Anda di halaman 1dari 7

c  c


 

ADAB BERBAKTI TERHADAP IBU BAPA


Pengertian ibu bapa

 Ibu bapa adalah insane yang melahirkan, membesarkan, mendidik, menyediakan


segala keperluan, dan menyayangi kita dari kecil hingga dewasa. Tanpa mereka
kita tidak aka nada di dunia ini. Ibu bapa orang yang sangat mulia pada setiap
orang. Hal yang demikian setiap orang wajib beradab dengan ibu bapa dalam
semua perkara, terutama dari segi percakapan dan pergaulan.

Percakapan yang beradab dengan ibu bapa ;

 Bercakap dengan penuh lemah lembut


 Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan mereka
 Tidak membantah atau melawan percakapan mereka
 Memandang tepat kearah muka mereka semasa bercakap
 Menggunakan perkataan yang baik serta tidak menyinggung perasaan mereka
 Tidak berbohong apabila bercakap dengan mereka

Antara pergaulan yang beradab dengan ibu bapa :

 Menunjukkan sikap yang baik terhadap ibu bapa


 Sentiasa menghormati pendapat mereka
 Tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan mereka
 Menjaga adab sopan semasa bersama dengan mereka
 Tidak melakukan perkara yang menimbulkan kebencian mereka

Kepentingan beradab dengan ibu bapa :

 Dapat melaksanakan suruhan Allah S.W.T supaya menghormati ibu bapa


 Mewujudkan hubungan dan pergaulan yang baik antara anak dan ibu bapa
 Supaya seorang anak sentiasa menghormati ibu bapa

 Mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera


 Sebagai cara untuk melaksanakan tanggungjawab seorang anak

Berbakti kepada ibu bapa

 Berbakti kepada ibu bapa adalah tanggungjawab setiap orang. Allah S.W.T
memerintahkan setiap orang hendaklah berbakti kepada ibu bapanya samada
semasa hidup atau setelah meninggal dunia.

Wajib berbakti kepada ibu bapa kerana ;

 Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dalam keadaan yang sukar
 Ibu bapa mengasuh dan mendidik sehingga menjadi orang yang berguna
c  c 
 
 Ibu bapa menyediakan segala keperluan supaya anak-anak selesa dan bahagia
 Ibu bapa adalah orang yang paling hampir untuk berkongsi suka dan duka

Cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup

 Menjaga dan memberi layanan yang baik kepada mereka


 Merawat dengan sebaik mungkin apabila mereka sakit
 Member bantuan kewangan yang mencukupi kepada mereka
 Sentiasa menziarahi mereka jika tinggal berjauhan
 Sentiasa mengasihi ibu bapa setiap masa
 Menjaga keperluan mereka supaya mereka dapat merasai aman dan bahagia
 Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat

Cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka telah meninggal dunia

 Sentiasa memohon keampunan untuk mereka


 Menjelaskan segala hutang mereka
 Menyempurnakan janji yang telah dibuat oleh mereka
 Memuliakan dan berbuat baik dengan kawan karib ibu bapa
 Mengerjakan haji untuk ibu bapa jika belum menyempurnakan ibadat haji

Faedah berbakti kepada ibu bapa


 Akan memperoleh kebahagiaan dan ketenangan didunia dan akhirat
 Segala urusan hidup dipermudahkan oleh Allah S.W.T
 Hidup mendapat berkat melalui doa ibu bapa
 Melahirkan individu yang taat perintah Allah S.W.T
 Dipandang mulia dan dihormati orang ramai

Akibat menderhaka kepada ibu bapa

 Akan mendapat azab neraka


 Segala amal ibadat dan amal kebajikan menjadi sia-sia
 Dibenci dan dipandang hina oleh orang
 Allah S.W.T menyegerakan balasan siksaan di dunia ini lagi
 Sering mendapat kesusahan dan kepayahan dalam hidup
 Hidup tidak mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T

Sebab-sebab seorang anak menderhaka kepada ibu bapa

 Jahil dalam pengetahuan agama


 Sikap mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kebajikan orang lain
 Tidak mengenang jasa ibu bapa
 Tidak takut pada balasan azab neraka dihari akhirat kelak
 Dirinya dikuasai perasaan ego dan sombong

Rumusan
c  c 
 
Setiap orang wajib berbakti kepada ibu bapa sama ada mereka masih hidup atau pun
sudah meninggal dunia. Allah S.W.T menjanjikan balasan azab yang pedih pada mereka
yang menderhaka kepada ibu bapa. Keberkatan hidup seseorang bergantung pada
keredaan ibu bapa. Kita hendaklah sentiasa berbakti kepada ibu bapa bagi mendapat
keredaannya.

ADAB MENERIMA DAN MELAYAN TETAMU


Pengertian tetamu

 Sesiapa sahaja yang dating berkunjung ke rumah kita sama ada ahli keluarga,
jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja, atau lain-lain sebagainya dengan
tujuan yang baik. Islam menyuruh umatnya menerima dan melayan tetamu dengan
baik walau pun mereka bukan beragama islam. Melayan tetamu dengan baik
hukumnya adalah wajib.

Kesan

 Mengeratkan tali persaudaraan sesama orang islam


 Merapatkan hubungan kekeluargaan
 Mewujudkan suasana yang mesra dan harmoni
 Memperlihatkan keindahan ajaran islam
 Menghindarkan sebarang persengketaan

Adab melayan tetamu

 Memberi layanan yang baik dan mesra kepada tetamu


 Menerima kedatangan tetamu dengan hati yang ikhlas dan gembira
 Menunjukkan muka yang manis dan ceria kepada tetamu
 Menyediakan makanan dan minuman sekadar yang mampu kepada tetamu
 Menunjukkan pergaulan yang baik dengan ahli keluarga

Kepentingan beradab melayan tetamu

 Supaya seseorang itu disenangi oleh tetamu yang dating


 Mewujudkan sikap saling hormat menghormati
 Mewujudkan kemesraan antara tuan rumah dan tetamu
 Memperlihatkan kebaikan dan keindahan ajaran islam

Kelebihan orang yang beradab melayan tetamu


 Mendapat pahala dan ganjaran yang baik di hari akhirat kelak
 Disayangi Allah S.W.T dan orang lain
 Dimurahkan rezeki
 Hidupnya diberkati dan diredai Allah
Implikasi tidak beradab dengan tetamu
c  c 
 
 Tidak akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai
 Tetamu tidak akan berkunjung ke rumahnya
 Sukar mendapat kawan
 Hidup tidak mendapat keberkatan dari Allah
 Merenggangkan hubungan baik antara ahli keluarga dan teman
 Akan dipulau atau disisih oleh keluarga dan masyarakat sekeliling
Adab sebagai tetamu
 Saling salam dan bertanyakan khabar
 Menunjukkan akhlak yang mulia
 Berkunjung dengan niat yang baik dan ikhlas
 Tidak menyinggung perasaan uan rumah
 Beradab sopan dan menjaga tata susila sebagai tetamu
 Berkunjung pada masa yang sesuai
 Member salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah
Rumusan

Amalan mulia dapat mengeratkan ukhuwwah islamiah dikalangan orang islam dan
menjalinkan hubungan yang baik sesame manusia. Allah S.W.T memerintahkan umatnya
beradab melayan tetamu untuk memperlihatkan keindahan ajaran islam terutama kepada
golongan bukan islam.

ADAB BEKERJA

Konsep bekerja dalam islam


 Islam menyuruh umatnya bekerja dan berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk memajukan diri, agama, bangsa, dan Negara.
 Islam tidak memandang jenis pekerjaan yang dilakukan, asalkan pekerjaan itu
halal dan tidak menindas orang lain.
Tujuan islam menganjurkan umatnya bekerja
 Supaya umatnya maju dan Berjaya dalam bidang ekonomi
 Umat islam akan kuat jika mempunyai kekuatan dala bidang ekonomi
 Memantapkan ekonomi keluargaan, masyarakat, dan umat islam seluruhnya
 Umat islam dipandang mulia oleh umat-umat lain
 Sebagai sumber kekuatan umat dan Negara islam
Islam mewajibkan seseorang itu bekerja kerana;
 Untuk menyara diri sendiri dan ahli keluarga
 Merupakan suatu ibadah yang mendapat pahala dari Allah S.W.T
 Menghindarkan sikap malas berusaha dan jauhi dari sikap meminta-minta
 Untuk kesenangan dan keselesaan ahli keluarga
 Supaya dapat mengeluarkan zakat mengikut tuntutan syarak
c  c 
 
Bagi menyempurnakan tuntutan Allah supaya memanfaatkan segala nikmat
kurniaan-Nya pada jalan kebaikan
Adab-adab bekerja menurut islam
 Memulakan setiap pekerjaan dengan membaca lafaz basmalah
 Berdisiplin dengan menepati waktu bekerja
 Memakai pakaian yang kemas, sesuai, dan menutup aurat
 Mematuhi segala arahan majikan
 Bertolenrasi dan bertolak ansur dengan rakan sekerja
 Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab

Kepentingan adab bekerja


 Supaya pekerjaan yang dilakukan mendapat keberkatan Allah
 Memperolehi hasil kerja yang baik dan berkualiti
 Mewujudkan suasana kerja yang baik dan selesai
 Mewujudkan hubungan baik antara pekerja dan majikan
 Mewujudkan sikap muafakat dan bekerjasama antara satu sama lain
Ciri-ciri pekerja yang baik
 Menjadikan sesuatu pekerjaan itu sebagai satu ibadah
 Mengamalkan sikap jujur dan amanah
 Melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh
 Istiqamah melakukan sesuatu pekerjaan
 Tidak meninggalkan ibadah wajib semasa bekerja
 Sabar menghadapi kesukaran kerja
 Melakukan kerja dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
Kelebihan mengamalkan adab kerja
 Segala hasil usaha dilakukan medapat keberkatan Allah
 Mengamalkan adab bekeja bekerja akan meperolehi rezeki yang halal
 Dihormati dan dipandang mulia oleh pekerja-pekerja
 Menghindarkan rasa putus asa
 Mengeratkan hubungan tali persaudaraan
Akibat tidak bertanggungjawab dalam pekerjaan
 Menghasilkan produk yang tidak berkualiti dan tidak bermutu
 Berlaku perkara yang tidak baik di tempat kerja seperti bergaduh, pecah amanah
 Akan dibenci oleh rakan-rakan kerana tidak bertanggung jawab
 Syarikat akan mengalami kerugian yang membawa kepada muflis
 Rezeki yang diterima tidak mendapat keberatan Allah
 Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi Negara

Perkara yang perlu dielakkan semasa bekerja


 Datang lewat ke tempat kerja
 Membuat sesuatu sambil lewa
 Tak bertanggungjawab dan mengabaikan tugas yang diberi
c  c 
 
 Tidak melaksanakan tugas dengan sempurna
 Tidak menghormati pekerja lain
 Suka menimbulkan pergaduhan dan masalah ditempat kerja
Perkara-perkara tersebut hendaklah dielak semasa bekerja kerana
 Boleh menimbulkan suasana yang tidak baik
 Sesuatu pekerjaan tidak dapat diselesaikan dengan sempurna
 Syarikat tidak maju dan membangun
 Seseorang itu akan dibenci oleh orang lain
Antara ciri-ciri pekerja yang cemerlang
 Mentaati perintah Allah dan mematuhi arahan majikan
 Berdisiplin dan menjaga waktu bekerja
 Melakukan sesuatu pekerjaan secara sistematik dan terancang
 Mengamalkan nilai-nilai yang baik semasa bekerja
 Sentiasa mempunyai hubungan yang baik
 Bekerja dengan tekun, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab
 Bersikap positif terhadap pekerjaan yang dilakukan.
Rumusan
Mengamalkan adab semasa bekerja akan membawa kejayaan dan kecemerlangan
kepada sesebuah syarikat. Perkara-perkara yang tidak baik hendaklah dihindar bagi
mewujudkan suasana kerja yang ceria dan bersemangat. Islam menyuruh umatnya
melaksanakan sesuatu kerja dengan tekun serta bertanggungjawab. Hasil yang halal
akan diperolehi melalui cara yang baik menurut syarak.

ADAB BERCAKAP DALAM MAJLIS

Majlis ialah suatu aktiviti yang diadakan yang melibatkan sekumpulan orang ramai untuk
melaksanakannya. Majlis terbahagi kepada dua;

Majlis rasmi
- Majlis yang diadakan secara besar-besaran yang dihadiri oleh orang-oang
kenamaan sesuatu tempat.

Majlis tak rasmi


- Dikendalikan oleh orang ramai secara muafakat dan kerjasama antara mereka.
Meraka mempunyai peranan masing-masing bagi menjayakan majlis.

Adab ketika bercakap dalam majlis


 Bercakap dengan lemah lembut, tidak kuat, dan tidak meninggikan suara
 Bercakap hendaklah perkara yang baik dan berfaedah
 Menggunakan bahasa yang senang difahami orang lain
 Hendaklah bercakap perkara yang mengingati Allah
c  c 
 
 Tidak menyinggung atau menyakiti hati orang lain
 Hendaklah menyesuaikan percakapan dengan majlis yang dihadiri
 Menghormati pendapat orang lain
Faedah beradab semasa bercakap dalam majlis
 Dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas
 Menghindarkan prasangka buruk dan salah faham
 Matlamat yang dicapai dengan baik dan sempurna
 Dapat menimbulkan keadaan yang aman dan tenteram
 Dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai
 Perkara yang dilakukan mendapat rahmat dan keredhaan Allah

Akibat tidak beradab semasa bercakap


 Matlamat tidak dapat disampaikan secara jelas dan tepat
 Boleh menimbulkan fitnah
 Menimbulkan suasana tegang dalam majlis
 Orang ramai tak dapat mendengar dan meninggalkan majlis
Bercakap benar
 Menyatakan sesuatu perkara dengan benar kepada orang lain
Islam menyuruh umatnya bercakap benar.
Kelebihan bercakap benar
 Akan disayangi dan dikasihi Alla
 Dipercayai oleh orang ramai
 Akan mendapat kejayaan dalam hidup
 Senang mendapat kawan
 Mudah mendapat pertolongan
Akibat tidak bercakap benar
 Menimbulkan kebencian kepada orang lain
 Mendapat azab dari Allah
 Hidup tidak mendapat berkat
 Tidak akan dipercayai orang lain
 Susah mendapat kawan dan pertolongan ketika didalam kesusahan
Rumusan
Orang islam hendaklah beradab semasa bercakap di dalam satu-satu majlis.
Mengamalkan adab semasa bercakap memperoleh beberapa kelebihan. Orang yang
menjaga adab semasa bercakap dipandang mulia orang lain. Islam mementingkan adab
sopan dalam kehidupan manusia dalam semua perkara. Sifat-sifat yang tidak baik
hendaklah ditinggalkan semasa bercakap dalam majlis untuk kebaikan dan menjaga
keharmonian bersama.