Anda di halaman 1dari 1

Ujian Hidrostatik

Objektif:-

Bertujuan untuk memeriksa kebocoran pada sambungan tiub dan injap serta
segala peralatan dalam gelendong(drum).

Setiap dandang mesti menjalani ujian hidrostatik :-

a) Sebelum digunakan pada kali pertama.


b) Selepas sebarang pembaikan yang boleh mempengaruhi atau menjejaskan
kekuatan dandang.
c) Pada jeda(interval) tidak lebih dari 7 tahun ianya digunakan.
d) Untuk mengesan kebocoran tekanan pada dandang.
e) Untuk mengesan posongan pada bahagian-bahagian dandang.
f) Untuk mengesan erotan pada bahagian-bahagian dandang.

Langkah-langkah ujian hidrostatik dandang:-

a) Injap keselamatan pada gelendong ditanggalkan dan ditutup


b) Tolok tekanan dandang digantikan dengan tolok tekanan pemeriksaan
c) Gelendong diisi dengan air hingga penuh
d) Tekanan dinaikkan denagn mengisi kedalam dandang melalui pam suaan
e) Bila tekanan ujian telah dicapai, injap cegah balik ditutup dan pam suaan
diberhentikan.
f) Tekanan mestilah dibiarkan dalam dandang sekurang-kurangnya selama
20 minit
g) Jika terdapat apa-apa kebocoran atau bahagian tekanan gagal, tekanan
akan diturunkan
h) Jika tekanan dipertahankan pada jeda ujian tanpa kebocoran, pesongan
atau erotan bahagian-bahagian berkenan, maka dandang itu diluluskan
oleh pemeriksa.
i) Dandang dibawah 100psi biasanya diuji pada dua kali ganda tekanan kerja
maksima. Dengan itu untuk dandang yang lebih dari 100psi, tekanan ujian
ialah tekanan kerja x1.5+50psi.

Anda mungkin juga menyukai