kalimah berasingan.

** TERDAPAT Nun Sakinah bertemu (YA ) dan


(WAU ) dalam satu kalimah: IZHAR
MUTLAQ (‫ن‬C‫ـنـوا‬CC‫ ص‬/‫ن‬C‫ـنـوا‬CC‫ ق‬/‫ـنـيــان‬CC‫ ب‬/ ‫ـيــا‬CC‫لــد ن‬CC‫) ا‬
3. IKHFAQ HAQIQI:
a. Menyembunyikan/samar kedua-duanya di sisi
huruf yang diikhfakkan ( 15 huruf ) di antara
IZHAR dan IDGHAM di samping dengung
yang sempurna (2 harakah) tanpa mengangkat
sama ada hujung lidah atau pangkal lidah ke
lelangit, sebelum menyebut huruf ikhfaq
haqiqi.
b. Sebab diikhfa’kan: Jika dibanding dengan
huruf ikhfa’ kedua-duanya tidak begitu jauh
dan tidak begitu hampir makhrajnya.
c.Tingkatan Ikhfa’ Haqiqi:
-Kubra: Huruf ikhfa’ yang hampir sekali
dengan makhrajnya. Ikhfa’nya dilebihkan
hampir kepada hukum Idgham. ( ‫) ث د ت‬

- Sughra: Huruf ikhfa’ yang terlebih jauh


dengan makhrajnya. Ikhfa’nya dikurangkan.
Seolah-olah ada bunyi ‘ng’. ( ‫) ق ك‬

- Wusta: Huruf ikhfa’


4. IQLAAB:
a. Tukar/paling sesuatu dari asalnya.
-- Tukar huruf Iqlab ( ‫ ) ب‬kepada MIM yang
ringan sebutannya.
- Didengungkan secara ringan: iaitu
meringankan kedua-dua bibir mulut ketika
mendengungkannya.
- Hampir menyerupai dengung IKHFA’
MEMAHAMI BACAAN AL-FATIHAH

1. ITTIFAQ ULAMA’ : Al-Fatihah 7 Ayat.


2. Perbezaan : Cara mengira ayat…berpandukan
sama ada BASMALLAH dikira atau tidak.
3. Bahagian Ayat Al-Fatihah:
- Ayat Tahmid : 1–4
- Ayat Iqrar : 5
- Ayat Do’a : 6–7
4. Cara Membaca Al-Fatihah:
- Ayat demi ayat ( 7 kali waqaf)
- 4 kali waqaF: Ahlul Kufah
- 3 kali waqaf : Ahlul Madinah
* Sebaiknya diwaqafkan pada setiap ayat.

5. Kalimah Ta’min : Tidak termasuk Al-Fatihah. Sunat disebut di luar


dan di dalam solat.
-Beberapa pendapat tentang ta’min:
: Kitab Al-Azkar Lil-Imam an-Nawawi
: Kitab Fiqhul Islami Wa Adillatuh
: Pendapat Qari-Qari terkenal.
“ UCAPAN (AMIN) sesudah bacaan Al-Fatihah
tidak harus dipanjangkan Hamzahnya. Hanya
wajib dibaca dengan 2 harakah pada Hamzah.
Kerana ianya adalah isim fe’el amar yang
memberi makna ( ‫ــا‬CC‫ســـتـجـــبدعــــاءن‬C‫ ) ا‬dan
bacaan begini sahaja yang mempunyai kaitan
dengan Al-Fatihah.”
( Ustaz Haji Nik Jaafar b. Nik Ismail)
Mengenalpasti Wajah Bacaan Mad
Aridh Lissukuun
**Berpandu Baris Huruf Akhir Kalimah:

1. Jika Fathah : 3 wajah:2,,4,6 harakah (huruf


akhir sukun sahaja tanpa RAUM dan Isymam)
2. Jika Kasrah : 4 wajah: 2,4,6 harakah dan
RAUM pada bacaan 2 harakah.
3. Jika Dhammah: 7 wajah: 2,4,6, Raum pada 2
harakah, Isymam pada 2 harakah, Isymam
pada 4 harakah, Isymam pada 6 harakah.
RAUM : Menyebut baris pada huruf
akhir kalimah dengan kadar ½ @ 1/3
harakah ketika kasrah @ dhammah
masa waqaf. (Orang dekat saja perasan)

ISYMAM : Mengucup: memuncung bibir


ke hadapan – isyarat dhammah ketika
waqaf tanpa membunyikannya.

Anda mungkin juga menyukai