Anda di halaman 1dari 3

 Minda Pengarang: Sistem baru ganti PMR mampu kurangkan tekanan

peperiksaan

TEKA-TEKI mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan


Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab. Kelmarin, Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan
bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan. Sementara
PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baru berasaskan sekolah.
Perubahan itu sejajar dengan desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan memperbaiki
sistem persekolahan di negara ini kerana berpendapat sistem yang diguna pakai sekarang
terlalu berorientasikan peperiksaan. [+]

Minda Pengarang: Sistem baru ganti PMR mampu kurangkan tekanan


peperiksaan

2010/10/11
TEKA-TEKI mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) sudah pun terjawab. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit
penambahbaikan.

Sementara PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baru berasaskan sekolah.
Perubahan itu sejajar dengan desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan memperbaiki sistem
persekolahan di negara ini kerana berpendapat sistem yang diguna pakai sekarang terlalu
berorientasikan peperiksaan. Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru
dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek. Antara perubahan dicadang
itu, termasuk mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik
terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.

Perubahan itu mengurangkan penilaian prestasi pelajar yang selama ini hanya berasaskan akademik dan
peperiksaan. Bagi PMR pula, kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan
memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap
mana-mana calon dalam pemberian markah. Kita yakin, jika soalan disediakan atau dipantau LPM,
masalah perbezaan soalan dan sistem pemarkahan dapat ditangani, sekali gus mengelak dakwaan pihak
sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap calonnya.
Keputusan kerajaan ini, tentunya tidak mampu memuaskan hati semua pihak kerana sebelum
ini pun pelbagai pandangan berbeza dilontarkan mengenai perubahan yang sepatutnya dibuat terhadap
sistem peperiksaan, termasuk daripada wakil Kementerian Pelajaran atau agensi kerajaan sendiri, sektor
swasta, ahli akademik serta tokoh pendidikan. Malah ada yang menyarankan supaya kerajaan
memansuhkan langsung kedua-dua peperiksaan, sebaliknya memadai dengan satu peperiksaan saja,
iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kita yakin keputusan Kementerian Pelajaran itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dari pelbagai
pihak dan mengkaji secara mendalam dari pelbagai sudut. Selain itu, Kementerian Pelajaran turut
melakukan ujian perintis membabitkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat
kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.

Rakyat mesti yakin dengan tindakan kerajaan kerana apa diputuskan tentu sekali demi kebaikan semua
pihak, apatah lagi jika ia membabitkan masa depan anak kita. Pendidikan adalah proses membangunkan
insan sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan
hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah kemajuan negara juga boleh terancam. Pelajar, guru dan
sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan berjaya atau gagalnya
pelaksanaan perubahan baru yang dicadangkan itu.

Kita tentunya tidak mahu sesuatu perubahan dilaksanakan separuh jalan, kemudian menemui kegagalan
seperti apa yang berlaku terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) yang terpaksa dimansuhkan selepas mendapat bantahan banyak pihak. Walaupun
peperiksaan adalah mekanisme penting untuk mengukur kecemerlangan pelajar, namun belum tentu
dapat menjamin anak kita menjadi insan berketrampilan dari segi sahsiah dan berkemahiran dalam
pelbagai bidang untuk mereka bersaing dalam dunia moden hari ini.

 Apa diharapkan peserta industri?

RATA-RATA pelbagai pihak, termasuk peserta industri mengharapkan ‘periuk nasi’


masing-masing akan terus terjaga pada pembentangan Bajet 2011 pada Jumaat ini.
Industri berdaya maju seperti teknologi turut berasa tempias pada setiap kali
pembentangan bajet kerana sektor itu dilihat sebagai antara ‘senjata’ ampuh kerajaan
dalam berdepan arus globalisasi yang pesat di seluruh dunia. [+]

 Mamat – bahasa Melayu halus dan mendalam


KELMARIN, ahli panel sesi Forum Survival Akhbar Melayu menyatakan keyakinan
mereka terhadap pengaruh dan masa depan akhbar berbahasa Melayu berbanding media
baru. Mamat harap rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu juga perlu yakin dengan
akhbar yang diterbitkan dalam bahasa mereka. [+]

 Model baru peperiksaan perkasa pendidikan

SELEPAS tiga bulan berpolemik dan tiga rundingan meja bulat, Kementerian Pelajaran
kelmarin mengumumkan tidak meneruskan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan diubah format baru, manakala Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
akan diteruskan dengan penambahbaikan mulai 2016. [+]

 Pembangkang menangguk di air keruh isu ucapan 2 pengetua

APAKAH isu sebenar di sebalik dua pengetua sekolah menengah masing-masing di


Johor dan Kedah dilaporkan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ketika memberi
ucapan di sekolah mereka Ogos lalu, sehingga mencetuskan polemik mengenainya. [+]

 Misteri Etnik: Ayam putih senjata Dang Insum tentang penjajah

BISAYA dan Padas Damit mempunyai hubungan sangat rapat kerana di situlah
kehebatan masyarakatnya terserlah dalam usaha menentang penjajahan British. Di Padas
Damit juga pelbagai cerita misteri mengenai perjuangan orang Bisaya menjadi bualan
sehingga kini. [+]

 Misteri Etnik: Bisaya asal daripada kecantikan legenda Tatanak

DANG Insum bukan saja terkenal handal dalam peperangan serta mempunyai kesaktian
tetapi juga sangat ayu sehingga dikatakan menjadi punca wujudnya nama Bisaya, nama
baru yang diberikan Sultan Brunei selepas sekian lama masyarakat itu dikenali sebagai
Tatanak. [+]

Anda mungkin juga menyukai