Anda di halaman 1dari 9

Crazy Chocolate Cake

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

 1 cawan / 120 gram tepung gandum


 1 cawan / 180gram gula halus
 3 sudu besar serbuk koko
 1 sudu kecil baking soda
 1 sudu kecil baking powder
 1/2 sudu kecil garam
 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
 1 sudu besar cuka
 1 sudu kecil vanilla
 1 cawan air sejuk

Cara-cara

1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking
soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar
dari kek.
5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.
6. NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni.

Kek Mudah Coklat Oren

Bahan-bahan ( untuk loyang 14cm )

 1 cawan gula halus(gula pasir mesin pun ok)


 1 cawan mentega/marjerin
 2 cawan tepung gandum diayak bersama-sama satu camca teh soda dan baking powder
 5 biji telur(kalau besar 4 biji)
 1 sudu besar serbuk koko
 1/2 biji oren diparut kulit dan diambil jusnya.(banyak oren tak best nanti sendawa bau
oren pening)

Cara-cara

1. 1.Panas kan oven. 2.Putar gula dengan marjerin hingga putih gebu. 3.Masukkkan telur
sebiji sebiji 4.Setelah kembang masukkan gandum yg telah diayak dengan soda dan
baking powder. 5.Masukkan jus dan kulit oren 6.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
7.Satu bahagian di masukkan coklat powder. 8.masukkan satu sudu besar gandum juga
kedalam adunan asal. 9.Kemudian masukkan adunan asal ke dalam Loyang yg sudah
dilensirlkan. 10.Diselang selikan dengan adunan bercoklat..ulang hingga habis kesemua
adunan. Bakar di dalam suhu 180 c. selama lebih kurang 25-30 minit.
2. PERINGATAN: 1 sudu besar tepung adalah sama banyak dengan satu sudu besar koko.
adalah perlu kedua dua bahagian adunan mempunyai konsistensi kepekatan yang sama.
3. Klik untuk isi cara-cara di sini

Kek Coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

 2 biji telur
 1 cawan minyak masak
 1 cawan gula pasir
 1 cawan gula perang
 Bahan A
 1 sudu kecil vanila
 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
 Bahan B
 2 sudu kecil sodium bicarbonate
 1 sudu kecil baking powder
 1/2 cawan serbuk koko
 2 cawan tepung gandum
 ==============================
 ** Topping **
 1/2 cawan koko van hauten
 1/2 cawan susu pekat
 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang


2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang
seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik
panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Cheese cake

Bahan-bahan ( 18 cm )

 250g cream cheese


 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
 2 sudu besar jus lemon
 3 sudu besar tepung gandum
 2 biji telur
 90g gula
Cara-cara

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun
ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk
mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang
sedap.

Kek batik lepas

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

 biskut marie yg telah dipatah dua


 1 buku mentega
 1 tin susu pekat
 1 paket kecil milo
 1 botol kecik serbuk koko
 sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak
 sedikit kismis

Cara-cara

1. Cairkan mentega di dalam kuali.


2. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
3. Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.
4. Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn
cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
5. Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn
menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata
ke dalam bekas.
6. Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan
hantaran.

Caramel cheesecake

Bahan-bahan ( 18cm )

 Krim
 250g cream cheese - suhu bilik
 3 biji telur
 1cwn(200ml) sour cream
 1cwn(200ml) fresh cream
 120g gula
 2 sudu besar corn starch
 beberapa titik vanila esen
 Lapisan bawah
 100g biskut marie/ graham cracker
 50g butter(cairkan)
 Caramel
 1/4 cwn(50ml) fresh milk
 80g gula

Cara-cara

1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga
hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan
api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour
cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga
jadi bentuk krim.
5.

Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.

6. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi
selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium
foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di
dalam dulang.

Kek batik simple

Bahan-bahan ( 1 loyang )

 1 packet milo (packet yg plg kecil)


 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
 1 buku buttercup
 1 cawan gula halus
 1 biji telur ayam
 serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara

1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)


2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap
dimakan...selamat mencuba
Tiramisu

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir


 250g cream cheese
 250g whipping cream
 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
 satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
 serbok kok/cokolat utk hiasan

Cara-cara

1.

satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang

2.

Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
3.

Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan
rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (gambar di atas cuma 2 lapisan je
tau tu...)

4.

Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan
disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.

5. *** Tiramisu saya nampak creamnya agak tebal di atas kerana saya kehabisan biskut so
saya buat 2 lapisan saja dan letak semua cream di atas lapisan yang kedua tadi...

Egg Benedict

Bahan-bahan ( 2 orang )

 2 biji telur
 2 keping roti putih - dibuang tepinya
 lada hitam - freshly cracked
 Sedikit butter atau majerin
 Garam

Cara-cara

1. 1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.


2.

2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada
hitam dan garam.

3. 3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga
ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. 4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning
cair sedikit.

Kuih Siput

Bahan-Bahan:

1kg tepung gandum 1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)


300gm tepung ubi Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
2 biji telur garam secukup rasa
1 sudu makan cili boh ajinomoto penambah perisa
5 sudu makan serbuk kari

Cara:

Masukan kesemua bahan tadi kecuali margerin, gaul hingga semuanya sebati, kemudian masukan margerin tadi, uli
hingga ianya menjadi doh yang lembut.
Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput, buat hingga tepung habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.

Cadangan Hidangan:

Anggaran dalam 1 1/2kg jika ditimbang.

Mihun Sos Kicap


Bahan-Bahan:

1 bungkus mihun Garam dan bahan perasa secukupnya


250 gm daging - dipotong kecil Minyak untuk menggoreng
1 paket kuih ikan - dipotong nipis Kicap secukupnya
4 ulas bawang merah - dihiris 3 tangkai cili merah - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris 4 sudu besar perahan limau nipis (bahan kuah kicap)
Daun bawang - dihiris 8 tangkai cili padi - hiris (bahan kuah kicap)
100 gm sawi 1 ulas bawang putih - ditumbuk (bahan kuah kicap)
5 tangkai cili padi - ditumbuk 2 sudu besar kicap pekat (bahan kuah kicap)

Cara:

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan daging dan dua sudu besar kicap pekat dan gula,
kacau hingga daging empuk. Masukkan kuih ikan, cili padi serta sawi. Balik-balikkan selama seminit. Lalu masukkan
mihun, cili merah dan daun bawang. Kacau hingga masak, hidangkan bersama kuah kicap. Untuk menyediakan kuah
kicap, satukan semua dan gaul rata, hidangkan bersama mihun.

Anda mungkin juga menyukai